Isnin, 24 Jun 2013
Panduan Makanan Semasa Bersalin + Set Berpantang Shaklee
Selepas melalui fasa kehamilan maka kita beralih pula ke fasa Selepas bersalin iaitu berpantang. Ada yang pilih berpantang secara tradisional dan ada juga yang pilih secara moden walau apa cara yang anda pilih tujuan tetap sama untuk mengembalikan kesihatan dalaman dan luaran.
Anak pertama saya memilih berpantang secara full tradisional dan anak kedua saya memilih secara tradisional + moden.. Bagaimanakah caranya? nanti saya akan share entry akan datang ok. Malam ni saya nak kongsikan panduan pemakanan ibu-ibu dalam pantang.. Terbahagi 4 katogeri iaitu:
JENIS IKAN
Ibu selepas bersalin tidak digalakkan makan ikan masin atau ikan kering. Ibu didalam pantang disyorkan memakan ikan segar dan mengelakkan daripada memakan ikan yang berbisa seperti bawal, ikan terubuk, ikan pari serta ikan sembilang.
Sebab : Hal ini kerana boleh menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim. Mengikut petua melayu, ikan haruan dan yu baik untuk orang lepas bersalin, ia dipercayai boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran. Ikan haruan dapat menyembuh luka. Manakala ikan yu dapat membanyakkan susu ibu.
ULAM-ULAMAN
Ulam-ulaman yang baik untuk ibu selepas bersalin seperti serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, pegagar, ulam raja dan lain-lain. Ulam ini baik untuk ibu dalam pantang
Sebab: ia mengandungi fiber, zat galian (mineral), dan pelbagai vitamin termasuklah vitamin A, C, dan E bersifat antioksidan.
SAYUR DAN BUAH-BUAHAN
Ibu bersalin dilarang memakan sayur-sayuran yang menjalar, sejuk, serta berangin. Contohnya air tebu, cincau, kelapa muda, nenas, jambu, belimbing, durian belanda dan lain-lain.
Sebab :Hal ini kerana akan mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi.
JENIS AYAM DAN BURUNG
Ibu dalam berpantang digalakkan makan ayam hitam, ayam didik atau ayam selasih yang digaul dengan halia tua, garam dan madu lebah.
Sebab :Hal ini kerana dapat mengembalikan ketahanan tubuh. Manakala burung puyuh dan merpati baik untuk melancarkan aliran darah dan mengatasi masalah sukar tidur pada waktu malam.\
`````````````````````````````````````````````````````
Untuk Kesihatan yang lebih optima dan energy booster + milk booster so saya jalani pengalaman berpantang anak kedua dengan Set Berpantang + Penyusuan Shaklee. Ternyata iainya pilihan sangat tepat. Bab energy tu yang best.. Badan Alhamdulillah ringan dan sihat walaupun tidur tak cukup dan terpaksa bekerja keras untuk boost milk production so set ni sangat-sangat membantu saya. Terima Kasih Ya Allah atas penemuanMU...
Salam Ramadhan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan