Jumaat, 21 September 2012

BAHAYA PENGAMBILAN UBAT BATUK DAN SELSEMA UNTUK KANAK-KANAK

·



Wahai parents sakalian.. Bila saya terbaca artikel ini rasanya cocok saya kongsikan bersama ibu-bapa sakalian kerana apabila si comel kita di timpa penyakit rasanya takde ibu-bapa yang akan duduk diam dan membiarkan saja tanpa diubati ye tak. Namun tidak semua tindakan begini harus dipuji.


Apesal plak kan?? Kerana bukan semua penyakit perlu kepada pengubatan agresif lebih-lebih lagi yang dihasilkan di makmal, Ubat-ubatan yang diharapkan dapat membantu menyembuhkan penyakit memberikan kesan buruk kepada kesihatan.

  olahan artikel dari majalah RAPI AUGUST 2012

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kanak-kanak lebih peka terhadap kesan ubat-ubatan berbanding orang dewasa disebabkan fungsi organ yang masih berkembang dan belum matang sepenuhnya. Meskipun ada ubat-ubatan tertentu amat berkesan mengubati sesuatu jenis penyakit pada orang dewasa.

Berdasarakan laporan yang telah diterima, antara kesan buruk yang berlaku akibat pengambilan ubat batuk dan selsema adalah sawan, peningkatan kadar denyutan jantung menurunkan paras kesedaran dan kematian mengejut.

Penggunaan ubat Batuk (cough and cold) untuk kanak-kanak bawah umur 2 tahun: adalah tidak digalakan kerana berisiko mendapat kesan buruk yang serius hingga boleh menyebabkan kematian.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ini memang menakutkan,  adalah penting mendapatkan nasihat doktor sebelum perskripsi sebarang ubat-ubatan buat si comel. Dan amalkan pengambilan vitamin buat si comel agar boleh menjauhkan dari serangan-serangan virus dan pantogen ke dalam sistem kanak-kanak.

Sememangnye susu ibu adalah yang terbaik , tetapi ada kalanya keperluan yang tidak mencukupi boleh dipenuhi dengan supplemen tambahan untuk mempertingkatkan imunisasi anak2..


1) MealShakes- Shaklee Meal Shakes merupakan makanan segera yang rendah lemak dan rendah-glycemic. Rasanya juga enak serta boleh dibancuh dengan mana-mana hidangan atau snek lain. Ia mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan dan jika dihidang seperti yang disarankan ia kaya dengan sumber kalsium dan protein yang amat diperlukan oleh kanak-kanak untuk membesar, kuat dan sihat.

2) Omega Guard- minyak ikan paling tulen dan mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega-3 termasuk EPA, DHA dan ALA. pengambilan Omega Guard pada seawal umur 1 tahun ke ats kerana ia membantu meningkatkan sistem immune dan menyihatkan paru-paru  dimana boleh menjauhkan serangan selsema dan batuk berkahak.



Diharap perkongsian saya ini dapat membantu ibu-bapa membuat pilihan tepat dan tidak hanya memberikan anak dengan ubat-ubatan yang semestinya bahan kimia with bad side effects.

Sebagai ibu-bapa buat pilihan terbaik buat anak anda kerana mereka adalah anugerah TUHAN yang tak ternilai.

Kredit [Pn Aula]

Untuk khidmat konsultasi dan tempahan produk SHAKLEE PM @ hubungi saya di permatahatiibu@gmail.com


 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

I'm Shaklee Independent Distributor ID 883550

Selasa, 18 September 2012

Tahukah anda yang Alfalfa ni raja segala tumbuhan. Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi. Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi. Jom lihat antara kelebihan dan khasiat Alfalfa untuk lelaki dan wanita
  1. Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian
  2. Melegakan sakit sendi dan belakang.
  3. Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
  4. Memberi kelegaan semasa haid (untuk wanita).
  5. Merawat arthitis
  6. Bagus untuk elergi dan ekzema
  7. Merawat athma
  8. Mencuci usus bagi membuang toksik
  9. Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
  10. Meneutralkan asid dalam badan
  11. Merawat masalah keputihan pada wanita (untuk wanita).
  12. Membesar dan menegangkan payudara (untuk wanita).
  13. Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri (untuk wanita).
  14. Memulihkan urat selepas bersalin (untuk wanita).
  15. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  16. Meningkatkan stamina seorang suami
  17. Melegakan sembelit
  18. Membuang angin dalam badan
  19. Milk booster
Haaa tu dia... antara 1001 fungsi Alfalfa...dan berikut mari kita tengok Shaklee Alfalfa Complex
Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

Shaklee Alfalfa Complex merupakan satu formulasi Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950s...Apa keistimewaan alfalfa jenama Shaklee berbanding yg lain?Shaklee hanya menggunakan alfalfa terbaik yang tumbuh di California yang kaya dengan pelbagai jenis zat termasuk kalsium fosforus ,zat besi dan magnesium serta klorofil, bioflavonoid, pelbagai mineral dan vitamin (It is organically grown, using the tender green leaves not the stems of the plant.The raw powder is pressed into easy-to-swallow tablets (with very low heat to preserve natural enzyme activity).. Dan yg bestnya Shaklee Alfalfa Complex tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis, pewarna, bahan pengawet tambahan, fungisid,bakteriosid, hormon2 sintetik,pengawalatur tumbesaran atau bahan2 kimia. Berminat? Contact me okay..


Puan Izad Daud [Cery]Shaklee Independent Distributor 
[ID No : 883550]019-6020620| permatahatiibu@gmail.com

setiap 25kg berat,anda kene minum 1 liter air.. Jadi bila waktu terbaik utk minum air.. lagi2 kalau nak bakar kalori berlebihan?&

Bila waktu terbaik utk minum air?..Minum juga punya waktu-waktu tertentu yang didapati baik untuk kesihatan badan. Jangan fikir minum boleh sebarang minum ya. Untuk mendapat kebaikan penuh daripada minuman, pastikan anda minum di waktu-waktu berikut :
 
· Pagi selepas bangun dari tidur.
Setiap orang akan kehilangan cairan di dalam tubuh sepanjang malam ketika kita tidur. Kehilangan air di dalam badan membuatkan badan berasa lemah longlai dan minda kita tidak cergas. Oleh itu, minumlah sekurang-kurangnya air putih di waktu pagi, betul-betul selepas kita bangun dari tidur. Tidak perlu memberus gigi terlebih dahulu. Dengan begitu, ia dapat menggelakkan anda daripada mencari minuman berkafein

· 30 minit sebelum waktu makan.
Jika anda sudah mula terasa lapar bila hampir waktu makan, ia adalah waktu terbaik untuk anda minum air. Seperti yang sering disarankan, air putih lebih baik untuk kesihatan dan ia boleh membantu mengurangkan rasa lapar. Malah, minum 350ml air sebelum tiba waktu makan atau sebelum anda mula terfikir untuk mengunyah kudap-kudapan, ataupun coklat boleh mengelakkan anda dari berbuat demikian. Jadi, selamatlah anda daripada menambahkan kalori yang berlebihan dalam tubuh anda.

· Sepanjang hari.
Satu lagi waktu terbaik untuk minum adalah sepanjang hari. Menurut kajian di Jerman, minum 1.5 liter air sejuk atau air putih (sekurang-kurangnya 240 ml air sejuk atau air putih setiap kali minum) boleh membantu anda membakar kalori berlebihan di dalam badan. Pakar juga memberitahu bahawa ia membantu meningkatkan kadar metabolisme di dalam badan
__________________________________________________


Dan lebih banyak cerita tentang AIR yg anda perlu tahu.. ada di link ini. jemput baca yer
 
Kredit  MFC

Isnin, 17 September 2012

MASALAH PENYUSUAN? SUSU MERUDUM?SIKIT?SET MANA YANG SESUAI UNTUK ANDA?





SET PENYUSUAN: MANA SATU SESUAI DENGAN SAYA

 Beberapa bulan ni ramai ibu-bu bertanya berkenaan vitamin untuk penyusuan ini. Syukurlah sebab ramai yang sedar betapa pentingnya pengambilan vitamin bukan sekadar untuk menambah hasil perahan tapi untuk meningkatkan kesihatan ibu dan anak.

Soalan 'mana satu set penyusuan yang sesuai dengan saya?' sering diutarakan oleh ibu-ibu..
Jadi hari ni saya buat list satu persatu ya.. Untuk memudahkan ibu-ibu diluar sana...

Set 3M
Terdiri daripada Vitalea, B complex, Vitamin C, Alfalfa, Ostematrix dan ESP.
Ia menjadi set PALING LENGKAP. Siapa yang sesuai mengambil set ini?
1. Ibu menyusukan bayi kembar
2. Ibu yang berhasrat untuk melakukan induce lactation
3. Ibu yang berhasrat untuk menyambung semula penyusuan yang terhenti @ relaktasi.
4. Ibu yang nak kumpul stok.
5. Ibu yang mempunyai masalah berat badan anak tidak meningkat tetapi berat badan ibu makin bertambah.
6. Ibu yang mempunyai masalah hasil perahan lambat atau kurang 1oz digalakkan ikhtiar set ini.



 Set E
Terdiri daripada Vitalea, B complex, Vitamin C, Alfalfa & Ostematrix 
Beza dengan 3M - set ini tidak mengandungi ESP
Siapa yang sesuai ambil?
1. Ibu yang sering keletihan melampau.
2. Ibu yang alah dengan susu lembu.
3. Ibu yang ada masalah kekurangan kalsium.
4. Ibu yang stress dengan kerja seharian.

Set B
Terdiri daripada Vitalea, B complex, Vitamin C & Alfalfa 
Beza dengan 3M - set ini tidak mengandungi Ostematrix dan ESP
Siapa yang perlukannya?
1. Ibu yang tiada masalah penyusuan. Bermakna setiap kali pam/ perah hasilnya melebihi 3oz.
2. Ibu yang mahu memperkayakan nutrisi susuibu.
3. Ibu yang sihat dan mahu kekalkan kesihatan.

Set Eu Four Pack
Terdiri daripada Vitalea, B complex, Vitamin C & Ostematrix.
Beza dengan 3M - set ini tidak mengandungi Alfalfa dan ESP
1. Ibu yang mengandung dan mampu meneruskan penyusuan susuibu.
2. Ibu yang keletihan.
3. Ibu yang anaknya mempunyai yang alah pada herba.
4. Ibu yang sering mengalami masalah sakit belakang dan cramp.


Setiap set ni berbeza dari segi fungsinya ok.. Adalah lebih baik untuk dapatkan pendapat pengedar untuk memilih mana yang lebih sesuai dengan anda... Saya juga telah mengamalkan set penyusuan 3M dan Alhamdulillah kesihatan diri, bayi n pengeluaran susu juga sangat2 memuaskan.. Banyak keistimewaannya.  Terdiri daripada Vitamin2 semulajadi dan selamat..saya nak share pada anda semuanya untuk kesihatan yang optimum...




Saya pengedar sah produk Shaklee..ID: 883550
Saya membuat penghantaran keseluruh Malaysia. Jangan segan untuk menghubungi saya untuk maklumat yang lebih lanjut ok....

Sharing is Caring..

.

 

Kolestrol SILENT KILLER..Apakah vitamin yang sekurang-kurangnya ada demi mengawal kandungan kolestrol jahat dalam darah


 
Saya kongsi cerita kolestrol mlm ni sebelum saya masuk tidur ni.. Ini kisah kak Norita dan kolestrol.. KOLESTROL PEMBUNUH DLM DIAM..
__________________________________________________________
Masih ingat lagi 14 tahun dahulu, arwah abah saya di serang strok pada malam raya yang kedua. Beliau mempunyai masalah darah tinggi secara kebetulan sehari sebelum raya arwah sangat suka makan satay. Rupa-rupanya dalam diam kadar kolestrolnya meningkat dan menyebabkan tekanan darah meningkat seterusnya merosakkan saraf dalam otaknya maka arwah paralyse selama 2 minggu sebelum terus meninggalkan kami 8 beranak buat selama-lamanya.
Kisah ini menjadikan iktibar buat saya dan suami. Bila nak makan rendang, lemang atau pulut, kami tak berani nak makan banyak sebab tahu kesannya ke atas kolestrol dan jantung. Makan berpada-pada. Sejak awal perkahwinan, keluarga mertua akan pastikan vitamin utama untuk mengurangkan kolestrol wajib ada untuk menampung seluruh keluarga.

Kami akan makan vitamin tersebut dan fokus pada kolestrol terutama musim perayaan yang banyak dengan jemputan rumah terbuka.
_____________________________________

Bagaimana dengan bacaan kolestrol anda? Jgn terkejut ye..Org kurus ke, tak kurus ke, anda takkan tahu kadar kolestrol anda selagi tak pergi buat medical check up.. Jadi sila pergi check.

Kolestrol yang terkumpul kepada darah jika tidak dikawal akan membuatkan anda akan diserang tekanan darah tinggi akibat tekanan pengepamam pada jantung. Jantung akan mula bekerja keras mengepam darah untuk disalirkan ke seluruh tubuh. Proses ini pula akan menjadikan otot dan arteri jantung menjadi keras dan bermulalah penyakit lemah jantung. Lama kelamaan, jantung yang lemah membuat aliran darah berlaku dengan perlahan. Apabila darah mengalir perlahan, penimbunan lemak mula berlaku dalam darah. Ianya akan menjadikan salur darah semakin sempit dan penyumbatan akan berlaku pada bila-bila masa. Yang pasti itulah"SILENT KILLER". Dalam beberapa saat, apabila penyumbatan berlaku, usia kita ditentukan oleh Nya

Apakah vitamin yang sekurang-kurangnya ada demi mengawal kandungan kolestrol dalam darah terutama dalam mengawal kolestrol jahat iaitu LDL.

OPTION 1 : Vitamin C, GLA , Lecitin (basic)
OPTION 2: LECITIN ,VITAMIN E, VITA C (jika ada budget lebih sikit)
Secara ringkasnya kepentingan vitamin yang dinyatakan ialah

Vitamin C sangat perlu dan penting untuk pembuluh darah. Salur darah yang kurang vitamin C ibarat getah paip yang reput dijemur matahari dan bila2 masa sahaja boleh pecah.



Lecithin penting untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids). Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol. Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL). Membantu kawal paras triglycerides. Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah. Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol


GLA ianya mengandungi vitamin E disamping ianya berfungsi untuk menstabilkan keadaan hormone di dalam tubuh badan kita. Ianya juga membantu membakar lemak di dalam salur darah. Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung. Mengawal kencing manis dan darah tinggi. Mengawal kolesterol dan bagus untuk fungsi saraf.


Vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.Menguatkan imuniti tubuh.



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Kredit MFC


Puan Izad Daud Shaklee Independent Distributor [ID No : 883550]
019-6020620|permatahatiibu@gmail.com

Shaklee Joint Health Tablet dan Collagen Powder


Akhir2 ni ramai yang mengalami sakit sendi, biasanya menyerang mereka yang telah berusia..dan ada juga dikalangan orang muda.. selain Ostematrix yang penting dalam mengekalkan kalsium dalam badan, kini, dengan Joint Health Tablet sangat sesuai diambil bersama..manakala Collagen Powder pula bukan hanya utk awet muda sahaja tau tapi juga bagus utk mereka yang berumur dan ada sakit sendi kerana fungsi kolagen powder itu sendiri yang menyokong kesihatan tulang dan menguatkan sesendi.., jom kite tgk sedikit info berkenaan 2 product baru ni..


--------------------------------------------------------------------------------------------------

Joint Health Tablet

Bagaimana ia berkesan?
Shaklee Advanced Joint health Tablet memberikan manfaat kepada sendi-sendi sihat dalam 3 cara:

1- Menyokong keselesaan sendi

Ekstrak Boswellia : 

-Menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan. 
- Bahan aktif utama ekstrak Boswellia ialah asid boswelik yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi. ia menyokong kesihatan sendi dengan menghalang bahan kimia daripada menyerang tulang rawan yang menyebabkan ketidakselesaan sendi.

 
2- Bertindak sebagai kusyen

 Ekstrak jagung :

- Membantu mengekalkan tulang rawan
- Ekstrak jagung membekalkan satu sumber yang pekat dengan glukosamina yang berfungsi meningkatkan sokongan kusyen sendi dan pemeliharaan tulang rawan. Glukosamina adalah blok binaan utama bagi membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sendi.
- Banyak kajian menunjukan supplement ekstrak jagung dapat menggalakan kelenturan, pergerakan bebas dan menjadikan sendi lebih fleksible. dan kajian mengesyorkan yang supplement ekstrak jagung dapat menyumbang kepada kesihatan sendi dalam jangkamasa yang panjang.

3- memelihara tisu penyambung yang sihat

Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C merupakan nutrien terpenting dalam kesihatan sendi. ini kerana zink, tembaga, mangan dan vitamin C membekalkan sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung lain yang memberi kekuatan dan struktur terhadap sendi.



Collagen powder

Shaklee Collagen Powder (1box:15sachets)

>>Terbukti berkesan dapat memperbaiki testur kulit wajah & menghilangkan kedutan selepas menggunakan selama 8 minggu.
 
♥ Meningkatkan kelembapan kulit ~ 90%
♥ Mengurangkan kekasaran & kekeringan ~ 75%
♥ Meningkatkan dalam penampilan keseluruhan ~ 71%
♥ Meningkatkan kelembutan & kelicinan ~ 69%
♥ Meningkatkan pemakaian kekal mekap ~ 60%
♥ Meningkatkan keanjalan, ketegangan & elastisiti ~ 55%
♥ Meningkatkan ketebalan rambut ~ 54%
♥ Meningkatkan keserian, tona & warna kulit ~ 50%
♥ Mengurangkan garis-garis halus & kedut-kedutan

Kesan-kesan dan Faedah-faedah mengambil kolagen

1) Anti penuaan - Mengurangkan liang pori-pori, kedutan dan garisan halus yang kelihatan
2) menghidratkan - Melembabkan kulit bagi mengurangi rasa kering dan berkupas pada muka
3) Mengembalikan keanjalan kulit - Meningkatkan ketegangan kulit, keanjalan dan kelembutan
4) Melicinkan - Meningkatkan kelembutan dan kelicinan kulit
5) Menyubur - Menggalakan kuku yang kuat, rambut yang tebal dan bersinar
6) Mencerah - Mengurangkan pigmentasi, jeragat dan meratakan warna kulit
7) Menegang - Membantu menegang dan menganjalkan payudara
8) Faedah tambahan kolagen : Menyokong kesihatan sesendi dan menguatkan tulang. dan membantu mengekalkan otot mata supaya lembut.

-----------------------------------------------------------------------------------------------
 anda teruja??memang TERUJA! sebabnya, ramai antara anda yang dah lama tunggu product kolagen kan..bila Shaklee melancarkan product kolagen nya di Malaysia, sure pengguna suppelemnt Shaklee khasnya yang dah tersenyum-senyum kan..apa taknya, Shaklee sentiasa selamat, natural dan berkesan..itu yang anda cari kan?dan semestinya Joint Health Tablet utk mengatasi masalah sendi ibu ayah tersayang kan?


 Bagi anda yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, boleh hubungi saya atau sms/whatsapp di talian 019-6020620 atau email ke permatahatiibu@gmail.com atau PM saya di <Permata Hati Ibu Sayang>
 
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
 
 
Kredit to Beeha Yunos

Ahad, 16 September 2012

OMEGA GUARD SHAKLEE ~ MELINDUNGI JANTUNG ANDA ~



 

 Mari kita baca keistimewaan Omega Guard Shaklee :

  • Melindungi Jantung anda ~Ia embekalkan asid lemak omega -3 berpotensi ultratulen dgn spektrum penuh bergred farmaseutikal
  • Membantu mengurangkan risiko sakit jantung ~satu penyelidikan menunjukkan bahawa pengambilan asid lemak omega -3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.
  • Ultratulen dan bergred Farmaseutikal ~Omega Guard dihasilkan melalui satu proses penyulingan proprietari 3 molekul yg memekatkan asid lemak omega -3 yg bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bhn2 berbahaya seperti merkuri dan plumbum yg terdpt dlm ikan
  • Minyak Ikan terbaik di dunia~mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA,DHA,ALA dll. EPA menyihatkan jantung dan sendi,DHA penting bagi perkembangan dan fungsi2 otak.
Ingredients: (per 3 capsules)

EPA 540mg

DHA 360mg ( Omega sebelum ini mengandungi 235mg DHA)
Omega 3 fatty acids 990 mg( dahulu hanya 195mg omega-3 fatty acid)


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

Digalakan untuk :
# BF Mom's
# Pesakit Gout
#Kolestrol
#Kanak2
___________________________________________


Puan Izad Daud
Shaklee Independent Distributor [ID No : 883550]
019-6020620|permatahatiibu@gmail.com
Ini merupakan pratonton nota anda.
Klik butang 'Terbitkan" untuk menyimpan atau "Menyunting' untuk membuat banyak lagi perubahan.
  Saya bukan pengamal supplemen..dari kecik sampaila saya berkahwin...kalau dulu2..,apa jenis vitamin2 ni mmg tak pandang yerr...tapi tu dulu lahhhh... sekarang ni?...saya sendiri akui saya perlu kan supplemen apabila badan sendiri dah merasakan kesan yang besttt dari pengambilan supplemen secara konsisten ...kesan seperti....ceria..kekal bertenaga..dan banyak lagi....dan alhamdulillah sihat untuk menguruskan pelbagai aktiviti harian ... yelah kan..kalau dah sakit..satu ape tak boleh buat......sebab saya perasan yang apabila saya bfeed, saya perlu beri yang terbaik untuk bayi saya... ada sekali terskip vitamin ni...mmg sayaakui badan akan rasa lesu, moody, mmg rasa tak best, rasa tak awet muda gitu..hihihi... tapi bila saya rajin mkn.. everything looks perfect... I just love it

... sekiranya anda malas nak mkn byk2 vitamin..sekurang2nya..amalkan pengambilan sehari sebiji multivitamin..mulakan dari sekarang..dan bukannya bila dah sakit... kenapa saya kata sebiji sehari?..jom baca apa kata penulis sususejat.com

10 sebab mengapa anda harus mengambil 1 biji pil multivitamin sehari (tak kiralah brand apa yg anda pilih yer..)

1 – Nutrien yang mencukupi ketika menurunkan berat badan
Dalam entri bhg 1, aku berulangkali menyebut istilah ‘metabolik’ (metabolisma) dan ‘kuning telur’. Kuning telur, tak dinafikan merupakan makanan paling tinggi nutriennya, dan tak keterlaluan jika aku katakan kuning telur merupakan ‘multivitamin’ yang di ambil oleh orang zaman dahulu pada sebelah pagi. Namun sayangnya, kuning telur tinggi kandungan kolestrolnya, disamping nilai kalorinya juga tinggi memandangkan ia kaya dengan lemak.

Kebanyakan mereka yang mengamalkan diet untuk turun berat badan pasti akan mengelak makanan-makanan berkalori tinggi seperti ini. Itu baru aku ambil contoh satu jenis makanan, bagaimana pula dengan yang lain? Tubuh badan kita sememangnya memerlukan nutrien yang mencukupi untuk terus berfungsi. Kadar metabolisma pastinya terjejas apabila kekurangan nutrien tertentu, sekaligus ia menjadi rendah dan akhirnya progres untuk turun berat badan akan menjadi semakin perlahan! 
Pernah dengar ungkapan ini, “ko ni aku tengok lemah lesu, macam tak cukup makan..”. Salah satu faktornya adalah disebabkan kekurangan micronutrient dalam diet.

2 – Faktor sibuk
Faktor kesibukan di zaman moden menyebabkan corak pemakanan kadang-kadang tidak seimbang (dari segi kandungan micronutriennya), terutamanya jika anda sering bekerja di luar dan jarang memasak di rumah.

3 – Termusnah akibat dimasak
Haba merupakan faktor utama yang boleh menyebabkan satu-satu vitamin itu terurai. Vitamin boleh bekerja pada suhu optimum iaitu suhu badan manusia (dalam 35 darjah celcius), lebih daripada itu, ia mungkin akan musnah. Oleh sebab itu, belum terjamin 100% vitamin-vitamin yg terkandung dalam sesebuah makanan yang dimasak dapat digunakan oleh badan kita.

4 – Stress (tekanan perasaan, kerja)
Dalam dunia yang serba sibuk dan mencabar, tidak sah jika seseorang itu menghidap tekanan mental. Kehilangan magnesium dan beberapa nutrien penting adalah lumrah dek kerana tekanan perasaan, mental, dan sebagainya.

5 – Kualiti makanan yang semakin rendah
Kualiti sayur-sayuran (juga buah) yang ada kini mungkin tidak lagi setanding kualitinya berbanding sayur-sayuran yang ditanam (secara organik) beberapa dekad yang lalu. Sayur-sayuran zaman kini terlalu banyak ‘dimanjakan’ dengan bahan-bahan kimia, yang mungkin memusnahkan kualiti nutrien yang terkandung di dalamnya.

6 – Pencemaran Alam sekitar
Kemodenan dan kepesatan teknologi mengakibatkan alam sekitar kian tercemar berbanding beberapa dekad yang lalu. Saban hari, sistem ketahanan tubuh kita kian terancam, dan micronutrient yang hanya diperolehi daripada makanan sahaja (rujuk no.3 dan no.5) mungkin tidak mencukupi.

7 - Tabiat makan memilih
Terdapat individu yang tidak suka makan sayur, dan hanya bergantung kepada daging dan makanan laut sahaja untuk mendapatkan sumber micronutrient, dan ini tidak mencukupi kerana kebanyakan vitamin dan mineral wujud dalam tumbuh-tumbuhan. Terdapat pula individu yang mengamalkan diet vegetarian (tak makan daging, ayam, telur) dan individu sebegini mungkin tidak mendapat cukup vitamin B12, zinc dan calcium.


 8 – Tahap penyerapan nutrien yang rendah
Tidak semua individu mampu menyerap nutrien dengan baik, terutamanya golongan yang sudah berumur. Supplemen multivitamin membantu dalam memastikan bekalan vitamin dan mineral kepada tubuh badan sentiasa mencukupi.

9 – Harganya yang murah
Secara purata, sebiji pil multivitamin yang diambil sebiji setiap hari, harganya tidak sampai RM1 pun. Jika anda boleh menghabiskan wang anda dengan sekotak rokok sehari, atau sebungkus Keropok Moni (hari-hari tengok iklan ni di TV), mengapa harus memberikan 1000 alasan untuk membeli multivitamin yang baik untuk kesihatan?

10 – Role Model kita
Salah satu rahsia mengapa Tun Dr. Mahathir berjaya mengekalkan kesihatan hingga ke usianya sekarang ialah beliau mengamalkan pengambilan 1 pil multivitamin setiap hari (kalau tak salah jenama yang beliau ambil ialah “Shaklee”).

Itulah dia 10 sebab munasabah mengapa kita memerlukan supplemen multivitamin dalam dietary kita. Buat yang sudah memilikinya, bagus, teruskan amalan mengambil 1 pil multivitamin setiap hari. Buat mereka yang belum, apa yang ditunggu lagi? Setiap rakyat Malaysia seharusnya memiliki sebekalan multivitamin dalam beg tangan (buat yang wanita), beg bimbit (buat lelaki tampan dan maskulin), dan beg sekolah (buat adik-adik yang masih belajar). Semua orang harus memilikinya, dan ia tidak terhad untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan sahaja

sekilas fakta:Multivitamin merujuk kepada supplemen diet yang mengandungi vitamin larut lemak (A, D, E, K), vitamin larut air (B1, B2, B6, B12, C, Folic Acid, Niacin, Pantothenic Acid, Biotin) dan mineral-mineral penting(calcium, phosphorus, iron, iodine, magnesium, manganese, copper, zinc, dan berbagai lagi).Vitamin dan mineral diistilahkan juga sebagai micronutrient dan diperlukan dalam badan dalam kuantiti yang sangat kecil. Micronutrien ini berbeza dengan ‘macronutrien’ (Karbohidrat, Lemak dan Protein) yang bertanggungjawab kepada distribusi kalori. Bermaksud, micronutrien tidak membantu dalam distribusi kalori, atau bahasa mudahnya ‘kosong kalori’.saya petik fakta di atas dari sini yer~~. Thanks Ida

Memang menarik fakta2 di atas.. 10 sebab yang tak boleh kita semua nafikan...... dan sebab tu saya kongsikannya di sini untuk kita semua...tak kiralah brand apa yang anda pilih... pastikannya multivitamin anda adalah yg terbaik...

Kesihatan adalah anugerah Allah yang tidak ternilai

~ Mencegah lebih baik dari merawat  ~

Kredit [ kak Cery]

VITAMIN C & TANDA2 KEKURANGAN

 Tanda kekurangan Vitamin C


 

Vitamin C adalah vitamin yang sangat sangat rapuh. Ia mudah rosak pada suhu yang terlalu tinggi. Maka apabila cuaca panas, vitamin C dalam badan yang sedia ada akan musnah. Apakah tanda kekurangan vitamin C yang sangat ketara?
  • Mudah tertekan ( stress)
  • Kulit kelihatan sangat kering dan bersisik
  • Tapak kaki keras dan kasar
  • Luka yang lambat baik
  • Mudah selsema/ bersin
  • Wajah nampak tua berbanding umur (Vitamin C penting utk pembentukan kolagen)
  • Mudah dapat ulcer
  • Mudah demam
  • penyakit Skurvi
___________________________________________________




Vitamin C pilihan saya adalah Shaklee. Apa yang membezakan Vitamin C jenama Shaklee dgn yang lain2?Shaklee Sustained Release Vita-C™ 500mg berupaya memberikan perlindungan berkekalan, jam demi jam dengan menggunakan sistem perlepasan berkekalannya. Vitamin C merupakan bahan antioksida yang berkeupayaan tinggi yang juga turut dikenali sebagai nutrisi yang berupaya melakukan semua perkara. Sustained Release Vita-C mengandungi:
  • Kandungan Vitamin C yang tinggi.
  • Sistem perlepasan berkekalan dalam menyalurkan Vitamin C yang menyamai kandungan satu setengah biji buah oren untuk setiap jam selama lima jam.
  • Formulasi yang membantu mengekalkan pertahanan antioksida secara semulajadi, kekuatan sel, kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
___________________________________________
 Kredit Cery MFC

Saya adalah pengamal Vitamin2 semulajadi Shaklee..~ Sharing Is Caring~

PM Saya untuk  keterangan lanjut n pertanyaan
Shaklee Independent Distributor [ID No : 883550]

B COMPLEX



Apakah makanan yang mengandungi zat B sebenarnya?
Antara makanan yang mengandungi vitamin B ialah gandum, daging, susu, kacang hijau, ragi, beras, telur, buah-buahan, gandum, ragi, hati, ikan, ginjal, kentang manis dan sebenarnya banyak lagi. Namun kita perlu tahu bahawa vitamin B yang LENGKAP atau nama lainnya ialah B Kompleks terdiri daripada lapan (8) vitamin B.

Apakah B Complex ?
B complex terdiri dari kumpulan lapan (8) vitamin B iaitu thiamin (B-1), riboflavin (B-2),niacin(B-3),pantothenic acid (B-5), pyridoxine (B-6), folic acid (B-9) and cobalamin (B-12) dan Biotin.

Apa kebaikan vitamin B complex sebenarnya?
Banyak keperluan vitamin B complex ini, antaranya ialah untukmengurangkan tekanan emosi dan kelesuan, Membantu dalam kestabilan saraf dan meningkatkan proses pemikiran, Menukarkan makanan kepada tenaga-menolong memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein, Mencegah barah serviks, penyakit jantung dan kecacatan spina, menggalakkan kesihatan system kardiovaskular yang lebih baik.

Apa kelebihan vitamin B complex Shaklee?
Selain lengkap dengan lapan kumpulan vitamin B , vitamin B Complex Shaklee dilengkapi dengan Sistem penyerapan Boaktif Berpaten. Lebih tepat lagi asid Folik, iaitu sejenis vitamin B tidak dapat diserap dengan mudah. Namun begitu Shaklee telah menghasilkan suatu selaput asid folik yang unik ntuk menjadikan zat tersebut lebih mudah diperolehi dan digunakan dalam badan.Teknologi berpaten ini adalah ekslusif bagi Shaklee. Secara ringkasnya Vitamin B yang lebih baik mempunyai ciri2 berikut :

§ Sistem penyerapan bioaktif berpaten

§ Kesemua lapan jenis vitamin B yg diperlukan termasuk Biotin

§ Peningkatan penghantaran zat
§ Tablet mudah ditelan

Siapa sebenarnya yang perlu B complex?
Semua individu perlukan vitamin B terutama mereka yang
  • Terdedah kepada sinaran matahari
  • Terdedah kepada tekanan kerja dan beban kerja yang banyak
  • Mereka yang mempunyai sakit kencing manis , tekanan darah tinggi, migraine
  • Mereka yang tidak dapat focus dalam pekerjaan yang dilakukan.
  • Mereka yang hendak menjaga kecantikan tubuh badan
  • Mereka yang nak nampak cantik dan muda
  • Mereka yang mengandung dan menyusukan anaknya
  • Wanita yang mengambil pil perancang

Maka, jika anda mempunyai kekangan dalam memastikan pengambilan vitamin B yang lengkap, cubalah amalkan pengambilan suplemen B Complex...
 _____________________________________________________________
Bila kita tahu fungsi dan kebaikkan B Complex..automatik kita akan berdisiplin utk makan hari2.. B Complex membantu badan lebih bertenaga, lebih sihat, ceria dan mood lebih stabil di samping dapat mengawal tekanan yang kita hadapi....



PM saya untuk keterangan lanjut dan pertanyaan
Saya adalah pengamal dan pengedar Shaklee.. ID : 883550

~ Sharing Is Caring ~

Energizing Soy Protein






  • Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu.
  • Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. 
  • Energizing Soy Protein ini membekalkan 14 gram non-GMO Protein Soya berkualiti tinggi yang mengandungi semua Asid Amoni Perlu termasuk 9 Asid Amino Perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia bagi proses sintesis protein. 
  • Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolesterol.SHAKLEE MALAYSIA
************************************************************************
Energizing Soy Protein membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana ia mengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta Kalsium separuh daripada jumlah keperluan seharian 

Isofalvones pula meningkatkan fungsi jantung, tulang, payudara dan prostat. Kajian juga menunjukkan soya dapat membantu mengimbangi kitaran hormon semasa proses menopaus.
Energizing Soy Protein ini dihasilkan dibawah kawalan IPP(Identity Preservation Program) bermakna penghasilan kacang soya ini dipantau ketat pada setiap peringkat dari penanaman sehinggalah sampai kepada pengguna.Diproses dengan air ( bukan dengan bahan kimia ) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones dijamin Halal. Tanpa Laktos, kolesterol dan bebas kafien.
Apakah faedah2 yang akan anda dapat jika mengamalkan ESP ini?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pelajar dan pekerja atau individu dewasa : As energy booster (kalau minum pagi2 tu.terasa energetic dan tak rasa lapar sangat.. so bonuslah for weight management)
 
Lelaki : Protect from any disease (heart,cancer,etc)
 
Ibu mengandung : For a healthier pregnancy- well grown fetus ; membantu mengurangkan ketakselesaan ketika hamil
 
Ibu yang menyusu: Membantu menggalakan dan mengekalkan pengeluaran susu . Dan yg bestnya, pengambilan ESP konsisten sepanjang penyusuan susu ibu,dapat membantu pekembangan fizikal bayi secara sihat
 
Wanita: Keanjalan kulit.. Awet muda gitu..(protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protien untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut).

***************************************************************************
Saya juga mengamalkan ESP ini setiap hari untuk 'menten'kan milk supply selain Set Penyusuan Shaklee yang lain. Bagi mama yang sedang menyusukan baby macam saya, perlukan 3 sudu besar setiap hari. Bagi yang tidak menyusukan, cukup sekadar 1 sudu besar sehari jer...boleh jimat dah kan :) Selepas minum ESP ini, saya akan berasa kenyang dan akan kurang makan. Tu yang best tu... kekadang lunch saya just ambil ESP jer sbg alas perut jika pg saya  dah makan sarapan berat.. baru 3bulan mengamalkan ESP kulit lebih sihat, tegang, bersih.. berat badan pun dah semakin berkurangan..

Nota : Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

****************************************************
sebarang pertanyaan tentang harga dan sebagainya, boleh klik di SINI
Untuk dapatkan produk Shaklee, boleh hubungi saya;
[Penghantaran adalah ke seluruh Malaysia termasuk Sabah/Sarawak dan juga luar negara bagi yang berminat]
[Cash On Delivery C.O.D jika anda tinggal di Hulu Selangor dan sekitarnya]

Home


Khamis, 13 September 2012

Promosi sepanjang September 2012 - Awet muda bersama Vivix


Yeahh. PROMOSI September dah keluar dah... Kepada semua customer Permata Hati Ibu sila PM saya jika anda berminat utk mendapatkan Vivix*Sumber gambar : Facebook Shaklee Malaysia
Vivix™ Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

Lebih banyak tentang Vivix.. sila klik link ini..
Okeyla.. sekian terima kasih.. Jika berminat.. hubungi saya yer



Izad Daud
Shaklee Independent Distributor [ID No : 883550]

Apa Itu Sistem Lupus Erythematyosus (SLE/LUPUS)..??


Apa itu Lupus..??

Lupus adalah radang teruk (inflamasi kronik) yang disebabkan oleh penyakit autoimun di mana sistem pertahanan badan yang tidak normal melawan tisu badan sendiri. Antara tisu badan dan organ yang boleh terlibat adalah seperti kulit, jantung, paru-paru, buah pinggang, sendi, dan sistem saraf. Jika tisu kulit sahaja yang terlibat, ia lebih dikenali sebagai diskoid lupus. Jika organ-organ dalaman turut terlibat, ia dikenali sebagai Sistemik Lupus Erythematosus (SLE).

Apakah Penyebab Sistemik Lupus Erythematosus (SLE)..??

Sehingga kini faktor yang merangsangkan sistem pertahanan diri untuk menjadi tidak normal belum diketahui. Ada kemungkinan faktor genetik, kuman virus, sinaran ultraviolet, dan ubat-ubatan tertentu memainkan peranan.Penyakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) ini lebih kerap ditemui di kalangan kaum wanita. Ini membayangkan bahawa hormon yang terdapat pada wanita memainkan peranan besar, walaubagaimanapun perkaitan antara Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) dan hormon wanita masih dalam kajian.Penyakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) bukanlah suatu penyakit keturunan. Walaubagaimanapun, mewarisi gabungan gen tertentu meningkatkan lagi risiko seseorang itu mengidap penyakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE).

Gejala-gejala Lupus.
Diskoid Lupus
Ruam di muka, kepala dan anggota-anggota lain badan.Diskoid Lupus kelihatan merah dan timbul di pinggiran ruam. Ia biasanya tidak sakit atau gatal.Ruam ini pulih dengan meninggalkan parut.Diskoid Lupus tidak serious dan jarang sekali melarat melibatkan orgon-organ lain.

Sistemik Lupus Erythematosus ( SLE / LUPUS ) 

- Kemerahan di muka terutamanya di pipi dan batang hidung, yang berbentuk rama-rama.- Ulser di dalam mulut- Keguguran rambut- Demam berpanjangan.- Sensitif terhadap pancaran matahari. Pesakit mudah mengalami kemerahan atau ruam di bahagian badan yang terdedah kepada pancaran matahari seperti muka dan tangan.
Radang (inflamasi) organ dalaman akan menimbulkan bermacam-macam tanda bergantung kepada organ yang terlibat. Contohnya, inflamasi otak boleh menyebabkan pesakit berasa sakit kepala, sawan, atau berkelakuan aneh seperti pesakit mental.
Penglibatan buah pinggang pula boleh menyebabkan bengkak kaki dan pengeluaran protin yang berlebihan dalam air kencing. Jika berlarutan tanpa dirawat, Sistemik Lupus Erythematosus boleh mengakibatkan kegagalan buah pinggang.
Tidak semestinya semua gejala-gejala ini berlaku di kalangan pesakit-pesakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) pada satu-satu masa. Oleh itu penampilan penyakit ini boleh berbeza antara satu pesakit dengan yang lain bergantung kepada gabungan (kombinasi) organ dan gejala-gejala yang terlibat.

Rawatan 

Rawatan-rawatan yang ada sekarang bertujuan untuk mengawal gejala-gejala dan mengurangkan komplikasi yang disebabkan oleh penglibatan organ-organ dalaman.Pesakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) yang mengalami gejala-gejala ringan atau tidak serious tidak perlu ubat-ubatan tetapi memandai dengan ubat anti keradangan / (anti-inflamasi) untuk jangkamasa singkat sahaja. Jika organ-organ dalaman yang terlibat, ubat-ubatan seperti steroid atau gabungan bersama ubat immunosuppression adalah diperlukan.Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) dan wanitaMemandangkan Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) lazim ditemui di kalangan wanita, masalah kehamilan selalu dipersoalkan. Antara masalah-masalah yang boleh dihadapi ialah :-

1. Risiko keguguran kandungan. - Terutama di peringkat awal atau akhir mengandung.

2. Komplikasi lain semasa mengandung. - Penyakit lupus menjadi aktif semula semasa mengandung.- Risiko mengidap darah tinggi, kencing manis dan komplikasi buah pinggang adalah tinggi.Oleh itu pesakit-pesakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) wanita adalah dinasihatkan untuk berbincang dengan doktor yang merawat sebelum mengandung. Pesakit-pesakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) yang mengandung pula perlu membuat pemeriksaan antenatal yang kerap dan digalakkan supaya melahirkan anak di hospital.

Bagaimana pesakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) boleh mengelak penyakit ini menjadi aktif.
Mengenal gejala-gejala Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) yang menandakan penyakit menjadi aktif semula supaya rawatan dapat diubahsuaikan diperingkat awal sebelum ia menjadi lebih teruk.
Mengelakkan banyak terdedah kepada pancaran matahari. Ini boleh dilakukan dengan memakai baju berlengan panjang, berpayung, bertopi, dan juga memakai sunscreen.Mengelakkan daripada putus ubat terutamanya steroida tanpa nasihat doktor yang merawat.Perlu mengikuti rawatan lanjutan di klinik-klinik yang mengubati pesakit-pesakit SLE.Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) adalah suatu penyakit yang boleh membabitkan pelbagai anggota badan, dan berpotensi menyebabkan penyakit yang serious.Walaubagaimanapun, kebanyakan pesakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) boleh mengecapi kehidupan normal seperti orang lain. Kunci kejayaan ini bergantung kepada interaksi pesakit dan doktor yang merawat dan pemahaman terhadap penyakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE).

Rujukan "Sistemik Lupus Erythematosus ( SLE / LUPUS )", 2003, Unit Rheumatologi Jabatan Perubatan Dan Jabatan Pendidikan Kesihatan Hospital Selayang.

~ SHARING IS CARING ~

Search