Masa
mengandung berat badan ibu naik dengan banyak sekali. Sudahnya hati
runsing dan sibuk bertanya bolehkah badan ini kembali macam dulu.
Jawapannya mudah sahaja, amalkan berpantang secara tradisional, In Shaa
Allah badan kembali langsing dan yang penting sihat.
Tetapi
berapa ramai ibu-ibu moden masa kini masih kekal mengikut cara orang
tua-tua berpantang? Ada yang berkata leceh hendak berstokin
sepanjang hari, berbengkung, berpilis dan bertungku. Lebih berani, ada
ibu yang baru dua minggu bersalin sudah sibuk mengusung anak ke pusat
beli-belah.
Wah, ini kalau dilihat mak-mak bidan tradisional
mahu menjerit dia. Bukan apa, kalau ikut cara berpantang tradisional
yang sebenar, ibu-ibu dilarang melangkah keluar dari rumah sepanjang
tempoh 40 hari berpantang.
Tetapi biasanya kita boleh melihat
secara fizikal jika dibuat perbandingan antara ibu yang mengamalkan
pantang dengan ibu yang tidak berpantang langsung. Ibu berpantang jarang
mengalami sengal-sengal badan dan sakit pinggang, badan lembik tidak
bermaya dan perut buncit macam masih lagi mengandung.
Jom kita semak semula apa perkara yang sepatutnya dipatuhi oleh ibu-ibu selepas bersalin.
1. Kawal pergerakan
*Jangan terlalu banyak bergerak, berjalan secara perlahan kerana dibimbangi tumpah darah.
*Sentiasa memakai stoking dan jangan tersepak benda-benda keras kerana ditakuti bentan.
*Duduk secara rapat paha supaya dapat mengecilkan/mengecutkan rahim kembali.
2. Jaga pemakanan
*Makan ikan haruan supaya luka cepat sembut.
*Jangan makan makanan berkanji dan bersantan. Pulut misalnya boleh
menyebabkan angin dan menambahkan kolesterol dalam badan. Ini
melambatkan proses menurunkan berat badan.
*Jangan makan sayuran yang bersifat sejuk dan menyebabkan angin seperti kangkung, kacang panjang, labu air, nangka muda.
3. Amalkan mandian air rebusan herba
*Air rebusan daun-daun herba seperti mengkudu, kaduk, pandan,, serai
wangi, jambu batu elok untuk menyegarkan tubuh yang lesu selepas
bersalin.
4. Berurut
*Amalan berurut seluruh
badan membantu membetulkan urat-urat badan yang tegang, mengembalilkan
pengaliran darah serta menaikkan rahim kembali ke tempat asal.
5. Bertungku
*Selepas berurut elok bertungku terutama di bahagian perut dan
peranakan untuk mempercepatkan proses pengecutan peranakan sekali gus
mengempiskan perut ibu.
6. Menyapu pilis
*Amalan yang semakin jarang dilakukan ibu lepas bersalin. Pilis
bertujuan menyejukkan bahagian kepala dan mencerahkan mata serta
mengelakkan daripada sakit kepala yang mungkin boleh menyebabkan
meroyan.
7. Minum jamu @ ambil suplimen
*Sekarang ada banyak alternatif jamu bersalin yang bersesuaian untuk
diamalkan. Ia membantu mengembalikan tenaga yang hilang dalam proses
bersalin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan