Sabtu, 13 Disember 2014

Tekanan Darah Tinggi atau Hipertensi Ketika Hamil

Bagi Ibu-Ibu yang sedang mengalami tekanan darah tinggi atau Hipertensi ketika Hamil, adalah wajib mengambil langkah berjaga-jaga  dan kawal tahap kesihatan ibu-ibu. tekanan darah tinggi yang tidak terkawal boleh membahayakan nyawa ibu dan bayi di dalam kandungan..Tekanan darah tinggi yang tidak dikawal akan  menyebabkan keadaan lebih teruk dikenali sebagai pre-eclampsia(PE). PE yang tidak dirawat akan menjadi lebih serius. Ibu yang PE teruk berisiko untuk terkena sawan dan keadaan ini dikenali sebagai Eclampsia. Risiko Eclampsia lebih mudarat di mana ibu dan bayi dalam  kandungan berisiko meninggal dunia ketika atau selepas melahirkan.

Mengapa hipertensi semasa mengandung terjadi?
Sebab sebenar mengapa sesetengah wanita hamil mendapat hipertensi dan ada yang tidak, masih belum diketahui. Salah satu faktor risiko adalah faktor genetik. Teori pertama menyatakan bahawa terdapat masalah ketika perkembangan bahagian uri semasa awal mengandung. Teori yang kedua pula menyatakan bahawa mungkin terdapat kejadian peradangan yang tidak terkawal, di mana tubuh badan bertindak balas terhadap uri itu sendiri. Laporan saintifik menyatakan bahawa lebih ramai wanita Asia yang menghidap hipertensi semasa mengandung.

Siapakah yang berisiko?
Golongan wanita mengandung yang berisiko mendapat hipertensi adalah seperti berikut:
Faktor-Faktor Am:
  • Wanita berumur 40 tahun dan ke atas.
  • Obes: BMI <30 kg/m2 adalah dikaitkan dengan peningkatan dua kali ganda risiko mendapat pra-eklampsia. BMI yang tinggi sebelum mengandung atau pada peringkat awal mengandung akan meningkatkan risiko kejadian hipertensi semasa mengandung.
Faktor Genetik:
  • Sejarah kejadian hipertensi semasa mengandung di kalangan ahli keluarga, sama ada sebelah ibu atau pun adik beradik meningkatkan risiko antara 20% hingga 40%.
Faktor-Faktor Obstetrik
  • Primigravida : kandungan yang pertama (2-3 kali ganda lebih tinggi risiko)
  • Kandungan kembar
  • Sejarah pra-eklampsia pada kandungan yang sebelumnya
  • Tempoh antara kandungan yang lama
  • Penyakit Hydrops, dengan uri yang besar
  • Kandungan molar
Nota: Walaupun wanita primigravida (kandungan pertama) berisiko tinggi mendapat pra-eklampsia, wanita yang multiparous (anak yang ramai) berisiko mendapat gejala yang lebih serius dengan pelbagai komplikasi.
Faktor-Faktor Perubatan
  • Hipertensi yang sedia ada (sebelum mengandung)
  • Penyakit buah pinggang
  • Diabetes
  • Kehadiran antibodi Anti-fosfohipid
  • Penyakit Connective tissue
  • Trombofilia keturunan (Inherited thrombophilia)



Diantara makanan yang boleh mengurangkan Tekanan darah iaitu:-

Ikan
buah-buah citrus
pisang

Amalkan rutin kehamilan dan dapatkan nasihat dan pemeriksaan doktor secara berkala bagi mengurangkan risiko bahaya kepada ibu dan bayi..



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ibu-ibu yang ingin mendapatkan Suplemen Shaklee untuk Mengandung, Berpantang dan Penyusuan boleh hubungi saya :-

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Search