Sekilas Fakta: Vitamin E ialah salah satu
antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular.
Berdasarkan kajian,vitamin E
telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit.
Ianya larut lemak yang disimpan di
dalam organ tubuh seperti hati, jantung, kelenjar pituitari, testis, uterus,
darah dan otot. Namun, yang menariknya vitamin E ini ialah, 60-70% darinya
akan disingkirkan dari tubuh setiap hari (tidak semua disimpan dalam badan) dan
ia tidak menjadi toksik seperti vitamin A.Vitamin E dikira dalam unit IU
(international units) yakni 1 IU bersamaan 1mg. Vitamin E terdiri dari 8
komponen dalam 2 kelas utama : tocopherols dan tocotrinols yang terdiri dari
komponen2, alpha, beta, gamma dan delta. Vitamin E yang lengkap sepatutnya
mengandungi kesemua 8 komponen tersebut. Alpha tocopherols adalah komponen yang
paling aktif, malah IU dikira berdasarla alpha-tocopherols.
Satu kajian yang
dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa
pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser
prostat di kalangan penghisap rokok.
Khasiat Vitamin E :
·
Menjadikan anda tampak lebih muda dengan
membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal
bebas.
Memperbaiki peredaran darah,utk memperbaiki tisu, dan
sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic
payudara
·
Melindungi paru2 dari pencemaran
udara.
·
Ia
memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan
parut,
mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak,
meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan.
·
Mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang
sama menguatkan dinding kapilari.
·
Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi
sihat, dan membantu mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis
gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang.
·
Mengurangkan risiko Alzheimer
(nyanyuk).
·
Mengurangkan risiko keguguran bagi wanita
hamil.
·
Merendahkan kadar
kolesterol.
·
Membantu mencegah kanser.
·
Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada
sesetengah lelaki.
·
Vitamin E juga dikenali sebagai ‘vitamin cinta’
kerana ia boleh membantu dalam perhubungan suami isteri. Malah wanita hamil,
menyusukan anak, mengambil sebarang pil hormon dan melalui fasa menopous
memerlukan vitamin E.
Sumber makanan Vitamin E: minyak sayuran, sayuran
berdaun hijau gelap, kacang, biji-bijian , dan semua bijirin. Beras perang,
makanan daripada jagung, telur, rumpai laut, hati yang dikeringkan, susu, oat,
daging organ , kacang soya, ubi kentang, selada air, dan gandum
Kekurangan vitamin E boleh menyebabkan: Mudah
radang,penuaan kulit sebelum masa,rambut gugur,anemia
Sumber: Mamafaiz.com
hubungi Saya:
Pn.Izad Daud| SID 883550
Whatsapp/SMS 011-11233493
Call/SMS 0196020620
FB; Izad Daud
Tiada ulasan:
Catat Ulasan