Khamis, 17 Julai 2014

Kolestrol Pembunuh Senyap anda|Phytocol-ST Shaklee terbaik untuk Anda

Terkejut malam tadi dengar berita MH17, Semoga semua ahli keluarga yang terlibat dapat bersabar dan diberi kekuatan untuk musibah ini. 

Ok, terkejut-kejut jugaklah.. tapi korang tahu tak sekarang banyak sangat kematian mengejut. Hasil post moterm mengesahkan serangan jantung. Korang tahu tak punca utama sakit jantung tu berpunca dari paras bacaan kolestrol LDL tak sihat yang tinggi. Tua, muda, kurus, gemok, lelaki dan wanita tak terlepas dapat penyakit ni. Punca utama komfemlah dari pengambilan makanan.

Apa itu Kolestrol?

Kolesterol ialah bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam edaran darah manusia. Dua sumber utama kolesterol dalam darah diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaran hati.
Kolesterol pemakanan datang daripada daging, ayam, ikan dan produk tenusu. Selepas makan, kolesterol diserap oleh usus ke dalam peredaran darah dan diselaputi oleh protein. Kolesterol bersalut protein ni dipanggil chylomicron.

Hati mampu menyingkirkan kolesterol daripada peredaran darah dan juga menghasilkan kolesterol serta merembeskan kolesterol ke dalam peredaran darah. Selepas makan, hati mengeluarkan chylomicron daripada peredaran darah. Di antara waktu makan, hati menghasilkan dan merembeskan kolesterol kembali ke dalam peredaran darah.

Kolesterol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas yang dipanggil lipoprotein. Kolesterol yang dirembeskan oleh hati ke dalam darah boleh bergabung dengan lipoprotein ketumpatan amat rendah (VLDL) atau lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).

Kolesterol LDL yang terhasil daripada metabolisme kolesterol VLDL dalam aliran darah, dikenali sebagai kolesterol ‘jahat’ manakala kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol baik.

Bagaimana Kolestrol ni penyebab penyakit Jantung?

Kita akan terdedah dengan Penyakit Jantung ni , jika kita mempunyai paras kolestrol LDL yang tinggi berbanding HDL. Timbunan kolestrol jahat meningkatkan risiko gangguan kesihatan jantung dan strok.

Lipoprotein LDL menyebabkan kolesterol melekat pada dinding arteri, menyebabkan pembentukan bahan keras dan tebal yang dipanggil plak kolesterol. Lama-kelamaan, plak kolesterol menyebabkan dinding arteri menebal dan saluran arteri semakin sempit, satu proses yang dipanggil atherosclerosis.

Arteri koronari membekalkan darah dan oksigen kepada otot jantung. Bila arteri koronari menyempit disebabkan atherosclerosis, ia tidak mampu membekalkan darah dan oksigen secukupnya kepada otot jantung. Kekurangan oksigen ke otot jantung menyebabkan dada sakit, juga ketulan darah dalam arteri yang menyebabkan saluran itu tersumbat dan membawa kepada kematian otot jantung (serangan jantung).


Zarah kolesterol HDL menghalang proses atherosclerosis dengan menarik kolesterol daripada dinding arteri dan menyingkirkannya melalui hati, untuk dibuang menerusi hempedu. Ia juga mengganggu pengumpulan kolesterol pada dinding arteri oleh zarah kolesterol LDL.

Sumber:  wikipedia

Memperkenalkan Phytocol-ST Shaklee 

Shaklee telah memperkenalkan Phytocol-ST khas untuk menurunkan kolestrol secara semulajadi. Banyak kita makan banyak jugalah kolestrol terhasil. Pelbagai jenis makanan untuk dinikmati. Untung jadi rakyat Malaysia ni. Mewah dengan makanan. Cuma adakah kita mengambil berat tahap kesihatan kita? Adakah kita melakukan ujian kesihatan termasuk mengenalpasti tahap bacaan kolestrol dalam badan kita?. Kajian telah mendapati bahawa 6 juta Rakyat Malaysia telah disahkan penghidap kolestrol yang tinggi, so adakah kita tergolong sekali dalam jumlah angka  6 juta tersebut?.. saya telah melakukan ujian kolestrol dan Alhamdulillah setelah pengamalan Omega Guard Shaklee dan Lecithin Shaklee paras kolestrol saya normal.  Jadi anda perlu melakukan ujian ini agar kita dapat mengetahui tahap kolestrol kita dan bertindak bijak sebelum ia membunuh kita. 

Ambillah peluang untuk mengamalkan Phytocol ST Shaklee sebagai salah satu suplemen wajib anda.  Phytocol adalah pilihan semulajadi terbaik dengan 2000 mg fitosterol setiap hari dan disarankan 100% Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH).

Phytocol Shaklee dirumus secara klinikal dengan bahan-bahan terpilih untuk membantu menghalang penyerapan kolestrol di dalam tubuh

Fitosterol adalah tumbuhan sterols dan stenoils yang terdapat dalam sel membran tumbuhan. Ia menyerupai kolestrol dalam badan dan apabila kolestrol ni berjumpa dia akan bersaing untuk menyerap ke dalam sistem penghadaman badan. 

 

Sterols dan stenols ni akan menghalang kolestrol jahat (LDL kolestrol) dan akan merendahkan kolestrol jahat yang masuk ke dalam salur darah manusia yang boleh menyumbatkan salur darah. 

Sterol dan stenoil yang ada dalam makanan seharian kita seperti makan 200 batang lobak merah atau 70 keping roti gandum atau 425 biji tomato  setiap hari.

Kenapa Phytocol-St Shaklee?

Bertindak Secara Semula Jadi untuk Merendahkan Paras Kolesterol
Phytocol-ST™ ialah rumusan proprietari yang dapat menghalang penyerapan kolesterol oleh tubuh.
  • Mengandungi bahan-bahan yang terbukti secara klinikal, dan disokong oleh lebih 80 kajian, berkesan untuk merendahkan paras kolesterol LDL secara semula jadi.
  • Dirumus daripada campuran sterol & stanol yang kaya dengan manfaat kesihatan.
  • Membekalkan 2,000 mg sterol & stanol tumbuhan setiap hari, mengikut saranan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH).


Keistimewaan Phytocol Shaklee

  • dirumuskan khas daripada sayur-sayuran, buah-buahan, tumbuhan, dan bijirin yang kaya dengan fitosterol asli yang aktif
  • fitosterol dari tumbuhan telah diuji secara klinikal oleh 80 untuk merendahkan paras LDL kolestrol
  • mengandungi 2000 mg fitosterol yang diperlukan setiap hari
  • kandungan fitosterol yang mencukupi seperti yang disyorkan oleh NIH
  • tiada bahan pengawet, perasa tiruan dan pemanis tiruan

Bagaimana Phytocol Shaklee berfungsi?

Dengan struktur yang sama seperti kolesterol, Fitosterol bersaing dan akan mengalahkan kolesterol dalam penyerapan di dalam Usus.

Ini bermaksud apabila kita mengambil banyak fitosterol maka semakin kurang kolesterol yang akan di serap di dalam tubuh kita dan semakin tinggi untuk anda merendahkan paras kolesterol LDL kita. Lihat gambarajah di bawah.

Jadi bagaimana? Kini kita boleh menikmati makanan kegemaran tanpa perlu bimbang dengan ancaman kolestrol asalkan kita mengamalkan Phytocol Shaklee setiap hari. Sebelum kolestrol melarat dan mengundang penyakit merbahaya adalah lebih baik kita amalkan Phytocol Shaklee untuk turunkan kolestrol secara semulajadi.

 Untuk tempahan dan pertanyaan produk , hubungi saya

Pn. Izad Daud| SID 883550
Whatsapp/SMS 011-11233493
Call 019-6020620


Set Berpantang Shaklee pilihan tepat dan terbaik

Alhamdulillah... Syukur kepadaMu Ya Allah.. petang ni nak bagitau kat semua, dapat whatsapp dari costomer lama nak repeat order Set Berpantang Shaklee sama macam dulu.. Puan Anne dari Klang akan melahirkan anak kedua pada 30 Julai 2014. Raya ke 3 katanya, Semoga semua urusan beliau dipermudahkan Allah.

Puan Anne dulu ambil Set berpantang shaklee iaitu Vitamin C SR, B Complex, Vitalea Multivitamin, Zinc, Alfalfa.. so dia nak Sama seperti dulu.. Sebab dia maklumkan best sangat masa dalam pantang makan Set ni. Lepas bersalin beberapa jam makan shaklee, Alhamdulillah cepat recover semula tenaga semasa proses kelahiran.  Tambah beliau lagi , luka cepat baik dan air susu banyak sangat. 



Bagi ibu-ibu yang masih tercari-cari dan tak tahu Set bersalin berpantang mana nak cuba khususnya ibu-ibu baru tu, cubalah set bersalin shaklee.. Ramai pelanggan saya sangat berpuas hati. Saya pun tak nafikan saya pun menggunakan set Bersalin dan Penyusuan Shaklee semasa bersalin lepas. Memang tersangat magic dan Luar biasa energy booster nya.. masalah sembelit saya yang ditanggung berbulan-bulan dari mengandung, lepas makan Ostematrix Shaklee 4 biji sebelum tidur, keesokkannya terus terkejar-kejar ke tandas untuk membuang.. Bukan itu sahaja, masuk minggu ke 2 pengamalan , Alhamdulillah rezeki untuk puteri saya pula air susu banyak , menitik-nitik laju kuar , minum sampai tersedak-sedak, muka dan seluar anak saya basah lencun.. oh! so sweet kenangan tu.. Alhamdulillah Allah makbulkan permintaan saya untuk menikmati kenangan indah tersebut. Masa si abang 2 bulan je dapat menyusukan dia, Sangat ralat n kecewa. Bagi susu Formula . Nangis tau, sebab dia tak mau direct feeding, saya pulak sangat kekurangan ilmu penyusuan so beserah jelah bagi susu formula tu.

Oklah.. So berbalik kepada Puan Anne tadi, semoga dipermudahkan segala urusan dan terima kasih  sebab masih memilih Set Bersalin berpantang Shaklee. Bagi yang nak cuba dan nak tanya boleh hubungi saya untuk rundingcara percuma..

Izad Daud| Shaklee Independent Distributor 883550
Whatsapp 011-11233493
Call 019-6020620

Rabu, 16 Julai 2014

GANJARAN PUASA RAMADHAN ~ TAHUJJUD CINTA~

Selamat Pagi Pengunjung setia  blog saya.. alhamdulillah Ramadhan telah masuk fasa 2/3, Jom sesama kita perbaiki diri, tingkatkan amal ibadah kita kepada Pencipta. Hidupkan 2/3 fasa ini dengan solat sunat tahajjud, taubat, Hajat, Zikir , tahmid dan tadarus Al Quran mengingati Maha Pencipta.

Kebiasaannya saya akan bangun seawal 4.00 pagi untuk persediaan bersahur. Selesai bersahur jam 5.00 pagi saya telan Vitamin Asas ( B,C,vitalea) , ESP + air suam Vivix sesudu kecil. Yang ni semua suplemen untuk kecergasan dan tenaga sepanjang berpuasa. Alhamdulillah, Allah berikan kekuatan untuk diri saya beribadah.  Sementara menunggu Azan Subuh, saya mengerjakan Solat Sunat Tahajjud, Hajat, Taubat, Witir, zikir, tahmid dan mengaji Al-Quran. Selesai Solat subuh saya bersiap untuk ke pejabat  sebab bulan Ramadhan saya masuk office 7.30pagi.

Cam gitulah rutin saya sepanjang bulan Ramdhan. Mula-mula nak memulakan Solat- solat sunat tu memang berat, berat mata nak tidur, berkat support group whatsapp dengan sahabat-sahabat shaklee saya, kami saling dorong mendorong. Alhamdulillah kami berjaya lakukannya. Tidak terlintas di hati untuk menunjuk atau riak. Berkongsi untuk memperbaiki setiap inci kelemahan diri dalam beribadah. Lagi pun setahun sekali je Ramadhan ni berkunjung. Bulan penuh keberkatan. Bulan Penghapus Dosa.

Kelebihan Bulan Ramadhan tak dapat di bulan lain.. Jom tengok..


SET PALING SESUAI UNTUK YANG NAK BOOST ENERGY UNTUK BERIBADAH MALAM DAN SEPANJANG BERPUASA.

HUBUNGI SAYA

PN IZAD DAUD| 883550
WHATSAPP/SMS 011-11233493
CALL 019-6020620

BERJAYA HAMIL DENGAN SET KESUBURAN OPTIMUM SHAKLEE|A MOMENT TO REMEMBER

Selamat Petang Kepada pembaca setia blog saya, petang ni saya nak kongsikan satu berita gembira costomer saya. Costomer saya Puan Zuraidah dari KL, telah berkahwin hampir 4 tahun , Namun masih belum dikurniakan rezeki Zuriat penyambung keturunan. Puan Zuraidah telah mencuba pelbagai produk Kesuburan dipasaran dan telah menjalani rawatan kesuburan di Hospital Kuala Lumpur dan telah disahkan kedua-duanya tiada masalah.

Pada bulan Mac 2014 bermulalah Jodoh saya dan Puan Zuraida. Alhamdulillah Allah menggerakkan hati beliau untuk whatsapp saya. Sesi soal jawab berlangsung sehingga saya temui jawapan permasalahan dan cadangan Suplemen Kesuburan yang bersesuaian untuknya.

Stress, Haid Tidak Teratur dan Tempoh Kitaran Haid Yang Panjang

Hasil siasatan permasalahan beliau telah dikenalpasti. Beliau mempunyai masalah Kitaran Haid Yang panjang dan tidak teratur. Ada kala mengambil masa 62 hari untuk period semula. Lamakan. Apa kaitan Kitaran haid panjang dan Haid tidak teratur dengan Kehamilan? Sangat penting kitaran haid yang teratur dan tetap setiap bulan. Kitaran haid yang normal iaitu 28, 30, 32 hari lebih pada tu dikira kitaran haid yang panjang. Apabila haid tidak teratur dan panjang ia akan menjadi masalah kepada yang rancang untuk hamil. Permasalahan untuk menentukan dan menganggarkan waktu subur anda. Ok berbalik kepada Pn. Ruzaida, saya sugest pada beliau Set Kesuburan Optimum iaitu untuk Isteri : GLA+ALFALFA+VITAMIN C+B COMPLEX+VITALEA dan Suami : ZINC + VITAMIN E.




Perancangan saya untuk beliau perbetulkan kitaran haid kepada normal dan dalam masa yang sama rawatan kesuburan. Suami pun digalakkan mengambil suplemen bagi meningkatkan kualiti kesuburan.

Yang bagusnya Puan Zuraida ni, memang mengambil suplemen dengan konsisten no skip-skip.. Alhamdulillah suaminya pun berikan sokongan dan kerjasama. Maklumbalas sebulan selepas pengambilan Set ni darah haid sangat banyak keluar dekat 2 minggu. Saya mencadangkan agar meneruskan pengambilan. Beliau memaklumkan bahawa best sangat makan B Complex sebab dah tak stress lagi berbanding sebelum ni. Bulan demi bulan beliau memaklumkan dengan kesedihan setiap kali period. Saya memberi sokongan emosi dan nasihat agar bersabar dan banyakkan berdoa.

Alhamdulillah kitaran haid beliau kembali normal. Masuk bulan keempat pengambilan period lewat 8 hari. beliau telah membuat UPT sendiri dan keputusannya positif. Alhamdulillah. Penantian dan kesabran melalui ujian Allah telah termakbul. Gembira tidak terkata seluruh ahli keluarga. Tahniah diucapkan kepada Puan Zuraida dan suami, Setelah berjumpa doktor, doktor mengesahkan yang beliau hamil 6minggu..

Kita tidak tahu usaha dan ikhtiar yang mana satu akan ditunaikan, Tapi jangan sesekali berhenti berusaha, berdoa dan mengharap. InsyaAllah rezeki akan dimakbulkan..Jadi yang masih belum dikurniakan zuriat, bertindak sekarang mencuba Set Kesuburan Shaklee. InsyaAllah rezeki menanti,



bagi yang nak cuba Set Kesuburan Shaklee boleh hubungi terus saya di talian 011-233493.

Pn Izad Daud|ID883550


Ahad, 13 Julai 2014

SILENT KILLER?1 Dari 6 KEMATIAN DI MALAYSIA AKIBAT SERANGAN JANTUNG| A MOMENT TO REMEMBER

Dianggarkan bahawa satu daripada tiga orang dewasa di Malaysia mempunyai paras kolesterol yang tinggi. Paras kolesterol yang tinggi ialah salah satu faktor risiko utama penyakit jantung, dan antara cara terbaik untuk merendahkan risiko anda adalah dengan mengurangkan kolesterol keseluruhan serta kolesterol LDL (“tidak baik”).
Kajian telah membuktikan bahawa bahan-bahan semula jadi yang dipanggil sterol dan stanol tumbuhan dalam pemakanan yang seimbang dapat membantu mengurangkan paras kolesterol LDL dengan ketara. Sterol dan stanol wujud secara semula jadi dalam tumbuhan-tumbuhan, buah-buahan, sayur-sayuran dan produk bijirin. Dengan struktur yang sama seperti kolesterol, sterol dan stanol akan bersaing dan mengalahkan kolesterol untuk penyerapan dalam usus. Oleh itu, ia dapat mengurangkan paras kolesterol dalam tubuh dengan berkesan.


Bertindak Secara Semula Jadi untuk Merendahkan Paras Kolesterol
Phytocol-ST™ ialah rumusan proprietari yang dapat menghalang penyerapan kolesterol oleh tubuh.
  • Mengandungi bahan-bahan yang terbukti secara klinikal, dan disokong oleh lebih 80 kajian, berkesan untuk merendahkan paras kolesterol LDL secara semula jadi.
  • Dirumus daripada campuran sterol & stanol yang kaya dengan manfaat kesihatan.
  • Membekalkan 2,000 mg sterol & stanol tumbuhan setiap hari, mengikut saranan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH).
 PHYTOCOL berfungsi untuk: 

Fitosterol adalah kolesterol rantai pendek yang berfungsi sebagai penghadang kolesterol jahat. Ia biasa disebut dengan kolesterol HDL (High Density Lipoprotein) atau kolesterol baik.



Mengapa ia disebut kolesterol baik? Ini karena ia punya fungsi mengikis dan membuang kolesterol jahat yang menyumbat pembuluh darah, dan menggiringnya kembali ke hati untuk diproses dan dilenyapkan. Ia juga berfungsi sebagai penghadang di pembuluh darah yang mencegah kolesterol jahat mengendap, serta melindunginya dari aterosklerosis (terbentuknya plak pada dinding pembuluh darah).



PHYTOCOL-ST disyorkan kepada;

- mereka yang mempunyai paras kolesterol yang tinggi
- pesakit darah  tinggi
- ingin menurunkan berat badan










UNTUK MAKLUMAT LANJUT DAN BELIAN PRODUK

HUBUNGI:
Puan Izad Daud 
Shaklee Independent Distributor 883550
Whatsapp/SMS 011-233493
Call : 019-6020620
COD : HULU SELANGOR, RAWANG,SELAYANG,BATU CAVES DAN 
PENGHANTARAN SELURUH MALAYSIA MENGGUNAKAN POS LAJU| GDEX| SKYNET


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=9b2e864a22f3750ac5d751c90d9a9ef7



Search