Sabtu, 13 Disember 2014

KEK GULA HANGUS BERSARANG

Tetiba mak buyong kat ofis nak makan kek Gula hangus bersarang ni.. dulu masa zaman anak dara saya rajinla buat kek -kek ni.. pernah jugak buat kek gula hangus ni.. gugel  resepi jumpa respi kek gula hangus ni yang ringkas.. tengoklah kalo ada kerajinan balik sat lagi buat kek ni.. uols yang nak cuba kek ni ni resepinya..

KEK GULA HANGUS BERSARANG



Ingredients for caramel:-
1 cawan gula
1 cawan air panas
2 sudu besar mentega

Gula digoreng dengan api sederhana besar. Bila gula dah agak cair masukkan air panas-kena berhati2 sebab nanti dia meletop letop. Tutup api & cepat masukkan air panas tadi dan masukkan mentega kacau sampai mentega cair. Ketepikan)

Ingredients for cake:-
4 biji telur
1 cawan susu pekat
1 cawan tepung gandum
2 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh vanilla essence

Pukul telur sampai kembang & pekat. Masukkan susu pekat and mix lagi. Tuangkan adunan kedalam blender dan tekan ON. Masukkan tepung & soda bicarbonate yang telah diayak tadi dan esen vanila. Tekan On lagi. Last baru masukkan gula hangs tadi. Tekan On lagi. Biarkan adunan dalam blender selama 3-4 jam(tertutup) untuk mendapatkan 'span' yang cantik. Selepas diperap, masukkan adunan kedalam loyang yang telah digris dengan butter(Tanpa menggodak adunan tu, sebab dah trial & error kalau digodak sarangnya tak begitu menjadi). Gunakan loyang 5", kalau nak kek yang tinggi( Ayu gunakan loyang 7" aje)Tuang adunan terus kedalam loyang dalam oven. Bakar dengan suhu 160C selama 60 minit. (Ayu bakar suhu 145c selama 90 minit untuk oven saya) dengan menggunakan api bawah sahaja. Balance 20-30 terakhir, pakai api atas dan bawah. Keluarkan dari oven dan sejukkan dulu sebelum potong

 Selamat mencuba!!!


````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````
nak produk shaklee boleh hubungi saya ye



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Search