“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah
nikmat-Ku kepadamu, dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka
sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Surah Ibrahim, 7)
Kebiasaannya, bila kita dikurniakan nikmat, rezeki, kegembiraan mahupun kelebihan; apa yang kita akan lakukan?
BERSYUKUR!
Ya, itulah yang seharusnya.
Tapi… bagaimana pula kalau kita di berikan kekurangan, kecacatan, kemiskinan, kedukaan dan ujian. Berapa ramai yang bersyukur?
Saya
pasti mungkin hanya segelintir di antara kita yang bersyukur bila
ditimpan ujian. Mungkin dalam 100% hanya 5% yang bersyukur dan
berlapang dada bila ditimpa ujian.
Sedarkah kita… beruntunglah
bagi mereka yang selalu bersyukur dan sabar. Banyak kelebihan yang
diberikan oleh Allah SWT kepada mereka yang bersyukur dan sabar dengan
ujian yang diturunkan.
Fiman Allah SWT:
“Mereka yang
sabar dalam musibah, kemiskinan dan ketika peperangan; merekalah
orang-orang yang benar dan merekalah orang-orang yang bertakwa –
memelihara dirinya dari kejahatan.” (Surah Al-Baqarah, 177)
Saya pasti kalian mesti pernah dengar kata-kata ini:
“After every storm there is a rainbow.”
Selepas setiap guruh, adanya pelangi.
Walau apa juga ujian yang diturunkan, kuatkan semangat dan azamkan tekad. Yakinlah dengan janji Allah.
Biar kita miskin, biar kita buruk, biar kita cacat, asalkan hidup mendapat berkat.
Fikrkan
setiap kekurangan yang diberikan pasti ada kelebihan yang diberikan.
Begitu juga sebaliknya. Setiap kelebihan itu pasti ada kekurangan kerana
kita memang diciptakan lemah dan tidak sempurna.
Ingat bahawa
kekurangan itu hebat. Jangan pernah rasa rendah diri dengan kekurangan
diri kerana percayalah, setiap yang Allah kurniakan mempunyai kelebihan
dan keberkatan tertentu.
Ingatlah,
Tuhan menciptakan manusia
dengan segala kelebihan dan kekurangan. Hikmahnya, agar manusia itu
hidup bersama dan tidak mementingkan diri sendiri (saling lengkap
melengkapi). Mereka yang kaya membantu yang miskin, yang sihat membantu
yang sakit dan lain-lain.
Ingatlah langit tidak selalu cerah dan
kita tidak selalu di atas. Janganlah kita hina kekurangan seseorang itu
kerana mungkin suatu hari kita memerlukan sesuatu yang kita tidak ada
daripada orang yang kita pernah hina dulu.
Kekurangan di dalam
hidup kita bukanlah pengakhir dan penghujung dunia. Sebaliknya
besyukurlah, kerana suatu saat nanti pasti akan datang seseorang
melengkapi kekurangan kita dengan kelebihannya. Jangan pernah berputus
harap dan teruskan berdoa.
Dan ingatlah, setiap kekurangan yang
kita miliki merupakan kelebihan yang tidak ada pada orang lain. Bukan
semua orang dapat memiliki kekurangan yang kita ada. Bukankah kekurangan
dan ujiaan itu satu bentuk dan tanda sayangnya Allah kepada kita?
Renung-renungkan.
Jadikanlah
kekurangan yang kita miliki itu sebagai sumber kekuatan, simbol
kehebatan dan bukanlah sesuatu yang menghancurkan. Bersyukurlah dengan
setiap kurniaan-Nya; kebaikan mahupun keburukan.
sumber:ILOVEISLAM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan