Ada yang cakap tak yah bagi susu kuning tu, tu susu basi, tak elok bagi anak.. huhuhu.. dulu masa saya anak sulong pun dengar2 jugak camtu.. ilmu kurang.. tapi saya tak buanglah.. tetap berikan kepada anak. Jom kita ketahui Kebaikan Kolostrom Awal .

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sebaik bayi lahir ke dunia, apa yang paling awal anda lakukan? Majoriti ibu akan memberikan susu ibu yang pertama kepada bayi yang baharu menjengah dunia. Tahukah anda bahawa penyusuan awal adalah sesuatu yang penting kepada bayi. Ini kerana susu awal ibu mengandungi kolostrum yang terkenal kaya dengan khasiat luar biasa kepada bayi.

 kolostrum

Oleh itu adalah wajar bagi ibu untuk terus menyusukan bayi sebaik melahirkannya kerana ketika itu perut bayi masih kosong dan susu awal yang masuk ke dalam perutnya dapat memenuhi keperluan khasiatnya.
Walaupun demikian, tentu sahaja ibu berasa hairan dan terfikir bagaimana si kecil yang baharu keluar dari perut ibu sudah pandai menyedut susu ibu. Hal ini terjadi kerana bayi sememangnya lahir dengan mempunyai keinginan untuk menyusu. Oleh itu bayi secara automatik mampu menyedut susu ibu yang diberikan kepadanya.

Kemampuan tersebut memberikan manfaat kepada bayi anda kerana secara langsung dia akan menyedut kolostrum yang kaya dengan khasiat seterusnya menikmati manfaat awal daripada susu ibu yang paling awal untuk sistem imun badannya.

Bayangkan sekiranya bayi tidak memiliki kemampuan untuk menyusu dan anda sendiri tidak mengetahui tentang khasiat susu awal tersebut pasti kerugian kepada anda berdua kerana kolostrum berwarna kekuningan tersebut dibiarkan terbuang begitu sahaja.

Oleh itu penting bagi ibu-ibu mengetahui tentang kepentingan memberikan bayi susu seawal kelahirannya agar si kecil mendapat kebaikan kolostrum yang sangat hebat itu.

Sumber:Pa&Ma

 Whatsapp-011233493