Khamis, 7 Februari 2013

KEPUTIHAN SEMASA HAMIL

Assalamualaikum dan selamat malam untuk semua.. 
lama dah tak berkongsi sesuatu untuk semua. Baiklah hari ni saya nak kongsikan sesuatu yang tidakk asing dengan wanita iaitu Keputihan.  Tapi malam ni saya nak share keputihan semasa hamil. Bahaya ke? tentu ramaikan ibu-ibu yang sedang menderitaiinya kan.. Jom baca coretan di bawah..Semoga dapat membantu
______________________________________

Bagaimana saya tahu jika saya mengalami keputihan?

Lelehan faraj yang lebih banyak daripada biasa adalah normal bagi wanita hamil. Lelehan yang sihat bersifat cair dan berwarna seperti susu. Tetapi jika anda mengalami keputihan:
  • lelehan itu menjadi pekat, berwarna putih seperti krim atau seperti keju kotej;
  • terdapat kegatalan, sakit atau warna kemerah-merahan di dalam atau sekeliling faraj atau punggung anda;
  • anda akan rasa sakit apabila bersama suami;
  • rasa sakit apabila membuang air kecil.

Bagaimanakah saya boleh mendapat keputihan?

Jangkitan pada bahagian faraj agak biasa berlaku semasa hamil. Keputihan diakibatkan oleh kulat mikroskopik atau yis yang dipanggil candida albicans. Kulat ini ada dalam badan setiap orang. Ia merupakan sebahagian daripada sistem penghadaman kita dan secara umumnya, bakteria dalam badan mengawalnya. Biasanya ia hidup dalam faraj tanpa memudaratkan dan anda mungkin tidak tahu ia berada dalam badan anda.

Namun ia menjadi satu masalah apabila terdapat ketidakseimbangan di antara jumlah kulat yis dan mikro-organisme lain dalam badan kita. Anda lebih berkemungkinan mengalami keputihan jika:
  • Anda hamil. Semasa hamil, faraj kita mengandungi gula yang tinggi yang dipanggil glikogen, dan ini menggalakkan pertumbuhan kulat.
  • Anda memakai pakaian yang ketat atau yang diperbuat daripada bahan sintetik, seperti seluar jeans atau seluar dalam daripada nilon. Pakaian seperti ini panas dan menghalang peredaran angin, lantas menggalakkan pertumbuhan keputihan.
  • Anda menggunakan mandian buih berwangian atau pelapik seluar dalam beraroma yang mungkin menyebabkan ketidakselesaan.
  • Anda mengambil antibiotik. Antibiotik boleh mengganggu keseimbangan di antara mikro-organisme baik dan jahat yang tinggal di dalam perut anda.
  • Anda mengalami kencing manis atau diabetes gestasi yang tidak dikawal dengan baik.
Walaupun keputihan tidak dikategorikan sebagai penyakit yang berjangkit melalui hubungan seksual, anda boleh mengalaminya jika pasangan anda mengalaminya.

Bilakah saya harus berjumpa doktor?

Jika anda rasa anda mengalami keputihan, beritahulah doktor anda. Jangan menderita dalam diam. Doktor anda mungkin akan memeriksa kawasan di sekitar faraj untuk mengenalpasti masalah sebenarnya. Jika beliau tidak pasti samada itu adalah keputihan, beliau akan mencadangkan ujian makmal dilakukan, di mana sedikit cairan akan diambil daripada faraj dan dihantar ke makmal.

Doktor anda mungkin akan mempriskripsikan ubat jenis pessari atau krim anti kulat yang sesuai digunakan pada tahap kehamilan anda. Anda mungkin memerlukan rawatan penuh selama tujuh hari untuk menghapuskan keputihan dengan sempurna. Walau bagaimanapun, jika anda dalam trimester pertama, doktor anda mungkin tidak mahu mempriskripsikan apa-apa setakat itu.

Jika anda diberikan ubat jenis pessari, anda juga mungkin diberi alat untuk memasukkan ubat itu ke dalam faraj. Jika ini berlaku, berhati-hati supaya tidak memebri tekanan kepada serviks, iaitu bahagian leher uterus (rahim) anda. Anda mungkin lebih suka memasukkannya dengan perlahan-lahan menggunakan jari sendiri.

Keputihan boleh jadi sukar untuk dihapuskan apabila anda hamil. Rawatan yang berkesan bagi wanita yang tidak hamil mungkin tidak berkesan pada anda. Bincanglah dengan doktor anda sebelum menggunakan apa-apa ubat yang boleh dibeli di pasaran. Ia bukan sahaja mahal, malah tidak semestinya berkesan dan mungkin tidak sesuai digunakan semasa hamil. Jangan ambil ubat yang anda harus telan untuk merawat keputihan. Kita masih belum tahu samada ianya selamat diambil ketika hamil.

Jika suami anda mempunyai simptom-simptom keputihan, dia juga perlu menerima rawatan. Jika tidak, ada kemungkinan anda akan dijangkiti lagi walaupun setelah anda menerima rawatan. 


Salam Sayang 
 
FB Pages : Permata Hati Ibu Sayang
                  Rahsia Kurus Sihat Cantik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Search