Rabu, 3 Julai 2013

Lahirkan Anak Pintar

Sebagai ibu ayah sudah pasti inginkan anak mempunyai tahap intelektual yang tinggi,berpotensi , bijak,kreatif, rajin belajar dan seronok membaca.  Untuk lahirkan anak yang cemerlang nutrisi yang baik sangat penting dalam perkembangan tahap intelektual anak-anak.

Shaklee telah membuat penyelidikan dan beberapa nutrien penting yang membantu perkembangan anak  yang sedang membesar iaitu Multivitamin, Vitamin C,Omega-3,Lecithin, Protein baik.

Multivitamin
Multivitamin memberikan asas nutrien yang penting untuk perkembangan otak dan tumbesaran yang sihat. Ia mengandungi vitamin  perlu seperti Vitamin B complex yang membantu untuk meningkatkan daya ingatan dan sistem saraf yang baik.

Vitamin C
Vitamin C membantu dalam menguatkan Sistem imun untuk mengekalkan kesihatan anak dan cemerlang dalam pembelajaran mereka.Ia membantu dalam mencegah jangkitan dan demam selsema yang sering menyerang kanak-kanak yang sedang belajar disekolah. Vitamin C juga perlu untukmengekalkan integrasi antara sel dan menyokmong kesihatan mata, gigi, gusi, tulang,otot dan peredaran darah di kalangan kanak-kanak yang sedang membesar.

Omega - 3
Sebahagian besar daripada otak terbina daripada lemak "baik" dan juga dikenali Asid lemak Omega-3. Kajian menunjukkan diet yang kaya Omega -3 boleh meningkatkan keupayaan belajar, kemahiran menaakul atau menyelesaikan masalah, meningkatkan daya tumpuan dan ingatan serta perhubungan diantara sel otak. Omega -3 juga menunjukan sdapat menyokong keseimbangan emosi dan sikapyang positif dan membantu dalam meningkatkan daya ingatan semasa mereka tua kelak.

Lecithin
Soya merupakan sumber utama kolina yang merupakan komponen neurotransmitter asetilkolina yang terlibat dalam proses penghantaran mesej ke otak dalam sistem saraf. Akademi Sains Kebangsaan telah mengiktiraf yang kolina merupakan sumber penting dalam diet seharian kerana pelbagai khasiat yang dimilik terutamanya untuk kesihatan otak.

Protein Baik
Membantu untuk menyuburkan otak. Asid Amino yang diperolehi daripada protein diperlukan untuk neurottansmiter. Protein juga merupakan blok-blok sel yang terbina di dalam tubuh termasuklah sel-sel imun, sel-sel darah merah, enzim, otot-otot dan tulang yang diperlukan untuk tumbesaran yang sihat.

Sumber : Shaklee Today VOl6|2012




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Search