Ahad, 5 Mei 2013

HAND FOOT MOUNTH DISEASE ( HFMD)

Lama tak berkongsi cerita di blog ni.. pagi ini nak cerita dan kongsi sesuatu yang boleh menjadi panduan buat semua ibu bapa diluar sana berkaitan Penyakit HMFD.. kebetulan kedua-dua permata hati saya Muhammad Azim dan Nur Zafirah sedang mengalamai HMFD.. Jom  tambah ilmu tentang HMFD...

1.        Apa itu  Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut?

HFMD adalah penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus. Penyakit ini terdapat diseluruh dunia. Di negara yang beriklim 4 musim, penyakit ini sering terjadi pada musim panas. Di negara tropika, kejadian penyakit ini berlaku sepanjung tahun. Penyakit ini sering menyerang bayi dan kanak-kanak kecil. Penyakit ini biasanya tidak teruk dan akan sembuh dalam masa 5 – 7 hari. Namun kadangkala penyakit ini boleh menyebabkan penyakit serius jika menjejaskan jantung atau otak yang memungkinkan kematian.

2.        Apakah tanda-tanda HFMD.

HFMD ditandai oleh:
o   Demam – dimulai dengan demam ringan, rasa tidak sihat  dan hilang selera makan
o   Ruam dan blister (melepoh) di tapak tangan, tapak kaki dan kadang-kadang di punggung (nappy area), lutut dan siku; selepas 1-2 hari demam bermula.
o   Melepoh (blister) di bahagian dalam pipi/mulut; selepas 1 – 2 hari demam bermula.
o   Ulcer mulut yang sakit

3.        Adakah penyakit HFMD sama dengan Penyakit Kuku dan Mulut?

Walaupun namanya hampir sama tetapi penyakit Kuku dan Mulut adalah sama sekali penyakit yang lain dan disebabkan oleh virus yang berbeza, tiada kaitan dengan HFMD. Penyakit Kuku dan Mulut adalah penyakit yang menyerang lembu, kambing dan khinzir.

4.        Apakah penyebab HFMD?

Penyakit HFMD disebabkan oleh sekumpulan virus dalam kumpulan enterovirus. Virus yang paling sering menyebabkan HFMD adalah Coxsackievirus. Kadang-kadang HFMD disebabkan oleh Enterovirus 71. (Lain-lain virus dalam kumpulan enterovirus adalah poliovirus, coxsackievirus, echovirus dan lain-lain enterovirus)

5.        Adakah HFMD ini serius?

Lazimnya HFMD adalah penyakit ringan. HFMD yang disebabkan oleh Coxsackievirus menunjukkan gejala ringan dan pesakit akan sembuh tanpa rawatan. Jarang sekali jangkitan Coxsackievirus menyebabkan viral meningitis dan memerlukan kemasukan ke hospital. Jangkitan Enterovirus 71 (EV 71) boleh menyebabkan viral meningitis dan kadangkala gejala yang lebih serius seperti encephalitis atau kelumpuhan menyerupai poliomyelitis. Encephalitis yang disebabkan oleh EV 71 boleh menyebabkan kematian.

6.        Adakah HDMD ini mudah berjangkit?

HFMD mudah berjangkit (moderately contagious). Penyakit ini merebak dari seorang ke seorang melalui hubungan terus (direct contact) dengan cairan hidung, mulut, air liur, cairan dari blister atau najis pesakit HFMD. Pesakit HFMD boleh merebakkan jangkitan semasa minggu pertama penyakit. HFMD tidak menjangkiti binatang atau merebak dari binatang 

7.        Selepas terdedah kepada jangkitan, bilakan pesakit menunjukkan gejala?

Biasanya 3 hingga 7 hari selepas seseorang itu terdedah kepada jangkitan, pesakit akan mula menunjukkan gejala HFMD. Demam merupakan gejala pertama HFMD.

8.        Siapakah mereka yang berisiko terhadap HFMD?

Semua orang berisiko mendapat jangkitan, namun tidak semua orang akan jatuh sakit. Kanak-kanak berumur kurang 5 tahun lebih cenderung mendapat jangkitan dan menunjukkan gejala penyakit. Ini disebakan mereka dalam kumpulan umur ini masih belum lali (belum immune) terhadap penyakit ini. Jangkitan yang berlaku akan meninggalkan imuniti terhadap virus berkenaan. Namun individu boleh mendapat penyakit HFMD kali kedua/seterusnya jika dijangkiti virus HFMD yang lain.

9.        Apakah risiko yang akan dihadapi oleh ibu hamil jika terdedah kepada pesakit HFMD?

Semua orang berisiko mendapat jangkitan HFMD termasuk juga wanita hamil. Sehingga kini tiada bukti untuk mengaitkan jangkitan HFMD dengan masalah seperti keguguran, lahir tidak cukup bulan atau kecacatan. Namun bayi yang lahir dari ibu yang sedang dijangkiti sangat berisiko tinggi mendapat jangkitan HFMD.

10.     Bagaimana Diagnosa HFMD dibuat?

Diagnosa HFMD biasanya dibuat berdasarkan gejala klinikal. Ini kerana proses untuk mengenalpasti virus dari sampel pesakit akan mengambil masa 1 hingga 2 minggu.

11.     Bagaimana HFMD dirawat

Tiada terdapat rawatan khusus untuk HFMD. Semua pesakit dirawat secara simtomatik. Mereka yang mengalami gejala HFMD dinasihatkan mendapatkan perkhidmatan kesihatan. Doktor akan membuat keputusan bagi memasukkan pesakit ke hospital.

12.     Bolehkan HFMD ini dicegah?

Walaupun tiada vaksin khusus untuk HFMD, namun penyakit ini mudah dicegah.
o   Elakkan dari membawa kanak-kanak ke tempat sesak seperti sekolah, tadika, nurseri, taman permainan, pasar, pasaraya atau kenderaan awam sekiranya mereka mempunyai gejala.  
o   Amalkan kebersihan diri yang baik:-
§  Basuh tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, menukar lampin, membersihkan najis bayi dan sebelum menyediakan makanan.
§  Basuh tangan sebelum memegang anak kecil sekembali dari tempat kerja.
§  Galakkan anak selalu membasuh tangan terutama selepas bermain, ke tandas dan sebelum makan.
§  Tutup mulut dan hidung semasa bersin dan batuk.
§  Sentiasa menjaga kebersihan rumah dan persekitaran rumah.
§  Basuh alat permainan, kerusi, permukaan meja dan lantai dengan larutan cair yang mengandungi klorin (seperti Chlorox yang dicairkan) untuk mengelakkan dicemari oleh cairan tubuh yang mengandungi virus penyebab HFMD.

13.     HFMD di Nurseri/TASKA/TADIKA/Sekolah

§  Jika HFMD menjangkiti kanak-kanak yang menghadiri nurseri, tadika atau taska, adalah dinasihatkan mereka tidak dibenarkan ke institusi tersebut sehingga sembuh (lebih kurang 10 hari dari hari mula demam) bagi mengelak rebakan.
§  Amalan pencegahan seperti di atas perlu diamalkan setiap masa.
§  Penutupan premis selama 10 hari dari tarikh mula sakit pesakit terakhir boleh dilakukan sekiranya perlu. Sekiranya premis tersebut adalah sekolah, memadai menutup kelas yang terlibat kerana kanak-kanak yang lebih besar akan mengalami gejala yang ringan sahaja.

14.     Nasihat kepada orang ramai

Ibubapa dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat doktor sekiranya anak mereka mengalami gejala HFMD. Ibubapa patut berhati-hati terhadap perubahan didalam tingkah laku seperti mudah gelisah (irritation) dan mengantuk (sleepiness). Ibubapa harus segera membawa anak ke hospital dengan segera jika pesakit enggan makan dan minum, muntah berterusan atau kelihatan kurang sedar (drowsiness) 

Sumber : http://jknjohor.moh.gov.my
------------------------------------------------------------------------------

Bila doktor mengesahkan kedua-dua anak saya menghidap HFMD saya terus bergegas ke Shaklee Wangsa Maju untuk membeli Basic H. Basic H ni saya gunakan sebagai mandian anak-anak saya.. Alhamdulillah.. Suhu panas  baby saya terus turun dan tak demam. Ok sepanjang anak-anak saya mengalami HFMD ni saya telah menggunakan Basic H Shaklee sebagai mandian dan Krim Herba Bland Shaklee sebagai sapuan di tempat yang melepuh tu. Si abang memang terukla kaki tangan melepuh2 merah dan bila menggaru merebak ketempat lain.. Saya tetap mandikan dia dgn basic H untuk hilangkan gatal dan krim Herbal Blend sapu ditepat kudis2 tu.. Si baby pula setelah dimandikan dengan Basic H, alhamdulillah hanya kawasan lampin sahaja yang melepuh merah dan tidak merebak ke kaki dan tangan.. Sangat-sangat menakjubkan.. Saya sapu krim Herbal Blend di kawasan ruam dan melepuh merah tu pagi, petang dan malam.. saya tak gunakan krim yang klinik bekalkan sebab racun. risau anak garu n masuk tangan dalam mulut. Krim Herbal Blend ni organik so tak perlu risau.. Alhamdulillah demam suhu cepat turun, tak gatal dan bekas2 lepuh merah tu cepat baik..Syukur Alhamdulillah.. 


Bagi ibu-ibu yang perlukan bantuan saya jika mengalami HFMD so bolehla ikhtiar dengan Basic H dan Krim Herbal Blend Shaklee.. dan hubungi saya untuk maklumat lanjut ok..


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Search