Bayi kami yang berusia lima minggu asyik menangis dan meragam sahaja.
Kami diberitahu bahawa ini ialah kolik tetapi tiada siapa boleh
menasihatkan kami apa yang perlu kami lakukan untuk menenangkan dia dan
juga kami!
Menjaga bayi baru lahir
terutamanya bagi kelahiran pertama merupakan cabaran bagi mana-mana ibu
bapa, tetapi jika bayi anda menghidapi kolik, ibu bapa baru akan berasa
amat risau. Anda berasa susah hati bagi bayi anda, kecewa kerana anda
tidak dapat membantunya, marah kerana anda sudah letih menenangkannya
dan mudah menangis sebab kekurangan tidur. Ini mungkin bukan gambaran anda sebagai ibu bapa!
Sepertimana yang diberitahu kepada anda kolik ialah label bagi pola
tangisan yang tidak dapat dijelaskan pada bayi berusia di bawah tiga
tahun yang sihat dan cukup makan. Walaupun kebanyakan bayi kecil kerap
menangis tanpa sebab, terutamanya pada waktu awal petang, bayi yang
menghidapi kolik menangis dengan lebih kerap daripada yang lain dan
adalah sukar atau mustahil untuk ditenangkan.
Tangisan bayi selalunya akan lebih kerap di antara usia enam hingga lapan minggu dan akan berkurangan apabila bayi berusia tiga bulan. Jika bayi anda baru lahir sihat tetapi menghidapi kolik, kehidupan anda bagi minggu-minggu berikutnya akan menjadi lebih sukar.
Anda akan mendengar banyak teori dan nasihat mengenai cara menghadapi
bayi yang menghidapi kolik. Lambat laun bayi anda akan bebas daripada
kolik, tetapi pada masa itu anda pasti sudah mencuba hampir semua cara
untuk menenangkannya. Walau bagaimanapun, informasi mengenai punca
kolik, jika berkaitan dengan bayi anda, boleh membantu anda melakukan
apa yang sepatutnya. Berikut adalah beberapa punca yang mungkin:
• Sistem saraf pusat bayi anda masih tidak matang dan tidak stabil dan
bayi anda belum bersedia untuk menghadapi stimulasi yang tidak dijangka.
Bayi ini mungkin kurang menangis jika dia dibedung
atau diangkat dalam anduh atau dibuai dalam buaian. Bayi anda mungkin
akan tenang apabila anda memperdengarkannya dengan bunyian atau vibrasi
berterusan yang menghalang stimulasi lain, seperti membawa dia berjalan
dalam kereta atau meletakkannya berhampiran peralatan rumah yang
berbunyi. Bayi anda mungkin akan tenang jika dia menghisap puting atau jarinya atau jika anda mengurutnya dengan perlahan atau membawanya keluar berjalan di luar rumah.
• Sistem gastrousus bayi anda mungkin belum lagi tidak matang. Anda mungkin sedar bahawa bayi anda berangin
atau sakit terutamanya selepas menyusu atau sebelum buang air besar.
Jika dia berangin atau perlu sendawa dengan banyak, pastikan dia tidak
menghirup udara dari botol dan selalu sendawakannya walaupun dia memakan susu badan. Jika dia terlalu berangin, pakar pediatrik anda mungkin menyarankan rawatan antispasmodik seperti Dentinox atau Colimix.
• Bayi anda mungkin mengalami reaksi kecernaan atau alahan kepada susu
yang diminumnya. Jika anda menyusui, anda boleh cuba menukar diet anda
untuk melihat sama ada ini akan mengurangkan tangisan bayi anda. Anda
tidak boleh mengambil makanan pedas atau bijiran serat tinggi, kekacang,
brokoli dan kubis dan kafein. Sesetengah bayi akan lebih sihat jika ibu
mereka tidak mengambil sebarang produk susu dalam diet mereka. (Jika
anda mahu berbuat demikian, berbincanglah dengan doktor anda untuk
memastikan diet anda masih mencukupi). Jika bayi anda minum susu
formula, berbincang dengan doktor anda sebelum menukarkan jenis susu
yang anda gunakan. Susukan bayi anda apabila dia lapar kerana sesetengah
bayi akan menangis dan meragam kerana kelaparan jika ibu bapa mengikuti
waktu makan yang berjadual.
• Bayi anda mungkin akan menjadi amat sensitif dan reaktif. Dia akan
sukar ditenangkan kerana keperluan tidur dan makannya tidak menentu.
Bayi yang sukar ditenangkan selalunya dilahirkan pra-matang beberapa
minggu dan perlu menyesuaikan diri atau mungkin cuba untuk pulih dari
kelahiran yang sukar.
Bayi anda mungkin akan terus sensitif walaupun dia sudah pulih dari
kolik. Jika dia kerap menangis dan sukar ditenangkan, ini akan
meletihkan anda. Jika tiada apa yang berjaya dilakukan, anda mungkin
merasakan bahawa perasaan anda adalah puncanya. Anda perlu ingat bahawa
kerisauan ibu bapa bukanlah punca kolik. Kolik boleh memberikan tekanan
kepada ibu bapa dan ibu bapa yang stres akan dapati ianya lebih sukar
untuk menenangkan bayi yang meragam.
Jika anda mula berasa tertekan, anda perlu meletakkan bayi anda
sementara waktu supaya anda boleh menenangkan diri anda. Berehat akan
membantu anda dan bayi anda. Anda boleh membawa bayi anda berjalan
supaya anda berdua boleh mengambil udara segar. Lebih baik lagi, anda
minta bantuan daripada suami atau rakan anda untuk menjaga bayi untuk
sementara waktu. Ambillah masa panjang untuk berrelaks sambil atau
baring dalam bilik yang tenang. Beberapa jam rehat akan memberikan anda
tenaga untuk menjaga bayi anda semula.
Dijawab oleh Anna McGrail dan disemak semula oleh Dr Winston Yong Sin Chuen,
bekas profesor madya di Universiti Kebangsaan Malaysia, dan kini
seorang pakar pediatrik di sebuah hospital swasta di Lembah Klang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan