Sekilas
Fakta:
Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan
penyakit kardiovaskular. Berdasarkan kajian,vitamin
E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit.
Ianya larut lemak yang
disimpan di dalam organ tubuh seperti hati, jantung, kelenjar pituitari,
testis, uterus, darah dan otot. Namun, yang menariknya vitamin E ini ialah,
60-70% darinya akan disingkirkan dari tubuh setiap hari (tidak semua disimpan dalam
badan) dan ia tidak menjadi toksik seperti vitamin A.Vitamin E dikira dalam
unit IU (international units) yakni 1 IU bersamaan 1mg. Vitamin E terdiri dari
8 komponen dalam 2 kelas utama : tocopherols dan tocotrinols yang terdiri dari
komponen2, alpha, beta, gamma dan delta. Vitamin E yang lengkap sepatutnya
mengandungi kesemua 8 komponen tersebut. Alpha tocopherols adalah komponen yang
paling aktif, malah IU dikira berdasarla alpha-tocopherols.
Satu
kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati
bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan
risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok.
Khasiat Vitamin E :
· Menjadikan anda tampak lebih
muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.
Memperbaiki peredaran darah,utk
memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan "premenstrual
syndrome" dan penyakit fibrocystic payudara
· Melindungi paru2 dari pencemaran
udara.
· Ia memelihara pembekuan darah yang
normal dan penyembuhan, mengurangkan parut, mengurangkan tekanan darah,
membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan
mengendurkan otot kaki dari kekejangan.
· Mengekalkan kesihatan saraf dan
otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari.
· Vitamin E menggalakkan kulit
dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia dan
"retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti
bayi pramatang.
· Mengurangkan risiko Alzheimer
(nyanyuk).
· Mengurangkan risiko keguguran bagi
wanita hamil.
· Merendahkan kadar kolesterol.
· Membantu mencegah kanser.
· Vitamin E boleh meningkatkan
pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki.
· Vitamin E juga dikenali sebagai
‘vitamin cinta’ kerana ia boleh membantu dalam perhubungan suami isteri. Malah
wanita hamil, menyusukan anak, mengambil sebarang pil hormon dan melalui fasa
menopous memerlukan vitamin E.
Sumber makanan Vitamin E: minyak sayuran, sayuran berdaun hijau gelap, kacang,
biji-bijian , dan semua bijirin. Beras perang, makanan daripada jagung, telur,
rumpai laut, hati yang dikeringkan, susu, oat, daging organ , kacang soya, ubi
kentang, selada air, dan gandum
Kekurangan
vitamin E boleh menyebabkan:
Mudah radang,penuaan kulit sebelum masa,rambut gugur,anemia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan