Isnin, 22 Oktober 2012

G6PD



 APA ITU G6PD ?
 ( Glucose 6 Phosphate 'hydrogenese)  adalah  sejenis enzim dalam sel darah merah.

 Fungsinya.
 la akan melindungi sel darah merah daripada dimusnahkan dengan lebih awal.
Semasa bersalin ' sample' dan tali pusat   bayi   dihantar   untuk pemeriksaan G6PD di makmal.
 
Sekiranya didapati bayi anda kekurangan G6PD:

1. Anda akan  dihubungi melalui telefon atau surat supaya membawa anak anda masuk ke wad untuk pemerhatian.
2. Anak anda dikehendaki tinggal di wad sehingga berumur 10 hari.

Pemerhatian ini perlu kerana bayi anda boleh  mendapat  kuning (Jaundice) dengan serta merta.

Bayi anda dibenarkan pulang ke rumah setelah dipastikan tiada sebarang masalah-masalah lain.
 
Apakah yang perlu dilakukan bila anak anda kekurangan G6PD.
 
Elakkan anak anda dari bahan-bahan yang boleh menyebabkan kemusnahan sel darah merah seperti:
*   Memberi   ubat-ubat  sendiri tanpa arahan doktor.
*   Ubat gegat.
*   Ubat-ubat tradisional, jamu atau ubat sinseh.
*   Minyak gosok.
*   Kacang parang.
Pastikan anda mendapat senarai ubat-ubat yan gtidak dibenarkan deri kepada bayi yang berpenyakit G6PD sebelum pulang.
 

SILA PASTIKAN 

Bawa senarai ubat dan tunjukkan kepada doktor bila anak sakit. Beritahu, anak anda kurang G6PD.
 

Apa akan  berlaku  kalau termakan makanan atau ubat-ubat tersebut? 

*   Boleh menyebabkan sel darah merah musnah dengan cepat.
·        Bayi akan mendapat kuning (Jaundice).
·        Air kencing berdarah atau berwama teh pekat
·        Demam dan pucat.
  
Bolehkah seseorang yang kekurangan  G6PD  hidup secara normal ?
 Mereka boleh hidup secara normal   tetapi   dia   mesti mengelakkan makanan dan ubat-ubat tertentu.
Kekurangan G6PD ini adalah sepanjang hayat. la bukan penyakit   keturunana    atau berjangkit.
 
Ubat - ubat Yang Harus Dielakkan Atau Digunakan Dengan Berhati - hati Bagi Pesakit Kekurangan G6PD.
Antimalaria.
Chloroquine.
Hydroxychloroquine.
Primaquine.
Pamaquine.
Pentaquine.
Quinine.
Mapacrine.
Antirheumatik / Analgesik.
Phenacetin.
Aminopyrine.
Acetylsalicytic acid.
Antlpyrine.
Probenecid.
Acetalinid.

Antibakteria

Chlorophenicol
Cotnimoxazole
Furazolidine
Nalidixic acid
Nitrofurantoin
P. Aminosalicylic Acid
Sulphonamide
Sulphanilamide
Sulphasoxazole
Sulphamethoxypyridazine
Sulphathizole
Sulphamerazine

Lain-lain

Choramine
Dapsone
Dimercaprol
Antisine
Napthalene (ubat Gegat)
Phenythydrazine
Benadryl
Tripelennamide
Procainamide
P. Aminobenzoic Acid
SS Cream
Fava beans
Vitamin K Analoques
Pyrimidone
Pyribeneamine
Mathylene blue
 
 
Untuk keterangan lanjut sila hubungi drcyber@melayu.net

 Puan Izad Daud [019-6020620]
ID: 883550
permatahatiibu@gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Search