Punca Ketidaksuburan
Lelaki atau wanita tidak terlepas dari ketidaksuburan. Banyak punca dan faktor yang menyumbang ketidaksuburan dikalangan lelaki dan wanita. Kebiasaannya hanya wanita diperkatakan tidak subur dan melalui ujian kesuburan. Ada juga suami yang tak nak bagi kerjasama untuk menjalani rawatan kesuburan.. sedih dan kesian kat isteri..Jom kita semua lihat apakah punca dan faktor yang menyumbang ketidaksubueran Lelaki dan wanita...
Punca-punca masalah ketidaksuburan dikalangan wanita :
1.Gangguan pada telur menyebabkan telur tidak matang.
Keseimbangan
hormon adalah penting ke arah mendapatkan kehamilan. Hormon yang tidak
seimbang boleh menyebabkan seseorang wanita menghadapi masalah telur
tidak matang, gangguan dalam proses ovulasi dan gangguan proses
luteinisation (process dimana folikel membentuk corpus luteum).
Kadangkala terdapat juga wanita yang merembeskan sedikit hormon lelaki
(androgens) dalam badan dan jumlah tersebut yang boleh menyebabkan
gangguan kepada keseimbangan hormon, selalunya masalah ini wujud apabila
berlaku ovarian cyst (struktur berupa folikel). Keseimbangan hormon
juga boleh terganggu apabila mempunyai berat badan yang terlalu kurang
atau terlalu berat, mengalami perubahan besar dalam berat badan dalam
masa yang singkat, terganggu kerana melakukan aktiviti fizikal yang
keterlaluan, terganggu disebabkan kelenjar thyroid tidak berfungsi
dengan baik atau terganggu disebabkan perembesan hormon prolaktin,
terganggu disebabkan kesan dari sesetengah ubat dan juga tekanan
perasaan yang dialami. Ujian ke atas hormon dapat membantu untuk
mengenal pasti puncanya.
2.Tiub fallopian yang tersumbat menyebabkan ketaksuburan.
Sesetengah
wanita yang masih tidak mempunyai zuriat, kemungkinan tiub fallopian
telah separuh tersumbat atau sepenuhnya tersumbat. Kebanyakkan tiub
fallopian yang telah rosak berlaku akibat telah dijangkiti kuman(mungkin
kerana telah berlaku sekian lama). Sebab yang lain yang barangkali
boleh berlaku adalah disebabkan hamil pramatang yang mana janin telah
menempel di dalam tiub fallopian bukan di dalam rahim (dipanggil
kandungan ectopic) atau terdapat penempelan parut tisu didalamnya atau
disebabkan endometriosis. Anda juga boleh melakukan ujian HSG
(Hysterosalpingogram) untuk mengenalpasti punca masalah tersebut.
3.Endometriosis.
Endometriosis
berlaku apabila endometrium (tisu dari selaput dalam rahim)berkembang
dan tumbuh diluar rahim itu sendiri. Hal ini tidak diketahui bagaimana
ia boleh berlaku. Hal ini mungkin berikutan kerana terdapat sedikit
selaput dalam rahim (endometrium) yang melalui tiub fallopian ke ruang
abdominal semasa kitar haid berlaku. Hal ini telah menyebabkan berlaku
radang/inflamasi setempat yang menyebabkan antara organ berdekatan
abdominal melekat sesama sendiri dan menyebabkan kesakitan haid.
Laparoscopy akan membantu anda untuk mengenalpasti puncanya.
4.Antibodi menyerang sel gamet (telur dan sperma).
Dalam
kes yang jarang berlaku ini, badan manusia itu sendiri tidak dapat
mengenal pasti sel telurnya dan sistem imunisasi akan membentuk antibodi
yang akan menyerang sel tersebut. Kes dimana antibodi yang menyerang
sel sperma lelaki adalah lebih banyak berlaku. Disebabkan itu, sel
sperma tidak dapat memasuki bahagian rahim dan persenyawaan tidak dapat
dilaksanakan.
5.Masalah pada rahim.
Keadaan
rahim bicornuate (rahim dengan dua ruang membentuk seakan-akan tanduk)
seringkali berlaku. Rahim akan membentuk seperti buah pear, seakan-akan
bentuk hati dan mempunyai kawasan yang agak sempit dibahagian atas
rahim. Keadaan ini tidak seperti dalam ruang rahim yang normal
menyebabkan janin hanya mempunyai ruang yang sempit untuk membesar.
Fibroid rahim adalah keadaan dimana terdapat ketumbuhan di dalam rahim
yang bukan mengakibatkan kanser yang terbentuk dari lapisan otot
(myometrium) dan tisu penghubung di dalam rahim. Fibroid adalah
ketumbuhan yang seringkali terjadi kepada wanita dan selalunya wujud
semasa pertengahan dan penghujung bagi tahun pembiakan. Ia boleh
membesar dan menyebabkan berat dan sakit semasa datang haid. Pemeriksaan
ultrasound boleh membantu mengenalpasti punca kepada masalah tersebut.
Punca- punca masalah ketaksuburan dikalangan lelaki:
1.Masalah gangguan sperma yang tidak matang.
Kebanyakkan
masalah yang melibatkan kaum lelaki ialah tidak dapat menghasilkan
sperma yang normal, sperma yang bergerak bebas dengan mencukupi. Air
mani lelaki (mengandungi sperma dan cecair nutrient) yang dikatakan
mempunyai kualiti normal apabila terdapat lebih 20 juta sperma dalam
setiap 1 mililiter (ml) air mani. Walaupun untuk lelaki yang subur,
kebanyakkan antara sperma mereka juga mempunyai sperma yang tidak
sempurna dan tidak boleh bergerak dengan betul, tetapi mereka perlu
mempunyai bentuk yang normal sekurang-kurangnya 30% dan
sekurang-kurangnya boleh mencapai 50% dari pada sperma tersebut yang
boleh bergerak dengan betul. Jika nilai tersebut tidak dapat dicapai,
kemampuan sperma untuk melakukan proses persenyawaan alah rendah.
Bagaimanapun, jika mempunyai sperma yang normal tetapi mempunyai masalah
untuk berfungsi boleh menghindarkan sperma dari menembusi telur juga.
Keupayaan untuk menghasilkan sperma mungkin berkurang berpunca dari
jangkitan kuman semasa kanak-kanak. Pembuluh darah yang membengkak pada
alat kelamin lelaki boleh membawa kepada masalah kualiti sperma yang
rendah. Penyebab yang lain adalah gangguan hormon, tekanan perasaan,
faktor alam sekitar, Masalah keturunan seperti kerosakan pada genetik.
Terdapat jangkitan virus seperti selesema juga boleh membawa kepada
kekurangan kualiti sperma, tetapi hal ini selalunya bersifat sementara.
Analisis Sperma diperlukan untuk mengetahui punca masalah tersebut.
2.Gangguan kepada pengangkutan sperma.
Dalam
4% dari kes-kes ketaksuburan lelaki, air mani yang mencukupi dapat
dihasilkan tetapi tidak dapat memasuki dalam badan seorang wanita
melalui ejakulasi kerana salur duktus yang mengangkut air mani telah
tersumbat. Situasi ini juga mempunyai kesamaan dengan salur tiub
fallopio yang tersumbat. Kemungkinan hal ini terjadi disebabkan kesan
melakukan pemandulan sebelum ini, tumbesaran salur duktus sperma yang
terbantut atau terdapat parut tisu yang menyebabkan tersumbat, selalunya
ia disebabkan oleh jangkitan kuman pada tempat pembiakan sebelum ini.
Rawatan Kesuburan Shaklee..
TIPS UNTUK DAPAT ZURIAT
1. Doa dengan bersungguh-sungguh
2. Berusaha untuk menurunkan berat badan
3. Bersenam selama 30 minit setiap hari
4. Ambil supplement multivitamin, Vitamin E, Vitamin C dan Asid Folik
5. Tenangkan jiwa dan emosi
6. Setiap rawatan memerlukan tempoh 3 hingga 6 bulan untuk keberkesanannya
whatsapp 011-11233493