Kalsium sangat penting untuk ibu hamil. saya suka info di bawah ini tentang keperluan kalsium dan kaitannya dgn wanita.. Jom baca.. sumber asal : here
__________________________
APABILA
bercakap mengenai kepentingan kalsium, kebanyakan daripada kita sering
kali merujuk zat itu hanya untuk kanak-kanak sebagai sumber tumbesaran
tulang.Bagi orang tua pula, ia penting bagi mengelakkan pereputan tulang. Jarang
sekali orang muda atau yang berada di usia pertengahan mengambil berat
mengenai pengambilan kalsium dalam struktur diet harian mereka.Selain diperlukan golongan dewasa yang aktif, tahukah anda bahawa kalsium adalah zat yang amat penting bagi ibu-ibu hamil? Kekurangan
pengambilan kalsium atau kealpaan dalam memberi tumpuan terhadap zat
kalsium sebenarnya boleh menyebabkan komplikasi semasa meneran saat-saat
melahirkan anak. Lebih buruk, kesannya akan berterusan sehingga usia tua.
“Saya
terkejut apabila ada doktor yang tidak mempraktikkan pemberian pil
kalsium kepada ibu-ibu mengandung ketika membuat pemeriksaan bulanan. Kalsium dilihat sebagai satu zat yang amat penting di samping zat besi, folik, potasium dan lain-lain,” kata pembuka Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya (PPSDSJ), Dr. Delilah Ahmad.
Beliau
yang mahu semua ibu hamil tidak memandang remeh keperluan kalsium juga
berharap agar golongan suami turut mengambil peranan mengingatkan
pasangannya.Apabila
berjumpa doktor dalam sesi pemeriksaan, pasangan dinasihatkan agar
jangan segan untuk meminta pil kalsium di samping mengamalkan diet
tinggi zat kalsium.“Sebanyak
75 peratus ibu-ibu hamil tidak mengambil keperluan kalsium yang
mencukupi dan ketidaksedaran ini akan memberi kesan kepada mereka khususnya pada semester ketiga mereka mengandung dan saat-saat melahirkan anak,” kata beliau.
Jelas Delilah,
ibu hamil lazimnya memerlukan 1,200 hingga 1,300 miligram kalsium
sehari iaitu tambahan 300 hingga 500 miligram zat yang diperlukan orang
dewasa.Ia
bermakna seseorang itu perlu mengamal pengambilan susu segar sebanyak
satu liter setiap hari. Delilah yakin, ibu-ibu sekarang kurang
mengamalkan pengambilan susu, sama ada tidak meminatinya atau ada pula
yang mempunyai masalah tidak boleh bertoleransi dengan laktosa.
“Jika ibu-ibu hamil ini tidak suka mengambil susu, saya percaya terdapat banyak susu berperisa di pasaran khas untuk mereka. Pengambilan keju, dadih dan makanan yang berkaitan dengan susu juga boleh diamalkan bagi menggantikan susu.
“Selain
produk tenusu, ibu-ibu hamil boleh mengambil makanan pejal yang tinggi
zat kalsium termasuk sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan bilis, salah
satu makanan yang mempunyai kandungan kalsium paling tinggi,” katanya.Kata
Delilah, walaupun ibu-ibu itu dibekalkan dengan pil kalsium, mereka
tetap perlu mengamalkan diet sumber asli seperti yang di senaraikan itu.
Kalsium
yang diambil itu amat berguna untuk kekuatan tulang khususnya bagi
ibu-ibu yang memerlukan zat tersebut bagi kekuatan menanggung berat bayi
secara fizikal.Selain itu,
kalsium juga penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi
impuls saraf dan untuk merehatkan otot sewaktu berlakunya kontraksi.“Banyak
penyelidikan dan kajian, atau lebih tepat kira-kira 14 kajian yang
disenarai dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika mendapati kalsium
yang tidak mencukupi meningkatkan risiko praeklampsia iaitu gejala
tekanan darah tinggi,” terang Delilah.Keadaan
itu dikatakan berlaku selepas 20 minggu kehamilan bersama dengan
masalah lain. Difahamkan juga pra-eklampsia berpotensi membawa maut bagi
ibu dan bayi akibat kenaikan tekanan darah tinggi
Secara amnya, kalsium
yang sedia dimiliki ibu akan diserap oleh bayi semasa dia membesar
terutamanya dalam proses pembentukan tulang. Kesan paling ketara adalah
ibu hamil akan kekurangan kalsium pada jumlah yang besar khususnya di
akhir tempoh kehamilan.
Kegagalan
menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi boleh menyebabkan ibu-ibu
itu kehilangan gigi pada usia yang lebih muda daripada sepatutnya. Mereka juga berisiko tinggi menghidap osteoporosis.“Mereka
yang mempunyai ketumpatan jisim tulang yang sangat rendah akibat
kekurangan kalsium dan berat tulang yang kecil berpotensi besar mengidap
osteoporosis dan pada kadar lebih cepat.Untuk
mengesan jisim dan densiti tulang, mereka boleh membuat pemeriksaan di
hampir semua klinik umum,” katanya yang turut mencadangkan agar
pemeriksaan itu dilakukan sebagai langkah memahami lebih lanjut keadaan
tulang badan.
Kehilangan
kalsium dalam kalangan ibu hamil secara relatif lebih banyak iaitu
sekitar tiga hingga 10 peratus berbanding wanita menopaus yang
kehilangan satu hingga tiga peratus.“Itupun
sudah dikira banyak. Bayangkan dengan kehilangan lebih tujuh peratus?
Kehilangan ini berpunca daripada permintaan yang tinggi terhadap kalsium
oleh bayi,” terang Delilah.Jika ada orang yang berpendapat pengambilan kalsium boleh dikurangkan selepas beranak, itu juga satu tindakan yang salah.
IKAN bilis adalah sumber kalsium paling utama, mudah didapatkan dan senang diintegrasi dalam sajian seharian.Sebenarnya,
ibu-ibu khususnya yang menyusukan anak perlu terus mengekalkan
pengambilan kalsium pada kadar yang sama. Kalsium diperlukan untuk
mengiringi proses merehatkan otot rahim yang mengecut semula mahupun
sewaktu kedatangan haid.
“Selian itu, pengambilan kalsium yang secukupnya didapati boleh mengelakkan masalah kekejangan sewaktu proses bersalin.“Kekurangan
zat itu juga boleh mengakibatkan masalah kesejukan dan kekejangan pada
bahagian kak. Kekejangan yang berlaku itu boleh mengganggu emosi ibu
selain proses bersalin itu sendiri,” kata beliau merujuk kepada
komplikasi yang paling digeruni ibu-ibu hamil.Oleh yang demikian, Delilah menasihati
ibu-ibu yang merancang hamil, sedang hamil mahupun yang sudah
melahirkan anak supaya mengekalkan mengambil kalsium sama ada berbentuk
suplemen mahupun daripada sumber semula jadi.
________________
Pilihan saya?.. Ini dia suplemen calcium/magnesium favorite saya.
Di Shaklee....supplemen kalsium dikenali sebagai Ostematrix.. gabungan Calcium Magneisum lengkap dengan vitamin D … Sebiji OsteMatrix membekalkan
250mg Kalsium dan 100IU Vitamin D. Maka, untuk mendapatkan 100% nilai
harian Vitamin D dan Kalsium, anda perlu ambil sebanyak 4 biji OsteMatrix setiap hari..
SumberMamafaiz.com
SumberMamafaiz.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan