Si kecil tidak mahu menjamah sayur-sayuran? Masalah sama dihadapi oleh kebanyakan ibu. Apa kata ubah cara penyediaan masakan tersebut. Mana tahu anak lebih gemarkannya.
Bahan-bahan:
250gm brokoli | dipotong
100gm bawang besar | dihiris
50gm leek | dihiris
50gm seleri | dihiris
1 helai daun salam (bay leaf)
30ml krim masakan
Air rebusan sayur secukupnya
Garam dan serbuk lada putih secukup rasa
Minyak zaitun untuk menumis

Car menyediakannya:
1. Panaskan minyak Zaitun dan tumis bawang besar, leek, seleri dan daun salam sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan brokoli dan kacau rata sehingga masak.
3. Seterusnya masukkan air rebusan sayur dan biarkan mendidih. Sejukkan seketika.
4. Setelah itu, masukkan bahan tumis tadi ke dalam mesin pengisar. Kisar sehingga hancur dan sebati.
5. Kemudian tuangkan ke dalam periuk dan didihkan.
6. Akhir sekali, masukkan krim masakan dan perasakan dengan garam dan serbuk lada putih. Kacau sebati dan sedia untuk dihidangkan.

Sumber : Pa&Ma