Ahad, 8 Jun 2014

Pelbagai Khasiat Bunga Kobis


bunga kobis
Ketika hamil, selera makan bakal ibu turut berubah. Jika dulu gemar makan makanan pedas, kini ibu hamil lebih berselera menjamah hidangan yang tidak pedas. Menjaga pemakanan antara langkah penting yang mesti diutamakan oleh ibu hamil.
Ketidakselesaan akibat alahan yang teruk menyebabkan selera makan hilang begitu sahaja. Bagaimanapun jangan abaikan keperluan nutrisi yang diperlukan untuk membantu janin berkembang dengan sihat dalam kandungan.
Apabila tekak tidak boleh menerima sebarang makanan, apa kata masukkan bunga kobis dalam senarai menu anda. Ini kerana bunga kobis elok dimakan sepanjang kehamilan kerana mempunyai pelbagai khasiat untuk ibu dan bayi dalam kandungan. Antaranya seperti berikut:
Menyihatkan jantung
Bunga kobis membantu meningkatkan kesihatan jantung dan sistem kardiovaskular. Dengan mengamalkan pemakanan bunga kobis, darah akan dipam sekali ganda pada rahim tanpa mengganggu ketidakselesaan pada jantung.

Pembentukan plasenta
Bunga kobis membantu pembentukan plasenta kerana ia kaya dengan folat. Folat sendiri membekalkan khasiat kepada bayi dan perkembangannya.

Penyerapan zat besi
Keperluan zat besi wanita meningkat apabila dia mengandung. Kandungan zat besi di dalam bunga kobis membantu melancarkan proses bersalin dan mengurangkan risiko berat badan bayi berkurangan.

Keperluan kalsium
Bila badan anda kekurangan kalsium, keperluan kalsium oleh bayi akan diambil dari tulang-tulang anda. Ini sangat berbahaya. Oleh itu amalkan makan bunga kobis yang merupakan sumber kalsium terbaik.

Kaya niacin
Bunga kobis juga mengandungi niacin iaitu zat yang membantu mengembangkan kulit bayi, sistem saraf dan pencernaan bayi.

Mengembangkan sel-sel
Kandungan vitamin A dan B yang ada dalam bunga kobis membantu mengembangkan sel-sel tubuh bayi.

Kaya vitamin C

Ia juga kaya akan kandungan vitamin C yang sangat diperlukan untuk pembentukan sistem imun tubuh. Bayi akan jauh lebih aktif dan sihat apabila keperluan vitamin C mencukupi.

Vitamin K
Bunga kobis  juga meningkatkan pembentukan sel-sel di tulang yang sangat bermanfaat bagi ibu hamil. Pembentukan tersebut dibantu dengan adanya pengambilan vitamin K daripada bunga kobis.

Sumber mineral
Bunga kobis kaya akan zink, mangan, sodium dan fosfor. Sumber lengkap yang diperlukan oleh ibu hamil.

Sumber:Pa&Ma

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Search