Lebih kerap anda mengeluarkan susu,
akan lebih banyak susu yang dihasilkan, tetapi menyusukan dengan lebih
kerap (selagi susu masih mengalir) adalah lebih efektif daripada
menyusukan dalam masa yang lebih panjang. Apabila anda berjauhan dengan
bayi anda, dan perlu mengepamkan susu keluar, cuba relaks ketika itu dan
fikirkanlah bayi anda, dan jika perlu, bawa gambarnya bersama atau
barang kepunyaannya seperti baju atau selimut. Ini membantu merangsang
refleks yang menenangkan, yang terhenti buat sementara jika anda
tertekan atau letih.
Menggunakan pam secara berganda mengambil masa yang lebih singkat. Juga,
menyusukan bayi di sebelah buah dada sambil mengepam buah dada yang
lagi satu juga akan mempercepatkan proses. Meletakkan flanel hangat pada
buah dada anda atau mandi air panas sebelum mengepam akan membantu
meningkatkan bekalan darah ke kawasan tersebut dan ia akan memudahkan
lagi proses pengaliran. Walaupun ramai ibu mendapati pam buah dada mudah
dan sesuai digunakan, tidak semua buah dada wanita akan bertindak balas
dengan baik kepada pam buah dada – sesetengah daripadanya akan
mendapati bahawa mengeluarkan susu menggunakan tangan adalah lebih efektif.
Jika anda merancang untuk kembali bekerja, anda akan merasa kurang
tertekan jika anda sudah mula mengepam beberapa minggu lebih awal. Ini
bukan hanya memberikan masa untuk anda berasa yakin dengan keupayaan
anda untuk mengeluarkan susu, tetapi anda juga akan mempunyai bekalan
susu beku untuk kegunaan di masa hadapan. (Baca dengan lebih lanjut
mengenai bagaimana untuk menyimpan susu badan dengan selamat.)
Mengeluarkan susu selalunya menjadi lebih produktif dengan latihan, jadi
jangan risau jika anda hanya mengeluarkan sedikit susu pada awalnya.
Waktu terbaik untuk mengeluarkan susu berbeza bagi setiap wanita tetapi
buah dada anda selalunya berasa lebih penuh pada waktu pagi. Pilih masa
yang mana anda tidak tergesa-gesa dan tidak akan diganggu.
Disemak semula oleh pendidik antenatal dan perunding penyusuan ibu Jennifer Hor. Beliau juga adalah penulis bersama Asian Parenting Today
Tiada ulasan:
Catat Ulasan