Untuk menyimpan susu badan, pilih bekas yang disterilkan dan bertutup
dengan rapat. Beg sejuk khas untuk pembekuan susu badan boleh dibeli
untuk menyimpan susu anda tetapi selalunya ia mudah bocor, koyak dan
berlubang, dan mungkin tidak bertutup rapat. Walau bagaimanapun,
Perunding Laktasi dan Pengerusi Pesatuan Ibu-ibu Menyusu UK, berkata:
"Pilih beg sejuk beku yang tebal atau bahagian luarnya diperbuat
daripada nilon dan semuanya akan OK. Satu lagi cara ialah menggunakan
dua lapis beg." Namun begitu, gelas atau plastik keras adalah pilihan
yang lebih baik untuk menyimpan susu bagi tempoh yang lama.
Anda mungkin telah menjumpai banyak garis panduan yang berlainan
mengenai tempoh dan tempat anda boleh menyimpan susu badan (EBM - expressed breastmilk).
Persatuan Simpanan Susu UK menjelaskan bahawa ini ialah disebabkan
kumpulan kajian yang berlainan telah memfokuskan ke atas aspek simpanan
susu yang tertentu yang mana telah dibentangkan berkaitan kajian
tertentu, dan bukanlah bermakna garis panduan itu adalah salah. Beberapa
garis panduan disasarkan kepada susu yang disimpan dalam keadaan steril
dalam tabung susu; ada yang lain hanyalah relevan jika anda mempunyai
bayi pramatang. Secara am, garis panduan yang berikut berasaskan kajian
yang diperolehi dari UK’s Association of Breastfeeding Mothers (ABM) dan sesuai bagi ibu yang menyimpan susu di rumah untuk bayi yang sihat dan cukup terma.
Anda boleh menyimpan susu:
• Pada suhu bilik – tidak melebihi daripada 77 darjah F/25 darjah C – selama empat jam.
• Dalam peti ais bersuhu 39 darjah F/4 darjah C atau lebih rendah selama
tiga hingga lima hari. Walau bagaimanapun, disebabkan kegunaan peti ais
di Malaysia adalah lebih berat oleh kerana peti ais banyak digunakan
untuk menyimpan item segar, maka, satu nasihat am ialah supaya menyimpan
susu badan yang dipam tidak melebihi 24 jam.
• Dalam peti sejuk beku bersuhu -20°C, yang tidak mempunyai kitar
nyahbeku, selama enam hingga 12 bulan. Malah, di Malaysia, pakar-pakar
selalunya menyarankan supaya menyimpan susu dalam peti sejuk beku hanya
selama tiga hingga enam bulan jika suhu peti sejuk beku anda disetkan
tidak melebihi negatif 18 darjah Centigrade. Simpanlah susu di bahagian
belakang peti sejuk beku, jauh dari pintu sebab item yang disimpan di
hadapan lebih mudah terjejas dengan perubahan suhu semasa anda membuka
peti sejuk beku.
Sebagai tambahan kepada garis panduan dari ABM, elok juga bagi anda mengetahui perkara yang berikut:
• Anda boleh mencampurkan susu yang baru dipam dengan susu beku jika ia
didinginkan dahulu sekurang-kurangnya sejam, dan jumlahnya adalah kurang
daripada jumlah susu yang telah beku. Susu segar mengekalkan lebih
banyak ciri-ciri perlindungannya berbanding dengan susu beku, jadi
sejauh mana yang boleh, gunakan susu yang disejukkan (refrigerated) dan
bukan susu beku (frozen) untuk menyusukan bayi anda. Tetapi ingatlah
bahawa susu badan yang dibekukan masih mempunyai lebih khasiat kesihatan
daripada susu formula.
• Jika anda akan membekukan susu badan, lakukannya dalam masa 24 jam.
• Susu yang dialihkan dari peti sejuk beku ke peti ais boleh disimpan sehingga 24 jam.
Ingatlah, apabila anda mengepam susu, cuci tangan anda dan pastikan pam
buah dada dicuci, dibilas dan disterilkan dengan betul untuk mencegah
sebarang bakteria dari membiak dalam susu tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan