Selasa, 6 November 2012

DIET PEMAKANAN DAN SUPPLIMENT UNTUK IBU HAMIL

 

Assalamualaikum..
Jom kita baca sikit tips-tips kesihatan untuk ibu hamil dari Babycenter
Oleh sebab kini anda adalah bakal ibu, ia penting untuk mencuba dan menambahkan pengambilan vitamin dan mineral tertentu (seperti asid folik dan zat besi). Jika diet anda tidak begitu baik pada mulanya, membuat perubahan diet anda dengan mengambil hidangan yang berkhasiat dan seimbang adalah lebih penting. Hadkan makanan ringan sebab ia hanya membekalkan kalori kosong iaitu kalori dengan sedikit atau tiada nutrien.
Badan anda akan menjadi lebih efisyen apabila anda hamil dan ia dapat menggunakan tenaga yang didapati dari makanan yang anda ambil dengan lebih baik. Secara amnya, wanita tidak perlu kalori tambahan pada enam bulan pertama kehamilan dan hanya sebanyak 200 kalori tambahan setiap hari untuk tiga bulan terakhir.
Dua ratus kalori bersamaan dengan:
  • dua keping roti gandum penuh dan marjerin/mentega;
  • segulung kuih popia (tidak digoreng);
  • tosai kosong (tanpa kuah atau kari);
  • sekeping keju dengan roti.
Selera makan anda adalah petunjuk terbaik untuk mengetahui berapa banyak makanan yang anda perlu ambil. Anda akan dapati selera anda turun naik semasa kehamilan anda:
  • Pada beberapa minggu pertama, selera makan anda akan berkurangan secara dramatik dan anda tidak mahu makan hidangan penuh, terutamanya jika anda mengalami loya atau mabuk.
  • Semasa pertengahan kehamilan anda, selera makan anda adalah sama dengan sebelum anda hamil atau bertambah sedikit.
  • Pada waktu akhir kehamilan, selera makan anda akan bertambah tetapi jika anda mengalami pedih hulu hati atau satu perasaan kekenyangan selepas makan anda mungkin boleh makan dengan kerap tetapi dengan jumlah sedikit.
Perkara yang perlu diingat ialah makan apabila anda berasa lapar. Jangan risau mengenai perubahan selera makan anda asalkan anda mengikuti nasihat yang diberikan mengenai jenis makanan yang perlu anda ambil dan berat badan anda bertambah pada kadar yang betul, yang akan diawasi oleh pakar obstretik anda.
Semasa kehamilan, anda perlu ELAKKAN daripada mengambil:
  • Makanan laut mentah seperti tiram atau sushi.
  • Kerang yang terdapat dalam laksa dan kway teow goreng sepatutnya direbus terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam makanan tersebut, tetapi anda perlu memberitahu penjual untuk tidak memasukkannya dalam laksa itu sebab anda tidak tahu sama ada ia dimasak dengan betul atau tidak.
  • Bahan makanan stimbot yang tidak dimasak sepenuhnya. Pastikan supnya dididihkan setiap kali bahan baru ditambah terutamanya kerang-kerangan, daging dan telur.
  • Keju dengan kulit ari yang putih dan “bercendawan” seperti Brie dan Camembert, dan keju berjaring biru seperti Stilton. Semua keju ini mungkin mengandungi listeria iaitu bakteria yang boleh membahayakan bayi anda.
  • Pate, daging kurang masak, ayam itik dan telur (masaklah semua daging sehingga tidak terdapat bahagian merah jambu dan masaklah telur sehingga ia keras). Semua ini adalah sumber bakteria yang boleh membahayakan bayi anda.
  • Hati dan produk hati (pate, sosej hati) perlu dielakkan sebab mungkin semua itu mengandungi bentuk retinol vitamin A dalam jumlah yang tinggi dan ini tidak baik untuk bayi anda yang sedang membesar.
  • Sesetengah wanita disarankan supaya mengelakkan daripada mengambil kekacang dan makanan yang mengandungi kekacang. Jika anda, suami anda atau mana-mana anak-anak anda yang lain (jika ada) mempunyai sejarah alahan seperti demam alergi, asma atau ekzema, mengelakkankekacang semasa kehamilan dan penyusuan boleh mengurangkan peluang bayi anda untuk mendapat alahan kekacang yang serius.
  • Ramai wanita memilih untuk mengelakkan atau mengurangkan minuman beralkohol semasa kehamilan. Minum alkohol terlalu banyak akan menyebabkan kecacatan fizikal, kehilangan upaya belajar dan masalah emosi dalam kanak-kanak, jadi ramai pakar mencadangkan supaya anda jangan mengambil alkohol langsung semasa anda hamil.
  • Anda juga mungkin mahu mengurangkan pengambilan kafein. Ini mungkin mudah bagi wanita yang tiada selera dengan kafein semasa trimester pertama mereka tetapi ini tidak bermakna ia berlaku pada semua orang. Kenapa kafein merupakan satu masalah? Kajian telah menunjukkan kaitan mengambil lebih daripada 300mg kafein dalam satu hari dengan peningkatan risiko keguguran dan berat kelahiran yang rendah dan satu kajian telah menunjukkan kaitan pengambilan kafein dalam tahap rendah dengan keguguran. Untuk keselamatan, anda boleh ambil tidak lebih daripada tiga cawan kopi segera, tiga cawan kopi keras, enam cawan teh atau lapan tin kola sehari. Anda juga mungkin mahu lebih berhati-hati dan mengurangkan lagi pengambilan kafein atau bertukar ke minuman panas dan kola tanpa kafein.

 

Ambil vitamin-mineral tambahan antenatal yang sesuai

Dalam sebuah dunia yang ideal – bebas dari mabuk hamil atau makanan yang tidak disukai – diet seimbang adalah apa yang wanita hamil perlukan. Tetapi dalam dunia nyata, vitamin-mineral tambahan antenatal adalah satu jaminan untuk membantu anda memenuhi keperluan nutrien anda. Tanya kepada doktor anda sama ada anda perlu mengambil vitamin tambahan atau tidak.
Asid folik adalah satu tambahan yang penting untuk diambil sebelum anda hamil – dan pada tiga bulan pertama atau lebih semasa kehamilan. Kekurangan vitamin B ini telah dikaitkan dengan kecacatan tiub saraf pada bayi seperti spina bifida. Positive Parenting, program pendidikan pakar yang ditubuhkan oleh Persatuan Pediatrik Malaysia menekankan bahawa asid folik tambahan perlu diambil untuk mencegah kecacatan kelahiran. Anda boleh dapatkan preskripsi daripada doktor anda.
Sesetengah pakar mencadangkan supaya anda mengambil makanan tambahan yang mengandungi 10 mcg Vitamin D setiap hari. Jika anda orang Asia dan anda memakai pakaian tertutup anda mungkin lebih berisiko untuk mengalami kekurangan Vitamin D. Berjumpalah dengan doktor anda untuk nasihat.
Semasa kehamilan, sesetengah wanita perlu mengambil zat besi tambahan. Tahap zat besi akan diperiksa berkala semasa kehamilan anda dan doktor anda akan menasihatkan anda mengenai keperluan anda.
Jika anda adalah seorang vegetarian yang ketat, mempunyai penyakit seperti diabetis, diabetis kehamilan, praeklampsia atau anemia atau jika anda mempunyai sejarah berat kelahiran yang rendah, berbincanglah dengan doktor anda mengenaimakanan tambahan khas yang anda perlukan.
Walau bagaimanapun, ada beberapa supplemen yang tidak sesuai diambil oleh ibu mengandung seperti dalam entry ini.
Kami menyediakan set lengkap untuk keperluan ibu hamil yang terdiri dari
Set J /Eu four Pack (Untuk 1st trimester)
Vita-lea with Iron Formula
B complex
Vitamin C
Ostematrix
Set J2  (Untuk 2nd&3rd trimester)
Vita-lea with Iron Formula
B complex
Vitamin C
Ostematrix
OmegaGuard
Maklumat lanjut tentang set J DI SINI.

Ramai yang dah mencuba dan rasai perbezaannya. Anda bagaimana?
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Berminat?
Hubungi saya di permatahatiibu@gmail.com atau SMS 019-6020620 (Pn Izad) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Search