Ahad, 18 Mei 2014

Set Kesihatan Wanita~ Wanita Sihat Keluarga Sihat~

Wanita terdedah kepada pelbagai masalah kesihatan dalam melalui pelbagai peringkat kehidupannya iaitu:


  • Akil baligh
  • Pra-kehamilan
  • Kehamilan
  • Pra-menopos
  • Menopos
  • Selepas Menopos

Oleh itu, Shaklee menawarkan produk yang hebat untuk memenuhi keperluan wanita pada semua peringkat kehidupannya.  Produk-produk berkenaan adalah:



GLA Complex

GLA (Asid Linolenik Gama) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan.  GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin - bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses badan normal.  Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid lemak Omega-6.  Ia mengandungi Vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihata integriti sel.


Ostematrix (Kalsium & Magnesium)

Kalsium dan Vitamin D yang mencukupi sepanjang hayat yang merupakan sebahagian daripada diet yang seimbang berupaya mengurangkan risiko osteoporosis, membina tulang dan gigi yang kuat.  Ostematrix dilengkapi dengan Magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya dan juga Vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium. 


OmegaGuard

OmegaGuard membekalkan asid lemak omega-3 yang berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh bergred farmaseutikal.  Penyelidikan menunjukkan bahawa paras asid lemak omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal.*

Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal
OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.*

Minyak Ikan Terbaik Di Dunia
Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.*


Kebaikan :
  • Membantu melegakan simptom senggugut dan menopos (GLA Complex)
  • Menggalakkan kulit yang cantik (GLA Complex)
  • Menyokong sistem imun (GLA Complex)
  • Menggalakkan tulang dan gigi yang sihat dan kuat (Ostematrix)
  • Mengurangkan risiko Osteoporosis (Ostematrix)
  • Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung (OmegaGuard)
  • Melegakan sakit-sakit sendi (OmegaGuard)
  • Membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal (OmegaGuard)
  • DHA didalamnya penting bagi perkembangan dan fungsi otak (OmegaGuard)

Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut, Konsultasi Percuma dsb....

Pn Izad Daud| 011-11233493|0196020620

** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

Suplemen Penyusuan untuk membanyakkan pengeluaran Air Susu Ibu- SET 3M terbaik-

Alhamdulillah ... hati terasa bersyukur dan gembira bila dapat maklumbalas dari Costomer selama consume set penyusuan shaklee... Rasa seronok tak terkata bila dapat membantu ibu-ibu yang memerlukan bantuan...

" kak Alhamdulillah.. hasil perahan meningkat, rasa seronok nak pam"...
" Kak alhamdulillah.. selama ambil set ni paling best time membuang tak takut lagi.. dulu sembelit.. skrg dah lancar.."
" Kak saya tak rasa letih, rasa bertenaga makan shaklee.. "


Saya sendiri memang pengguna setia SET PENYUSUAN shaklee ( B complex+ Vit C+ VITALEA MULTIVITAMIN+ ALFALFA+OSTEMATRIX+ESP)... Telah mengamalkan Set Penyusuan Shaklee selama24bulan.Alhamdulillah urusan penyusuan lancar walaupun dugaan dan cabaran dlm penyusuan silih berganti. 2 tahun jugak lah saya dok mengepam di surau pejabat bg memastikan stok untuk Zafirah dirumah selama saya bekerja.. Ada yang kata Mahal la set ni? Mahal ke ? bagi saya berbaloi dengan bonus kesihatan yang diperolehi dan dapat memenuhi tuntutan Syara' " menyusukan anakmu sehingga 2 tahun..." .. extra bonus badan saya sihat, kolestrol menurun.. berat badan pun turun.. banyak lagilah bonus kesihatan yang saya dapat..gagal BF anak pertama membuatkan saya berazam untuk beri yang terbaik untuk anak Kedua Puteriku Nur Zafirah... dan saya tetap pegang Konsep asas Penyusuan " SUPPLY N DEMAND"...lebih banyak permintaan lebih byk kuantiti SI di hasilkan". Pengalaman bengkak susu membuatkan saya mengambil lecithine untuk melancarkan saluran pengeluaran SI dari tersumbat.. dan secara tak langsung menurunkan bacaan kolestrol saya. INGAT.. KOLESTROL PEMBUNUH DLM DIAM!!!!!! ..

PM @ whatsapp 011-11233493...
SHAKLEE ID : 883550

Sabtu, 17 Mei 2014

Anak SEMBELIT sampai nangis-nangis? SELALU DEMAM? BATUK? SELSEMA? TAK NAK MAKAN? BERAT TAK NAIK-NAIK? MEALSHAKE & OMEGA BANTU ANDA!

Anak SEMBELIT sampai nangis-nangis? SELALU DEMAM? BATUK? SELSEMA? TAK NAK MAKAN? BERAT TAK NAIK-NAIK?

Ya!! itu anak saya 2 tahun dulu. Bila nak membuang je mula Resah Gelisah. Batuk, Selsema, Demam tiap-tiap bulan. Pantang silap dan salah sikit je. Pi Klinik  RM60 sekali rawatan, tu sorang 2 orang dah RM120.. Kesian sangat kan Dia..

Iktiar! macam2 dah cuba,bagi makan buah, minum air masak tak mau pulak. Sehinggalah saya nekad hati dan berusaha berikan anak mealshake dan Omega Guard Shaklee..tak de promosi pun masa tu..tapi demi anak ku laburkan sejumlah wang janji anak-anak sihat. MEALSHAKE dan OMEGAGUARD debaran menanti.. masuk 3minggu konsisten amalkan,Alhamdulillah! Syukur sangat perubahan demi perubahan dah terplihat, Membuang ok dah, Kesihatan pun sangat meningkat . Buktinya dulu kene ujan sikit petang Malam lepas maghrib terus panas. DEMAM! sekarang Alhamdulillah jarang demam, Selsema, Batuk pun Jarang menyerang. Ada peningkatan imunisasi berlaku.

PERUBAHAN KETARA tang SELERA MAKAN. Tetiba si anak berkata " Ibu A'zim Laparlah, Nak makan Nasi Bu..." gembira tak terkata.. terus bagi nasi . Dah bagi MEALSHAKE  saya tak risau nak suruh anak makan sayur atau tidak CUKUP ZAT. SEBAB MEALSHAKE ni dah dilengkapi Vitamin,Mineral dan Zat untuk Diet Seharian anak kita. Penuh dengan serat dan Khasiat untuk tubuh. Tak banyak pun bubuh Mealshake tu. Sesudu kecil je mix dalam susu setelah anak terjaga dari tidur pagi hari.. Selesai masalah saya..

Anak puan/encik semua alami masalah begini?  Cepat.. Cepatlah hubungi saya order mealshake dan Omegaguard kat saya.. Bulan ni promosi Beli 6 tong terus dapat setong percuma jimat kos pun ye jugak.. dapat free membership dan bulan depan nak beli barang Shaklee leh dapat harga Ahli..

Whatsapp: 01111233493

Jajan VS MealShake+Omega Shaklee untuk Anak-anak

RM 100++ beli jajan untuk stok seminggu anak-anak boleh jekan.. Beli Suplemen untuk anak-anak Mealshake + Omega , tahan sebulan ke 3 bulan , dikatakan mahal !

Mealshake untuk imunisasi dan dilengkapi 24 vitamin ,mineral dan Zat keperluan diet seharian anak, Omega untuk perkembangan dan kecerdasan minda ,so berfaedah untuk anak, so Jajan? fikir sendirilah ek.. Renungkanlah..

Mealshake promosi sepanjang May 2014 beli 6 dapat Percuma 1 mealskhake..











Berminat nak bagi anak hubungi je saya..


whatsapp :011-11233493


Khamis, 8 Mei 2014

6 Fakta Menarik Tentang Mealshake Shaklee

6 fakta tentang Mealshake:


1. Nutrisi Lengkap
Menyediakan 24 jenis vitamin A- Z ,mineral dan ‘Trace Mineral’.Kekurangan ‘trace mineral’ akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak.
*Sesuai untuk mereka yang ‘susah’ menelan pil dan juga mereka yang ingin menjaga berat badan.
2. Membekalkan Nutrien Kepada Sel-sel
Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut,organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya.
*Badan lebih sihat. Malah Protien juga penting untuk penghasilan susu badan.Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak.
3. Untuk Pembesaran
Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.
*Sesuai untuk tumbuhbesaran anak-anak dan juga sesuai untuk ibu-ibu yang sedang mengandung.
4. Anti-oksida
Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan.
*Sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan lebih muda dan mementingkan kecantikan.
5. Pemulihan Kulit
Mengandungi lengkap vitamin B-Kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit.
*Sesuai untuk mereka yang inginkan kulit yang cantik dan halus mulus.
6.Detox
Kaya dengan serat yang membantu (peristalsis kolon dan perut / buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.
*Sesuai untuk kanak-kana serta orang dewasa yang sering mengalami masalah sembelit.

Antara kebaikan Mealshake ini ialah : 
  • rasa vanila yang menjadi kegemaran kanak-kanak
  • sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 tahun keatas 
  • sesuai untuk seisi keluarga
  • Boleh menjadi instant sahur meal/ breakfast sekeluarga
  • Rendah lemak namun kaya dengan 19 vitamin utama, protein, fiber dan mineral sertakalsium yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak.
  • Meal Shakes memberikan tenaga dan menguatkan sistem imun kanak-kanak
  • Memberikan kecergasan dan meningkatkan kesihatan
  • Mengurangkan eczema kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa
  • Meningkatkan selera makan anak
  • Jika anak yang kerap demam lazimnya akan kembali sihat lebih cepat daripada biasa
  • Pilihan terbaik buat mereka yang tidak pandai telan supplement berbentuk "tablet"
  • menangani masalah sembelit pada kanak-kanak
  • amat bagus untuk kanak-kanak yang obesiti

Kebaikan Protein Dalam Kehidupan : Sumber Dan Cara Pengambilan


 Protein adalah sejenis nutrien yang melaksanakan pelbagai fungsi dalam tubuh kita. Ia membantu mata anak anda untuk melihat, mengecutkan otot dan pembekuan darah. Selain itu, ia membolehkan anak anda menjadi aktif dengan memudahkan tindak balas kimia melalui enzim dan melindunginya terhadap jangkitan. Tanpa protein, tulang, kulit dan rambut anak anda tidak akan mempunyai strukturnya.

PERANAN PROTEIN:
  • Menggantikan sel-sel dan tisu yang mati atau rosak.
  • Mengawal proses badan (sesetengah hormon tetapi bukan semuanya adalah protein).
  • Mengekalkan jumlah dan komposisi cecair badan.
  • Mengangkut bahan-bahan seperti lipid, vitamin, mineral dan oksigen ke seluruh badan.
  • Melindungi badan terhadap penyakit melalui antibodi dan menguatkan sistem imun badan.





SUMBER PROTEIN:


Protein dalam diet kita boleh didapati daripada dua sumber utama iaitu protein haiwan (contohnya susu, telur, daging dan ikan) dan protein tumbuhan (contohnya bijirin, kacang, kekacang dan produk soya). Protein haiwan adalah lebih lengkap secara biologi daripada protein tumbuhan kerana protein haiwan mengandungi semua asid amino penting yang diperlukan oleh badan. Walaupun protein tumbuhan adalah protein yang tidak lengkap, ia adalah pengganti yang baik untuk daging atau protein haiwan. Tambahan pula, jika dua protein tumbuhan seperti kekacang dan bijian atau kekacang dan kacang/biji dicampur bersama, ia akan saling melengkapi dan membekalkan semua asid amino penting yang diperlukan untuk seseorang individu.

SYOR DAN PANDUAN DIET:

1) Berikan anak anda ikan dengan lebih kerap, setiap hari jika boleh. Untuk mencapai matlamat ini, berikan anak anda satu hidangan ikan sehari. Kurangkan pengambilan kerang-kerangan berbanding dengan ikan.

2) Tingkatkan pengambilan susu dan produk tenusu anak anda. Susu bukan sahaja merupakan sumber protein yang penting, ia juga sumber yang kaya dengan kalsium dan vitamin. Satu gelas susu segar (250ml) mengandungi kira-kira 8.5 gram protein. Tambahkan susu yang kurang gula dalam oat dan bijirin anak anda. Yogurt dan keju juga merupakan sumber produk tenusu yang baik.

3) Berikan anak anda daging, ayam dan telur secara sederhana. Pilih pelbagai jenis daging dan gunakan kaedah yang berlainan untuk memasak hidangan ini. Berikan anak anda makan telur dalam jumlah yang sederhana, sebanyak sebiji telur sehari secara puratanya (sendirian atau dalam masakan). Elakkan daripada memberi telur putih kepada anak anda yang berumur 1 tahun atau ke bawah.

4) Amalkan cara memasak yang lebih sihat untuk ikan, daging, ayam dan telur. Kaedah memasak yang disyorkan termasuk mengukus, merebus, merenih, memanggang dan membakar. Lebihkan mengguna herba, rempah dan limau nipis atau lemon untuk menambah perisa kepada hidangan-hidangan ini daripada menggunakan garam atau sos pekat.

5) Pilih daging dan ayam yang rendah lemak dan kolesterol. Kurangkan pengambilan lemak tepu dengan memilih potongan daging dan ayam tanpa lemak. Buang kulit ayam dan lemak daging yang boleh kelihatan sebelum memasak.

6) Berikan anak anda kekacang setiap hari dan masukkan kacang dan bijian dalam dietnya setiap minggu. Kekacang seperti kacang pea, kacang dhal, kacang kuda, kacang soya dan kacang tanah mengandungi banyak protein dalam bijinya. Pilih pelbagai jenis kekacang serta produknya seperti tempe dan tofu untuk menyediakan makanan. Tambahkan kekacang dalam sup dan hidangan anak anda. Tambahkan kacang sebagai snek atau dalam hidangan utama seperti dalam sayuran tumis.

Berapa banyak protein yang anak anda perlukan?

Berdasarkan Saranan Pengambilan Nutrien Malaysia (RNI), jumlah pengambilan protein yang disyorkan untuk kanak-kanak berumur di antara 1 hingga 6 tahun ialah 17 hingga 23 gram setiap hari. Kanak-kanak di antara umur 7 hingga 12 tahun memerlukan kira-kira 32 hingga 46 gram protein setiap hari.

KESEIMBANGAN:

Walaupun protein adalah sangat penting dalam diet anak anda, anda perlu ingat bahawa keseimbangan nutrien (contohnya karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan protein) adalah penting untuk semua orang, terutamanya bagi kanak-kanak yang sedang membesar. Untuk membina kekuatan, sel otot anak anda memerlukan aktiviti fizikal dan kesemua nutrien yang penting. Jika terlalu mengutamakan protein, anda mungkin tertinggal makanan dan nutrien lain yang juga sama penting.

Terlalu banyak atau terlalu sedikit dalam apa-apa jua perkara adalah tidak baik. Amalkan keseimbangan, kesederhanaan dan kepelbagaian dalam menyediakan makanan untuk pertumbuhan dan perkembangan yang baik.


SUMBER: www.mypositiveparenting.org


Saranan Pengambilan Mealshake Shaklee..

whatsapp 011-233493

Rabu, 7 Mei 2014

Vitamin ACE Shaklee, Vitamin antioksidan

Assalamualaikum..

Di pasaran banyak produk tentang antioksidan. Apa itu antioksidan?

Antioksidan adalah sebuah molekul yang mampu memperlambat atau mencegah oksidasi molekul lainnya. Oksidasi adalah sebuah reaksi kimia yang mentransfer elektron dari zat ke oksidator.

Reaksi oksidasi dapat menghasilkan radikal bebas, yang memulai reaksi berantai yang merusak sel. Antioksidan menghentikan reaksi berantai ini dengan menghilangkan zat antara radikal bebas, dan menghambat reaksi oksidasi lainnya dengan yang dioksidasi sendiri.

Antioksidan terdapat pada kebanyakan makanan terutamanya sayur-sayuran dan buah-buahan seperti lobak, tomato, bayam brokoli dan kentang. Malah sayuran hijau adalah antara sumber yang kata dengan antioksidan.

Namun, keadaan persekitan yang kurang baik seperti radiasi ultra-ungu, pencemaran, asap rokok dan juga kebiasaan mengambil makanan ringan membuatkan sistem pertahanan badan lemah untuk menghadapi jumlah radikal bebas yang terlampau banyak.

Apakah Vitamin antioksidan?

Vitamin A (beta-karotena)
Perlu untuk kesihatan kulit, penglihatan dan sistem imun, beta-karotena melindungi daripada penyakit degeneratif termasuk kanser. Sumber yang baik retinol dari produk tenusu keju, mentega danmarjerin, kuning telur, ikan berminyak. Beta-karotena daripada buah-buahan dan sayur-sayuran jingga dan kuning seperti, lobak merah, mangga, aprikot, kentang manis, lada dan sayur-sayuran berdaun.
Kekurangan vitamin A menyebabkan jangkitan meningkat danpenglihatan malam yang lemah.

Vitamin C (asid askorbik)
Diperlukan untuk pengeluaran kolagen, asas gusi sihat, gigi,tulang dan kulit. Sifat antioksidan dapat melindungi terhadap penyakit jantung dan kanser.
Dijumpai dalam buah-buahan terutamanya buah-buahan sitrus, sayur-sayuran, tomato, brokoli, selada air, lada, buah beri, dan masam.
Kekurangan vitamin C dalam diet boleh menyebabkan penyembuhan luka yang lemah, lemah penahanan terhadap jangkitan, gusi berdarah dan sakit sendi.

Vitamin E (Tochopherol)
Sebagai antioksidan ini mencegah kerosakan radikal bebas dan menggalakkan sel-sel yang kuat.
Sumber yang baik adalah minyak sayuran (bunga matahari,jagung dan zaitun), wheatgerm, kacang, biji benih, bayam dan avocado.
Kekurangan jarang berlaku tetapi gejala-gejala seperti anemia dan kerosakan saraf boleh dilihat pada mereka yang tidak dapat untuk menyerap lemak.
 


Vitamin ACE Shaklee
 
CarotoMax ialah Vitamin A shaklee dalam bentuk Beta-Carotena. Ia hanya akan ditukar jadi vitamin A bila diperlukan sahaja. Ia terdiri daripada ENAM daripada karotenoid penting yang dipilih daripada gabungan tumbuhan fitokimia. Anda tidak akan mendapat perlindungan gabungan ini daripada sumber makanan sahaja.
 
Vitamin C Shaklee bersifat sustained release iaitu pelepasan perlahan-lahan iaitu 100mg setiap jam. Ia juga mengandungi Bio-flavonoid C complex yang membantu meningkatkan penyerapan Vitamin C menghalang daripada dirosakkan oleh pengoksidaan dalam badan
 
Vita-E complex mengandungi vitamin E (d-alfa tokoferol) asli dari minyak sayuran. Ia juga mengandungi selenium yang melengkapi fungsi vitamin E. Vitamin E juga dikenali sebagai ‘vitamin cinta’ kerana ia boleh membantu dalam perhubungan suami isteri.
 
p/s – pengambilan vitamin A dan vitamin E tidak mengganggu penyusuan susu ibu walaupun ia bersifat larut lemak. Ini kerana Vitamin A shaklee hanya akan ditukarkan jadi vit A apabila diperlukan. Vitamin Shaklee bersumber dari bahan asli, jadi ia tidak merbahaya.
 
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Selasa, 6 Mei 2014

TERBONGKAR: 5 RAHSIA KURUS PANTAS & SIHAT ::

5 RAHSIA TERBONGKAR

1. Jaga Pemakanan Terutamanya Sarapan!

Nampak senang je kan tapi akhirnya ke laut juga apabila kita tak fokus dan konsisten dengan apa yang kita inginkan. Fokus ok! Anda kan nak kurus pantas! The secret of change is to focus all of your energy, not on fighting the old but on building the new!

Di bawah ni adalah contoh menu makanan yang kebiasaannye kita biasa lihat dan juga jadi rutin kepada diri kita sendiri sebagai orang M'sia yang wajib makan nasi. Betul tak? 
  • Breakfast - nasi lemak + air nescaffe
  • Lunch - nasi ayam + air sirap
  • High tea - goreng pisang + kuih-muih + air kopi
  • Dinner - nasi + lauk pauk kampung + air kosong
  • Supper - minum teh + makan biskut
Haaaa, mesti ada yang jadual makannya seperti ini. Takmo...takmo ye kalau nak kurus pantas. Ni terbalik ni, ia untuk GEMUK pantas. So, berhati-hati.


Untuk makluman, sarapan pagi yang bagus adalah dengan mengambil makanan yang rendah kalori tetapi mempunyai semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh untuk kita bekerja hingga ke tengah hari.

Kesilapan rakyat M'sia dalam mengambil sarapan pagi adalah mengambil makanan berminyak, bergoreng dan kurang nutrien. 

Tahukah anda, liang-liang usus dalam badan mudah menyerap makanan dan mudah tersumbat jika selalu diberikan makanan yang berminyak seterusnya ia menyebabkan kandungan lemak dan kolestrol dalam badan meningkat secara perlahan-lahan tanpa kita sedari kerana ini semua berpunca daripada apa yang kita makan SEAWAL sarapan pagi. 

Saya selalu cakap dengan customer "good breakfast give good day!". Jadi berikan yang terbaik kepada usus kita sebaik-baiknya seawal pagi dan hari anda seterusnya pasti lebih menggembirakan. Jika anda dapat kawal sarapan pegi anda, waktu pemakanan yang lain akan menjadi lebih mudah.

2. Cuci Usus Anda!

Untuk lose weight, mesti cuci usus terlebih dahulu! Nak tahu kenapa mesti kene cuci usus? Nak cuci macam mana tu?

Kita mesti melalui proses detox terlebih dahulu sebelum memulakan program penurunan berat badan. Tujuannya adalah untuk penyerapan nutrien dari sarapan itu manakala yang tidak diperlukan di'detox'kan secara baik. 

Sebagai makluman, apa yang didetox oleh badan adalah tidak secara keseluruhan dan terdapat sisa-sisa kecil yang tidak boleh di detox secara terus maka pengambilan supplement seminggu sekali adalah penting untuk tujuan mencuci usus. 

Usus tak boleh dicuci tiap-tiap hari sebab ia akan menjadi 'malas' hendak function sendiri untuk 'membuang', maka atas sebab demikianlah detox first pada hari pertama diet pantas. Penyerapan nutrien dari makanan yang diambil pada keesokan harinya pasti lebih efektif apabila usus telah bersih. 

Jadi proses penurunan berat badan boleh jadi lebih cepat apabila usus telah bersih dan pemberian nutrisi yang sihat seawal pagi. Pilihlah supplement semulajadi yang semestinya selamat untuk usus tanpa menghakisnya secara 'halus'.


3. Meal Plan

Tadi tentang kepentingan sarapan pagi yang sihat dan usus yang bersih. Sekarang, bagaimana pula dengan makan tengahari dan malam?

Hah! inilah namanya 'meal plan'? Ia adalah tatacara pemakanan berdisiplin dan sihat yang mesti diikuti berdasarkan target penurunan yang dikehendaki.

Pesanan buat semua. Untuk turunkan berat badan biarlah logik targetnya. Jangan melampau-lampau dan secara mendadak pula dalam tempoh yang singkat kerana ia boleh memberikan effect kepada sistem tubuh dan organ dalaman badan untuk berfungsi. Organ jantung adalah yang paling terkejut hendak mengepam darah dalam arteri-arteri dalam badan jika penurunan berat badan adalah secara mendadak. 

Biarlah logik, misalnya 1 bulan turun 5 kg, bukan 10 kg atau 15 kg sebulan. Walaupun penurunan berlaku tidak sepantas yang diingini tetapi yang penting, mesti reshape! 

Apa itu reshape? Reshape adalah proses pembentukan semula badan setelah berat turun. Kemudian badan akan reshape menjadi bentuk tubuh yang lebih cantik dan 'kemas' serta tidak flebby. Caranya mestilah kena ambil makanan yang penuh protein untuk firmkan otot-otot bdn supaya lebih kental dan nampk cantik. 

Bagaimana nak buat meal plan?

Ambil sekeping kertas dan tulis TARGET TURUN BERAT BADAN : 5 KG SEBULAN
Tulis juga berat badan asal dan berat badan yang hendak dicapai dalam tempoh yang ditetapkan.
Meal Plan:

a) Bangun Pagi: Minum air segelas/500ml (botol kecil) untuk tujuan aktifkan sistem dalam tubuh.
b) Breakfast: Ambil makanan berprotein seperti roti sekeping dua + Minum air kosong sebanyak 500ml + 500ml secara sikit demi sikit, bukan sekaligus.
c) Lunch: Makan macam muka 'Mickey Mouse' iaitu banyakkan sayuran dan protein kemudian kurangkan nasi atau karbohidrat. Makan buah-buahan yang berasaskan sumber air kerana air penting dalam tubuh badan. Contohnya tembikai + Minum air kosong sebanyak 500 ml + 500 ml secara sikit demi sikit bukan sekaligus.
d) High Tea: Ambil makanan yang ada fiber yang mengenyangkan. Contohnya: Bread yang ada fiber tinggi dalam 2 keping.
e) Dinner: Minum air segelas/500ml atau ambil makanan berprotien tinggi atau makan macam muka 'Mickey Mouse' (seperti lunch tadi).

Jadi apa-apa pun bijaklah apabila menyenduk atau mengambil makanan dalam menu seharian kita. Kita perlu bijak mengawal pengambilan kalori dengan betul yang bersesuaian dengan gaya hidup sendiri dan kita tidak terhalang untuk makan makanan kegemaran kita. Yang penting "we are what we eat!".

4. Belajar Minum Air Kosong

Ini adalah perkara wajib yang menjadi rahsia dalam semua slimming center, rahsia AIR. Hendak turunkan berat badan mesti kena belajar minum air kosong secara berterusan kerana ia boleh membantu menurunkan kadar kalori dalam badan yang dah berzaman disimpan dalam lapisan bawah kulit kita ini. 




Air kosong juga berfungsi untuk menguraikan lemak-lemak lama yang akan didetoxkan melalui air kencing. Seterusnya untuk mencuci buah pinggang. Bila air kosong kurang diminum, buah pinggang kita akan berusaha bersungguh-sungguh keluarkan air kencing tetapi itu adalah cara yang tidak sihat kerana air kencing akan jadi kuning sangat dan kesian pada buah pinggang kita kerana bersusah payah dia 'mencari punca air' yang ada dalam tubuh badan kita untuk tujuan detox.

5. Supplement

Ramai sebenarnya mengetahui bahawa pengambilan supplement pada masa kini sangat perlu bahkan terdapat beberapa buah negara maju memberikan supplement percuma kepada penduduknya. Contoh terbaik adalah Jepun. Ia bukan sengaja diberikan tetapi sebagai mencegah sebarang penyakit kronik kepada penduduknya akibat pelbagai komplikasi kesihatan.

Dalam diet yang sihat untuk kurus dengan pantas, pengambilan supplement sangat penting untuk memberikan nutrien keperluan tubuh dan mengawal sistem pemakanan harian kita.

Sengaja saya ingin berkongsi dengan anda testimoni saya sendiri. 2 bulan yang lalu, Cinch Mix Shake, Omega, Lecithin dan Herb Lax adalah antara supplement wajib pengambilan saya. Yang bestnya, dengan modal yang sangat rendah, ia tahan pula selama hampir 2 bulan dan ketika itu berat badan saya turun kurang lebih 7kg. Alhamdulillah. Suka sangat ketika itu.

Cinch Shake Mix adalah protien penuh yang memberikan nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan dan anda akan rasa kenyang tanpa perlu mengambil makanan secara berlebihan sepanjang 4-5 jam bekerja. Saya hanya ambil Cinch ini ketika breakfast dan tea break sahaja untuk tujuan tenaga sepanjang hari dan sepanjang malam.

Omega dan Lecithin pula adalah untuk membakar dan memecahkan lemak tepu dan kolesterol dalam darah. Kedua-dua supplement ini sangat hebat. Bukan sahaja untuk kurus dengan pantas tetapi juga memberikan positive side effect seperti rambut yang semakin kuat, kulit terasa halus dan lembut, fokus bekerja berganda dan badan terasa sangat cergas kerana saluran darah telah bersih serta badan terasa ringan sekali.

Kedua-dua supplement ini saya ambil setiap kali selepas waktu makan, 3 kali sehari tanpa skip.

Herb lax pula adalah campuran herba yang berfungsi mencuci toksik dan baki kotoran yang berada dalam usus. Pengambilannya dalam seminggu adalah 2 kali sahaja. tak boleh ambil banyak-banyak kerana nanti usus malas nak bekerja sendiri. Lemak-lemak dan kolesterol yang dipecahkan tadi akan di'pam' sehingga bersih oleh tubuh dengan bantuan supplement ini.


Sumber:http://wafiqulya.blogspot.com/2013/12/terbongkar-5-rahsia-kurus-pantas-sihat.html

sebarang pertanyaan dan pembelian Produk boleh hubungi saya 0196020620 @ whatsapp 011233493

VITAMIN TERBAIK UNTUK KANAK-KANAK


Apa khabar pembaca blog yang saya sayangi.. Hari ni nak cerita Suplemen terbaik untuk Anak-anak saya. MEALSHAKE..

Memang rugi lah kalau tak beli time tgh promosi ni.. setin ni untuk dua anak saya bertahan  sebulan..  Shelf life Mealshakes juga tak lama  (tempoh hayat expired) Ini utk menjamin kesegarannya, tapi tak rugi beli sekurang2nya ambil 1set (buy 6 free 1).. Kenapa? sebab kalau satu keluarga consume (ibu,ayah, anak 2-3org) setin tu utk sbulan sahaja... So kalau amik 1set blih simpan stok setengah tahun..  Dan yg best lagi Mealshakes ni bukan sahaja kaya dgn protin dan kalsium.. tetapi juga kaya dgn vitamin penting terdapat dlm per serving Mealshakes .. Vitamin A, Vitamin B12, B6, Thiamin, Riboflavin, Asid Folic,  Vitamin C, Vitamin E, Biotin, Vitamin D, Niacin, dan juga mineral2 penting kalsium, iodin, besi, fosforus, magnesium, selenium, chromium, molybdenum, zinc.. 

15 Kebaikan mealshake untuk kanak-kanak yang ibu patut tahu adalah:

  1. Kurangkan Ekzema
  2. Untuk Tumbesaran
  3. Untuk Perkembangan Minda
  4. Untuk Tingkatkan Selera Makan anak
  5. Untuk Anak yang dah berhenti susu ibu
  6. Untuk Anak kekal aktif
  7. Sebagai perlindungan jangkitan penyakit kepada anak-anak
  8. Meningkatkan berat badan anak
  9. Membantu anak fokus
  10. Membantu kurangkan kekerapan asthma
  11. Mengatasi masalah sembelit pada anak
  12. Supplement yang sesuai untuk anak yang menghadapi masalah diabetes tahap 1
  13. Membantu menurunkan berat badan anak yang obesiti
  14. Ambil semasa sarapan meningkatkan kecergasan seawal pagi
  15. Supplement yang sangat mudah disediakan, boleh dicampurkan ke dalam bijirin atau susu

Dah 2tahun lebih saya berikan mealshake kepada anak-anak saya. Alhamdulillah sekarang dah risau bab selera makannya dan kesihatannya pun dah bertambah baik. Kalo tak kerap sangat demam, batuk , selsema. Ibu-ibu yang ada anak bermasalah dari kesihatan astma, terlalu kurus, risau anak tak dapat vitamin dan zat yang cukup cubalah berikan mealshake untuk si manja. 


1 canister RM 113.75

hubungi saya 0196020620 @ whatsapp 011233493 untuk pertanyaan dan pembelian produk Shaklee.

Ahad, 27 April 2014

Gula-Gula Kesabaran

Ku harungi
Liku-liku kehidupan
Ku titip rahmat dan redha Allah
Makin pula aku diuji dari segenap pelusuk

Lalu…
Ku bertahajjud kerna KasihMU
Masih aku diberi ujian yang menggentarkan imanku
Ku mohon di sujud tahajjud ku
Agar aku bisa menempuh ujian yakni hadiah tanda Sang Pencipta menyayangiku

Goyahkah aku pabila diberi ujian yang sekecil ini
Syurga itu mahal harganya untuk dibandingkan dengan ujian sekecil ini
Layakkah aku jika kesabaran aku tidak setinggi curahan KasihNya
Allahu Rabbi…tetapkan aku di jalan kebenaran ini

Tidakkah aku menitip seerah-seerah terdahulu
Tidakkan aku mencari ayat-ayat cintaNya dari kitab Al-Quran

Allahu Allah..
Di saat hati ku genting
Kau kirimkan angin kasihMu bahawa Kau sentiasa dekat denganku
Kau kirimkan sahabat-sahabat yang membawa aku mengingatiMu selalu
Kau kirimkan teguran yang tidak putus-putus

HambaMu ini yakin bahwa dia perlu bersabar
Sabar itu separuh daripada iman
Sabar itu juga ciri-ciri ahli syurga
Sabar yang pada mula itu pahit akan manis akhirnya
Seperti manisnya gula-gula
Yakni gula-gula kesabaran atas keredhaanMu Ya Allah

LUKISAN ALAM

Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
(Begitu aturan Tuhan)

Jadilah rumput nan lemah lembut
Tak luruh dipukul ribut
Bagai karang di dasar lautan
Tak terusik dilanda badai

Dalam suka hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang awasi kealfaanmu
Setitis derita melanda
Segunung kurniaanNya

Usah mengharapkan ke segalanya
Dalam perjuangan penuh pengorbanan
Usah dendam berpanjangan
Maafkan kesalahan insan
(Begitu ajaran Tuhan)

Hasbiallah, Hasbunallah
HasbiRabbi jalallahu Ya Allah

Dalam diam taburkanlah baktimu
Dalam tenang buangkanlah amarahmu
Suburkanlah sifat sabar
(Di) dalam jiwamu itu

 Album :
Munsyid : Hijjaz

Ujian Hidup – Bagaimana Menghadapinya?

Manusia tidak akan dapat lari daripada ditimpa masalah…
baik orang kaya…mahupun orang miskin…
kerana apa??
kerana masalah itu merupakan ujian bagi manusia…
selagi kita hidup, kita akan sering diuji…
kerana apa??
kerana….hidup itu adalah ujian…

ujian yang datang itu daripada siapa???

setiap apa yang tercipta pasti ada penciptanya…
begitu juga dengan ujian…
ujian hidup datangnya daripada siapa??
siapa lagi kalau bukan pencipta kita…
Allah Tuhan Semesta Alam…

kenapa kita sering diuji???

selagi kita hidup di dunia ini, pasti ujian akan datang menimpa kita…

tapi kenapa???
kenapa Allah menciptakan ujian untuk hambanya??
Allah telah menjawab persoalan itu sebelum kita lahir di muka bumi ini lagi…

Allah telah berfirman dalam Surah Al-Kahfi ayat ketujuh,

Maksudnya : “Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya, untuk Kami menguji mereka siapakah di antaranya yang terbaik perbuatannya…”

oleh itu, jika kita dapat menghadapi ujian yang Allah berikan kepada kita dengan sabar, kita tergolong dalam golongan orang yang beruntung dan tinggi darjatnya…

setiap orang ada ujiannya yang tersendiri…

setiap orang mempunyai had kemampuan yang berbeza…
oleh itu, ujian yang Allah timpakan kepada mereka juga berbeza…
tidak akan melebihi had kemampuan seseorang itu…
Allah yang ciptakan kita…jadi sudah pasti Allah tahu apa yang terbaik untuk kita…
dan Allah tidakkan akan sesekali meyusahkan hambanya…
bukankah Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang??

Maksudnya : Dan sungguh, kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya…(Surah Al-Qaf, 16)

Bagaimana kita dapat bersabar dengan ujian Allah???

perasaan sedih, takut, dan gelisah pasti akan hadir dalam diri setiap kali ujian datang menghampiri….
persoalannya sekarang bagaimana kita mahu menghapuskan perasaan-perasaan itu daripada terus-menerus menghantui diri, agar kita sentiasa dapat bersabar dan redha dengan segala ujian Illahi…
Allah telah mengajar kita cara-caranya melalui ayat-ayat cintanya…

dalam Surah Al-Ma’arij, ayat 19-35…(sahabat-sahabat boleh cek sendiri dalam tafsir yer…)..

melalui ayat ini, Allah telah mengatakan bahawa kita ini memang diciptakan dengan sifat yang suka mengeluh apabila ditimpa kesusahan….dan kita juga bersifat bakhil kedekut apabila diberi kesenangan…namun, ada manusia yang mampu menangani ujian Allah ini…iaitu mereka yang :-
orang yang menjaga solat
orang yang menunaikan hak terhadap harta yang dimilikinya dengan membayar zakat, membayar nafkah, dan memberi sedekah
orang yang mempercayai akan hari pembalasan
orang yang takut terhadap azab Allah
orang yang memelihara kemaluan dan kehoramatan diri mereka daripada bukan muhrim
orang yang memelihara amanah dan janji
orang yang bersikap jujur dan adil apabila menjadi saksi
orang yang memelihara solat
dan mereka itu akan dimuliakan di dalam syurga…

nah…inilah ciri-ciri ahli syurga…

kalau sahabat-sahabat perhatikan…betapa solat itu penting dalam melatih diri kita untuk menjadi orang yang sabar dan bersyukur sehingga Allah menyebutnya sebanyak dua kali bahawa mereka yang menjaga dan memelihara solat akan mendapat kemuliaan di syurga…solat itukan tiang agama…dan solat itu pembenteng diri daripada melakukan perkara-perkara yang mungkar…
sahabat, menjaga solat ini bukan sahaja dari segi cukup rukun dan syarat sahnya sahaja tetapi…juga haruslah ditunaikan pada awal waktu…juga Allah menyuruh kita supaya berkekalan solatnya…bermaksud istiqamah dalam melakukannya…ini bukan sahaja untuk solat wajib…malah solat sunat juga…

selain menunaikan solat, harta yang kita miliki haruslah kita bahagikan kepada hak-haknya…harta itu bukan secara mutlaknya milik kita…ada hak orang lain terhadap harta itu…terutamanya dari segi pembayaran zakat dan nafkah…dan jangan lupa buat mereka yang memerlukan dan buat mereka yang berjuang di jalan Allah…berkorban harta ini juga merupakan satu jihad…Allah berfirman dalam surah Al-Saff, ayat 10 dan 11 yang bermaksud :-

Maksudnya : “wahai orang beriman! mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasulnya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya…”

kita juga haruslah mempercayai akan adanya hari kiamat dan juga hari pembalasan…bila?? bagaimana?? itu semua rahsia Allah…

Maksudnya : “Manusia bertanyakan kepadamu (Muhammad) tentang hari kiamat. katakanlah, “Ilmu tentang hari kiamat itu hanya di sisi Allah. “Dan tahukah engkau, boleh jadi hari kiamat itu sudah dekat waktunya.” (surah Al-Ahzab, ayat 63)

kita juga haruslah takut terhadap azab pedih yang dijanjikan Allah bagi mereka yang ingkar kepada-NYA…

Maksudnya : “Dan orang-orang yang berusaha untuk (menentang) ayat-ayat Kami dengan anggapan mereka dapat melemahkan (menggagalkan azab Kami), mereka itu akan memperoleh azab yang sangat pedih.” (surah Saba’, ayat 5)

kita wajiblah memelihara kemaluan dan kehormatan diri kecuali kepada muhrim kita…
bagaimana caranya??

dengan menutup aurat kita…

Maksudnya : “Maka syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya yang tertutup dari mereka iaitu auratnya…”Al-A’raf, ayat 20)
Allah berfiman dalam surah Al-Ahzab, ayat 59 yang bermaksud :-

“wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

dan bukan sahaja pakaian kita, malah perbuatan dan perkataan kita harus dijaga..haa…jangan lupa pandangan kita…bukankah dari mata jatuh ke hati?? oleh itu, jangan lupa menundukkan pandangan kita…ingat tau, menundukkan pandangan mata…bukan menundukkan kepala…

ahli syurga juga merupakan mereka yang memelihara dan menjaga amanah dan janji mereka…
tahukah kamu bahawa Allah sangat membenci mereka yang mengatakan apa yang tidak mereka lakukan??

ini bukan kata saya, tapi kata Allah…Allah telah berfirman dalm surah As-Saff, ayat 2 dan 3 yang bermaksud

“wahai orang-orang yang beriman! mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan..(Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan…”

oleh itu sahabat, kalau kita berjanji atau memegang sesuatu amanah, harus kita tunaikan dan menjalankannya dengan bertanggungjawab…baik dengan manusia mahupun kepada Allah…jangan jadi orang munafik yang tak menepati janji…

dan…kita haruslah bersikap jujur dan adil jika kita menjadi saksi…walaupun orang yang bersalah itu keluarga kita, kita harus bercakap jujur terhadap apa yang kita saksikan…dan adil…walaupun mereka itu orang ang kita sayang…

sahabat…menjadi saksi yang jujur dan adil ini bukan sahaja sifat ahli syurga…malah ia merupakan sifat ‘ibaadurrahman…Allah mengatakan ini dalam Surah Al-Furqan, ayat 72…

oleh itu sahabat…ingin saya tekankan di sini bahawa, ujian yang Allah timpakan kepada kita bukan untuk membebankan kita atau menyusahkan kita tetapi…ujian itu merupakan kayu ukur bagi seseorang, dimanakah tahap atau darjat mereka di sisi Allah…

dan…kita diuji agar kita bersabar dan bersyukur…

sama-samalah kita menjadi hamba-NYA yang bersabar dengan ujian-NYA dan bersyukur dengan nikmat-NYA….agar kita dimuliakan di jannah-NYA…aamiin…

waallahua’lam…yang baik itu datang daripada Allah…yang buruk itu kelemahan diri yang bergelar manusia…hakikatnya semua datang daripada Allah…moga kita menjadi muslim yang sebenar-benar muslim…

SumberILOVEISLAM

BERSYUKUR DENGAN KEKURANGAN

“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat-Ku kepadamu, dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Surah Ibrahim, 7)

Kebiasaannya, bila kita dikurniakan nikmat, rezeki, kegembiraan mahupun kelebihan; apa yang kita akan lakukan?

BERSYUKUR!

Ya, itulah yang seharusnya.

Tapi… bagaimana pula kalau kita di berikan kekurangan, kecacatan, kemiskinan, kedukaan dan ujian. Berapa ramai yang bersyukur?

Saya pasti mungkin hanya segelintir di antara kita yang bersyukur bila ditimpan ujian. Mungkin dalam 100% hanya  5% yang bersyukur dan berlapang dada bila ditimpa ujian.

Sedarkah kita… beruntunglah bagi mereka yang selalu bersyukur dan sabar. Banyak kelebihan yang diberikan oleh Allah SWT kepada mereka yang bersyukur dan sabar dengan ujian yang diturunkan.
Fiman Allah SWT:

“Mereka yang sabar dalam musibah, kemiskinan dan ketika peperangan; merekalah orang-orang yang benar dan merekalah orang-orang yang bertakwa – memelihara dirinya dari kejahatan.” (Surah Al-Baqarah, 177)

Saya pasti kalian mesti pernah dengar kata-kata ini:

“After every storm there is a rainbow.”

Selepas setiap guruh, adanya pelangi.

Walau apa juga ujian yang diturunkan, kuatkan semangat dan azamkan tekad. Yakinlah dengan janji Allah.

Biar kita miskin, biar kita buruk, biar kita cacat, asalkan hidup mendapat berkat.

Fikrkan setiap kekurangan yang diberikan pasti ada kelebihan yang diberikan. Begitu juga sebaliknya. Setiap kelebihan itu pasti ada kekurangan kerana kita memang diciptakan lemah dan tidak sempurna.

Ingat bahawa kekurangan itu hebat. Jangan pernah rasa rendah diri dengan kekurangan diri kerana percayalah, setiap yang Allah kurniakan mempunyai kelebihan dan keberkatan tertentu.
Ingatlah,

Tuhan menciptakan manusia dengan segala kelebihan dan kekurangan. Hikmahnya, agar manusia itu hidup bersama dan tidak mementingkan diri sendiri (saling lengkap melengkapi). Mereka yang kaya membantu yang miskin, yang sihat membantu yang sakit dan lain-lain.

Ingatlah langit tidak selalu cerah dan kita tidak selalu di atas. Janganlah kita hina kekurangan seseorang itu kerana mungkin suatu hari kita memerlukan sesuatu yang kita tidak ada daripada orang yang kita pernah hina dulu.

Kekurangan di dalam hidup kita bukanlah pengakhir dan penghujung dunia. Sebaliknya besyukurlah, kerana suatu saat nanti pasti akan datang seseorang melengkapi kekurangan kita dengan kelebihannya. Jangan pernah berputus harap dan teruskan berdoa.

Dan ingatlah, setiap kekurangan yang kita miliki merupakan kelebihan yang tidak ada pada orang lain. Bukan semua orang dapat memiliki kekurangan yang kita ada. Bukankah kekurangan dan ujiaan itu satu bentuk dan tanda sayangnya Allah kepada kita?

Renung-renungkan.

Jadikanlah kekurangan yang kita miliki itu sebagai sumber kekuatan, simbol kehebatan dan bukanlah sesuatu yang menghancurkan. Bersyukurlah dengan setiap kurniaan-Nya; kebaikan mahupun keburukan.

sumber:ILOVEISLAM

Rabu, 23 April 2014

Apa Penyakit PSORIASIS ?

DefinasiPsoriasis adalah keadaan kulit yang tidak normal dimana kulit penghidap menebal lebih cepat dari kulit yang normal. Ia adalah keadaan kulit yang tidak berjangkit. Kawasan yang biasa dihidapi adalah kulit kepala, lutut dan siku tetapi boleh juga menjangkiti pada bahagian badan lain termasuk kuku dan tulang.

Tanda-tanda
Ianya berlainan bagi setiap orang dan termasuklah :
• Keguguran sisik pada kulit
• Tompok-tompok merah pada kulit kepala, siku, lutut dan bahagian lain badan.
• Gatal tetapi pada tahap yang berbeza-beza

Jenis-jenis psoriasis
• Paling lazim adalah psoriasis yang bertompok
• Dikalangan kanak-kanak biasanya terdapat guttate psoriasis.
• Jenis teruk yang memerlukan rawatan dihospital dipanggil erythrodermic psoriasis
• Lampin psoriasis
• Pustular psoriasis- adalah bentuk psoriasis yang sangat teruk dimana ia boleh menimbulkan kesakitan.

Komplikasi
Psoriasis boleh menyebabkan arthritis yang dikenali sebagai arthritis psoriatik. Gejala adalah sakit atau bengkak pada sendi. Sendi yang biasanya terlibat adalah:
• Sendi hujung pada jari tangan atau kaki
• Bahagian belakang, pergelangan tangan, lutut atau pergelangan kaki

Rawatan (Bergantung kepada lokasi dan keterukan kulit terlibat)

Krim dan ubatan yang boleh melegakan. Pelembab
• Ia adalah penting untuk menjaga kulit supaya lembap sepanjang masa. Anda seharusnya :
o Menggunakan pengganti sabun contohnya krim akueus atau salap pelembap
o Menggunakan sarung tangan
o Memotong pendek kuku jari tangan dan kaki untuk mengelakkan daripada menggaru supaya kulit tidak rosak

Ubatan dan krim
• Doktor akan memberi ubatan seperti :
o Krim yang berasaskan coal tar ( arang), kortison dan lain-lain jenis pelembap .
o Methotrexate, Neotigason, Cyclosporine and Calcipatriol
o Cahaya ultraviolet dan fototerapi PUVA

Dimana untuk mendapat rawatan?
Pergi ke klinik kesihatan yang berdekatan dan berjumpa kepada doktor anda. Doktor anda akan menilai keadaan anda dan mulakan rawatan yang sesuai. Jika diperlukan anda akan dirujuk kepada pakar kulit bergantung kepada betapa teruk penyakit anda

Perkara perlu diingati Psoriasis bukan penyakit berjangkit. Ianya tidak boleh sembuh tetapi rawatan jangka panjang boleh mengawal masalah ini.


Cadangan Suplemen Shaklee untuk Penyakit Psoriasis ini anda boleh ambil Omega Guard , Vivix, Vitamin C, Vitamin B.



whatsapp: 011-11233493

Search