Memaparkan catatan dengan label Diet/Kurus. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Diet/Kurus. Papar semua catatan

Selasa, 9 September 2014

Cinch Energy Tea Mix Shaklee

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah dipertemukan lagi. Jsangat best bila ambil Cinch energy tea ni.. hari ni nak cerita pasal minuman bertenaga dari Shaklee iaitu Cinch Energy Tea mix. Cinch energy tea mix ni adalah minuman untuk meningkatkan tenaga.

Teh ini diadun daripada 4 jenis teh, iaitu  

Matcha Green Tea Powder, 
Red Tea Extract, 
White Tea Extract dan 
Rooibos Red Tea Extract.






Matcha Green Tea Powder
- Disediakan secara semulajadi untuk menyimpan semua nutrien yang terdapat di dalam daun teh termasuk serat, mineral dan antioksidan.

Red Tea Extract
- Salah satu antioksidan yang dijumpai dalam teh merah, yang dikenali sebagai polifenaol-pejuang kanser yang kuat. polifenal membantu kerosakan badan yang disebabkan oleh radikal bebas. Ia merupakan antioksidan yang begitu kuat dan dikaji sebagai pencegah kanser dan sebagai agen yang boleh menghalang tumor daripada merebak.

White Tea Extract
- Juga dikenali sebagai teh hijau bayi dengan mempunyai kandungan antioksida yang lebih tinggi berbanding teh hijau.

Rooibos Red Tea Extract.
- Tumbuhan unik yang berasal di Afrika Selatan, kaya dengan sebatian polifenol-antioksidan.

Perbezaan Shaklee

- Selamat, penggalak tenaga semulajadi.
- Ditambah dengan taurina-meningkatkan tenaga dan ketahanan badan.
- Pilihan alternatif terbaik menggantikan minuman kopi, soda atau manisan untuk mengekalkan kecergasan tubuh.
- Tanpa gluten, tiada perisa tiruan, pewarna dan bahan pemanis

Siapa yang sesuai minum?

- Lelaki,wanita,remaja, warga emas
- Ibu hamil, ibu berpantang, ibu menyusu.
- Penghidap asthma- teh hijau meningkatkan inflamasi salur udara
- Edema/Retensi air - fungsi teh ini meningkatkan tenaga
- Keletihan/lesu - meningkatkan tenaga




Buat anda yang selalu keletihan di siang hari, ibu hamil yang asyik loya dan tak dapat nak makan . Ayuh mulakan hari mu dengan Cinch Energy Tea. Setidaknya masih ada sisa tenaga untuk lakukan yang terbaik buat diri dan yang tersayang.

Rasanya boleh dipelbagaikan sama ada anda mahu minum panas atau sejuk. Jika tidak mahu rasa seperti teh sahaja, apa kata anda tambah dengan hirisan lemon atau kulit kayu manis sebagai penambah rasa.



Ada juga costomer maklumkan dah ambil Alfalfa, Lecithin tapi berat semakin naik tak turun-turun.. so biasanya saya akan sugest ambil Cinch Energy Tea Mix ni untuk Meningkatkan metabolisme badan kita.. 


whatsapp 011-11233493


Selasa, 6 Mei 2014

TERBONGKAR: 5 RAHSIA KURUS PANTAS & SIHAT ::

5 RAHSIA TERBONGKAR

1. Jaga Pemakanan Terutamanya Sarapan!

Nampak senang je kan tapi akhirnya ke laut juga apabila kita tak fokus dan konsisten dengan apa yang kita inginkan. Fokus ok! Anda kan nak kurus pantas! The secret of change is to focus all of your energy, not on fighting the old but on building the new!

Di bawah ni adalah contoh menu makanan yang kebiasaannye kita biasa lihat dan juga jadi rutin kepada diri kita sendiri sebagai orang M'sia yang wajib makan nasi. Betul tak? 
  • Breakfast - nasi lemak + air nescaffe
  • Lunch - nasi ayam + air sirap
  • High tea - goreng pisang + kuih-muih + air kopi
  • Dinner - nasi + lauk pauk kampung + air kosong
  • Supper - minum teh + makan biskut
Haaaa, mesti ada yang jadual makannya seperti ini. Takmo...takmo ye kalau nak kurus pantas. Ni terbalik ni, ia untuk GEMUK pantas. So, berhati-hati.


Untuk makluman, sarapan pagi yang bagus adalah dengan mengambil makanan yang rendah kalori tetapi mempunyai semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh untuk kita bekerja hingga ke tengah hari.

Kesilapan rakyat M'sia dalam mengambil sarapan pagi adalah mengambil makanan berminyak, bergoreng dan kurang nutrien. 

Tahukah anda, liang-liang usus dalam badan mudah menyerap makanan dan mudah tersumbat jika selalu diberikan makanan yang berminyak seterusnya ia menyebabkan kandungan lemak dan kolestrol dalam badan meningkat secara perlahan-lahan tanpa kita sedari kerana ini semua berpunca daripada apa yang kita makan SEAWAL sarapan pagi. 

Saya selalu cakap dengan customer "good breakfast give good day!". Jadi berikan yang terbaik kepada usus kita sebaik-baiknya seawal pagi dan hari anda seterusnya pasti lebih menggembirakan. Jika anda dapat kawal sarapan pegi anda, waktu pemakanan yang lain akan menjadi lebih mudah.

2. Cuci Usus Anda!

Untuk lose weight, mesti cuci usus terlebih dahulu! Nak tahu kenapa mesti kene cuci usus? Nak cuci macam mana tu?

Kita mesti melalui proses detox terlebih dahulu sebelum memulakan program penurunan berat badan. Tujuannya adalah untuk penyerapan nutrien dari sarapan itu manakala yang tidak diperlukan di'detox'kan secara baik. 

Sebagai makluman, apa yang didetox oleh badan adalah tidak secara keseluruhan dan terdapat sisa-sisa kecil yang tidak boleh di detox secara terus maka pengambilan supplement seminggu sekali adalah penting untuk tujuan mencuci usus. 

Usus tak boleh dicuci tiap-tiap hari sebab ia akan menjadi 'malas' hendak function sendiri untuk 'membuang', maka atas sebab demikianlah detox first pada hari pertama diet pantas. Penyerapan nutrien dari makanan yang diambil pada keesokan harinya pasti lebih efektif apabila usus telah bersih. 

Jadi proses penurunan berat badan boleh jadi lebih cepat apabila usus telah bersih dan pemberian nutrisi yang sihat seawal pagi. Pilihlah supplement semulajadi yang semestinya selamat untuk usus tanpa menghakisnya secara 'halus'.


3. Meal Plan

Tadi tentang kepentingan sarapan pagi yang sihat dan usus yang bersih. Sekarang, bagaimana pula dengan makan tengahari dan malam?

Hah! inilah namanya 'meal plan'? Ia adalah tatacara pemakanan berdisiplin dan sihat yang mesti diikuti berdasarkan target penurunan yang dikehendaki.

Pesanan buat semua. Untuk turunkan berat badan biarlah logik targetnya. Jangan melampau-lampau dan secara mendadak pula dalam tempoh yang singkat kerana ia boleh memberikan effect kepada sistem tubuh dan organ dalaman badan untuk berfungsi. Organ jantung adalah yang paling terkejut hendak mengepam darah dalam arteri-arteri dalam badan jika penurunan berat badan adalah secara mendadak. 

Biarlah logik, misalnya 1 bulan turun 5 kg, bukan 10 kg atau 15 kg sebulan. Walaupun penurunan berlaku tidak sepantas yang diingini tetapi yang penting, mesti reshape! 

Apa itu reshape? Reshape adalah proses pembentukan semula badan setelah berat turun. Kemudian badan akan reshape menjadi bentuk tubuh yang lebih cantik dan 'kemas' serta tidak flebby. Caranya mestilah kena ambil makanan yang penuh protein untuk firmkan otot-otot bdn supaya lebih kental dan nampk cantik. 

Bagaimana nak buat meal plan?

Ambil sekeping kertas dan tulis TARGET TURUN BERAT BADAN : 5 KG SEBULAN
Tulis juga berat badan asal dan berat badan yang hendak dicapai dalam tempoh yang ditetapkan.
Meal Plan:

a) Bangun Pagi: Minum air segelas/500ml (botol kecil) untuk tujuan aktifkan sistem dalam tubuh.
b) Breakfast: Ambil makanan berprotein seperti roti sekeping dua + Minum air kosong sebanyak 500ml + 500ml secara sikit demi sikit, bukan sekaligus.
c) Lunch: Makan macam muka 'Mickey Mouse' iaitu banyakkan sayuran dan protein kemudian kurangkan nasi atau karbohidrat. Makan buah-buahan yang berasaskan sumber air kerana air penting dalam tubuh badan. Contohnya tembikai + Minum air kosong sebanyak 500 ml + 500 ml secara sikit demi sikit bukan sekaligus.
d) High Tea: Ambil makanan yang ada fiber yang mengenyangkan. Contohnya: Bread yang ada fiber tinggi dalam 2 keping.
e) Dinner: Minum air segelas/500ml atau ambil makanan berprotien tinggi atau makan macam muka 'Mickey Mouse' (seperti lunch tadi).

Jadi apa-apa pun bijaklah apabila menyenduk atau mengambil makanan dalam menu seharian kita. Kita perlu bijak mengawal pengambilan kalori dengan betul yang bersesuaian dengan gaya hidup sendiri dan kita tidak terhalang untuk makan makanan kegemaran kita. Yang penting "we are what we eat!".

4. Belajar Minum Air Kosong

Ini adalah perkara wajib yang menjadi rahsia dalam semua slimming center, rahsia AIR. Hendak turunkan berat badan mesti kena belajar minum air kosong secara berterusan kerana ia boleh membantu menurunkan kadar kalori dalam badan yang dah berzaman disimpan dalam lapisan bawah kulit kita ini. 




Air kosong juga berfungsi untuk menguraikan lemak-lemak lama yang akan didetoxkan melalui air kencing. Seterusnya untuk mencuci buah pinggang. Bila air kosong kurang diminum, buah pinggang kita akan berusaha bersungguh-sungguh keluarkan air kencing tetapi itu adalah cara yang tidak sihat kerana air kencing akan jadi kuning sangat dan kesian pada buah pinggang kita kerana bersusah payah dia 'mencari punca air' yang ada dalam tubuh badan kita untuk tujuan detox.

5. Supplement

Ramai sebenarnya mengetahui bahawa pengambilan supplement pada masa kini sangat perlu bahkan terdapat beberapa buah negara maju memberikan supplement percuma kepada penduduknya. Contoh terbaik adalah Jepun. Ia bukan sengaja diberikan tetapi sebagai mencegah sebarang penyakit kronik kepada penduduknya akibat pelbagai komplikasi kesihatan.

Dalam diet yang sihat untuk kurus dengan pantas, pengambilan supplement sangat penting untuk memberikan nutrien keperluan tubuh dan mengawal sistem pemakanan harian kita.

Sengaja saya ingin berkongsi dengan anda testimoni saya sendiri. 2 bulan yang lalu, Cinch Mix Shake, Omega, Lecithin dan Herb Lax adalah antara supplement wajib pengambilan saya. Yang bestnya, dengan modal yang sangat rendah, ia tahan pula selama hampir 2 bulan dan ketika itu berat badan saya turun kurang lebih 7kg. Alhamdulillah. Suka sangat ketika itu.

Cinch Shake Mix adalah protien penuh yang memberikan nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan dan anda akan rasa kenyang tanpa perlu mengambil makanan secara berlebihan sepanjang 4-5 jam bekerja. Saya hanya ambil Cinch ini ketika breakfast dan tea break sahaja untuk tujuan tenaga sepanjang hari dan sepanjang malam.

Omega dan Lecithin pula adalah untuk membakar dan memecahkan lemak tepu dan kolesterol dalam darah. Kedua-dua supplement ini sangat hebat. Bukan sahaja untuk kurus dengan pantas tetapi juga memberikan positive side effect seperti rambut yang semakin kuat, kulit terasa halus dan lembut, fokus bekerja berganda dan badan terasa sangat cergas kerana saluran darah telah bersih serta badan terasa ringan sekali.

Kedua-dua supplement ini saya ambil setiap kali selepas waktu makan, 3 kali sehari tanpa skip.

Herb lax pula adalah campuran herba yang berfungsi mencuci toksik dan baki kotoran yang berada dalam usus. Pengambilannya dalam seminggu adalah 2 kali sahaja. tak boleh ambil banyak-banyak kerana nanti usus malas nak bekerja sendiri. Lemak-lemak dan kolesterol yang dipecahkan tadi akan di'pam' sehingga bersih oleh tubuh dengan bantuan supplement ini.


Sumber:http://wafiqulya.blogspot.com/2013/12/terbongkar-5-rahsia-kurus-pantas-sihat.html

sebarang pertanyaan dan pembelian Produk boleh hubungi saya 0196020620 @ whatsapp 011233493

Ahad, 22 Disember 2013

Kepentingan Lecithin sebagai Pemecah Lemak untuk Kurus

Kepentingan Lecithin :
Asasnya, lecithin berfungsi sebagai 'pemecah lemak' (fat emulsifier). Lecithin didapati daripada tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung, telur dan kacang soya.

Kandungan Lecithin :
  • Asid Linoleik (essential fatty acid) – amat diperlukan oleh badan. Tapi badan kita tidak boleh menghasilkannya, jadi ia perlu diambil melalui diet harian .
  • Kolin – satu komponen neurotransmitter.
  • Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf.
  • Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan.
Kegunaan Lecithin :

PALING UTAMA
  • Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids).
  • Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol.
  • Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).
  • Membantu kawal paras triglycerides.
  • Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
  • Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol.

PENTING UNTUK FUNGSI OTAK
  • Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb.
  • Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari lecithin.
  • Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine – kerana 30% otak adalah terdiri daripada lecithin, manakala 70% lemak di hati (liver) adalah lecitin.

UNTUK KAUM TUA
  • Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua.
  • Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat yang menjadi punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb.

UNTUK PENGHADAMAN
  • Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil bile daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman

UNTUK SEL
  • Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel.
  • Choline & lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita

UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG)
  • Fungsi utama lecithin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.
  • ------------------------------------------------------------------------------------- 


============================================

011-11233493
 

Rabu, 2 Oktober 2013

KURUS DENGAN SELAMAT DENGAN SET KURUS SHAKLEE

Semua orang nak bentuk badan yang kurus secara sihat. Ini adalah sebab bukan saja senang nak cari baju, malah senang nak beraktiviti, nampak lebih berkeyakinan dan paling penting kuruskan badan secara sihat dapat memelihara kesihatan  

Set Kurus Shaklee ini dihasilkan daripada vitamin semulajadi. Ibu-ibu menyusu juga boleh mengambil set kurus Shaklee ini. Produk Shaklee tidak memberi kesan buruk kepada bayi. Berdasarkan pengalaman saya, set kurus Shaklee bukan saja menolong saya menurunkan berat badan malah susu bertambah banyak dan telah menolong saya menyusukan anak saya sehingga 2 tahun lebih. 

Jom berkenalan dengan Set Kurus Shaklee.

Set ni terdiri daripada tiga komponen iaitu bakarbuang dan bina.

1) BAKAR LEMAK : Lecithin / Omega Guard







2) BUANG LEMAK (DETOX) : Herb-lax / Alfalfa






3) BINA OTOT: ESP (Energizing Soy Protein) / Cinch


BAKAR DAN BUANG :
Lecithin/Omega Guard + Herblax /
Lecithin atau Omega memecahkan lemak yang berlebihan di dalam badan. Herblax atau Alfalfa pula berfungsi sebagai medium pengangkutan untuk membawa keluar daripada badan.
Oleh itu, konsep Bakar dan Buang Shaklee ini secara umum memang berkesan untuk menurunkan berat badan.


Kenapa Detox itu penting?
Detox adalah untuk menyingkirkan toksin berlebihan yang terkumpul dalam badan. Tanpa mengeluarkan toksin yang terlampau banyak di dalam badan, badan sukar menyerap nutrient dari makanan seharian dan supplemen.

** Diet yang berjaya bukan bermakna “SAYA TURUN BERAT 20KG DALAM SEBULAN !”..
** Itu sebenarnya diet paling tak berjaya, because the weight lost will rebound!

BINA :
Kenapa Protein penting?
----------------------------
Protein penting untuk pelihara otot dalam badan.
Perasan atau tidak, ada orang yang berat badannya turun tetapi badan dia masih flabby (menggeleber)? Berat yang turun tu bukan kerana kurang lemak tapi dia kehilangan otot.
Otot penting untuk tingkatkan metabolisme badan bagi pembakaran lemak.

** Untuk Ibu menyusu, disarankan mengambil ESP (Energizing Soy Protein) dan bukan Cinch Shake sebab kalori cinch sangat rendah dan dikhuatiri mungkin akan membantutkan pertumbuhan bayi.


Perlukah ANDA mengambil kesemua produk / set?

Adalah digalakkan untuk mengambil kesemua produk sebab ia akan menghasilkan kesan yang optimum - iaitu Kurus dengan Sihat.

Jika anda hendak mencuba set ini tetapi kurang bajet, boleh mulakan samada dengan herb-lax+lecithin atau ESP+herblax dulu. Selepas berat badan mula turun, boleh tambah lagi produk untuk melengkapkan set ini.


Disini saya secara ringkas, memberi sedikit tips kuruskan badan dengan lebih cepat
1.       Minum 2-3Liters air setiap hari
2.       Kurangkan karbohidrat dalam pemakanan seharian
3.       Kurangkan makanan yang berminyak
4.       Melakukan senaman yang dapat membakar kalori banyak, seperti berlari
5.       Banyakkan makan buah dan sayuran



Dan, bezanya SHAKLEE berbanding produk pelangsing lain adalah  …

1.       Memberikan nutrien yang mencukupi.
2.       Melindungi otot.
3.       Indeks glisemik yang rendah.
4.       Penggunaan bahan2 asli bebas GMO.
5.       Mengandungi makro & mikro nutrien penting.
6.       Diuji secara klinikal.

 Whatsapp 01111233493

Sabtu, 29 Jun 2013

Keistimewaan , Kelebihan, Faedah dan Khasiat Lecithin kepada tubuh badan.

Lecithin adalah gabungan kolina, inositol dan asid lemak penting yg lain.


Lecithin juga dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan ‘melekat pada lemak’….dalam kata ringkasnya, ia menyebabkan lemak tu ‘terapung’ dalam darah…dan seterusnya mencegah lemak dari melekat pada dinding membran..

Masih ramai lagi yang tidak tahu sebenarnya banyak lagi kelebihan, kebaikan dan faedah yang kita dapat dari Lecithin Shaklee ni kerana mereka lebih mengenali Lecithin sebagai vitamin untuk kuruskan badan, tetapi ketahuilah Lecithin bukan sekadar kuruskan badan.


FAEDAH LECITHIN

- Membersih dan melicin saluran darah (sebab itu lecithin ni lebih popular dalam set 

pengurusan berat badan)

- Sebagai pengemulsi lemak semulajadi dalam salur darah  yang power! (sebab ini juga, tiap

 set kurus ada lecithin)

- Mengawal penggumpalan platlet darah.

- Menggalakkan metabolisma lemak.

- Mencairkan lemak – turunkan paras kolesterol.

- Mengelakkan nyanyuk / penyakit alzhimer

Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf. Ia membantu sel otak berkembang, penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter (berkaitan short term memory). Lecithin juga dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer’s disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg sehari utk memulihkan sistem ingatan.


- Mencergas dan mencerdaskan otak, bagus untuk kanak-kanak juga. Lecithin ada dalam set

 perkembangan IQ dan kecerdasan kanak-kanak

- Menggalakkan penyerapan vitamin ADEK. 

Lecithin memainkan peranan utama dalam penyerapan zat2 penting dari saluran darah ke dalam sel2 bdn. Tanpa Lecithin yg mencukupi, membran sel akan mengeras dan seterusnya menyukarkan proses penyerapan. Banyak faktor seperti bahan2 kimia dari persekitaran yg tercemar, bahan2 metal, dadah, food additives, pesticides, etc.. semuanya menyebabkan membran sel mengeras yang mana pastinya menyukarkan proses penyerapan zat2. Jadi dengan menambahkan pengambilan Lecithin sebagai pemakanan tambahan harian, pasti ianya keputusan yg bijak.

- Mengawal kehilangan air oleh kulit.

- Menjaga kesihatan membran sel.

- Menjaga kesihatan saraf.

- Penting dalam penghasilan hormon.

- Untuk rambut yang sihat dan berkilat

- Mencantikkan otot dan kulit





SUMBER MAKANAN YANG TINGGI LECITHIN


- Soya

- Telur

Lecithin Shaklee dibuat daripada soya.




SIAPA YANG BOLEH MENGAMBIL LECITHIN?


- Mereka yang nak kurus termasuk ibu menyusu.

- Pesakit diabetes dan buah pinggang.

- Penderita stroke.

- Mereka yang kolesterol tinggi.

- Mereka yang mengalami inflamasi seperti pesakit gout

- Mereka yang sukar tidur 





KESAN KEKURANGAN LECITHIN


- keguguran rambut

- Tidak dapat memberi fokus dengan baik terutama kanak-kanak @ anda yang sedang 

belajar

- Sering sakit dan mengalami keradangan.


Perbezaan Lecithin Shaklee :

- diekstrak dari kacang soya organik bukan GMO, setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolin dan 48mg inositol. Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus, dan lemak tak tepu.
Credit : http://ayusihatanggun.blogspot.com/2013/03/kelebihan-khasiat-lecithin-shaklee.html

Khamis, 11 April 2013

TIGA FUNGSI Suplimen (Basic) Untuk Menguruskan Berat Badan


 Malam ni saya nak kongsikan diet/slim Shaklee..Ramai yang telah mencuba dan menampakan hasil yang positif.. Jom kita sama- sama memahami bagaimana program ini dapat membantu menyelesaikan masalah mereka yang meimpikan berat badan yang ideal dengan cara selamat, sihat dan tanpa perlu berlapar..



TIGA FUNGSI Suplimen (Basic) Untuk Menguruskan Berat Badan :
======================
LECITHIN / OMEGA --->>ALFALFA-->>> ESP / CINCH SHAKE

BAKAR --->>> BUANG --->>> BINA
======================
Ramai juga yang bertanya ingin membeli LECITHIN sebab nak kurus..tapi saya syorkan kalau betul2 nak kurus ada 3 jenis suplimen asas yg diperlukan.. Nak tahu apakah supplement asas yg dimaksudkan? JOm baca details kat bawah.


Langkah PERTAMA : Membersihkan Usus (DETOX)

----------------------------------------------------------
Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.
Apa yang sesuai untuk detox adalah HERB-LAX atau ALFALFA. Bagi mereka yang tidak mengalami masalah sembelit boleh cuba Alfalfa, dan Herblax sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sembelit. Saya tidak syorkan Herblax pada ibu2 yang menyusukan anak kerana bimbang jika kesannya akan dapat pada anak.


Langkah KEDUA : Memecahkan Lemak (BAKAR LEMAK)
---------------------------------------------------------------
Proses memecahkan LEMAK boleh dilakukan dgn mengambil LECITHIN atau OMEGA. Lecitin dinamakan "pengemulsi semulajadi" kerana ia mempunyai kesan melekat kat lemak....dalam perkataan ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu terapung kat dalam darah...dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membrane.. Lecitin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.

Walau apa jua suplimen yg anda ambil bertujuan utk kurus, semestinya anda juga haruslah menjaga pemakanan seharian anda. Kawal dan jgn makan sesuka hati. Rajin bersenam , kurangkan mkanan berlemak dan minum PLAIN WATER sekurang2nya 3 Litre satu hari.




Langkah KETIGA : Membina Otot dgn PROTEIN
-----------------------------------------------------
Bagi anda yg sedang dlm proses mengawal berat badan, pastikan protein terkandung dlm setiap makanan anda. Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%.
Untuk protein terbaik, anda boleh memilih samada CINCH SHAKE atau jika anda ibu yang menyusukan anak, jangan ambil Cinch Shake ni, tapi gantikan dengan ESP (ESP juga membantu mempercepatkan penghasilan susu badan).
Kenapa perlu mengambil protein? Apabila lemak diuraikan drpd badan, otot diperlukan untuk menggantikan ruangan yg kosong itu bagi mengelakkan kulit kelihatan tidak bermaya, lembik dan kusam.


*INFO CINCH SHAKE*
Rumusan proprietary kami diperkaya dengan Leucine™ iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan. Dalam kata lain, leusina dalam Cinch™ Shake membantu anda menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot anda.Setiap kali anda menikmati Cinch™ Shake, anda akan memperolehi 24 gram protein dan ini adalah penting. Mengapa? Ini kerana protein digunakan untuk membina otot yang boleh meningkatkan metabolisma anda dan membakar kalori. Makanan yang kaya dengan protein juga dapat menahan kelaparan, ini boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan ringan di antara waktu makan. Dan tidak ketinggalan juga terhadap kandungan leusina dan zat-zat yang diperlukan oleh badan anda:
# Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa santapan manis
# Mengandungi Cinch Pro™ iaitu suatu campuran protein eksklusif diperkaya dengan asid amino leusina
# Diperkaya dengan Leucine™ untuk memelihara otot
# Terdapat 24 gram protein dalam setiap sajian
# Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian
# Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga
# Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting
# Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan
# Dan yg penting ialah Soya bukan GMO

*INFO CINCH ENERGY TEA MIX*
Adunan Proprietari Teh Putih, Merah dan Hijau Matcha yang ada umph!
Teh eksotik putih, merah dan hijau matcha dipetik dan diadun dengan berhati-hati untuk mewujudkan minuman luar biasa hebat. Ia dapat meningkatkan tenaga secara semulajadi dan rasa nyaman.
• Selamat, peningkatan tenaga semulajadi. Diminum secara panas atau sejuk.
• Merupakan alternatif minuman bergula dan kopi terbaik.
• Peningkatan tenaga segera.
• Bungkusan mudah bagi setiap satu hidangan
Tanpa perasa, pewarna dan pemanis tiruan.

# sesuai diambil oleh sesiapa shj lagi2 buat mereka yg tgh mengURUSkn BERAT BADAN!!

BerMINATT??? hubungi saya...

♥ SABAR adalah kunci utama untuk DIET ..sebab badan tak ambil masa sehari untuk gemuk dan juga badan tak ambil masa sehari untuk kurus...biar lambat asalkan selamat..
Anda TAHU apa yg anda perlukan. PM kami utk mendapatkan konsultasi percuma utk mengetahui cadangan SHAPE-UP PROGRAMME Shaklee yg bersesuaian dgn BUDGET anda ♥ TQ~
PM SAYA UNTUK HARGA BERSESUAIAN DGN BAJET ANDA @ Hubungi saya 019-6020620..


Search