Memaparkan catatan dengan label Sendi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sendi. Papar semua catatan

Ahad, 22 Disember 2013

Pengambilan KALSIUM SEHARIAN DAN TANDA-TANDA KEKURANGAN KALSIUM

"Kaki Susu?" atau tidak ... ketahui berapa pengambilan kalsium anda seharian & check tanda-tanda kekurangan KALSIUM anda

" Kalsium adalah mineral yang terbanyak terdapat dalam badan kita iaitu lebih daripada 90% bahan keras dalam tulang dan gigi. Ia diperlukan untuk pembentukan dan bagi mengekalkan tulang yang kuat serta gigi yang sihat. Ia juga untuk pembekuan darah, penghantaran gerakbalas saraf, dan kontraksi otot. Peranan penting kalsium ialah mencegah penyakit osteoporasis. "
Berapa banyak kalsium diperlukan?? Institut kesihatan Kebangsaan mengesyorkan 1000mg sehari bagi wanita dan 1500mg bagi wanita pasca putus haid. Kecuali anda seorang "kaki susu" serta cermat memakan, adalah sukar untuk memperolehi jumlah kalsium ini menerusi diet sehari-hari. Kebanyakan wanita menghadkan pengambilan susu dan keju kerana kalorinya... tetapi sebenarnya, pengambilan purata bagi wanita hari ini ialah kurang dari 600mg kalsium sehari, inilah sebab utama kita wanita dilanda wabak osteoporosis.

Jom check jika anda ada tanda-tanda berikut.. Antara Tanda-Tanda Kekurangan Kalsium:
  • Otot & Saraf:
  • Kebas dan rasa yang mencucuk keliling mulut, jari-jari tangan dan kaki.
  • Kejang otot
  • Wheezing(pernafasan berdehit)
  • Susah menelan
  • Suara berubah akibat laryngospasm

  • Saraf:
  • Mudah marah, terjejas keupayaan intelektual, kemurungan, dan perubahan personaliti
  • Letih
  • Sawan
  • Lain-lain pergerakan yang tidak terkawal
  • Jantung
  • Sesak nafas
  • Tanda-tanda lemah jantung...cepat penat
  • Kulit
  • Rambut kasar
  • kuku rapuh
  • Psoriasis (sakit kulit)
  • Kulit kering
  • Lagi Tanda-Tanda Kekurangan Kalsium:
  • Kekejangan atau kram otot
  • sukar/susah nak tidur
  • Perasaan berdebar2
  • Eczema-penyakit kulit
  • Rapuh kuku
  • Sakit Sendi
  • Tekanan darah tinggi
  • Gigi reput
  • Paras Kolestrol timggi
  • Kebas-kebas kaki dan tangan
  • Rheumatiod arthritis
  • Rickets
Mengikut kajian pengambilan kalsium adalah paling baik jika diambil bersama dengan dengan magnesium. Penyerapan kalsium akan jadi paling baik dengan kehadiran magnesium. Kekurangan magnesium memberi kesan kepada kemampuan tubuh mengawal penggunaan kalsium. Pengambilan kalsium dan magnesium yang tidak seimbang juga boleh menyebabkan penyakit batu karang.


Kenapa Shaklee Osteomatrix pilihan saya?
... kerana Ostematrix ni lengkap dgn unsur Kalsium, Magnesium, dan Vitamin D. Vitamin D dalamnya penting utk memastikan penyerapan kalsium dalam darah dengan lebih efektif. Makan 4biji sebelum tidur, esoknya bangun pagi cergas ceria, membuang memang mudah.. Alhamdulillah..

Tahukah anda Shaklee OsteMatrix membekalkan:
  • 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
  • 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium

Tahukah anda mengapa kita perlu amik 4 biji osteomatrix sebelum tidur??
... Sebabnya, penyerapan kalsium bergantung kepada berapa kerap kita buang air kecil. Pada waktu malam, kita kurang ke toilet, so tubuh lebih mudah menyerap lebih banyak kalsium. Dan sebagai bonusnya, kita akan dapati boleh bangun pagi keesokannya dengan lebih mudah, tiada cramp/sengal2 dan badan rasa lebih ringan gitu.

Ahad, 10 Mac 2013

Osteoporosis


Osteoporosis adalah satu keadaan kehilangan tisu tulang, mengakibatkan tulang-tulang rapuh dan mudah patah. Ia biasa berlaku di kalangan mereka yang meningkat usia dan golongan wanita berikutan menopaus, bila badan tidak lagi dapat menggantikan tisu-tisu tulang yang lama dengan tisu baru yang lebih sihat. Apabila usia meningkat, anda juga akan mengalami kekurangan jumlah tisu-tisu tulang, menyebabkan tulang menipis. Tulang akan mudah jadi rapuh dan mudah patah, terutamanya tulang belakang, pergelangan tangan dan tulang pinggul.
Tulang adalah tisu hidup yang membaiki sendiri secara berterusan. Ia terdiri dari bahagian luar yang keras, mengandungi jaringan kolagen ( serat elastik yang kuat ) bahan mineral salur darah dan sum-sum tulang. Tulang yang sihat biasanya amat padat dan ruangan di antara tulang adalah kecil.Dalam kes osteoporosis, ruangan adalah besar, menjadikan tulang lemah dan kurang elastik. Perubahan pada paras hormon boleh memberi kesan ke atas kekuatan tulang. Sebagai contoh, hormon estrogen bagi wanita boleh mencegah osteoporosis. Selepas menopos, paras estrogen menurun, menyebabkan tulang menipis dengan cepat. Osteoporosis lebih kerap berlaku dan boleh menjadi lebih teruk.

Tanda dan Gejala

Osteoporosis mengambil masa beberapa tahun untuk berkembang. Gejala pada mulanya tidak begitu ketara pada peringkat awal dan boleh mengambil beberapa bulan dan tahun untuk muncul.Tanda osteoporosis termasuklah sakit sendi, sukar untuk berdiri lurus atau duduk atau kepatahan tulang tanpa hentaman atau hentakan. Apabila tulang menjadi nipis (rendah dalam jisim tulang) , perpecahan tulang pergelangan tangan, tulang pinggul atau tulang spinal (vertebra) lebih senang patah. Batuk atau bersin mungkin menyebabkan patah tulang dada (rib) atau berpotensi untuk tulang belakang reput.

Kepatahan tulang dalam usia lanjut boleh menjadi serius, kerana tulang tidak boleh membaiki diri sendiri dengan berkesan. Ini boleh menyebabkan kepada artritis dan mungkin menyebabkan kecacatan. Artikel tambahan:Masih belum terlambat untuk menyelamatkan masa depan anda walaupun anda sudah melebihi usia 30 tahun. Anggap tulang anda seperti akaun bank dan kalsium sebagai 'duit' yang disimpan di dalamnya. Tulang anda menyerap kalsium paling banyak sebelum umur 18 tahun dan inilah masanya akaun bank tulang anda akan mengumpulkan simpanan terbanyak. Lagi banyak anda simpan, lagi banyak anda akan ada apabila semakin tua.

Ahad, 7 Oktober 2012

Kesihatan sendi


Testimoni : Kesihatan sendi bersama Shaklee Joint Health Tablet

Ni saya nak share testimoni new product Shaklee.. Advance Joint Health Tablet...Ia dipasarkan Jun baru2 ni.. Suplemen ni sangat bagus bagi mereka yang mengalami sakit sendi....


_________________________________________________________
Inilah dia produk terbaru Shaklee.. Joint Tablet.. dengan mengunakan tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan mineral ,formula sayur-sayuran 100 %
_____________________________________________________________

Jemput baca testimoni pengalaman Pn Alin...(sumber: from her blog)....
"
...Saya sering sakit bahu belikat apabila duduk lelama mengadap PC, pasti terasa bahu belikat tegang dan tak selesa. Selain itu, sejak extend breastfeeding Dzakirah, kaki sering didatangi en. biawak a.k.a simpul biawak... hehe its happen bila guna kasut yg tak berapa nak tinggi pun... Bunyi keriok-keriok sering juga berkumandang tatkala bila nak duduk antara 2 sujud... Normally ni semua anggapan pengambilan kalsium yang tak cukup...Tapi sedar tak anda, ia bukan sekadar tak cukup kalsium... itu tandanya anda mengalami sakit sendi yg "mild"... puncanya?? Tahukah anda kekerapan melakukan aktiviti seperti kedudukan poster yg tak betul yg terlalu lama, sering dukung anak, tidur yang salah posisi dan juga sering mengangkat benda-benda berat, boleh mengundang sakit bila kekerapan aktiviti-aktiviti ni secara longterm... maka terjadi ler sakit sendi lutut,sakit sendi tangan,sakit sendi kaki,sakit sendi bahu,sakit sendi siku..Alhamdulillah selepas 5 hari mengambil Advance Joint Health Tablet (2 biji) + osteomatrix (4 biji) sebelum tidur... dah tak ada bunyi keriok-keriok pada lutut. Rasa licin saja sendi-sendi terutama bila bangun dari duduk antara 2 sujud, naik tangga mahupun duduk lelama depan PC. Kalau tak, memang terasa.Alhamdulillah, dengan izin Allah jua. Saya suka !! kini saya hadiahkan juga kepada mak & ayah saya, nenek-nenek saya........


Okey.. itu dia testimoni Puan Alin. malah Shaklee juga claim yang pengguna dah bole rasa kesan seawal 5hari selepas mengambil Joint tablet.. so berbaloi beli.. belikan samada utk diri sendiri atau utk parents yg sering mengadu sakit2 sendi...Nanti saya share lagi detail tentang Joint tablet ni...Contact saya utk sebarang pesanan dan pertanyaan.. trust me..mmg berbaloi beli..Okeyla.. have a nice day 

  Kredit [MFC]

 
Izad Daud [ 0196020620]
Shaklee ID : 883550
https://www.facebook.com/pages/Permata-Hati-Ibu-Sayang/393232847398537

Search