Memaparkan catatan dengan label Kesuburan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kesuburan. Papar semua catatan

Rabu, 22 Oktober 2014

14 Amalan Ibadah Untuk Dapatkan Anak/Zuriat dan Set Kesuburan Shaklee

 Malam ni saya nak kongsikan 14 Amalan Untuk Dapatkan Anak/Zuriat yang saya perolehi di sini.. jadikan saya kongsikan kepada anda semua sebagai panduan dan ikhtiar untuk dapatkan anak/zuriat..amalkan dengan istiqamah.. ikhlaskan hati, rendahkan diri ,banyakkan Istiqfar InsyaAllah ,Allah akan makbulkan.. yang penting jangan ada rasa putus asa..Suami isteri perlu memberikan kerjasama berusaha bersama-sama.. Ada dikalangan suami yang tidak mahu memberikan kerjasama samaada mendapatkan rawatan Kesuburan di Hospital dan Klinik,ada juga yang terus cadangkan ambil anakangkat.. Inilah luahan hati pelanggan dan sahabat-sahabat saya.. Ada juga bagi alasan si suami tidak ada masalah kesuburan.. isteri yang mandul.. Dush!! sedebuk bagi kat isteri.. Ketidaksuburan banyak faktor, masalah yang biasa untukwanita untuk perolehi Anak kebiasaannya haid tidak teratur, pcos,cyst,tiada evolusi, tekanan dan suami sperma kurang kualiti, tekanan,  kurang vitamin,mineral,  zat, so pengambilan Suplemen Kesuburan Shaklee InsyaAllah membantu menutup lompong-lompong agar kesihatan berada di tahap paling optimum..  Ok jom kita lihat amalan yang sangat bermanfaat ini,agar dapat membantu anda yang sedang berusaha untuk dapatkan Anak..

 

14 Amalan Ibadat Untuk Peroleh Zuriat


Assalamualaikum w.b.t.

Sebelum ini, saya ada berkongsi entry yg bertajuk 'Makbulkah Doa Anda'.Kali ini ia umpama kesinambungan daripada entry tersebut.Saya perhatikan banyak blog-blog di dalam maya ini yang menceritakan amalan-amalan doa atau zikir yang boleh diamalkan sekiranya ingin memperolehi zuriat.

Dalam entry saya kali ini, saya akan combine semua yang saya perolehi samada dari alam maya dan juga pembacaan buku/majalah. Saya tidak dapat menyenaraikan rujukan/sumber kerana amalan2 ini boleh didapati dimana-mana. Ada juga yang dicadangkan oleh keluarga dan kawan-kawan.



1. Amalan yang dicadangkan oleh Ustazah Siti Nor Bahiyah
- Baik dilakukan oleh isteri dan suami
- Selama 15 hari berturut-turut, dan teruskan sekiranya masih tiada hasil
- Saya lakukan bermula dari hari pertama haid (hari pertama suntikan Gonal-F sebelum IUI)

Selepas solat Subuh, sebelum terbit matahari;
  • Baca Bismillah 1x
  • Kemudian Selawat Nabi 3x
  • Setelah itu sujud
  • Dan baca Kalimah Syahadah 101x
  • (Semasa masih dalam sujud), mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan: “Ya Allah, kurniakanlah kpd hambaMu zuriat yg soleh yg Engkau berkati di dunia dan akhirat"
  • Kemudian tutup doa dgn bacaan Selawat Nabi 3x


2. Sebelum jimak, suami hendaklah:
  • Baca Bismillah
  • Melafazkan zikir "Ya Mutakabbir" (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan) 11x
  • Baca doa memulakan jimak


credit to: widyadarablog.blogspot.com
Semasa prosedur IUI, suami dan isteri boleh bacakan doa ini ketika prosedur sedang dilakukan.
Bagi prosedur IVF, bacakan ketika prosedur Embryo Transfer.



3. Beberapa amalan zikir yang isteri boleh amalkan setiap hari
- Jika mahu lebih konsisten, bacakan selepas setiap kali solat
- Lebih baik dibacakan ketika setiap kali masa lapang, tanda kita sentiasa mengingati Allah
- Saya bacakan zikir2 ini selepas prosedur IUI atau Embryo Transfer (IVF). Ketika itu, kita perlu baring dalam 30 minit - 1 jam. Zikirkan dengan penuh keyakinan dan pengharapan (lebih elok berzikir daripada berbual2)
  • "Ya Khaliq" (Maha Pencipta), "Ya Baarii" (Maha Merancang), "Ya Musawwir" (Maha Menjadikan Rupa Bentuk) 1000x sehari
  • "Ya Awwal" (Yang Tiada Permulaan AdaNya) 333x sehari
  • "Ya Zaljalaali Wal Ikram" 11x - tiupkan dalam air dan minum


4. Mengamalkan surah tertentu setiap hari (suami dan isteri)
- Saya amalkan surah Maryam, hampir setiap hari
  • Surah al-Fatihah -  baca 41x antara Solat Sunat Subuh dan Solat Fardhu Subuh dan amalkan selama 40 hari
  • Ayat Kursi - menghindar 1000x kesukaran dunia dan 1000x kesukaran akhirat
  • Surah Maryam - mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat
  • Surah Yusuf - murah rezeki & diberi kemuliaan, terhindar drpd kesulitan hidup
  • Surah Yasin - ditunaikan segala hajat
  • Surah Kahfi - murah rezeki (baca malam Jumaat)


5. Amalan ini dicadangkan oleh Ustaz Hanafi Abdul Malek, semasa rancangan Tanyalah Ustaz
- Saya tidak lakukan kerana tidak tahu sebelum ini
  • Ambil segenggam kurma (lebih kurang 4 biji)
  • Kisarkan bersama 2 gelas susu kambing
  • Suami dan isteri minum segelas seorang
  • Amalkan sekali seumur hidup (sudah mencukupi)


6. Amalkan Doa Nabi Zakaria;
- Setiap kali selepas solat fardhu dan sunat
- Semasa bermusafir
- Sebelum berbuka puasa
- Doa ini memang perlu hafal dimulut dan dihati - amalkan setiap masa
- Sebaiknya, sebelum membaca doa ini, baca dahulu:
                   - Istighfar 11x
                   - Selawat Nabi 11x
                   - Al-Fatihah 1x
                   - Ayat Kursi 1x

  • Surah al-Imran, ayat 38
credit to: http://umminiena.wordpress.com
“Wahai Tuhanku ! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa”

  • Surah al-Anbiya, ayat 89
credit to: http://umminiena.wordpress.com
:“WahaiTuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi”



7. Perbanyakkan bersedekah

credit to: ayuaaicantek.blogspot.com 

  • Sedekah membuka pintu rezeki
Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.”
H.R. ad-Daruquthni dari Anas r.a.

  • Setiap harta yang dikeluarkan akan dibalas dengan 700x ganda dan dikurniakan kehidupan yang mudah
Allah Ta’ala berfirman:
“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki . Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui”
(Al Baqarah (2) : 261)

  • Bersedekahlah, walau dimana sahaja Yang penting apabila tangan kanan memberi, tangan kiri tidak mengetahui. Kemudian, mintalah mereka mendoakan untuk kita agar dikurniakan Allah dengan zuriat yg soleh



8. Amalkan Solat Sunat Dhuha
- Waktu: selepas naik matahari (dalam pukul 8pg) sehingga sebelum masuk waktu Zohor
- 2 rakaat atau 4, 6, 8 atau 12 rakaat, dgn 2 rakaat 1 salam atau 4 rakaat 1 salam
- Niat: Sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah taala

credit to: www.silampuneon.com 

  • Solat Dhuha mendatangkan rezeki
Di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya:
“Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."
Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda, Allah telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”
(Riwayat Ahmad)
  • Diampunkan dosa, walaupun seperti buih di lautan
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
  “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
  • Saya tidak mampu mengamalkan Dhuha setiap hari akibat kekangan kerja (walaupun itu bukan alasan), tetapi banyak kisah yang saya dengar...apabila berhajat dan mengamalkan Dhuha, Allah telah makbulkan hajatnya


9. Amalkan Qiyamullail (Bangun Solat Malam)
- Terutamanya ketika bulan Ramadhan, dan 10 hari terakhir
- Jika dapat melakukan Qiyamullail pada malam Lailatulqadar - InsyaAllah dimakbulkan
- Waktu: tenggelam matahari sehingga terbit fajar sadik (antara Maghrib dan Subuh)
- Waktu terbaik: sepertiga malam terakhir (lebih kurang jam 4 pagi)
- Solat sunat yang boleh dilakukan:
                  - Solat Tahajjud
                  - Solat Taubat
                  - Solat Hajat
                  - Solat Tasbih
                  - Solat Istikharah
                  - Solat Witir
credit to: mmpendang.blogspot.com

  • Waktu paling afdal dan paling mustajab doa
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Sesungguhnya dari sebahagian malam itu ada satu waktu yang tidak menyamai kebaikannya bagi seorang muslim untuk memohonkan sesuatu yang baik kepada Allah Ta’ala, melainkan Allah pasti akan mengabulkannya. Demikian itu ada pada setiap malam.”
(HR Muslim)
  • Lebih baik dari dunia dan seisinya serta darjatnya diangkat disisi Allah
Sabda Rasulullah:
"Dua raka’at yang dilakukan oleh seorang hamba di tengah malam itu adalah lebih baik baginya daripada dunia ini serta seluruh isinya"
(HR Adam bin Abu Iyas)
  • Cuba seboleh-bolehnya mengamalkan Qiyamullail setiap malam, sekurang-kurangnya 2 rakaat Sunat Tahajjud. Saya dan suami bersungguh2 melakukan Qiyam di bulan Ramadhan terutamanya 10 malam terakhir


10. Khasiat ayat 5-15, Surah Maryam
(Buku Khasiat & Fadhilat Ayat Suci Al-Quran 30 Juzuk, penulisan Abu Al-Baqir)
  • Berpuasa pada hari Jumaat
  • Ketika berbuka, makan kurma sahaja (jgn minum air atau makan mknn lain)
  • Solat Maghrib dan kemudian makan makanan yang ringan (roti, kurma, kuih manis) dan jangan minum air lagi
  • Tuliskan ayat2 ini pada bekas kaca dgn berdakwatkan madu lebah yg tidak disentuh api (madu asli)
  • Kemudian, hapuskan tulisan ini dgn air mutlak - ketepikan
  • Ambil 223 biji kacang putih, baca ayat ini pada biji2 kacang ini
  • Kemudian rebus kacang2 ini dgn api yg besar
  • Sementara tunggu masak, hendaklah suami dan isteri menunaikan solat Isyak secara berjemaah
  • Selesai solat, baca surah Maryam dari mula sehingga habis
  • Kemudian, masukkan air hapusan madu lebah tadi ke dalam rebusan kacang
  • Sebaik2nya, tambah sedikit dgn air anggur
  • Bahagikan campuran kpd dua, minum/makan sehingga habis (suami dan isteri)
  • Setelah selesai, tidurlah satu jam dan kemudian bangunlah utk 'bersama' dgn isteri
  • InsyaAllah...pada malam itu juga Allah akan permudahkan jalan utk mendapatkan zuriat
  • Amalkan selama 3 kali Jumaat secara berturut2


11. Khasiat ayat 3 Surah Al-Fatihah
 (Buku Khasiat & Fadhilat Ayat Suci Al-Quran 30 Juzuk, penulisan Abu Al-Baqir)
  • Tulis sebanyak 19x (ayat ini) pada sekeping kertas
  • Jadikan azimat oleh wanita yg inginkan zuriat
  • InsyaAllah, dengan berkat nama Allah ini, akan dikurniakan zuriat yang soleh



12. Khasiat Surah Ali-Imran
(Buku Khasiat & Fadhilat Ayat Suci Al-Quran 30 Juzuk, penulisan Abu Al-Baqir)
  • Surah ini jika ditulis dengan menggunakan za'faran
  • Kemudian digantung pada perempuan yang inginkan anak
  • InsyaAllah, hamil


13. Khasiat ayat 12-14 Surah Al-Mukminun
(Buku Khasiat & Fadhilat Ayat Suci Al-Quran 30 Juzuk, penulisan Abu Al-Baqir)
  • Tulis ayat ini pada 7 helai daun limau
  • Kemudian, telanlah daun tersebut
  • Lalu, minum air susu lembu yg bewarna kuning
  • Amalkan selama 3 hari berturut2
  • InsyaAllah, hamil


14. Khasiat gabungan surah-surah tertentu
(Buku Khasiat & Fadhilat Ayat Suci Al-Quran 30 Juzuk, penulisan Abu Al-Baqir)
  • Sediakan botol minuman (air minum)
  • Bacakan:
             - Surah Al-A'la 70x
             - Surah Al-Insyirah 70x
             - Surah Al-Qadr 70x
             - Surah Al-Kafirun 70x
             - Baca ayat dibawah 70x
credit to: faisalchoir.blogspot.sg -
                - Baca ayat dibawah 70x


  • Diminum air ini oleh wanita yang mahukan zuriat
  • InsyaAllah, dikurniakan baginya zuriat yang soleh



 Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya. InsyaAllah...

Selasa, 9 September 2014

Punca Ketidaksuburan lelaki dan wanita

Punca Ketidaksuburan

 Lelaki atau wanita tidak terlepas dari ketidaksuburan. Banyak punca dan faktor yang menyumbang ketidaksuburan dikalangan lelaki dan wanita.  Kebiasaannya hanya  wanita diperkatakan tidak subur dan melalui ujian kesuburan. Ada juga suami yang tak nak bagi kerjasama untuk menjalani rawatan kesuburan.. sedih dan kesian kat isteri..Jom kita semua lihat apakah punca dan faktor yang menyumbang ketidaksubueran Lelaki dan wanita...

Punca-punca masalah ketidaksuburan dikalangan wanita :

1.Gangguan pada telur menyebabkan telur tidak matang.
Keseimbangan hormon adalah penting ke arah mendapatkan kehamilan. Hormon yang tidak seimbang boleh menyebabkan seseorang wanita menghadapi masalah telur tidak matang, gangguan dalam proses ovulasi dan gangguan proses luteinisation (process dimana folikel membentuk corpus luteum). Kadangkala terdapat juga wanita yang merembeskan sedikit hormon lelaki (androgens) dalam badan dan jumlah tersebut yang boleh menyebabkan gangguan kepada keseimbangan hormon, selalunya masalah ini wujud apabila berlaku ovarian cyst (struktur berupa folikel). Keseimbangan hormon juga boleh terganggu apabila mempunyai berat badan yang terlalu kurang atau terlalu berat, mengalami perubahan besar dalam berat badan dalam masa yang singkat, terganggu kerana melakukan aktiviti fizikal yang keterlaluan, terganggu disebabkan kelenjar thyroid tidak berfungsi dengan baik atau terganggu disebabkan perembesan hormon prolaktin, terganggu disebabkan kesan dari sesetengah ubat dan juga tekanan perasaan yang dialami. Ujian ke atas hormon dapat membantu untuk mengenal pasti puncanya.

2.Tiub fallopian yang tersumbat menyebabkan ketaksuburan.
Sesetengah wanita yang masih tidak mempunyai zuriat, kemungkinan tiub fallopian telah separuh tersumbat atau sepenuhnya tersumbat. Kebanyakkan tiub fallopian yang telah rosak berlaku akibat telah dijangkiti kuman(mungkin kerana telah berlaku sekian lama). Sebab yang lain yang barangkali boleh berlaku adalah disebabkan hamil pramatang yang mana janin telah menempel di dalam tiub fallopian bukan di dalam rahim (dipanggil kandungan ectopic) atau terdapat penempelan parut tisu didalamnya atau disebabkan endometriosis. Anda juga boleh melakukan ujian HSG (Hysterosalpingogram) untuk mengenalpasti punca masalah tersebut.

3.Endometriosis.
Endometriosis berlaku apabila endometrium (tisu dari selaput dalam rahim)berkembang dan tumbuh diluar rahim itu sendiri. Hal ini tidak diketahui bagaimana ia boleh berlaku. Hal ini mungkin berikutan kerana terdapat sedikit selaput dalam rahim (endometrium) yang melalui tiub fallopian ke ruang abdominal semasa kitar haid berlaku. Hal ini telah menyebabkan berlaku radang/inflamasi setempat yang menyebabkan antara organ berdekatan abdominal melekat sesama sendiri dan menyebabkan kesakitan haid. Laparoscopy akan membantu anda untuk mengenalpasti puncanya.

4.Antibodi menyerang sel gamet (telur dan sperma).
Dalam kes yang jarang berlaku ini, badan manusia itu sendiri tidak dapat mengenal pasti sel telurnya dan sistem imunisasi akan membentuk antibodi yang akan menyerang sel tersebut. Kes dimana antibodi yang menyerang sel sperma lelaki adalah lebih banyak berlaku. Disebabkan itu, sel sperma tidak dapat memasuki bahagian rahim dan persenyawaan tidak dapat dilaksanakan.

5.Masalah pada rahim.
Keadaan rahim bicornuate (rahim dengan dua ruang membentuk seakan-akan tanduk) seringkali berlaku. Rahim akan membentuk seperti buah pear, seakan-akan bentuk hati dan mempunyai kawasan yang agak sempit dibahagian atas rahim. Keadaan ini tidak seperti dalam ruang rahim yang normal menyebabkan janin hanya mempunyai ruang yang sempit untuk membesar. Fibroid rahim adalah keadaan dimana terdapat ketumbuhan di dalam rahim yang bukan mengakibatkan kanser yang terbentuk dari lapisan otot (myometrium) dan tisu penghubung di dalam rahim. Fibroid adalah ketumbuhan yang seringkali terjadi kepada wanita dan selalunya wujud semasa pertengahan dan penghujung bagi tahun pembiakan. Ia boleh membesar dan menyebabkan berat dan sakit semasa datang haid. Pemeriksaan ultrasound boleh membantu mengenalpasti punca kepada masalah tersebut.


Punca- punca masalah ketaksuburan dikalangan lelaki:

1.Masalah gangguan sperma yang tidak matang.
Kebanyakkan masalah yang melibatkan kaum lelaki ialah tidak dapat menghasilkan sperma yang normal, sperma yang bergerak bebas dengan mencukupi. Air mani lelaki (mengandungi sperma dan cecair nutrient) yang dikatakan mempunyai kualiti normal apabila terdapat lebih 20 juta sperma dalam setiap 1 mililiter (ml) air mani. Walaupun untuk lelaki yang subur, kebanyakkan antara sperma mereka juga mempunyai sperma yang tidak sempurna dan tidak boleh bergerak dengan betul, tetapi mereka perlu mempunyai bentuk yang normal sekurang-kurangnya 30% dan sekurang-kurangnya boleh mencapai 50% dari pada sperma tersebut yang boleh bergerak dengan betul. Jika nilai tersebut tidak dapat dicapai, kemampuan sperma untuk melakukan proses persenyawaan alah rendah. Bagaimanapun, jika mempunyai sperma yang normal tetapi mempunyai masalah untuk berfungsi boleh menghindarkan sperma dari menembusi telur juga. Keupayaan untuk menghasilkan sperma mungkin berkurang berpunca dari jangkitan kuman semasa kanak-kanak. Pembuluh darah yang membengkak pada alat kelamin lelaki boleh membawa kepada masalah kualiti sperma yang rendah. Penyebab yang lain adalah gangguan hormon, tekanan perasaan, faktor alam sekitar, Masalah keturunan seperti kerosakan pada genetik. Terdapat jangkitan virus seperti selesema juga boleh membawa kepada kekurangan kualiti sperma, tetapi hal ini selalunya bersifat sementara. Analisis Sperma diperlukan untuk mengetahui punca masalah tersebut.

2.Gangguan kepada pengangkutan sperma.
Dalam 4% dari kes-kes ketaksuburan lelaki, air mani yang mencukupi dapat dihasilkan tetapi tidak dapat memasuki dalam badan seorang wanita melalui ejakulasi kerana salur duktus yang mengangkut air mani telah tersumbat. Situasi ini juga mempunyai kesamaan dengan salur tiub fallopio yang tersumbat. Kemungkinan hal ini terjadi disebabkan kesan melakukan pemandulan sebelum ini, tumbesaran salur duktus sperma yang terbantut atau terdapat parut tisu yang menyebabkan tersumbat, selalunya ia disebabkan oleh jangkitan kuman pada tempat pembiakan sebelum ini.

 Rawatan Kesuburan Shaklee..



TIPS UNTUK DAPAT ZURIAT

1. Doa dengan bersungguh-sungguh
2. Berusaha untuk menurunkan berat badan
3. Bersenam selama 30 minit setiap hari
4. Ambil supplement multivitamin, Vitamin E, Vitamin C dan Asid Folik
5. Tenangkan jiwa dan emosi
6. Setiap rawatan memerlukan tempoh 3 hingga 6 bulan untuk keberkesanannya




 whatsapp 011-11233493

Rabu, 16 Julai 2014

BERJAYA HAMIL DENGAN SET KESUBURAN OPTIMUM SHAKLEE|A MOMENT TO REMEMBER

Selamat Petang Kepada pembaca setia blog saya, petang ni saya nak kongsikan satu berita gembira costomer saya. Costomer saya Puan Zuraidah dari KL, telah berkahwin hampir 4 tahun , Namun masih belum dikurniakan rezeki Zuriat penyambung keturunan. Puan Zuraidah telah mencuba pelbagai produk Kesuburan dipasaran dan telah menjalani rawatan kesuburan di Hospital Kuala Lumpur dan telah disahkan kedua-duanya tiada masalah.

Pada bulan Mac 2014 bermulalah Jodoh saya dan Puan Zuraida. Alhamdulillah Allah menggerakkan hati beliau untuk whatsapp saya. Sesi soal jawab berlangsung sehingga saya temui jawapan permasalahan dan cadangan Suplemen Kesuburan yang bersesuaian untuknya.

Stress, Haid Tidak Teratur dan Tempoh Kitaran Haid Yang Panjang

Hasil siasatan permasalahan beliau telah dikenalpasti. Beliau mempunyai masalah Kitaran Haid Yang panjang dan tidak teratur. Ada kala mengambil masa 62 hari untuk period semula. Lamakan. Apa kaitan Kitaran haid panjang dan Haid tidak teratur dengan Kehamilan? Sangat penting kitaran haid yang teratur dan tetap setiap bulan. Kitaran haid yang normal iaitu 28, 30, 32 hari lebih pada tu dikira kitaran haid yang panjang. Apabila haid tidak teratur dan panjang ia akan menjadi masalah kepada yang rancang untuk hamil. Permasalahan untuk menentukan dan menganggarkan waktu subur anda. Ok berbalik kepada Pn. Ruzaida, saya sugest pada beliau Set Kesuburan Optimum iaitu untuk Isteri : GLA+ALFALFA+VITAMIN C+B COMPLEX+VITALEA dan Suami : ZINC + VITAMIN E.




Perancangan saya untuk beliau perbetulkan kitaran haid kepada normal dan dalam masa yang sama rawatan kesuburan. Suami pun digalakkan mengambil suplemen bagi meningkatkan kualiti kesuburan.

Yang bagusnya Puan Zuraida ni, memang mengambil suplemen dengan konsisten no skip-skip.. Alhamdulillah suaminya pun berikan sokongan dan kerjasama. Maklumbalas sebulan selepas pengambilan Set ni darah haid sangat banyak keluar dekat 2 minggu. Saya mencadangkan agar meneruskan pengambilan. Beliau memaklumkan bahawa best sangat makan B Complex sebab dah tak stress lagi berbanding sebelum ni. Bulan demi bulan beliau memaklumkan dengan kesedihan setiap kali period. Saya memberi sokongan emosi dan nasihat agar bersabar dan banyakkan berdoa.

Alhamdulillah kitaran haid beliau kembali normal. Masuk bulan keempat pengambilan period lewat 8 hari. beliau telah membuat UPT sendiri dan keputusannya positif. Alhamdulillah. Penantian dan kesabran melalui ujian Allah telah termakbul. Gembira tidak terkata seluruh ahli keluarga. Tahniah diucapkan kepada Puan Zuraida dan suami, Setelah berjumpa doktor, doktor mengesahkan yang beliau hamil 6minggu..

Kita tidak tahu usaha dan ikhtiar yang mana satu akan ditunaikan, Tapi jangan sesekali berhenti berusaha, berdoa dan mengharap. InsyaAllah rezeki akan dimakbulkan..Jadi yang masih belum dikurniakan zuriat, bertindak sekarang mencuba Set Kesuburan Shaklee. InsyaAllah rezeki menanti,



bagi yang nak cuba Set Kesuburan Shaklee boleh hubungi terus saya di talian 011-233493.

Pn Izad Daud|ID883550


Jumaat, 30 Mei 2014

B Complex Shaklee terbaik untuk wanita Ingin Mengandung dan sedang mengandung..

B Complex Shaklee diantara suplemen wajib diambil semasa mengandung. Nak Tahu Mengapa?

B Compleks Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya ‘spina bifida’. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.


 Pengambilan asid folik sangat penting diambil tiga bulan sebelum wanita merancang untuk mengandung. Tetapi bagi kes di mana wanita baharu berkahwin mengandung awal sebelum sempat membuat perancangan, asid folik mesti diambil sebaik diri disahkan hamil oleh doktor. Terdapat risiko yang boleh berlaku kepada bayi sekiranya ibu tidak mengambil asid folik semasa mengandung.

kebiasaannya ibu-ibu mengandung akan diberikan vitamin B-Complex & asid folik apabila membuat pemeriksaan di klinik kerajaan. Namun, tidak ramai yg tahu vitamin B complex tersebut tidak merangkumi 8 kumpulan B yg utama yang penting iaitu :
1)      B1 - Thiamin
2)      B2 - Riboflavin
3)      B3 - Niacin
4)      B5 - Panthothenic Acid
5)      B6 - Pyridoxine
6)      B7 - Biotin
7)      B9 - Folic Acid
 8)      B12 - Cyanocobalamin
 Vitamin B-complex yang dibekalkan percuma dari Klinik Kerajaan hanya merangkumi 3 jenis kumpulan vitamin B iaitu B1 - Thiamin, B2 - Riboflavin & B3 - Niacin. Apabila si ibu mengambil vitamin B-complex dari KK & asid folic, mereka masih kurang B5 - Panthothenic Acid, B6 - Pyridoxin, B7 - Biotin & B12 - Cyanocobalamin. Bagi ibu hamil pengambilan vitamin B-Complex ini sangat penting terutamanya kepada mereka yg menghidap Diabetes. Hanya 1 tablet sehari diperlukan.
Teruskan pengambilan B Complex sehingga selepas bersalin iaitu ketika dalam pantang kerana B-Complex juga bertindak sebagai penenang/anti stress, jadi ibu selepas bersalin boleh mengelak dari terkena penyakit 'meroyan'.  Selain itu, bagi ibu menyusukan anak dengan susu badan, si manja juga dapat menikmati khasiat vitamin ini dengan kadar berpatutan seterusnya meningkatkan seri wajah ibu selepas bersalin.
Sebarang pertanyaan dan tempahan hubungi 
Pn. Izad Daud | SID 883550
Whatsap/SMS 01111233493 
 

Rabu, 15 Januari 2014

Testimoni Set Kesuburan Shaklee.. Ramai berjaya Hamil dengan mencuba set ini..

Semoga anda semua dirahmati dan dipermudahkan semua urusan hari ini.. Pagi ni saya nak share testimoni Set Kesuburan Shaklee.. Alhamdulillah ramai pengguna sangat berpuas hati dengan Set Kesuburan ni.. Jom kita berkongsi kegembiraan bersama mereka..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Bissmillah hirahmannirrahimm..

Alhamdullillah bsyukur sy ke hadrat Allah swt kerana dengan izinNya sy kini hamil dengan bantu dan usaha mengamalkan makanan tambahan dari Shaklee. Bukan nak berbangga diri tapi ini lah hakikatnya.

Pada mulanya sy terkilan dan sedih kerana keguguran pada 10 Mei 2013 tetapi berkat doa dan usaha sy disahkan hamil pada 16 Oktober 2013 di mana usia kandungan sy telah mencapai ke 5 minggu ketika itu.

Sy tidak sangkal akan kehebatan vitamin Shaklee ni kerana sy tidak berpantang mahupun berurut setelah mengalami keguguran pd Mei lalu. Malah sy xjaga makan lgsg.. sy hanya amalkan GLA + Vita E + ESP...!! Kemudian, apabila disahkan hamil, sy amalkan ESP + B Complex + Vitalea + Chewable Vita C.. Alhamdullillah tidak ada alahan teruk tetapi sekadar mual-mual mgkn kerana perubahan hormon.



```````````````````````````````````````````````````````````````````````Lagi testimoni set kesuburan Shaklee

set kesusuburan ni bukan sj bole stabilkan hormon, malah ia juga mencantikkan kulit,...Fieza berjaya hamil,..bonus : masalah jerawat di wajah semakin berkurang n kulit makin cantik hasil drpd pengambilan GLA Complex

Sebelum ni fieza asik promote pasal set kesuburan je kan...ni testimoni dari fieza sendiri selepas amalkan shaklee 

Sblm ni fieza nk kuar/keje,
 make-up mmg kena tebal2 sb nk tutop jerawat expecially kt dagu...mmg hormon fieza sblm ni x ok, jerawat selalu turun naik. Mmg malu la tgk muka sendiri. rasa x confident berhadapan dgn org lebih2 dgn suami pun fieza segan.

Selepas hampir 5-6 bulan mencuba Shaklee dgn konsisten suami tegur jerawat dh x naik lg la kt dagu. Muka semakin bersih. Terasa gembira dgn pujian itu

Alhamdulillah slps hormon semakin baik, fieza pun hamil dgn Set Kesuburan Shaklee disamping kulit semakin bersih terhindar dr jerawat dgn Set Kecantikan Shaklee...

``````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````

Bagi yang masih menanti kehadiran cahaya mata boleh cuba SET KESUBURAN SHAKLEE

Set Kesuburan ni ada untuk Suami dan Isteri ,

Suami - Vitamin E+ Zinc + CoQ Health
Isteri - Vitamin C+ B Complex+Vitalea + GLA Complex+ Alfalfa + ESP

Bagi yang bajet rendah boleh ambil yang set Bajet

Suami - Vitamin E+ Zinc 
Isteri - B Complex+Vitalea + GLA Complex

Berminat untuk order set Kesuburan Shaklee boleh hubungi saya 


whatsapp 01111233493

VITAMIN E SHAKLEE MANFAAT BESAR UNTUK KESIHATAN DALAMAN DAN KULIT CANTIK

Syukur Alhamdulillah ramai dah yang rasa berpuas hati selepas mengambil Vitamin E Shaklee dan ramai juga tertanya-tanya mengap Vitamin E ni warnanye gelap, tak menarik langsungkan.. vit e shaklee da berubah dan ade upgraded iaitu mengandungi ekstrak biji anggur. Apakah khasiat biji anggur nie sehingga Shaklee menambahnya ke dlm vita E ?


  • Ekstrak biji anggur mengandungi pelbagai khasiat kesihatan iaitu protien, lipid, karbohidrat dan polifenol
  • Kuasa antioksidan polifenol adalah 20 kali lebih baik dari vit E dan50 kali lebih baik daripada vitamin C .. dlm erti kata lain minyak biji anggur ni amat berkesan mengatasi masalah kanser serta amat baik utk awet muda dan utk memelihara kecantikan  dan yg best grape seed extract terbukti berkesan menguatkan sistem imun badan, menurunkan paras kolestrol, menghalang pembentukan darah beku, melegakan masalah berpunca daripada urat timbul ..
  • Melambatkan penuaan.
  • Salah satu phenol yang ditemui dalam biji anggur ialah OPC (oligomeric Proanthi Cyanidin) ni lebih tulen berbanding kumpulan fitonutrien yg lain). OPC ni memelihara tubuh dari penuaan sebelum masanya..OPC juga terikat dengan kolagen. Senang cerita, procyanidin ini jugamembantu kulit lebih elastik, membuatkan seseorang nampak muda secara semulajadi.
sumber mamafaiz


JOM LIHAT KEBAIKAN VIT E COMPLEX SHAKLEE NI : -

1) MEMBUATKAN SI PENGAMAL NPK MUDA DAN MELEWATKAN PENUAAN

2) MEMPERBAIKI PENGALIRAN DRH,..SAPE2 YG ALAMI SENGGUGUT TERUK SMP BERGULING2 BOLE TRY

3) KURANGKAN PARUT AKIBAT KECEDERAAN

4) MENINGKATKAN KESUBURAN BKN SJ WANITA MALAH MENAMBAH PENGELUARAN AIR MANI LELAKI

5) MENGGALAKKAKN KULIT,RAMBUT DAN KUKU MJADI SIHAT DAN CANTIK

6) JUGA DIKENALI VITAMIN CINTA KRNA MEMBANTU MERAWAT MSLH KEDINGINAN SUAMI/ISTERI

7) KAJIAN MENUNJUKKAN LELAKI YG AMBIL VIT E AKN MENGALAMI TNGA SEKSUAL YG LBH BAIK, LIBIDO LBH KUAT DAN KURG STRESS

8)  MELINDUNGI KULIT DR KEROSAKAN UV MATAHARI DAN UDARA TERCEMAR YG MENJADI PUNCA KEDUTAN,JERAGAT DAN KANSER KULIT

9) MENGURANGKAN SINDROM PMS , PRE MENOPAUSE,KEJANG, SKIT KEPALA, DEPRESI DLL

10) MEMBANTU PENGHASILAN ESTROGEN UTK LELAKI DAN KESEIMBANGAN HORMON PROGESTRON BG WANITA . IA PNTG BG MENGAWAL KEINGINAN, TARIKAN DAN MOOD SEKS

Ada juga yang kata Vitamin E ni mahal.. cuba kita kaji semula Vitamin E ni ada 120biji dan pengambilan sebiji sehari so penggunaan untuk 120 hari = 4 bulan, kira lebih kurang RM1.00 sebiji je.. tapi yang nak citer manfaatnya yang sangat besar untuk kesihatan dalaman dan kesihatan kulit. 

Saya suka vitamin E ni sebab selain untuk cantikan kulit, bila luka kan saya sapu pada tempat luka yang kering tu untuk hilangkan parut dan saya juga sapu pada muka buat masker Vitamin E+ C+ ESP sangat beri kesan yang luar biasa.. So jom try Vitamin E sekarang. Hubungi saya 

whatsapp 011233493


Ahad, 15 Disember 2013

TIP untuk MERANGSANG KEHAMILAN & SUPLEMEN TAMBAHAN UNTUK TINGKATKAN KESUBURAN



Bagi anda yang tergolong dalam kategori sukar untuk hamil ini. Jangan bersedih. Yakinlah bahawa ini semua adalah rezeqi dari Allah Taala untuk bakal ibu dan ayah.
Barangkali TIPS berikut boleh membantu anda. Tiada salahnya untuk anda mencuba tips berikut:
  1. Anda boleh mula mengambil Asid Folik. Pengambilan 0.4mg Asid Folik ini dapat mengurangkan 50 hingga 70 peratus risiko kemungkinan  melahirkan bayi yang mengalami kecacatan tiub neural. Pengambilan Asid Folik haruslah sekurang-kurangnya 2 atau 3 bulan sebelum mengandung.
  2. Jadikanlah sesi melakukan hubungan intim sebagai saat yang paling ditunggu-tunggu dan menyeronokkan. Untuk menjadikannya lebih menarik, gunakanlah bilik lain selain dari bilik tidur untuk mengubah suasana sensual.
  3. Hindarkan dari terus bangun dan menuju ke bilik air selepas melakukan hubungan seks. Berbaringlah sekurang-kurangnya lima minit. Tujuannya ialah untuk meningkatkan jumlah sperma yang berjaya berenang ke ovum.
  4. Sematkan dalam ingatan! Menghasilkan zuriat adalah ibarat bermain dengan nombor. Walaupun semuanya kelihatan ‘sempurna’ di mata anda, hakikatnya hanya peluang adalah 25 ke 30 peratus untuk hamil bagi setiap kitaran kesuburan.
  5. Adakah anda peminat tegar minuman berkafein? Bolehlah hentikannnya sekarang. Bertukarlah kepada minuman tanpa kafein. Pengambilan lebih daripada 3 cawan minuman berkafein dalam sehari boleh menghalang perkembangan bayi dan menyumbang kepada masalah kesuburan.
  6. Sekiranya anda atau pasangan anda, bekerja di tempat yang mendedahkan anda atau pasangan kepada bahan-bahan yang berbahaya, anda perlu bertekad untuk mencari peluang kerja di tempat lain. Ada sesetengah bahan boleh memberi kesan negatif kepada kualiti sperma, ovum mahupun perkembangan embrio.
  7. Berjumpa doktor untuk mengetahui rekod perubatan anda dan berbincanglah dengan terbuka berkenaan perancangan untuk hamil.
  8. Pastikan kawasan di sekitar faraj adalah ‘mesra sperma’. Elakkan penggunaan penyembur faraj atau tuala wanita yang berbau wangi kerana ini menyebabkan ketidakseimbangan pH di sekitar vagina. Juga elakkan bahan pencuci buatan atau minyak sayuran kerana ianya boleh membunuh sperma anda!
  9. Pujuklah suami anda untuk mandi air sejuk lebih kurang 30 minit sebelum melakukan hubungan intim. Ini kerana mengikut kajian,  air sejuk akan melancarkan pengaliran darah dan meningkatkan kadar pergerakan sperma.
  10. Sebaik sahaja anda selesai mengadakan hubungan kelamin, letakkanlah bantal di bawah punggung dan tunggu selama 30 minit. Mengapa biarkan graviti menghalang? Berikan sedikit ransangan kepada ‘mereka’ untuk berenang.
Setelah kita berusaha dengan segala petua dan tips yang disarankan, justeru mintalah pada Allah yang Maha Berkuasa. Antara himpunan doa yang boleh diamalkan oleh kita sebagai muslim adalah seperti berikut:
Doa Nabi Zakaria alaihi as Salam :
رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ (38)
Artinya : “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa”. (QS. Ali Imran : 38)
رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنْتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ (89)
Artinya : “Dan (ingatlah kisah) Zakaria, tatkala ia menyeru Tuhannya: “Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah waris yang paling Baik.” (QS. Al Anbiya : 89)
Doa Nabi Ibrahim ‘Alaihi as Salam:
رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ (100)
Artinya : “Ya Tuhanku, anugrahkanlah kepadaku (seorang anak) yang Termasuk orang-orang yang saleh.”(QS. Ash Shafat : 100)
Sumber: Kumpulan DOA NABI

Anda juga boleh mengambil set kesuburan yang disarankan bagi meningkatkan kesuburan suami dan isteri:

1) Zinc Complex
Zink memberi kesan terhadap pelbagai hormon termasuklah hormon seksual, hormone tiroid, kemandulan bagi lelaki dan perempuan, prostat dan tiroid yang tidak aktif . Kekurangan zink juga dikatakan antara sebab kemandulan. Istilah yang digunakan adalah “Below the level of technical sterility”  bermaksud ‘di bawah paras kesuburan’. Ia mempengaruhi bilangan sperma (sperm count) dan pergerakan sperma (sperm motility). Justeru, zink ini memang penting untuk meningkatkan kesuburan.
2) Vitalea 
Pengambilan Vitalea adalah bagi memastikan keperluan 12 vitamin dan 7 galian yang diperlukan dapat dipenuhi. Kebiasaanya, pengambilan makanan seharian kita tidak dapat memenuhi keperluan ini atas banyak fakto dan kekangan. Uniknya, Vitalea atau multivitamin Shaklee mengandungi formula iron yang sangat penting bagi tubuh.
3) B Complex
Memainkan peranan paling penting bagi mengelakkan kemurungan (anti-stress) dan membantu untuk menstabilkan hormon. Vitamin B Complex Shaklee ini turut mengandungi Asid Folik dan Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon.
4) Vitamin E 
Vitamin E membantu meningkatkan hormon seks sama ada untuk  lelaki mahupun wanita. Keunikan Vitamin E Shaklee adalah kerana ianya turut mengandungi silenium berbanding lambakan Vitamin E lain di pasaran yang dijual berasingan dengan silenium. Ia juga sangat bagus untuk jantung dalam masa yang sama boleh meningkatkan pengeluaran hormon testosteron.
5) GLA Complex
Berperanan membantu mengatasi masalah haid tidak yang teratur dan membantu menghasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti. Lebih baik dari Primrose Oil.
6) Alfalfa Complex
Alfalfa ini turut dikenali sebagai vitamin cinta. Ia membantu mengatasi rasa “sakit ketika bersama”, membantu atasi masalah keputihan, haid yang tidak teratur, senggugut dan membantu dalam hubungan suami isteri kerana fungsinya seperti herba Kacip Fatimah.
TIPS MENINGKATKAN KESUBURAN DARI DR. HAMID ARSHAT:
Testimonial Doc on set Kesuburan Shaklee 10 TIPS Merangsang Kehamilan & Makanan Tambahan yang Disarankan
1. Doa dengan bersungguh-sungguh
2. Berusaha untuk menurunkan berat badan
3. Bersenam selama 30 minit setiap hari
4. Ambil supplement multivitamin, Vitamin E, Vitamin C dan Asid Folik
5. Tenangkan jiwa dan emosi
6. Setiap rawatan memerlukan tempoh 3 hingga 6 bulan untuk keberkesanannya
Akhir sekali, harus disematkan dalam ingatan kita sebagai seorang muslim, zuriat ini adalah anugerah dan rezeki dari Allah SWT. Kita sebagai manusia yang lemah perlu terus berusaha tanpa jemu. Kemudian, berdoa dan bertawakal kepadaNya agar penantian kita untuk memperolehi zuriat diperkenankan oleh Allah yang Maha Berkuasa. Insha-Allah.

Sumber : RahsiaVitaminSemulajadi
===============================
Disamping itu boleh berikhtiar dengan SET KESUBURAN SHAKLEE.. Mengikut bajet dan kemampuan anda, Suplemen ini akan membantu menutup mana-mana kelompongan agar meningkatkan lagi kesuburan.




Whatsapp: 011-11233493





Khamis, 25 Julai 2013

Bagaimana GLA Complex berfungsi untuk membantu anda untuk mudah hamil?





Bagaimana GLA Complex berfungsi untuk membantu anda untuk mudah hamil?
Paras kolestrol dalam tubuh akan dapat dikurangkan dengan pengambilan GLA (Gamma Linolenic Acid). GLA juga berfungsi membantu dalam memberikan kelegaan sekiranya wanita sedang mengalami Sindrom Pra Haid (PMS) seperti angin senggugut. Di samping itu, GLA akan merangsang penghasilan dan peningkatan lendir serviks yang berkualiti tinggi bagi menjamin kesuburan wanita. Malah,GLA berfungsi secara teraputik dengan mendorong penghasilan Prostagdalin E1 yang membantu dalam melegakan kesakitan dan kekejangan otot.

Bagaimana GLA Complex dapat anda menghadapi sindrom PMS (senggugut)?
Apabila seseorang diserang senggugut, biasanya ia akan menyebabkan kekejangan otot dalam rahim dan kawasan sekitarnya. Daripada kajian yang dibuat, puncanya adalah disebabkan tubuh badan wanita tersebut tidak dibekalkan dengan GLA yang secukupnya. Justeru, pengambilan GLA ini adalah mustahak untuk menampung kekurangan GLA dalam tubuh.

Baiklah setakat ini saya faham. TAPI sebenarnya bagaimana GLA Complex dapat membantu saya untuk cepat dan mudah hamil?
Bagi menjamin kesuburan, seorang wanita perlu mempunyai lendir serviks yang terjamin kualitinya dan berwarna putih telur. Jika anda seorang yang teliti, anda akan perasan sebulan sekali wanita akan menghasilkan cecair putih telur tersebut. Ini menandakan ia adalah waktu subur wanita itu. Namun, tidak semua orang dapat menghasilkan cecair yang ‘subur’ seperti itu. Bagi menghasilkan cecair yang melambangkan kesuburan ini, maka disinilah fungsinya GLA. Sekaligus membantu sperma untuk berenang-renang terus menuju ke uterus, tiub fallopio dan destinasi terakhir iaitu sel ovum. Cecair subur ini juga membantu memanjangkan jangka hayat sperma di dalam tiub fallopio sehingga menjangkau 5 hari. Dari sudut positifnya, walaupun tidak kena tepat pada waktu subur namun peluang tetap cerah kerana sperma masih berada di situ hingga hari yang ke lima!

Untuk wanita di luar sana yang masih lagi belum mendapat zuriat, anda disarankan untuk membuat pemeriksaan terhadap cecair serviks anda. Jika cecair tersebut tebal, berwarna kecoklatan dan kering itu adalah tanda yang kurang baik kerana ia boleh menghalang persenyawaan dari berlaku. Mustahak untuk mengenali cecair kesuburan kita.


tips untuk hamil dgn GLA complexs

Pertama sekali nak ingatkan bahawa kita hanya berusaha.. Secara teorinya gamma linolenik acid dalam biji bunga borage dapat membantu pasangan yang ingin mendapatkan anak untuk senang hamil. Namun ia tetap berbalik kepada Yang Maha Kuasa.

Jadi sebelum berusaha ayuh kita berbanyak mengingati-Nya semoga dianugerahkan cahayamata idaman.
GLA Complex ini diambil oleh isteri, dan saya sarankan di samping GLA complex, isteri juga mengambil set A (Vita Lea, B Complex dan Vita C), untuk persediaan sekiranya hamil. Vita Lea dan B Complex membekalkan asid folik yang cukup bayi mengelakkan kecacatan pada bayi, seperti spina bifida.
Baiklah, cara-cara pengambilan GLA untuk cepat hamil:

Isteri hendaklah mengetahui kitaran haidnya.
Samada yang normal 28 hari, atau 30 hari atau 36 hari dan sebagainya. Haid tidak tetap? Ya, saya akui agak sukar namun boleh mengagak yang terbaik. Bahagikan hari kitaran haid kepada 2. katakan 28 hari, maka 28/2=14. Maka dianggarkan masa subur isteri itu adalah dalam hari ke-14 dari hari pertama haid, +/- 5 hari. Maka pengambilan GLA Complex dimulakan dari hari pertama haid hingga sehari sebelum hari subur. Dalam kes hari subur ke-14, maka GLA diambil sehingga hari ke-13. Pengambilan suplemen lain diteruskan seperti biasa. Sekiranya untuk cycle berikutnya isteri tidak mengalami kedatangan haid, kemungkinan besar sudah hamil. Jika tidak, ulangi proses tersebut.



Untuk suami boleh ambil Zinc

Vitamin/produk yang memainkan peranan dalam kesuburan ini adalah GLA Complex untuk wanita dan Zinc Complex untuk suami. Bagaimana kedua2 ini berfungsi?

GLA Complex membantu tubuh menghasilkan ‘cecair kesuburan’ yang antara kebaikannya ialah memberi ‘ruang’ untuk sperma terus hidup dalam tiub falipio sehingga 5 hari. Zinc pula membantu menguatkan sperma.

Gabungan nutrien di atas memberikan ada harapan untuk menimang cahaya mata.. Jangan lupa berdoa pada Tuhan agar dikurniakan anak. Yang penting, harus jangan berhenti berusaha & berharap pada-Nya.

Jika anda ada apa-apa kemusykilan, boleh hubungi saya sekarang!

WhatsApp/Wechat : 01111233493
Call/sms : 0196020620

TINGKATKAN PELUANG KEHAMILAN DENGAN SET KESUBURAN SHAKLEE

Bila sentuh bab anak bagi yang belum ada zuriat , pasti berkecil hati dan tersinggung. Saya sangat-sangat memahami jiwa dan perasaan suami isteri yang telah berkahwin lama tapi masih belum berpeluang menimang cahaya mata. Mengimbau pengalaman peribadi, saya adalah seorang dari mereka . Saya berkahwin hunjung 2005.Pada  awakl perkahwinan saya telah keguguran sebanyak 2kali dan telah berjumpa doktor pakar O& G  untuk jalani pemeriksaan kesuburan. Alhamdulillah suami memberikan kerjasama yang sangat baik. Kami menjalani rawatan tersebut. Doktor mendapati kami tiada masalah untuk ada anak. Cuma banyakkan doa dan mohon PadaNya.. Saya mula muhasabah diri, dekat diri PadaNya.. merintih, mengadu dan tak henti-henti memohon dan terus memohon.. Saya beristigfar dantak henti-henti  memujiNya..

 Al-Khaaliq: ( الخالق ) Maha Pencipta, iaitu mengadakan seluruh makhluk tanpa asal, juga yang menakdirkan adanya semua itu.
Al-Baari’: ( البارئ ) Maha Pembuat / Maha Perancang / Maha Menjadikan, iaitu mengadakan sesuatu yang bernyawa yang ada asal mulanya.
Al-Mushawwir: ( المصور ) Maha Pembentuk / Maha Menjadikan Rupa Bentuk, memberikan gambaran atau bentuk pada sesuatu yang berbeza dengan lainnya. (Al-Khaaliq adalah mengadakan sesuatu yang belum ada asal mulanya atau yang menakdirkan adanya itu. Al-Baari’ ialah mengeluarkannya dari yang sudah ada asalnya, manakala Al-Mushawwir ialah yang memberinya bentuk yang sesuai dengan keadaan dan keperluannya).

Alhamdulillah penantian selama 5 tahun termakbul. Gembira tidak terkata. Kekuasaan dan KebesaranNya kan.

Bagi yang Nak Zuriat. Telah berusaha macam-macam petua, pemeriksaan kesihatan, jangan putus asa teruskan berusaha dan ikhtiar. Rezeki dari Allah. kita tak tahu yang mana satu ikhtiar kita diperkenankan Allah..Banyakkan Berdoa mohon keampunan dan berikan zuriat kepada kita sebagai penyambung keturunan dan kita tidak berseorangan dimasa hadapan.. Shaklee juga menawarkan set Kesuburan bagi yang nak hamil.. Ikhtiar ambil supplimen seperti yang dicadangkan oleh Dr Hamid Arshad untuk tingkatkan peluang untuk hamil.. 


Vitamin yang ada dalam SET KESUBURAN:

(1) ESP (Protein) 
Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan dan proses pembentukan janin

(2) Vita-Lea (Multivitamin) Multivitamin lengkap untuk keperluan badan.

(3) Vitamin C Membantu proses sintesis hormon seks dan kesuburan

(4) B-Complex - Memberi rasa tenang
*ESP, Vita-Lea, B-Comp & Vit-C adalah vitamin asas yang utama untuk kesihatan badan.

(5) Vitamin E & Selenium -
Terkenal sebagai “vitamin seks”. Menggalakkan pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA). Juga berkhasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita. Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.

(6) Zinc 
Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, mengekalkan kuantiti sperma, dan paras testosterone yang bersesuaian. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan Zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat. Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.

(7) Alfalfa –
Sangat baik diamalkan oleh wanita, membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah).

(8) GLA Complex –
Sangat baik diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. GLA (Gamma Linolenic Acid) bantu wanita menghasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus). Ia melindungi dan memudahkan sperma berenang ke ovum

Kita ikhtiar Tuhan menentukan.. InsyaAllah dengan izinNya akan dimakbulkan permintaan kita. Jangan sesekali putus berharap. Berdoa, merintih dan merayu padaNya.. Nescaya kita tidak akan rugi.

Hubungi saya :


Hubungi Izad Daud
WhatsApp/Wechat : 01111233493
Call/sms : 0196020620

add Me,  FB: Izad Daud

Search