Memaparkan catatan dengan label Set Berpantang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Set Berpantang. Papar semua catatan

Sabtu, 15 November 2014

ZINC COMPLEX SHAKLEE UNTUK IBU BERSALIN DAN BERPANTANG PERSAMAAN IKAN HARUAN

Tahukah ibu-ibu semua mengapa kita digalakkan makan ikan haruan selepas bersalin? Ikan Haruan dan Zinc Complex Shaklee ,apakah persamaannya?

IKAN haruan secara umumnya diketahui akan fungsi dan keberkesanannya dalam mengubati luka-luka dalaman terutama kepada wanita selepas bersalin. Sejak turun temurun lagi amalan perubatan menggunakan ikan haruan telah digunakan untuk membantu menyembuhkan luka selain meredakan penyakit berkaitan kulit seperti radang, gatal-gatal dam sebagainya

Ikan haruan sememangnya menggalakkan penyembuhan luka ibu selepas bersalin.. Ini adalah kerana ikan haruan mengandungi Zinc tinggi.

kajian dari Prof. Abdul Manan dari UPM mendapati Kebaikan Haruan seperti berikut :

1-Sumber protein yang baik, kira-kira 60-70 peratus.

2-Lemak yang rendah iaitu sekitar 20%

3-Mengandungi sejumlah besar Vitamin A. Manakala kehadiran logam berat seperti kalsium, magnesium, tembaga, besi, mangan, nikel, plumbum dan zink adalah lebih rendah daripada paras toksik yang dibenarkan untuk badan manusia.

4-Mengandungi asid arakidonik yang tinggi, untuk memulakan proses darah menjadi beku dan untuk pertumbuhan sel baru
.
5-Mengandungi asid amino yang penting untuk menyembuhkan luka terutama glisin yang merupakan satu daripada komponen penting kolagen dalam kulit manusia untuk menyembuhkan luka.

6-Glisin merangkumi asid aspartik dan glutamik akan membentuk molikul protein yang penting untuk pertumbuhan semula dan penyembuhan.

KEBAIKAN   ZINC COMPLEX SHAKLEE UNTUK IBU BERSALIN DAN BERPANTANG

4) Zink

~Sangat penting bagi membaik pulih luka jahitan dan luka dalaman. Makanan yang kaya dengan zink ialah ikan haruan. Namun adalah agak sukar untuk mendapat dan memasak ikan haruan setiap hari, ditambah pula dengan harganya yang agak mahal.
  
~Pengambilan vitamin zink ini adalah tepat untuk ibu berpantang kerana zink dapat membantu mengatasi masalah "kedinginan" selepas bersalin dan pengambilan zink oleh ibu menyusu akan menjamin bayi membesar dengan optimum. Selain itu rambut ibu tidak mudah gugur dan luka bersalin akan cepat baik.

011-11233493

Khamis, 18 September 2014

KEBAIKAN AMALAN BERTUNGKU SELEPAS BERSALIN

Amalan bertungku adalah asas kepada amalan berpantang secara tradisional yang dilaksanakan oleh masyarakat Melayu. Namun kini, semakin ramai yang mencuba amalan ini ekoran daripada kebaikannya yang diakui kepada ibu selepas bersalin.

 
Bertungku dilakukan sebelum ibu berbengkung. Amalan bertungku dilakukan sama ada menggunakan seketul batu sungai atau alat tungku yang memang banyak di pasaran. Tidak kira sama ada anda menggunakan tungku biasa atau tungku berherba, kelebihannya tetap sama kepada wanita yang mengamalkan.

Salah satu kebaikan bertungku adalah mengecutkan rahim dan mengeluarkan darah beku. Darah dan lendir mestilah mengalir keluar sepanjang tempoh berpantang 44 hari mengikut kepercayaan Melayu. Rahim wanita tidak akan bersih sepenuhnya jika darah berhenti awal dan ini boleh mengugat kesihatan.

 



Jadi, tujuan bertungku dan memakan jamu adalah untuk memastikan semua kotoran dan toksin dikeluarkan daripada badan. Amalan bertungku juga dipercayai dapat memecahkan lemak dalam badan yang berkumpul sepanjang mengandung, mengecutkan rahim dan organ yang bengkak kerana bersalin, mengembalikan tubuh badan kepada keadaan asal.

Ketika berurut, tukang urut yang mahir juga akan menaikkan rahim ibu selepas bersalin ke atas untuk mengelakkan daripada rahim jatuh dan mendapat penyakit lain di usia tua.

Biasanya  amalan tungku dibuat dengan cara tungku tersebut dibakar dan dibalut dengan daun serai, lengkuas, pandan dan lain-lain daun, kemudian dilapiskan dengan kain. Alat tungku ditekap pada kawasan perut dan paha selama sejam. Tetapi jika terlalu sibuk, sekurang-kurangnya peruntukkan setengah jam untuk bertungku. Bagi ibu yang bersalin secara pembedahan caesarean, perlu elakkan kawasan perut dan amalan bertungku hanya boleh dilakukan selepas tiga ke empat minggu selepas bersaliln.

Oleh itu ibu selepas bersalin, jangan abaikan amalan tradisional ini kerana ia mempunyai manfaat berpanjangan kepada kesihatan anda. 

Sumber Pa&Ma


Jom dapatkan Set Bersalin /Berpantang Shaklee dari saya
Set Berpantang Shaklee


Pn Izad Daud|  SID 883550
Whatsapp/SMS 011-11233493
call 019-6020620

Isnin, 1 September 2014

Set Bersalin, Berpantang dan Penyusuan 3M Shaklee Terbaik

Alhamdulillah rezeki Allah.. petang tadi selesai cod set  berpantang dan penyusuan 3M Shaklee , encik suami belikan si isteri set berpantang dan penyusuan 3M Shaklee..  terus komfem dan nak cepat ... jengok dalam kereta rupanya Si isteri baru je discaj dari wad , baru je 5 hari lepas bersalin.. saya dimaklumkan lambat discaj sebab baby jaundis 300+.. Terus teringat kisah Puteri Kesayangan pernah kene jaundis mencecah 400 +,   Jadi saya pun sharing pengalaman menguruskan baby kuning ni.. time ni saya memang kerja keras..Perah susu 2jam sekali, buat power pumping setiap hari.. minda set nak boost milk production.. saya ni bukan jenis susu melimpah ruah so kenalah kerja keras, fikir time tu susu banyak, nak bagi anak minum, jaundis kurang.. Tidur memang lah tak cukup apatah lagi rehat.. saya fikir nak perah susu banyak2 nak bagi baby minum banyak2..setiap kali lepas Direct Feeding baby, saya akan perah sehinggga breast betul2 kosong..   xemboh wei... dok NICU tu.. sejuk gilos..  nak ulang alik klinik lagi hari.. ibu-ibu yang baru memang kene kuat semangat jangan mudah mengalah dan putus asa.. permulaan je sebab nak bina jalinan ibu dgn anak dan ajar nak lekapan yang betul.. Lekapan yang betul pun bantu untuk tingkatkan pengeluaran Susu Ibu.. Nipple tak sakit, luka.. sebulan berusaha..  tetiba susu merudum.. ku try set Penyusuan 3M .dan setiap 6jam buat power pumping. masuk minggu ke 3 penggunaan dan power pumping.. Alhamdulillah Susu mula meriah.. seronok memerah, sekali sesi memerah dapat 7-10 oz.. berbalik kepada costomer saya  tadi.. Anak sulong.. selepas berurut Air Susu baru keluar.. So saya ajar teknik untuk Boost Milk dengan Power Pumping dan selepas Direct Feeding Pam Susu sehingga breast kosong.. kerapkan menyusukan anak sejam sekali.. if anak tidur lena kejutkan .. Konsep asas penyusuan " lebih kerap breast dikosongkan, lebih banyak susu dihasilkan"..

Set berpantang yang menjadi pilihan sekali dengan penyusuan tu

B Complex, Vitalea, Vitamin C, Ostematrix, Alfalfa, ESP..

#shakleeefect
#setberpantangpenyusuanterbaik
#segarbugarbadanlepasbersalindandalampantang
#boostenergy,boostmilk

Izad Daud
883550
011-11233493

Selasa, 5 Ogos 2014

Vitamin Shaklee atau Jamu terbaik untuk Ibu Bersalin

Mana lebih baik; Jamu,rempah atau Vitamin?

Bagi saya Vitamin lebih baik kerana ia lebih mudah dan ringkas untuk diambil…dan badan kita hanya kenal nutrien yang ringkas contohnya buah limau dan vitamin C, vitamin c lebih diserap sistem badan. Jamu adalah kompleks dan memerlukan masa utk penguraian maka khasiatnya agak lambat diserap…dan ada juga ibu-ibu yang alahan pada jamu, rempah seperti saya,so Vitamin adalah alternatif terbaik.

Vitamin adalah makanan kepada sel. Sel hanya menyerap vitamin. Dalam jamu ada kandungan vitamin tetapi sel perlu bekerja keras untuk merungkai vitamin yang terdapat dalam jamu. Berbanding jika hanya makan vitamin semata-mata….maka sel mudah menyerap dan menjimatkan masa.

Set ini terdiri dari 4 jenis vitamin dan mineral:

#VITA-LEA (mengandungi 12 vitamin & 7 jenis mineral yang diperlukan oleh tubuh seimbang. perlu kerana ianya mempunyai iron formula yg sgt dperlukan oleh tubuh, terutamanya bg ibu yang banyak kehilangan darah selepas bersalin)

#B COMPLEX (rumusan vit B1, B2, B3, B6, B12, asid folik dan Biotin. penting utk elakkan kemurungan – meroyan, sbg penenang (anti-stres) dan penstabil hormon)

#VITA C (penting utk pembentukan kolagen, mempercepatkn penyembuhan luka dan memperbaiki tisu sel yg rosak akibat bersalin)

#ZINC COMPLEX (membantu mpercepatkan baik pulih luka, terutamanya luka di dalam – utk rahim)

Ibu-ibu yang menanti saat kelahiran dan masih buntu produk bersalin mana nak diambil,saya sangat menggalak dan mencadangkan set bersalin shaklee.Ini kerana selepas bersalin ibu-ibu memerlukan vitamin dan mineral serta air secukupnya untuk mempercepatkan baikpulih sistem badan. Set bersalin ini membantu ibu mengawal emosi dan mempercepatkan baikpulih luka bersalin.


Pesanan dan Pertanyaan Hubungi saya

Pn. Izad Daud| ID 883550
whatsapp/SMS 011-11233493
Call : 019- 6020620
FB Page: Set Keseburan,Kehamilan,Berpantang dan Penyusuan Shaklee
 

Isnin, 4 Ogos 2014

Pengalaman Mengandung, Bersalin dan Cabaran Penyusuan Bermula....

Assalamualaikum... lama betol tak tulis sesuatu pada blog ni...pagini saya nak kongsikan

Setiap kali hamil masuk je trimester ketiga mulalah saya adanya kecing manis.. MGTT menunjukan bacaan 10.3.. doktor soh GDM diet control.... BSP ( Blood Sugar Profile)...  selama 2bulan menunjukan bacaan tidak memuaskan dan saya telah diarahkan untuk masuk wad untuk doktor menentukan tahap dos insulin yang diperlukan... hujung Feb 12 bermulalah status baru bagi saya GDM +insulin...saya perlu suntik insulin 4 x sehari, 1/2 jam sebelum sarapan, makan tengah hari, makan malam dan sebelum tidur... derita seh.. bawak kehulu kehilir kemana saja saya pergi.. suntik dulu sebelum makan... tang suntik tu menggeletar tangan nak benamkan jarum yang halus tu ke dalam tisu.. saya memilih suntik di peha... lebih selamat.

Kandungan 38 minggu doktor Pakar O&G soh indius.. Hari yang dinantikan pun tiba so suami pun hantar saya ke wad bersalin Hospital selayang. Bukaan jalan dah 4 cm.. perut memang dari 7 bulan dah mengeras..  keesokkan harinya jam 8.30pagi saya di masukkan ke Dewan Bersalin.. mulalah pertarungan bermula.. tangan kiri dipasang air, tangan kanan dipasang  insulin dan air drip untuk mempercepatkan bukaan. air kutuban dipecahkan.. kesakitan semakin menjadi-jadi.. kol 12 pm saya minta ubat tahan sakit , Zikir La Ilaha Illa Anta... sebanyaknya dan baca ayat Kursi tak lengkang dibibir..  kol 5.30pm saya minta Entonox sebab dah tak mampu menahan kesakitan..

Jam 8.06pm saya selamat melahirkan anak kedua Seorang puteri seberat 3.58 Kg.. Hilang rasa kesakitan bila dapat baby pompuan.. baby diletakkan diatas dada saya.. selambak.. sangat diluar jangkaan.. sbb bila scan doktor maklumkan around 2.8-3.00 kg.. nah ambik ko.. doktor yang menyambut pun cakap luar jangkaan. Baby dibawa untuk pemeriksaan, time ti doktor cakap baby you sangkut bahu, so i tak sure ok ke tak, tapi majoriti patah bahu.. OMG.. terus berdoa untuk kesejahteraan anak.

Anak saya Terus masuk NICU sebab Hypo.. Lepas sarapan keesokannya nurse datang bagi cup dan ajar Marmet , Alhamdulillah penuh cup tu , Nurse bawa saya jumpa baby di NICU, alo-alo anak ibu besornya, rambut lebat.. baby tido.. petang saya boleh discaj.. baby xboleh kuar lagi, so Alhamdulillah ada katil kosong kat NICU tu so boleh la rehat dan direct Feeding baby..  Cabaran Penyusuan Bermula.. Pi bilik pam susu sentiasa penuh tunggu turn,huhuhu, so saya call suami tolong bawakkan pam susu saya.. Alhamdulillah hari ketiga perah dapat 3 oz sesesi, lps pam anto kat Nuseri ti nurse akan tolong bagikan anak guna cup.setiap 2jam saya perah n simpan dalam peti sejuk. Banyak ilmu penyusuan saya pelajari kat wad ni.. petang nurse soh direct feeding anak,  nurse ajar lekapan yang betul untuk elakkan luka niple, Saya bagitau nurse nipple saya invated so nurse bantu saya.. Alhamdulillah saya berjaya Menyusukan anak saya..
 

Ibu-ibu diluar sana jangan mudah mengalah dan memberikan anak-anak kita Susu Formula. Khasiat Susu Ibu sangat banyak untuk anak kita, dari awal kehamilan tanamkan dalam minda nak susukan anak dengan susu ibu sehingga 2 tahun.. InsyaAllah dipermudahkan. Ibu-ibu yang ada masalah penyusuan boleh hubungi saya untuk bimbingan dan bantuan, Alhamdulillah sepanjang menyusukan Anak susu sentiasa cukup..

Untuk menyokong penyusuan Susu Ibu saya mengambil Suplemen Shaklee iaitu Set Penyusuan 3M+ Omega+Lecithin.. Sangat best, Susu semakin meriah.. seronok sangat mengepam buat stok anak. dalam pantang je stok Susu Ibu saya Alhamdulillah mencecah 150 oz.. Semasa saya diarahkan berkurusus pada hari 52 berpantang, Alhamdulillah anak masih diberikan Susu Ibu dari stok yang sedia ada.. Mak saya terpaksa belajar untuk uruskan EBM. Beri anak menyusu menggunakan Cawan. Alhamdulillah urusan penyusuan dipermudahkan. Susu terus mencurah, selepas menggunakan Set Penyusuan Shaklee.. Semasa Berkursus 5 hari je saya boleh kumpul Stok Susu 100oz Alhamdulillah rezeki anak..

Bagi ibu-ibu yang perlukan suplemen untuk Penyusuan cubalah Shaklee, selain Susu meriah, badan kita pun cepat pulih dan sangat bertenaga, emosi boleh dikawal dan badan sihat luar dan dalam.


bagi yang duduk di sekitar Batu Caves, Selayang, Rawang dan Hulu Selangor saya boleh COD dan bagi yang tinggal jauh saya boleh pos kealamat ibu-ibu semua menggunakan Pos laju, Sky net, Gdex.

sebarang pertanyaan dan pesanan set penyusuan dan berpantang Shaklee boleh hubungi saya

Pn. Izad Daud| SID:883550
Whatsapp/SMS 011-11233493
Call: 0196020620
Fb Page: Set Kesuburan,Kehamilan,Berpantang dan Penyusuan Shaklee

Khamis, 17 Julai 2014

Set Berpantang Shaklee pilihan tepat dan terbaik

Alhamdulillah... Syukur kepadaMu Ya Allah.. petang ni nak bagitau kat semua, dapat whatsapp dari costomer lama nak repeat order Set Berpantang Shaklee sama macam dulu.. Puan Anne dari Klang akan melahirkan anak kedua pada 30 Julai 2014. Raya ke 3 katanya, Semoga semua urusan beliau dipermudahkan Allah.

Puan Anne dulu ambil Set berpantang shaklee iaitu Vitamin C SR, B Complex, Vitalea Multivitamin, Zinc, Alfalfa.. so dia nak Sama seperti dulu.. Sebab dia maklumkan best sangat masa dalam pantang makan Set ni. Lepas bersalin beberapa jam makan shaklee, Alhamdulillah cepat recover semula tenaga semasa proses kelahiran.  Tambah beliau lagi , luka cepat baik dan air susu banyak sangat. 



Bagi ibu-ibu yang masih tercari-cari dan tak tahu Set bersalin berpantang mana nak cuba khususnya ibu-ibu baru tu, cubalah set bersalin shaklee.. Ramai pelanggan saya sangat berpuas hati. Saya pun tak nafikan saya pun menggunakan set Bersalin dan Penyusuan Shaklee semasa bersalin lepas. Memang tersangat magic dan Luar biasa energy booster nya.. masalah sembelit saya yang ditanggung berbulan-bulan dari mengandung, lepas makan Ostematrix Shaklee 4 biji sebelum tidur, keesokkannya terus terkejar-kejar ke tandas untuk membuang.. Bukan itu sahaja, masuk minggu ke 2 pengamalan , Alhamdulillah rezeki untuk puteri saya pula air susu banyak , menitik-nitik laju kuar , minum sampai tersedak-sedak, muka dan seluar anak saya basah lencun.. oh! so sweet kenangan tu.. Alhamdulillah Allah makbulkan permintaan saya untuk menikmati kenangan indah tersebut. Masa si abang 2 bulan je dapat menyusukan dia, Sangat ralat n kecewa. Bagi susu Formula . Nangis tau, sebab dia tak mau direct feeding, saya pulak sangat kekurangan ilmu penyusuan so beserah jelah bagi susu formula tu.

Oklah.. So berbalik kepada Puan Anne tadi, semoga dipermudahkan segala urusan dan terima kasih  sebab masih memilih Set Bersalin berpantang Shaklee. Bagi yang nak cuba dan nak tanya boleh hubungi saya untuk rundingcara percuma..

Izad Daud| Shaklee Independent Distributor 883550
Whatsapp 011-11233493
Call 019-6020620

Jumaat, 30 Mei 2014

SET BERSALIN SHAKLEE ,SET BERSALIN DAN BERPANTANG PILIHAN IBU-IBU DI MALAYSIA..

SET BERSALIN TERBAIK ANDA..

# Sebab kita perlu memilih Set Bersalin Shaklee:

>3 Set bersalin yang baik boleh digunakan untuk bersalin normal dan pembedahan.

>3 Tak perlu tunggu dua minggu, terus boleh makan lepas bersalin. Bukan Jamu

>3 Kelebihan Set Shaklee, 100% semulajadi, ada sijil halal, Kelulusan KKM dan mudah digunakan.

>3 Harga Runcit Set Bersalin Shaklee: 


#Set Asas RM269 ( 180 biji Vitamin C, 120 Biji Vitalea, 120 Biji B Complex, 120 Biji Zinc) 








#Set Penuh RM489 ( 180 biji Vitamin C, 120 Biji Vitalea, 120 Biji B Complex, 120 Biji Zinc, 120 Ostematrix, 1 Canister ESP ( 850gm) ) 




#Penggunaan untuk 1-6 bulan

>3 Bila boleh makan? Serta merta selepas bersalin



Set Ibu Bersalin Shaklee
Saiz Per Botol
Harga (RM)
Multivitamin Vita-Lea dengan Iron
120 biji
 RM87
Vitamin B-Complex
120 bji
 RM52
Vita-C Plus Sustained Released
120 biji
 RM90
Ostematrix
120 biji
 RM60
Energized Soy Protein
1 jar
 RM140
Zinc Complex
120 biji
 RM30


Jumlah Termasuk Pos (+RM10)
 RM469

Harga Set Bersalin Shaklee (Vitalea+ B Complex+Vita C+ Zinc+Pos) RM269
Harga Runcit Set Bersalin / Berpantang  Shaklee untuk full set mengandungi semua diatas adalah RM469
- See more at: http://umikasum.blogspot.com/2014/01/set-bersalin-shaklee-premium-terbaik-untuk-pembedahan.html#sthash.YmaCD9fI.dpuf
Set Ibu Bersalin Shaklee
Saiz Per Botol
Harga (RM)
Multivitamin Vita-Lea
120 biji
 RM88.75
Vitamin B-Complex
120 bji
 RM53.75
Vita-C Plus Sustained Released
120 biji
 RM92.50
Ostematrix
120 biji
 RM61.00
Soy Protein Isolated Powder(ESP)
850gm
 RM150.00
Zinc Complex
120 biji
 RM33.75


Jumlah Termasuk Pos
 RM488
 

Ibu-ibu juga boleh memilih produk yang bersesuaian dengan ibu-ibu semua. Boleh Juga tambah Alfalfa untuk bantu menggalakkan pengeluaran Air Susu Ibu(ASI) .

Hubungi Saya 

Pn.Izad Daud| 883550
Whatsapp/SMS 011-11233493
Call 019-6020620

Set Ibu Bersalin Shaklee
Saiz Per Botol
Harga (RM)
Multivitamin Vita-Lea dengan Iron
120 biji
 RM87
Vitamin B-Complex
120 bji
 RM52
Vita-C Plus Sustained Released
120 biji
 RM90
Ostematrix
120 biji
 RM60
Energized Soy Protein
1 jar
 RM140
Zinc Complex
120 biji
 RM30


Jumlah Termasuk Pos (+RM10)
 RM469

Harga Set Bersalin Shaklee (Vitalea+ B Complex+Vita C+ Zinc+Pos) RM269
Harga Runcit Set Bersalin / Berpantang  Shaklee untuk full set mengandungi semua diatas adalah RM469
- See more at: http://umikasum.blogspot.com/2014/01/set-bersalin-shaklee-premium-terbaik-untuk-pembedahan.html#sthash.YmaCD9fI.dpuf
Set Ibu Bersalin Shaklee
Saiz Per Botol
Harga (RM)
Multivitamin Vita-Lea dengan Iron
120 biji
 RM87
Vitamin B-Complex
120 bji
 RM52
Vita-C Plus Sustained Released
120 biji
 RM90
Ostematrix
120 biji
 RM60
Energized Soy Protein
1 jar
 RM140
Zinc Complex
120 biji
 RM30


Jumlah Termasuk Pos (+RM10)
 RM469

Harga Set Bersalin Shaklee (Vitalea+ B Complex+Vita C+ Zinc+Pos) RM269
Harga Runcit Set Bersalin / Berpantang  Shaklee untuk full set mengandungi semua diatas adalah RM469
- See more at: http://umikasum.blogspot.com/2014/01/set-bersalin-shaklee-premium-terbaik-untuk-pembedahan.html#sthash.YmaCD9fI.dpuf

Jumaat, 23 Mei 2014

Jadual Berpantang 60hari... Perkongsian untuk anda...

Jadual Semasa Saya Berpantang untuk perkongsian ibu-ibu muda dan ibu-ibu semua.

5.00am : DF dan Pam Susu

6.00am : Mandi air rebusan herba/ sapu bedak panas, tapal perut/pilis.. tungku, bengkung

7.00am : Df baby/ Sarapan ( Nasi panas+ ikan masin gelama bakar+ikan haruan bakar+sayur sawi rebus) air ESP shaklee+ milo, Telan alfalfa 2 biji, Vitalea 1biji, Vitamin C 1 biji.

9.00am : Df baby/ uruskan baby/ uruskan anak si abang

10am : perah susu untuk boost milk dan buat stok bekerja/ minum pagi (minum ESP+Susu anmum+ kurma)

11.00am: DF baby/ 2biji alfalfa

12.00pm: Lunch ( Nasi panas+ ikan masin gelama bakar+ikan haruan bakar+sayur sawi rebus), air suam, telan 1biji B complex Shaklee

01.00pm: DF baby/ Pam susu untuk buat stok/ Minum ESP+ Milo

03.00pm :DF baby /Pam susu untuk buat stok

4.30pm : Mandi air rebusan herba/ sapu bedak panas, tapal perut/pilis.. tungku, bengkung

5.30 pm: DF/ minum petang (minum ESP+Milo+ biskut)/ uruskan baby

7.00pm : dinner /DF baby

9.00pm : DF baby/ minum mlm (minum ESP+Susu anmum+ kurma) telan 4biji Ostematrix.

Malam saya DF baby guna teknik baring untuk tujuan rest dan relaks badan

11.00 pm: DF baby/ 2biji Alfalfa

01.00 am: DF baby/ Power Pumping untuk boost milk/ buat stok, munum ESP

3.00 am : DF baby

ESP saya ambil 1/2 sudu kecil setiap hidangan sbb ESP tak boleh ambil 3 sudu besar sehari.

~sharingiscaringisloving~

#SAYAJUALSHAKLEE#

Saya ambil dan amalkan set berlantang dan penyusuan Shaklee sepanjang berpantang dan menyusukan anak sehingga 2 tahun.

WhatsApp/ SMS 01111233493

Isnin, 17 Februari 2014

100 Panduan Siap Sedia Bersalin - Set Bersalin Berpantang Shaklee Terbaik

Sebaik anda disahkan mengandung, persiapkan diri untuk bergelar ibu dan ayah yang terbaik. Kami menyediakan panduan dari A-Z untuk bakal papa dan mama.

Apabila disahkan positif mengandung, tentu bermacam perkara bermain di fikiran anda. Persoalan bagaimana selepas ini, apa langkah seterusnya dan sebagainya lagi berlegar-legar di kepala.

Bersiap Hadapi Tiga Trimester Kehamilan

Persediaan untuk bergelar ibu seharusnya bermula sejak awal dan sebaiknya bermula sebelum hamil lagi. Bakal ibu perlu mengambil tahu maklumat tentang kehamilan.

Menurut Pakar Obstetrik& Ginekologi Pusat Perubatan Barakah, Dr Khairiah, wanita yang merancang untuk hamil perlu memastikan kesihatan mereka berada pada tahap optimum dan mengamalkan cara hidup sihat.

Jika ada sebarang penyakit yang dihidapi seperti darah tinggi, buah pinggang dan sebagainya, mereka perlu berbincang dengan doktor dan pastikan kesihatan pada tahap optimum kerana berisiko mendapat keguguran atau kecacatan bayi.

Beliau membahagikan perubahan yang patut dijangka oleh bakal ibu kepada tiga trimester. Setiap trimester mengambil tempoh tiga bulan. Jumlah masa tiga trimester adalah 9 bulan.

1. Perubahan paling biasa berlaku adalah rasa loya, muntah, selera makan berubah, keletihan berlebihan, sakit di payu dara dan kekerapan membuang air kecil.
2. Untuk mengurangkan rasa loya makan dengan kerap dalam kuantiti yang sedikit dan elakkan makanan berminyak atau berempah.
3. Jika ibu mengalami alahan teruk sehingga tidak boleh makan langsung, jangan paksa untuk makan sebaliknya cari apa yang boleh diterima oleh tekak dan pastikan berjumpa doktor untuk rawatan.
4. Banyakkan berehat untuk mengurangkan rasa keletihan yang dialami.
5. Jangan lupa makan asid folik, sebaiknya mula makan sekiranya merancang untuk mengandung.
6. Persiapkan mental untuk menghadapi perubahan yang berlaku.
7. Jangan terlalu risaukan keadaan janin dalam rahim jika ibu terlalu teruk mengalami alahan. Janin tetap sihat dan membesar kerana dia mengambil khasiat yang diperlukan daripada badan ibu.
8. Cari coli yang lebih selesa dipakai kerana ketika ini payu dara mengalami perubahan saiz dan akan menjadi lebih sensitif.
9. Jika anda masih lagi menyusukan anak terdahulu dan keadaan kesihatan baik serta tidak mengalami loya dan alahan teruk maka ibu boleh terus menyusukan bayi tetapi jika keadaan ibu teruk, dinasihatkan berhenti menyusukan bayi. Berbincanglah dengan doktor anda tentang hal ini.
10. Anda digalakkan membuat pemeriksaan antnenatal pertama pada trimester ini untuk memastikan keadaan kandungan normal dan mengetahui tarikh jangkaan bersalin yang betul terutama jika anda lupa tarikh haid atau haid anda tidak menentu.

Trimester 2
11. Hadapi trimester kedua dengan gembira kerana waktu ini keadaan ibu sudah semakin stabil dan bebas daripada alahan serta saiz badan masih belum membesar dengan ketara lagi.
12. Rasa sakit pada payu dara juga semakin berkurangan kerana hormon sudah stabil.
13. Ibu digalakkan melakukan senaman sebab ia boleh membantu mengekalkan kesihatan sepanjang hamil dan memberikan stamina semasa bersalin. Contoh senaman terbaik adalah berenang, berjalan dan yoga (mengekalkan fleksibiliti otot).
14. Ibu berkemungkinan besar akan selalu rasa sakit pinggang/belakang badan sebab ada kaitan dengan postur badan. Oleh itu pastikan ibu duduk dengan tulang belakang sentiasa tegak agar dapat mengurangkan sakit belakang. Ibu perlu tahu tentang postur-postur yang betul untuk mengelakkan sakit belakang.
15. Ibu juga akan mudah mengalami sembelit. Pastikan banyak minum air, makan buah-buahan dan sayur-sayuran.
16. Pilih baju yang longgar dan selesa dipakai sepanjang hari. Ketika ini rahim ibu mula keluar sebab perut semakin besar jadi tidak selesa apabila memakai pakaian yang ketat.
17. Emosi ibu semakin stabil. Bagi ibu yang beragama Islam, banyakkan solat, berzikir dan membaca Al-Quran.
18. Ibu digalakkan makan buah kurma, kekacang seperti badam dan susu untuk pembentukan otak bayi yang sihat.
19. Jika anda ibu yang ada penyakit seperti darah tinggi, buah pinggang, pastikan tahap kesihatan di tahap optimum ketika hamil sebab ada risiko kelahiran pramatang atau pembesaran bayi terganggu.
20. Komplikasi ketika kehamilan seperti penyakit diabetis, darah tinggi boleh berlaku selepas tempoh 20 minggu kehamilan.
21. Penyakit anemia iaitu kekurangan zat besi boleh berlaku pada mana-mana trimester. Jika paras hemoglobin rendah, ibu dinasihatkan makan suplemen zat besi dan jika teruk, ibu akan perlu tranfusi darah.
22. Kekurangan kalsium boleh menyebabkan masalah seperti kekejangan otot, gigi reput, berlubang dan osteoporosis kerana bayi mengambil semua kalsium yang diperlukan dari badan ibu. Jika ibu tidak boleh minum susu, ambil suplemen kalsium kerana keperluan kalsium ibu hamil adalah sebanyak 1200mg setiap hari.

Trimester 3
23. Saiz badan ibu semakin membesar.
24. Ibu akan berasa lebih panas, tidur tidak selesa, kerap buang air kecil, kejang otot, sakit pinggul kerana otot mula meregang untuk proses bersalin.
25. Persiapkan diri dengan infomasi berkenaan proses pelahiran anak seperti latihan teknik pernafasan dan pilihan cara untuk mengurangkan kesakitan ketika bersalin.
26. Kekalkan stamina untuk proses kelahiran dan pastikan ibu mendapat rehat secukupnya.
27. Ada bakal ibu mengalami penurunan selera makan dan ada yang sebaliknya. Jika tidak berselera lakukan seperti ketika trimester pertama iaitu makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Tetapi jika terlalu berselera, ambil makanan yang tinggi serat kerana ia mengurangkan risiko terkena diabetis di akhir kehamilan.
28. Sesetengah bakal ibu akan mengalami kekejangan kaki, bengkak kaki dan kebas tangan disebabkan water retention. Kebas tangan adalah disebabkan oleh carpaltunnel syndrome iaitu berlaku tekanan kepada saraf yang pergi ke tangan disebabkan oleh water retention. Kebas ini boleh dikurangkan dengan kerap melakukan senaman tangan.
29. Vericose vein juga banyak berlaku kepada ibu hamil. Ubat daripada doktor boleh diberi sekiranya keadaan ibu terlalu teruk. Ibu digalakkan memakai stoking elastik dan meletakkan kaki ke atas paras lebih tinggi dari badan semasa baring atau duduk.

Bersalin Di Mana?
30. Swasta atau kerajaan. Sebaik sahaja anda disahkan hamil, perkara yang mesti difikirkan ialah bersalin di mana. Apa juga keputusan yang dipilih mestilah berdasarkan bajet anda.
31. Jika anda mempunyai tahap kesihatan yang baik semasa hamil, hospital kerajaan atau swasta tidak menjadi isu utama. Sekiranya anda memang ada peruntukkan kewangan tanpa had untuk melahirkan anak, tidak salah memilih hospital lima bintang untuk keselesaan maksimum.
32. Jenis pusat perubatan – Andai anda mementingkan ciri-ciri Islamik, anda boleh membuat tinjauan hospital yang bercirikan demikian supaya aurat sentiasa terpelihara sebagai wanita Muslimah.
33. Tanyalah sama ada hospital berkenaan menawarkan doktor dan jururawat yang terdiri daripada wanita. Namun tidak semua hospital berciri sedemikian berdekatan dengan kawasan kediaman anda.
34. Dari segi lokasi hospital, pilihlah hospital berhampiran dengan kediaman untuk mengelak daripada kesesakan jalan raya supaya dapat sampai segera ke hospital di saat pelahiran sudah tiba. Anda pasti tidak mahu bersalin dalam kereta.
35. Jika berlaku kesesakan ketika itu, mintalah bantuan polis atau orang ramai bagi membantu melancarkan perjalanan anda ke hospital.
36. Pakej bersalin- Dapatkan maklumat terperinci daripada brosur pakej bersalin di hospital supaya anda tahu tentang kos tersembunyi dalam pakej bersalin.
37. Dapatkan maklumat berkenaan kos jika bersalin pada waktu malam dan waktu siang atau cuti umum. Begitu juga jika berlaku komplikasi semasa bersalin, ia akan dikenakan bayaran tambahan.
38. Biasanya pakej bersalin di kebanyakan hospital menawarkan untuk kelahiran normal tanpa komplikasi dan begitu juga pembedahan caesarean. Semua ini perlu ditanya untuk mengelak bajet anda ‘ lari’ .
39. dipilih mempunyai kelengkapan yang mencukupi untuk bayi yang mungkin berisiko dan ibu yang mempunyai masalah kesihatan. Jangan memilih pusat perubatan yang kecil dan tiada kemudahan untuk kecemasan.
40. Ada hospital swasta menyediakan ‘lawatan’ selepas ibu pulang daripada bersalin untuk melihat perkembangan bayi dan ibu.
41. Hospital mestilah mudah mendapat rawatan doktor dan bilik pembedahan serta merta.
42. Hospital mesti mempunyai beg darah mencukupi bagi sebarang kecemasan.
43. Ada hospital membenarkan suami menemani isteri bersalin.
44. Ada hospital mempunyai wad bersalin yang dilengkapi oleh teknologi CCTV bagi mengelak berlaku kes kehilangan bayi.

Persiapan Spiritual
45. Perlakuan, perbuatan dan amalan yang dilakukan oleh bakal ibu dan ayah mempengaruhi pembentukan anak yang dikandung.
46. Bagi yang beragama Islam, lakukan persediaan rapi untuk menjadi ibu bapa yang hebat kepada anak yang berperibadi mulia kelak.
47. Sentiasa memelihara akhlak sepanjang hamil misalnya banyakkan bersabar, bersikap baik dengan jiran, menghormati ahli keluarga dan teman-teman. Tingkah laku yang baik mempengaruhi sikap anak yang bakal lahir.
48. Banyak mengingati Allah dengan memohon ampun dan taubat supaya Allah akan mengampunkan segala dosa yang telah dilakukan selama ini dan seterusnya membersihkan hati dari perasaan yang tidak baik.
49. Cuba perbanyakkan amal ibadat seperti sembahyang sunat, puasa sunat terutama Isnin dan Khamis serta melakukan kebajikan.
50. Amalkan doa bagi memohon kepada Allah agar mengurniakan zuriat yang sihat, sempurna dan soleh perlu sering bermain di bibir bakal ibu dan ayah.
51. Elakkan melakukan posisi atau aksi yang boleh memudaratkan pasangan semasa berasmara.
52. Faham perubahan fisiologi tubuh badan isteri kerana suami seharusnya melayan dan menggembirakan hati isteri yang sedang hamil.
53. Gembira dan sentiasa tenang menghadapi perubahan diri yang kadang kala tidak selesa. Emosi yang tenang dan bahagia merupakan rangsangan kepada pembinaan otak seterusnya kelahiran bayi yang sihat, terangsang, pintar dan cerdas.
54. Hadirkan diri dalam majlis ilmu dan keagamaan bagi meningkatkan dan menguatkan pengetahuan keagamaan sebagai bakal papa mama agar menjadi contoh tauladan kepada zuriat yang akan dilahirkan.
55. Istighfar iaitu memohon keampunan kepada Ilahi satu amalan mulia yang mesti dilakukan oleh suami isteri terutama setiap kali selepas solat fardu.
56. Jaga pemakanan yang masuk ke tubuh bakal ibu dan juga bapa. Makan makanan yang halal dan berkhasiat kerana ia akan menjadi darah daging zuriat kalian.
57. Banyakkan berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.
58. Layanan suami yang prihatin terhadap isteri yang sedang hamil dapat menggembirakan hati isteri seterusnya mempengaruh perkembangan sihat janin yang dikandung.
59. Memastikan isteri dalam keadaan sihat secara fizikal dan mental menjadi tanggungjawab suami kerana ia penting untuk melahirkan zuriat yang sihat fizikal dan mentalnya.
60. Niatkan dalam hati agar dihindarkan daripada segala kejahatan dan Allah mengurniakan zuriat yang sihat dan sempurna kepada anda.
61. Orang-orang yang sabar adalah orang yang sentiasa reda dengan segala dugaan yang datang kepadanya terutama ketika sedang hamil.
62. Perasaan gembira dan bahagia atas kurniaan bakal zuriat mesti ditunjukan dengan banyak melakukan sujud syukur pada Ilahi.
63. Banyakkan membaca Al-Quran, berzikir dan berdoa memohon keselamatan keselamatan sepanjang mengandung dan mudah bersalin.
64. Tutur kata suami dan isteri perlu dijaga. Sentiasa mengeluarkan kata-kata yang positif dan baik sebagai salah satu cara merangsang perkembangan emosi anak yang dikandung.
65. Jauhi diri daripada majlis-majlis yang berunsur maksiat dan mungkar semasa isteri hamil amat baik dilakukan. Oleh itu, suami isteri hendaklah menjauhi tempat-tempat maksiat seperti pesta-pesta hiburan, kelab malam, konsert-konsert yang bertentangan dengan Islam dan sebagainya.
66. Yakinlah dengan nikmat yang Allah berikan kepada wanita yang hamil dan melahirkan anak.

Doa-doa yang elok diamalkan semasa mengandung ialah :
67. Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 8-9)
68. Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 38 )
69. Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)
70. Surah Al-Fatihah (Untuk terang hati dan kuat ingatan)
71. Surah Maryam (Untuk memudahkan ibu bersalin)
72. Surah Yusuf (Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak)
73. Surah Luqman (Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa)
74. Surah Yaasin (Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat)
75. Surat Toha (Semoga bayi lembut hati)
76. Surah Al-Nahl (Untuk melahir anak yang berdisplin)
77. Surah Hujurat (Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati)
78. Surah Al-Taubah (Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat)

A-Z kelengkapan untuk ibu dan bayi
79. Adakah kad pengenalan diri anda disimpan di dalam beg yang senang dicapai? MyKad anda penting kerana akan digunakan sewaktu mendaftar masuk ke wad bersalin.
80. Biasanya pada minggu-minggu terakhir kad pemeriksaan kesihatan ibu mesti dibawa bersama. Anda boleh bersalin bila-bila masa! Sama seperti MyKad, simpan ia di tempat yang senang dicapai.
81. Cuba bawa bantal kecil yang mungkin dapat dijadikan bantal tambahan ketika bertarung dengan kesakitan kontraksi. Anda boleh meletakkan bantal berkenaan di bahagian belakang badan.
82. Dalam tempoh anda mengalami kontraksi, bawalah tuala untuk mengelap muka yang mungkin kebasahan akibat peluh selain boleh digunakan untuk menyegarkan diri agar terus bertenaga menghadapi proses pelahiran.
83. Elakkan berasa tertekan sepanjang tempoh awal pelahiran. Anda boleh mendengar ayat-ayat suci Al-Quran menerusi peralatan yang tidak menggunakan wayar elektrik. Contohnya, iPod dan MP4.
84. Fasa tempoh awal pelahiran pastinya membuatkan rasa mual dan ingin muntah biar pun anda kini dalam proses pelahiran. Bagi mengatasinya, anda boleh menghisap gula-gula berangin untuk kekal selesa.
85. Gaya pakaian bersesuaian untuk dipakai ketika hari anda dan bayi dibenarkan pulang ke rumah perlu dibawa. Sebaik-baiknya, pakaian yang anda biasa pakai ketika usia kandungan enam bulan dahulu.
86. Sediakan coli menyusu dua atau tiga helai di dalam beg yang bakal di bawa ke hospital. Ini penting kerana coli ini mampu memberi sokongan kepada payu dara yang mungkin bengkak selepas bersalin.
87. Selain itu, sediakan juga pad payu dara kerana ia penting bagi mengatasi masalah susu meleleh dan mengelakkan kesan lelehan di baju yang anda pakai.
88. Jangan lupa menggunakan bantal khas ketika menyusukan bayi. Ia dapat mengurangkan risiko sakit bahu dan belakang sepanjang proses menyusukan bayi. Malah ia bermanfaat untuk anda yang mungkin melahirkan bayi secara caesarean.
89. Kekalkan keselesaan kaki semasa bersentuhan dengan permukaan lantai yang sejuk. Jadi pakailah stoking yang dapat membantu mengatasi masalah kaki mengalami kesejukan.
90. Utamakan keselesaan dengan membeli tuala wanita khusus untuk wanita bersalin, jenis overnight atau yang boleh memberi perlindungan maksimum memandangkan pada hari-hari awal selepas kelahiran, darah yang keluar adalah banyak.
91. Bagi memudahkan anda mengendalikan diri, pastikan menggunakan seluar dalam pakai buang. Ia amat praktikal terutamanya kepada anda yang mungkin bersalin secara caesarean.
92. Query-Berapa banyak pasang baju berlengan panjang untuk bayi pakai ketika hendak pulang ke rumah nanti? Pemilihan baju berlengan panjang penting kerana ia dapat memastikan bayi yang baru lahir itu kekal panas.
93. Rupa bayi pastinya comel bila bertopi. Hakikatnya majoriti haba panas tubuh bayi hilang melalui kepalanya. Oleh itu untuk memastikan suhu badan bayi kekal selesa, anda perlu memakaikannya topi.
94. Stoking atau sarung kaki amat penting. Jangan lupa untuk membawanya untuk dipakai bayi. Ia dapat memerangkap haba pada bahagian tersebut.
95. Tentu sekali kuku bayi baru lahir agak panjang dan boleh meninggalkan kesan calar apabila kukunya bersentuhan dengan muka atau bahagian tubuh lain. Oleh itu pakaikan sarung tangan untuk melindungi bahagian tertentu daripada tercalar.
96. Untuk memastikan tubuh bayi sentiasa panas, sediakan kain selimut daripada fabrik lembut supaya bayi dapat tidur dengan lena.
97. Zuriat anda pastinya mengujakan anda, jika mempunyai bajet lebih tidak salah anda menyediakan kamera atau kamera video untuk merakam detik-detik manis pelahiran si manja anda.
98. Rupa bayi pastinya comel bila bertopi. Hakikatnya majoriti haba panas tubuh bayi hilang melalui kepalanya.
99. Stoking atau sarung kaki amat penting. Jangan lupa untuk membawanya untuk dipakai bayi. Ia dapat memerangkap haba pada bahagian tersebut.
100. Tentu sekali kuku bayi baru lahir agak panjang dan boleh meninggalkan kesan calar apabila kukunya bersentuhan dengan muka atau bahagian tubuh lain. Oleh itu pakaikan sarung tangan untuk melindungi bahagian tertentu daripada tercalar.

Sumber Pa&Ma

Saya mencadangkan pengambilan Suplemen Bersalin dan Penyusuan Shaklee Selepas bersalin dan sepanjang tempoh berpantang dan menjayakan penyusuan Susu Ibu kepada semua Ibu-Ibu kerana InsyaAllah perbezaannya sangat ketara dari segi Energy dan pemulihan badan dengan segera.. Hubungi Saya untuk Set Bersalin/berpantang Shaklee dengan harga Jimat.

Whatsapp 01111233493

Sabtu, 18 Januari 2014

KEGUGURAN DAN D&C Berpantang dengan Set Berpantang Shaklee

ISTILAH ‘cuci keguguran’ atau lebih dikenali sebagai D&C selalu disalah faham sebagai prosedur membersihkan permukaan dalaman rahim daripada kesan ‘kekotoran’ pendarahan keguguran.

Prosedur D&C sebenarnya prosedur mengeluarkan, bukannya ‘membersihkan’. Dalam keguguran, D&C hanya perlu sekiranya pemeriksaan mendapati terdapat kemungkinan kandungan tidak habis keluar keseluruhannya.

Sekiranya kandungan masih ada yang tertinggal, ia boleh mengakibatkan pendarahan berterusan, jangkitan kuman dan seumpamanya.

Ia bukanlah menggunakan cecair pencuci, tetapi menggunakan batang besi berlainan saiz untuk membesarkan terowong serviks, alat tiub untuk menyedut keluar kandungan menggunakan kuasa vakum, alat pengapit untuk menarik keluar sisa kandungan dan alat curette untuk mengikis lapisan di dalam rahim.

Semua prosedur D&C ini dilakukan tanpa melihat terlebih dahulu secara langsung apa yang diambil atau dikikis, tetapi menggunakan pengalaman dan deria sentuhan seperti bergerigi ketika mengikis.

Oleh kerana ia dilakukan secara ‘membuta’, maka terdapat kemungkinan komplikasi seperti:

  • Sisa kandungan tidak habis keluar juga akhirnya (dan mengakibatkan pendarahan berterusan dan jangkitan kuman).
  • Pendarahan akibat prosedur itu sendiri.
  • Alat tertusuk menembusi keseluruhan dinding rahim dan mencederakannya,
    malah ia juga boleh mencederakan organ lain seperti usus dan mengakibatkan pendarahan dalaman.
  • Risiko pembiusan.
  • Risiko jangkitan kuman akibat prosedur.
  • Penghakisan berlebihan sehingga mengakibatkan lapisan tengah rahim (myometrium) dan pembentukan jaringan lekatan sehingga mengakibatkan gangguan haid dan masalah kesuburan.

    Terdapat lapisan berbeza dalam dinding rahim.

    Lapisan terdalam dinamakan lapisan endometrium yang akan menebal seiringan dengan pembesaran kantung folikel telur, matang dan kemudiannya luruh sebagai darah haid sekiranya tidak berlaku kehamilan.

    Sewaktu kehamilan, lapisan ini dinamakan desidua. Selain itu, ruang rahim yang kosong kini berisi kantung kandungan (janin, air ketuban) dan uri. Ruang tengah pula adalah lapisan berotot (myometrium) dan lapisan permukaan terluar rahim dinakana serosa.

    Anda boleh bertanya semula sama ada rakan anda membuat tanggapan sendiri ataupun memberitahu anda berdasarkan pandangan doktor mereka.

    Sekiranya pemeriksaan mendapati kandungan sudah habis keluar, seseorang tidak perlu menjalani prosedur cuci, memadai mengambil antibiotik untuk melindungi jangkitan kuman ke dalam rahim (endometritis) menerusi luka lapisan dalaman yang masih belum sembuh itu.

  • sumber; http://www.hmetro.com.my

    ===================================================

    bagi yang menjalani D& C atau keguguran adalah dinasihatkan berpantang agar Rahim dan badan anda benar sihat. Sangat  digalakkan mengambil Set Berpantang Shaklee untuk mempercepatkan proses baikpilih kesihatan dengan cepat..


    Whatsapp 01111233493

    Search