Memaparkan catatan dengan label Power Pumping. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Power Pumping. Papar semua catatan

Isnin, 17 Februari 2014

MITOS SUSU IBU/ SUSU BADAN KURANG

MITOS MASALAH SUSU BADAN KURANG
========================

“Kenapa tak bagi susu badan kat anak awak?”

“Oh sebab susu saya dah kurang. Baby tak puas dan asyik menangis je. Tu yang saya bagi susu botol,” jawab si ibu.

Itu jawapan klise dalam kalangan sesetengah wanita yang baru bergelar ibu. Kemungkinan dia langsung tidak mempunyai info tentang penyusuan susu ibu atau juga dia malas hendak bersusah payah menyusukan anaknya dengan susu ibu.

Sepatutnya sebaik disahkan mengandung, bakal ibu perlu mempersiapkan diri untuk menyusukan anak yang bakal dilahirkan. Ada segelintir ibu beranggapan hanya ibu bertuah sahaja mempunyai kuantiti susu yang cukup untuk menyusukan bayinya.

Dia beranggapan sedemikian kerana tiada susu yang mengalir keluar dari puting payu dara sedangkan bayi menangis tanpa henti kerana kelaparan. Lantaran tidak tahan mendengar tangisan bayi, ibu terus menyumbat susu formula ke dalam mulut bayi.

Ibu seharusnya tahu bahawa penyusuan susu ibu bukan proses semula jadi sebaliknya ia memerlukan ibu terus belajar dan mempraktikkan amalan yang boleh merangsang penghasilan susu ibu bagi memenuhi keperluan bayi yang baharu dilahirkan.

Ketahuilah bahawa penyusuan pada satu jam pertama selepas kelahiran adalah sangat penting. Tidak perlu khuatir jika susu tidak keluar memancut-mancut kerana yang penting  susu awal pekat dikenali sebagai kolostrum adalah susu penting yang berkhasiat untuk membina antibodi bayi.

Jangan risau bila orang lain cakap tiada susu kerana yang penting anda terus memberi bayi susu dengan kerap kerana ia membantu merangsang tubuh menghasilkan susu. Banyak atau tidak susu ibu banyak dipengaruhi oleh keperluan bayi.

Semakin kerap mengosongkan payu dara sama ada dengan menyusukan atau menepam, anda telah membantu untuk menghasilkan lebih banyak susu. Lagi bagus, terus menggalakkan bayi menyusu dengan lebih kerap. Ingatlah bahawa bekalan susu ibu akan berkurangan apabila bayi kurang disusukan. Bayi baru lahir perlu menyusu sekurang-kurangnya 10 hingga 12 kali dalam tempoh 24 jam. Tetapi ada juga bayi yang menyusu lebih daripada jumlah tersebut.

Tipnya mudah sahaja, semakin kerap bayi menyusu, semakin mudah payu dara kosong. Oleh itu semakin mudah payu dara kosong, maka semakin banyak susu ibu dapat dihasilkan hanya dengan mengaplikasikan pengosongan payu dara dengan kerap.

----------------------------------------
Saya sendiri mengalami berkali-kali susu merudum.. pernah pam dapat 1oz je .. berkat kesabaran,dan azam untuk Breasfeeding anak dengan Susu ibu saya berusaha tingkatkan kuantiti Pengeluaran Susu dengan Tundem Nursing, Power Pumping, Perah dan makan suplemen Shaklee dengan konsisten.. Alhamdulillah Pengeluaran susu meningkat setiap hari dari 1oz kepada 5-8 oz sesesi perahan.. So bagi ibu-ibu yang memilih Penyusuan Susu Ibu cadangan Suplemen Penyusuan Shaklee Sangat digalakkan


whatsapp/Sms 01111233493

Jumaat, 19 Oktober 2012

POWER PUMPING



Apa itu Power Pumping?
Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara tidak langsungmeningkatkan bekalan susu ibu.

Siapa yang perlukan Power Pumping?

1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu
2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
3. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.

Kaedahnya?
Untuk Single pump / hand expression – pam sebelah kanan 10 minit, kemudian kiri 10 minit, tukar semula ke kanan 10 minit dan seterusnya, setiap 10 minit berterusan selama sejam.

Untuk Double Pump – Pam kedua-dua belah serentak selama 10 minit, rehat 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.

Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok-eloknyanya waktu malam ke subuh, pengeluaran hormon lebih tinggi pada tinggi waktu ni.

Power pump di hujung minggu Ada juga ibu yang fokus mengepam pada hujung minggu dengan melakukan power pumping pada setiap sesi mengepam. Buat selama 2 hari sepanjang weekend, dan kembali ke rutin biasa sekembalinya bekerja (weekdays)

Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?
Power pumping perlukan masa sekurang-kurangnya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata-mata,teruskan misi sehingga mendapat hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyaAllah dipermudahkanNya.

Tips umum mengepam
- Bagi yang muslim, cuba tidur awal, bangun pagi untuk powerpumping. Selain pumping, anda boleh mulakan pagi anda dengan solat sunatterutamanya tahajjud dan kemudiannya teruskan dengan powerpumping. Ketenangan hati & minda akan membuahkan hasil yang lebih :)
- Jika anda mengambil galactagogues (milk booster), pam dalam jangka masa 45minit ke 1jam selepas pengambilannya
- Letakkan gambar / blanket / bayi anda disebelah untuk mudah dilihat, Ini membantu ransangan
- Tandem nursing. Biarkan bayi menyusu di sebelah, manakala sebelah lagi mengepam

- Pam sebaik sahaja selesai menyusu. Kajian menunjukkan bayi tidak menghisap 100% susu semasa menyusukan. Jadi, mengepam selepas menyusukan membantu breast untuk dikosongkan dan menghasilkan lebih susu
- Pum setiap 2-4jam sekali
- Be kind to yourself : apa sahaja amaun yang diperolehi, bersyukurlah & senyum. Jangan terlalu memaksa diri. Konsisten, pasti hasilnya lebih baik :)

- Sentiasa rekod amaun susu yang diperoleh bagi setiap sesi/ hari supaya anda dapat monitor progress dan cuba meningkatkan amaun dengan pelbagai strategi lain :)



Happy pumping!

Search