Memaparkan catatan dengan label mengandung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mengandung. Papar semua catatan

Sabtu, 13 Disember 2014

Risiko /Komplikasi Tekanan Darah tinggi Ketika Hamil

Risiko / komplikasi Tekanan darah tinggi Ketika Hamil

Ramai ibu yang mempunyai tekanan darah tinggi telah melahirkan anak dengan selamat. Namun ini tidak bermakna anda boleh biarkan masalah ini tanpa pemeriksaan doktor kerana keadaan ini boleh menyebabkan beberapa masalah atau komplikasi lain. Antaranya adalah:
*Kurangnya aliran darah ke placenta. Ini mungkin menyebabkan kurangnya nutrisi dan oksigen pada bayi dalam kandungan. Perkembangan bayi mungkin akan menjadi perlahan dan kemungkinan terjadinya kelahiran bayi dengan berat badan yang rendah.
*Satu masalah yang dikenali sebagai placental abruption, di mana plasenta dipisahkan dari rahim lebih awal dari masa yang sepatutnya. Ini juga, boleh melucutkan pengaliran nutrien dan oksigen pada baby. Gejala utama placental abruption adalah pendarahan yang banyak.
*Kelahiran pramatang atau terpaksa mengeluarkan bayi dari kandungan sebelum waktu matang.
- Seperti yang diketahui jarang jangka hayat bayi dapat diteruskan sekiranya kandungan baru berusia 20 minggu.
- Setiap bayi yang lahir pramatang akan menghadapi banyak masalah. Katakan bayi terpaksa dilahirkan pada 28 minggu, bayi perlukan pengudaraan yang sempurna, perlu dimasukkan ke wad neo natal, penjagaan rapi dengan kos yang amat tinggi. Namun semua ni bergantung pada analisis doktor.
Dalam beberapa keadaan, tekanan darah tinggi semasa hamil boleh menjadi petunjuk kepada masalah preeclampsia. Keadaan ini boleh mempunyai kesan yang sangat negatif terhadap organ si ibu seperti buah pinggang, hati dan otak. Jika preeclampsia berkembang dalam wanita hamil, si ibu boleh diserang sawan, dan ini biasanya dirujuk sebagai eclampsia.

 Jika anda adalah ibu yang menghadapi tekanan darah tinggi sewaktu hamil, Saya cadangkan untuk anda mengambil Omega Guard dan Ostematrix bagi membantu mengatasi masalah anda.
Omega Guard iaitu minyak ikan Shaklee pula mencegah penyakit salur darah dan stroke. DHA dan EPA boleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggi, melincirkan salur darah dan membantu peredaran darah yang lancar. Oleh sebab itu ia membantu mengekalkan tekanan darah yang normal dan mengelak ketegangan leher atau sakit kepala. Omega juga merendahkan kolesterol, menghindar pembekuan darah di dalam badan, mengawal masalah obesiti dan mengurangkan risiko penyakit jantung.
OsteMatrix pula membantu meringankan stres. Ia mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impluls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur yang lena, memperbaiki jantung berdebar, depresi, mood swing dan sakit kepala.
Izad Daud
SID 883550
019-6020620

Pra -Eklampsia dan Eklampsia Ketika Hamil


Pra-eklampsia

Hipertensi dan protinuria (kehadiran protein di dalam air kencing) adalah tanda-tanda utama kejadian pra-eklampsia. Protinuria semasa mengandung boleh disebabkan oleh jangkitan kuman pada saluran air kencing (urinary tract infection), tetapi ia mungkin kejadian pre-eklampsia walaupun tekanan darah adalah tinggi sedikit dari aras normal. Tanda-tanda pre-eklampsia (dan juga eklampsia) mungkin timbul sebelum, semasa dan juga selepas bersalin.
Wanita-wanita hamil mungkin mendapat sakit kepala, gangguan penglihatan, sakit di bahagian perut, loya, muntah, atau odema (bengkak, terutamanya di bahagian kaki). Malangnya, kebanyakan wanita hamil tidak mengalami sebarang gejala, menjadikan penyakit ini sukar dinilai secara klinikal. Wanita-wanita hamil perlu diberikan pendidikan kesihatan untuk mengenali tanda-tanda awal pra-eklampsia dan seterusnya mengambil langkah awal untuk mendapatkan rawatan. Jika keadaan ini dibiarkan tanpa rawatan rapi, ia boleh melarat menjadi eklampsia atau sawan, memudaratkan ibu mengandung dan juga janin. Pra-eklampsia menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan masalah pembekuan darah, diikuti kejadian placenta abruption (satu keadaan di mana uri terpisah dari rahim dan menyebabkan pendarahan). Sebab utama kematian penghidap pra-eklampsia adalah pendarahan dalam otak dan masalah pernafasan yang serius (adult respiratory syndrome). Janin pula boleh mengalami kelemasa (masalah pernafasan), pembantutan tumbesaran dan kematian.

Eklampsia

Eklampsia adalah satu masalah kesihatan di mana pesakit yang mengalami gejala-gejala pra-eklampsia (seperti di atas) turut mengalami sawan. Lain-lain penyebab sawan seperti epilepsy, ketidakseimbangan biokimia dalam tubuh badan atau hipoglisemia (kurang gula dalam darah). Perlu disahkan bukan penyebab sawan sebelum eklampsia didiagnosa. Terdapat juga situasi di mana pra-eklampsia tidak menunjukkan tanda klinikal yang jelas dan diagnosis hanya boleh dilakukan selepas eklampsia terjadi. Lebih dari satu pertiga daripada wanita yang hamil mengalami episod sawan yang pertama sebelum kejadian tekanan darah tinggi dan protinuria. Remaja hamil berisiko lebih 3 kali ganda mengalami eklampsia berbanding wanita dewasa. Komplikasi akibat eklampsia termasuklah angin ahmar (strok) disebabkan oleh pengecutan salur darah atau edema (kebengkakan) di bahagian otak. Komplikasi ini lazimnya akan kembali normal dengan sendirinya, namun ada di kalangan wanita ini yang mengalami kerosakan otak yang kekal.

Tekanan Darah Tinggi atau Hipertensi Ketika Hamil

Bagi Ibu-Ibu yang sedang mengalami tekanan darah tinggi atau Hipertensi ketika Hamil, adalah wajib mengambil langkah berjaga-jaga  dan kawal tahap kesihatan ibu-ibu. tekanan darah tinggi yang tidak terkawal boleh membahayakan nyawa ibu dan bayi di dalam kandungan..Tekanan darah tinggi yang tidak dikawal akan  menyebabkan keadaan lebih teruk dikenali sebagai pre-eclampsia(PE). PE yang tidak dirawat akan menjadi lebih serius. Ibu yang PE teruk berisiko untuk terkena sawan dan keadaan ini dikenali sebagai Eclampsia. Risiko Eclampsia lebih mudarat di mana ibu dan bayi dalam  kandungan berisiko meninggal dunia ketika atau selepas melahirkan.

Mengapa hipertensi semasa mengandung terjadi?
Sebab sebenar mengapa sesetengah wanita hamil mendapat hipertensi dan ada yang tidak, masih belum diketahui. Salah satu faktor risiko adalah faktor genetik. Teori pertama menyatakan bahawa terdapat masalah ketika perkembangan bahagian uri semasa awal mengandung. Teori yang kedua pula menyatakan bahawa mungkin terdapat kejadian peradangan yang tidak terkawal, di mana tubuh badan bertindak balas terhadap uri itu sendiri. Laporan saintifik menyatakan bahawa lebih ramai wanita Asia yang menghidap hipertensi semasa mengandung.

Siapakah yang berisiko?
Golongan wanita mengandung yang berisiko mendapat hipertensi adalah seperti berikut:
Faktor-Faktor Am:
  • Wanita berumur 40 tahun dan ke atas.
  • Obes: BMI <30 kg/m2 adalah dikaitkan dengan peningkatan dua kali ganda risiko mendapat pra-eklampsia. BMI yang tinggi sebelum mengandung atau pada peringkat awal mengandung akan meningkatkan risiko kejadian hipertensi semasa mengandung.
Faktor Genetik:
  • Sejarah kejadian hipertensi semasa mengandung di kalangan ahli keluarga, sama ada sebelah ibu atau pun adik beradik meningkatkan risiko antara 20% hingga 40%.
Faktor-Faktor Obstetrik
  • Primigravida : kandungan yang pertama (2-3 kali ganda lebih tinggi risiko)
  • Kandungan kembar
  • Sejarah pra-eklampsia pada kandungan yang sebelumnya
  • Tempoh antara kandungan yang lama
  • Penyakit Hydrops, dengan uri yang besar
  • Kandungan molar
Nota: Walaupun wanita primigravida (kandungan pertama) berisiko tinggi mendapat pra-eklampsia, wanita yang multiparous (anak yang ramai) berisiko mendapat gejala yang lebih serius dengan pelbagai komplikasi.
Faktor-Faktor Perubatan
  • Hipertensi yang sedia ada (sebelum mengandung)
  • Penyakit buah pinggang
  • Diabetes
  • Kehadiran antibodi Anti-fosfohipid
  • Penyakit Connective tissue
  • Trombofilia keturunan (Inherited thrombophilia)



Diantara makanan yang boleh mengurangkan Tekanan darah iaitu:-

Ikan
buah-buah citrus
pisang

Amalkan rutin kehamilan dan dapatkan nasihat dan pemeriksaan doktor secara berkala bagi mengurangkan risiko bahaya kepada ibu dan bayi..



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ibu-ibu yang ingin mendapatkan Suplemen Shaklee untuk Mengandung, Berpantang dan Penyusuan boleh hubungi saya :-

 

Isnin, 4 Ogos 2014

Pengalaman Mengandung, Bersalin dan Cabaran Penyusuan Bermula....

Assalamualaikum... lama betol tak tulis sesuatu pada blog ni...pagini saya nak kongsikan

Setiap kali hamil masuk je trimester ketiga mulalah saya adanya kecing manis.. MGTT menunjukan bacaan 10.3.. doktor soh GDM diet control.... BSP ( Blood Sugar Profile)...  selama 2bulan menunjukan bacaan tidak memuaskan dan saya telah diarahkan untuk masuk wad untuk doktor menentukan tahap dos insulin yang diperlukan... hujung Feb 12 bermulalah status baru bagi saya GDM +insulin...saya perlu suntik insulin 4 x sehari, 1/2 jam sebelum sarapan, makan tengah hari, makan malam dan sebelum tidur... derita seh.. bawak kehulu kehilir kemana saja saya pergi.. suntik dulu sebelum makan... tang suntik tu menggeletar tangan nak benamkan jarum yang halus tu ke dalam tisu.. saya memilih suntik di peha... lebih selamat.

Kandungan 38 minggu doktor Pakar O&G soh indius.. Hari yang dinantikan pun tiba so suami pun hantar saya ke wad bersalin Hospital selayang. Bukaan jalan dah 4 cm.. perut memang dari 7 bulan dah mengeras..  keesokkan harinya jam 8.30pagi saya di masukkan ke Dewan Bersalin.. mulalah pertarungan bermula.. tangan kiri dipasang air, tangan kanan dipasang  insulin dan air drip untuk mempercepatkan bukaan. air kutuban dipecahkan.. kesakitan semakin menjadi-jadi.. kol 12 pm saya minta ubat tahan sakit , Zikir La Ilaha Illa Anta... sebanyaknya dan baca ayat Kursi tak lengkang dibibir..  kol 5.30pm saya minta Entonox sebab dah tak mampu menahan kesakitan..

Jam 8.06pm saya selamat melahirkan anak kedua Seorang puteri seberat 3.58 Kg.. Hilang rasa kesakitan bila dapat baby pompuan.. baby diletakkan diatas dada saya.. selambak.. sangat diluar jangkaan.. sbb bila scan doktor maklumkan around 2.8-3.00 kg.. nah ambik ko.. doktor yang menyambut pun cakap luar jangkaan. Baby dibawa untuk pemeriksaan, time ti doktor cakap baby you sangkut bahu, so i tak sure ok ke tak, tapi majoriti patah bahu.. OMG.. terus berdoa untuk kesejahteraan anak.

Anak saya Terus masuk NICU sebab Hypo.. Lepas sarapan keesokannya nurse datang bagi cup dan ajar Marmet , Alhamdulillah penuh cup tu , Nurse bawa saya jumpa baby di NICU, alo-alo anak ibu besornya, rambut lebat.. baby tido.. petang saya boleh discaj.. baby xboleh kuar lagi, so Alhamdulillah ada katil kosong kat NICU tu so boleh la rehat dan direct Feeding baby..  Cabaran Penyusuan Bermula.. Pi bilik pam susu sentiasa penuh tunggu turn,huhuhu, so saya call suami tolong bawakkan pam susu saya.. Alhamdulillah hari ketiga perah dapat 3 oz sesesi, lps pam anto kat Nuseri ti nurse akan tolong bagikan anak guna cup.setiap 2jam saya perah n simpan dalam peti sejuk. Banyak ilmu penyusuan saya pelajari kat wad ni.. petang nurse soh direct feeding anak,  nurse ajar lekapan yang betul untuk elakkan luka niple, Saya bagitau nurse nipple saya invated so nurse bantu saya.. Alhamdulillah saya berjaya Menyusukan anak saya..
 

Ibu-ibu diluar sana jangan mudah mengalah dan memberikan anak-anak kita Susu Formula. Khasiat Susu Ibu sangat banyak untuk anak kita, dari awal kehamilan tanamkan dalam minda nak susukan anak dengan susu ibu sehingga 2 tahun.. InsyaAllah dipermudahkan. Ibu-ibu yang ada masalah penyusuan boleh hubungi saya untuk bimbingan dan bantuan, Alhamdulillah sepanjang menyusukan Anak susu sentiasa cukup..

Untuk menyokong penyusuan Susu Ibu saya mengambil Suplemen Shaklee iaitu Set Penyusuan 3M+ Omega+Lecithin.. Sangat best, Susu semakin meriah.. seronok sangat mengepam buat stok anak. dalam pantang je stok Susu Ibu saya Alhamdulillah mencecah 150 oz.. Semasa saya diarahkan berkurusus pada hari 52 berpantang, Alhamdulillah anak masih diberikan Susu Ibu dari stok yang sedia ada.. Mak saya terpaksa belajar untuk uruskan EBM. Beri anak menyusu menggunakan Cawan. Alhamdulillah urusan penyusuan dipermudahkan. Susu terus mencurah, selepas menggunakan Set Penyusuan Shaklee.. Semasa Berkursus 5 hari je saya boleh kumpul Stok Susu 100oz Alhamdulillah rezeki anak..

Bagi ibu-ibu yang perlukan suplemen untuk Penyusuan cubalah Shaklee, selain Susu meriah, badan kita pun cepat pulih dan sangat bertenaga, emosi boleh dikawal dan badan sihat luar dan dalam.


bagi yang duduk di sekitar Batu Caves, Selayang, Rawang dan Hulu Selangor saya boleh COD dan bagi yang tinggal jauh saya boleh pos kealamat ibu-ibu semua menggunakan Pos laju, Sky net, Gdex.

sebarang pertanyaan dan pesanan set penyusuan dan berpantang Shaklee boleh hubungi saya

Pn. Izad Daud| SID:883550
Whatsapp/SMS 011-11233493
Call: 0196020620
Fb Page: Set Kesuburan,Kehamilan,Berpantang dan Penyusuan Shaklee

Rabu, 16 Julai 2014

BERJAYA HAMIL DENGAN SET KESUBURAN OPTIMUM SHAKLEE|A MOMENT TO REMEMBER

Selamat Petang Kepada pembaca setia blog saya, petang ni saya nak kongsikan satu berita gembira costomer saya. Costomer saya Puan Zuraidah dari KL, telah berkahwin hampir 4 tahun , Namun masih belum dikurniakan rezeki Zuriat penyambung keturunan. Puan Zuraidah telah mencuba pelbagai produk Kesuburan dipasaran dan telah menjalani rawatan kesuburan di Hospital Kuala Lumpur dan telah disahkan kedua-duanya tiada masalah.

Pada bulan Mac 2014 bermulalah Jodoh saya dan Puan Zuraida. Alhamdulillah Allah menggerakkan hati beliau untuk whatsapp saya. Sesi soal jawab berlangsung sehingga saya temui jawapan permasalahan dan cadangan Suplemen Kesuburan yang bersesuaian untuknya.

Stress, Haid Tidak Teratur dan Tempoh Kitaran Haid Yang Panjang

Hasil siasatan permasalahan beliau telah dikenalpasti. Beliau mempunyai masalah Kitaran Haid Yang panjang dan tidak teratur. Ada kala mengambil masa 62 hari untuk period semula. Lamakan. Apa kaitan Kitaran haid panjang dan Haid tidak teratur dengan Kehamilan? Sangat penting kitaran haid yang teratur dan tetap setiap bulan. Kitaran haid yang normal iaitu 28, 30, 32 hari lebih pada tu dikira kitaran haid yang panjang. Apabila haid tidak teratur dan panjang ia akan menjadi masalah kepada yang rancang untuk hamil. Permasalahan untuk menentukan dan menganggarkan waktu subur anda. Ok berbalik kepada Pn. Ruzaida, saya sugest pada beliau Set Kesuburan Optimum iaitu untuk Isteri : GLA+ALFALFA+VITAMIN C+B COMPLEX+VITALEA dan Suami : ZINC + VITAMIN E.




Perancangan saya untuk beliau perbetulkan kitaran haid kepada normal dan dalam masa yang sama rawatan kesuburan. Suami pun digalakkan mengambil suplemen bagi meningkatkan kualiti kesuburan.

Yang bagusnya Puan Zuraida ni, memang mengambil suplemen dengan konsisten no skip-skip.. Alhamdulillah suaminya pun berikan sokongan dan kerjasama. Maklumbalas sebulan selepas pengambilan Set ni darah haid sangat banyak keluar dekat 2 minggu. Saya mencadangkan agar meneruskan pengambilan. Beliau memaklumkan bahawa best sangat makan B Complex sebab dah tak stress lagi berbanding sebelum ni. Bulan demi bulan beliau memaklumkan dengan kesedihan setiap kali period. Saya memberi sokongan emosi dan nasihat agar bersabar dan banyakkan berdoa.

Alhamdulillah kitaran haid beliau kembali normal. Masuk bulan keempat pengambilan period lewat 8 hari. beliau telah membuat UPT sendiri dan keputusannya positif. Alhamdulillah. Penantian dan kesabran melalui ujian Allah telah termakbul. Gembira tidak terkata seluruh ahli keluarga. Tahniah diucapkan kepada Puan Zuraida dan suami, Setelah berjumpa doktor, doktor mengesahkan yang beliau hamil 6minggu..

Kita tidak tahu usaha dan ikhtiar yang mana satu akan ditunaikan, Tapi jangan sesekali berhenti berusaha, berdoa dan mengharap. InsyaAllah rezeki akan dimakbulkan..Jadi yang masih belum dikurniakan zuriat, bertindak sekarang mencuba Set Kesuburan Shaklee. InsyaAllah rezeki menanti,



bagi yang nak cuba Set Kesuburan Shaklee boleh hubungi terus saya di talian 011-233493.

Pn Izad Daud|ID883550


Search