Selasa, 5 Ogos 2014

Vitamin Shaklee atau Jamu terbaik untuk Ibu Bersalin

Mana lebih baik; Jamu,rempah atau Vitamin?

Bagi saya Vitamin lebih baik kerana ia lebih mudah dan ringkas untuk diambil…dan badan kita hanya kenal nutrien yang ringkas contohnya buah limau dan vitamin C, vitamin c lebih diserap sistem badan. Jamu adalah kompleks dan memerlukan masa utk penguraian maka khasiatnya agak lambat diserap…dan ada juga ibu-ibu yang alahan pada jamu, rempah seperti saya,so Vitamin adalah alternatif terbaik.

Vitamin adalah makanan kepada sel. Sel hanya menyerap vitamin. Dalam jamu ada kandungan vitamin tetapi sel perlu bekerja keras untuk merungkai vitamin yang terdapat dalam jamu. Berbanding jika hanya makan vitamin semata-mata….maka sel mudah menyerap dan menjimatkan masa.

Set ini terdiri dari 4 jenis vitamin dan mineral:

#VITA-LEA (mengandungi 12 vitamin & 7 jenis mineral yang diperlukan oleh tubuh seimbang. perlu kerana ianya mempunyai iron formula yg sgt dperlukan oleh tubuh, terutamanya bg ibu yang banyak kehilangan darah selepas bersalin)

#B COMPLEX (rumusan vit B1, B2, B3, B6, B12, asid folik dan Biotin. penting utk elakkan kemurungan – meroyan, sbg penenang (anti-stres) dan penstabil hormon)

#VITA C (penting utk pembentukan kolagen, mempercepatkn penyembuhan luka dan memperbaiki tisu sel yg rosak akibat bersalin)

#ZINC COMPLEX (membantu mpercepatkan baik pulih luka, terutamanya luka di dalam – utk rahim)

Ibu-ibu yang menanti saat kelahiran dan masih buntu produk bersalin mana nak diambil,saya sangat menggalak dan mencadangkan set bersalin shaklee.Ini kerana selepas bersalin ibu-ibu memerlukan vitamin dan mineral serta air secukupnya untuk mempercepatkan baikpulih sistem badan. Set bersalin ini membantu ibu mengawal emosi dan mempercepatkan baikpulih luka bersalin.


Pesanan dan Pertanyaan Hubungi saya

Pn. Izad Daud| ID 883550
whatsapp/SMS 011-11233493
Call : 019- 6020620
FB Page: Set Keseburan,Kehamilan,Berpantang dan Penyusuan Shaklee
 

Isnin, 4 Ogos 2014

Pengalaman Mengandung, Bersalin dan Cabaran Penyusuan Bermula....

Assalamualaikum... lama betol tak tulis sesuatu pada blog ni...pagini saya nak kongsikan

Setiap kali hamil masuk je trimester ketiga mulalah saya adanya kecing manis.. MGTT menunjukan bacaan 10.3.. doktor soh GDM diet control.... BSP ( Blood Sugar Profile)...  selama 2bulan menunjukan bacaan tidak memuaskan dan saya telah diarahkan untuk masuk wad untuk doktor menentukan tahap dos insulin yang diperlukan... hujung Feb 12 bermulalah status baru bagi saya GDM +insulin...saya perlu suntik insulin 4 x sehari, 1/2 jam sebelum sarapan, makan tengah hari, makan malam dan sebelum tidur... derita seh.. bawak kehulu kehilir kemana saja saya pergi.. suntik dulu sebelum makan... tang suntik tu menggeletar tangan nak benamkan jarum yang halus tu ke dalam tisu.. saya memilih suntik di peha... lebih selamat.

Kandungan 38 minggu doktor Pakar O&G soh indius.. Hari yang dinantikan pun tiba so suami pun hantar saya ke wad bersalin Hospital selayang. Bukaan jalan dah 4 cm.. perut memang dari 7 bulan dah mengeras..  keesokkan harinya jam 8.30pagi saya di masukkan ke Dewan Bersalin.. mulalah pertarungan bermula.. tangan kiri dipasang air, tangan kanan dipasang  insulin dan air drip untuk mempercepatkan bukaan. air kutuban dipecahkan.. kesakitan semakin menjadi-jadi.. kol 12 pm saya minta ubat tahan sakit , Zikir La Ilaha Illa Anta... sebanyaknya dan baca ayat Kursi tak lengkang dibibir..  kol 5.30pm saya minta Entonox sebab dah tak mampu menahan kesakitan..

Jam 8.06pm saya selamat melahirkan anak kedua Seorang puteri seberat 3.58 Kg.. Hilang rasa kesakitan bila dapat baby pompuan.. baby diletakkan diatas dada saya.. selambak.. sangat diluar jangkaan.. sbb bila scan doktor maklumkan around 2.8-3.00 kg.. nah ambik ko.. doktor yang menyambut pun cakap luar jangkaan. Baby dibawa untuk pemeriksaan, time ti doktor cakap baby you sangkut bahu, so i tak sure ok ke tak, tapi majoriti patah bahu.. OMG.. terus berdoa untuk kesejahteraan anak.

Anak saya Terus masuk NICU sebab Hypo.. Lepas sarapan keesokannya nurse datang bagi cup dan ajar Marmet , Alhamdulillah penuh cup tu , Nurse bawa saya jumpa baby di NICU, alo-alo anak ibu besornya, rambut lebat.. baby tido.. petang saya boleh discaj.. baby xboleh kuar lagi, so Alhamdulillah ada katil kosong kat NICU tu so boleh la rehat dan direct Feeding baby..  Cabaran Penyusuan Bermula.. Pi bilik pam susu sentiasa penuh tunggu turn,huhuhu, so saya call suami tolong bawakkan pam susu saya.. Alhamdulillah hari ketiga perah dapat 3 oz sesesi, lps pam anto kat Nuseri ti nurse akan tolong bagikan anak guna cup.setiap 2jam saya perah n simpan dalam peti sejuk. Banyak ilmu penyusuan saya pelajari kat wad ni.. petang nurse soh direct feeding anak,  nurse ajar lekapan yang betul untuk elakkan luka niple, Saya bagitau nurse nipple saya invated so nurse bantu saya.. Alhamdulillah saya berjaya Menyusukan anak saya..
 

Ibu-ibu diluar sana jangan mudah mengalah dan memberikan anak-anak kita Susu Formula. Khasiat Susu Ibu sangat banyak untuk anak kita, dari awal kehamilan tanamkan dalam minda nak susukan anak dengan susu ibu sehingga 2 tahun.. InsyaAllah dipermudahkan. Ibu-ibu yang ada masalah penyusuan boleh hubungi saya untuk bimbingan dan bantuan, Alhamdulillah sepanjang menyusukan Anak susu sentiasa cukup..

Untuk menyokong penyusuan Susu Ibu saya mengambil Suplemen Shaklee iaitu Set Penyusuan 3M+ Omega+Lecithin.. Sangat best, Susu semakin meriah.. seronok sangat mengepam buat stok anak. dalam pantang je stok Susu Ibu saya Alhamdulillah mencecah 150 oz.. Semasa saya diarahkan berkurusus pada hari 52 berpantang, Alhamdulillah anak masih diberikan Susu Ibu dari stok yang sedia ada.. Mak saya terpaksa belajar untuk uruskan EBM. Beri anak menyusu menggunakan Cawan. Alhamdulillah urusan penyusuan dipermudahkan. Susu terus mencurah, selepas menggunakan Set Penyusuan Shaklee.. Semasa Berkursus 5 hari je saya boleh kumpul Stok Susu 100oz Alhamdulillah rezeki anak..

Bagi ibu-ibu yang perlukan suplemen untuk Penyusuan cubalah Shaklee, selain Susu meriah, badan kita pun cepat pulih dan sangat bertenaga, emosi boleh dikawal dan badan sihat luar dan dalam.


bagi yang duduk di sekitar Batu Caves, Selayang, Rawang dan Hulu Selangor saya boleh COD dan bagi yang tinggal jauh saya boleh pos kealamat ibu-ibu semua menggunakan Pos laju, Sky net, Gdex.

sebarang pertanyaan dan pesanan set penyusuan dan berpantang Shaklee boleh hubungi saya

Pn. Izad Daud| SID:883550
Whatsapp/SMS 011-11233493
Call: 0196020620
Fb Page: Set Kesuburan,Kehamilan,Berpantang dan Penyusuan Shaklee

Search