Sabtu, 13 Disember 2014

Risiko /Komplikasi Tekanan Darah tinggi Ketika Hamil

Risiko / komplikasi Tekanan darah tinggi Ketika Hamil

Ramai ibu yang mempunyai tekanan darah tinggi telah melahirkan anak dengan selamat. Namun ini tidak bermakna anda boleh biarkan masalah ini tanpa pemeriksaan doktor kerana keadaan ini boleh menyebabkan beberapa masalah atau komplikasi lain. Antaranya adalah:
*Kurangnya aliran darah ke placenta. Ini mungkin menyebabkan kurangnya nutrisi dan oksigen pada bayi dalam kandungan. Perkembangan bayi mungkin akan menjadi perlahan dan kemungkinan terjadinya kelahiran bayi dengan berat badan yang rendah.
*Satu masalah yang dikenali sebagai placental abruption, di mana plasenta dipisahkan dari rahim lebih awal dari masa yang sepatutnya. Ini juga, boleh melucutkan pengaliran nutrien dan oksigen pada baby. Gejala utama placental abruption adalah pendarahan yang banyak.
*Kelahiran pramatang atau terpaksa mengeluarkan bayi dari kandungan sebelum waktu matang.
- Seperti yang diketahui jarang jangka hayat bayi dapat diteruskan sekiranya kandungan baru berusia 20 minggu.
- Setiap bayi yang lahir pramatang akan menghadapi banyak masalah. Katakan bayi terpaksa dilahirkan pada 28 minggu, bayi perlukan pengudaraan yang sempurna, perlu dimasukkan ke wad neo natal, penjagaan rapi dengan kos yang amat tinggi. Namun semua ni bergantung pada analisis doktor.
Dalam beberapa keadaan, tekanan darah tinggi semasa hamil boleh menjadi petunjuk kepada masalah preeclampsia. Keadaan ini boleh mempunyai kesan yang sangat negatif terhadap organ si ibu seperti buah pinggang, hati dan otak. Jika preeclampsia berkembang dalam wanita hamil, si ibu boleh diserang sawan, dan ini biasanya dirujuk sebagai eclampsia.

 Jika anda adalah ibu yang menghadapi tekanan darah tinggi sewaktu hamil, Saya cadangkan untuk anda mengambil Omega Guard dan Ostematrix bagi membantu mengatasi masalah anda.
Omega Guard iaitu minyak ikan Shaklee pula mencegah penyakit salur darah dan stroke. DHA dan EPA boleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggi, melincirkan salur darah dan membantu peredaran darah yang lancar. Oleh sebab itu ia membantu mengekalkan tekanan darah yang normal dan mengelak ketegangan leher atau sakit kepala. Omega juga merendahkan kolesterol, menghindar pembekuan darah di dalam badan, mengawal masalah obesiti dan mengurangkan risiko penyakit jantung.
OsteMatrix pula membantu meringankan stres. Ia mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impluls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur yang lena, memperbaiki jantung berdebar, depresi, mood swing dan sakit kepala.
Izad Daud
SID 883550
019-6020620

KEK GULA HANGUS BERSARANG

Tetiba mak buyong kat ofis nak makan kek Gula hangus bersarang ni.. dulu masa zaman anak dara saya rajinla buat kek -kek ni.. pernah jugak buat kek gula hangus ni.. gugel  resepi jumpa respi kek gula hangus ni yang ringkas.. tengoklah kalo ada kerajinan balik sat lagi buat kek ni.. uols yang nak cuba kek ni ni resepinya..

KEK GULA HANGUS BERSARANG



Ingredients for caramel:-
1 cawan gula
1 cawan air panas
2 sudu besar mentega

Gula digoreng dengan api sederhana besar. Bila gula dah agak cair masukkan air panas-kena berhati2 sebab nanti dia meletop letop. Tutup api & cepat masukkan air panas tadi dan masukkan mentega kacau sampai mentega cair. Ketepikan)

Ingredients for cake:-
4 biji telur
1 cawan susu pekat
1 cawan tepung gandum
2 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh vanilla essence

Pukul telur sampai kembang & pekat. Masukkan susu pekat and mix lagi. Tuangkan adunan kedalam blender dan tekan ON. Masukkan tepung & soda bicarbonate yang telah diayak tadi dan esen vanila. Tekan On lagi. Last baru masukkan gula hangs tadi. Tekan On lagi. Biarkan adunan dalam blender selama 3-4 jam(tertutup) untuk mendapatkan 'span' yang cantik. Selepas diperap, masukkan adunan kedalam loyang yang telah digris dengan butter(Tanpa menggodak adunan tu, sebab dah trial & error kalau digodak sarangnya tak begitu menjadi). Gunakan loyang 5", kalau nak kek yang tinggi( Ayu gunakan loyang 7" aje)Tuang adunan terus kedalam loyang dalam oven. Bakar dengan suhu 160C selama 60 minit. (Ayu bakar suhu 145c selama 90 minit untuk oven saya) dengan menggunakan api bawah sahaja. Balance 20-30 terakhir, pakai api atas dan bawah. Keluarkan dari oven dan sejukkan dulu sebelum potong

 Selamat mencuba!!!


````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````
nak produk shaklee boleh hubungi saya ye



Pra -Eklampsia dan Eklampsia Ketika Hamil


Pra-eklampsia

Hipertensi dan protinuria (kehadiran protein di dalam air kencing) adalah tanda-tanda utama kejadian pra-eklampsia. Protinuria semasa mengandung boleh disebabkan oleh jangkitan kuman pada saluran air kencing (urinary tract infection), tetapi ia mungkin kejadian pre-eklampsia walaupun tekanan darah adalah tinggi sedikit dari aras normal. Tanda-tanda pre-eklampsia (dan juga eklampsia) mungkin timbul sebelum, semasa dan juga selepas bersalin.
Wanita-wanita hamil mungkin mendapat sakit kepala, gangguan penglihatan, sakit di bahagian perut, loya, muntah, atau odema (bengkak, terutamanya di bahagian kaki). Malangnya, kebanyakan wanita hamil tidak mengalami sebarang gejala, menjadikan penyakit ini sukar dinilai secara klinikal. Wanita-wanita hamil perlu diberikan pendidikan kesihatan untuk mengenali tanda-tanda awal pra-eklampsia dan seterusnya mengambil langkah awal untuk mendapatkan rawatan. Jika keadaan ini dibiarkan tanpa rawatan rapi, ia boleh melarat menjadi eklampsia atau sawan, memudaratkan ibu mengandung dan juga janin. Pra-eklampsia menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan masalah pembekuan darah, diikuti kejadian placenta abruption (satu keadaan di mana uri terpisah dari rahim dan menyebabkan pendarahan). Sebab utama kematian penghidap pra-eklampsia adalah pendarahan dalam otak dan masalah pernafasan yang serius (adult respiratory syndrome). Janin pula boleh mengalami kelemasa (masalah pernafasan), pembantutan tumbesaran dan kematian.

Eklampsia

Eklampsia adalah satu masalah kesihatan di mana pesakit yang mengalami gejala-gejala pra-eklampsia (seperti di atas) turut mengalami sawan. Lain-lain penyebab sawan seperti epilepsy, ketidakseimbangan biokimia dalam tubuh badan atau hipoglisemia (kurang gula dalam darah). Perlu disahkan bukan penyebab sawan sebelum eklampsia didiagnosa. Terdapat juga situasi di mana pra-eklampsia tidak menunjukkan tanda klinikal yang jelas dan diagnosis hanya boleh dilakukan selepas eklampsia terjadi. Lebih dari satu pertiga daripada wanita yang hamil mengalami episod sawan yang pertama sebelum kejadian tekanan darah tinggi dan protinuria. Remaja hamil berisiko lebih 3 kali ganda mengalami eklampsia berbanding wanita dewasa. Komplikasi akibat eklampsia termasuklah angin ahmar (strok) disebabkan oleh pengecutan salur darah atau edema (kebengkakan) di bahagian otak. Komplikasi ini lazimnya akan kembali normal dengan sendirinya, namun ada di kalangan wanita ini yang mengalami kerosakan otak yang kekal.

Tekanan Darah Tinggi atau Hipertensi Ketika Hamil

Bagi Ibu-Ibu yang sedang mengalami tekanan darah tinggi atau Hipertensi ketika Hamil, adalah wajib mengambil langkah berjaga-jaga  dan kawal tahap kesihatan ibu-ibu. tekanan darah tinggi yang tidak terkawal boleh membahayakan nyawa ibu dan bayi di dalam kandungan..Tekanan darah tinggi yang tidak dikawal akan  menyebabkan keadaan lebih teruk dikenali sebagai pre-eclampsia(PE). PE yang tidak dirawat akan menjadi lebih serius. Ibu yang PE teruk berisiko untuk terkena sawan dan keadaan ini dikenali sebagai Eclampsia. Risiko Eclampsia lebih mudarat di mana ibu dan bayi dalam  kandungan berisiko meninggal dunia ketika atau selepas melahirkan.

Mengapa hipertensi semasa mengandung terjadi?
Sebab sebenar mengapa sesetengah wanita hamil mendapat hipertensi dan ada yang tidak, masih belum diketahui. Salah satu faktor risiko adalah faktor genetik. Teori pertama menyatakan bahawa terdapat masalah ketika perkembangan bahagian uri semasa awal mengandung. Teori yang kedua pula menyatakan bahawa mungkin terdapat kejadian peradangan yang tidak terkawal, di mana tubuh badan bertindak balas terhadap uri itu sendiri. Laporan saintifik menyatakan bahawa lebih ramai wanita Asia yang menghidap hipertensi semasa mengandung.

Siapakah yang berisiko?
Golongan wanita mengandung yang berisiko mendapat hipertensi adalah seperti berikut:
Faktor-Faktor Am:
  • Wanita berumur 40 tahun dan ke atas.
  • Obes: BMI <30 kg/m2 adalah dikaitkan dengan peningkatan dua kali ganda risiko mendapat pra-eklampsia. BMI yang tinggi sebelum mengandung atau pada peringkat awal mengandung akan meningkatkan risiko kejadian hipertensi semasa mengandung.
Faktor Genetik:
  • Sejarah kejadian hipertensi semasa mengandung di kalangan ahli keluarga, sama ada sebelah ibu atau pun adik beradik meningkatkan risiko antara 20% hingga 40%.
Faktor-Faktor Obstetrik
  • Primigravida : kandungan yang pertama (2-3 kali ganda lebih tinggi risiko)
  • Kandungan kembar
  • Sejarah pra-eklampsia pada kandungan yang sebelumnya
  • Tempoh antara kandungan yang lama
  • Penyakit Hydrops, dengan uri yang besar
  • Kandungan molar
Nota: Walaupun wanita primigravida (kandungan pertama) berisiko tinggi mendapat pra-eklampsia, wanita yang multiparous (anak yang ramai) berisiko mendapat gejala yang lebih serius dengan pelbagai komplikasi.
Faktor-Faktor Perubatan
  • Hipertensi yang sedia ada (sebelum mengandung)
  • Penyakit buah pinggang
  • Diabetes
  • Kehadiran antibodi Anti-fosfohipid
  • Penyakit Connective tissue
  • Trombofilia keturunan (Inherited thrombophilia)



Diantara makanan yang boleh mengurangkan Tekanan darah iaitu:-

Ikan
buah-buah citrus
pisang

Amalkan rutin kehamilan dan dapatkan nasihat dan pemeriksaan doktor secara berkala bagi mengurangkan risiko bahaya kepada ibu dan bayi..



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ibu-ibu yang ingin mendapatkan Suplemen Shaklee untuk Mengandung, Berpantang dan Penyusuan boleh hubungi saya :-

 

Sabtu, 15 November 2014

ZINC COMPLEX SHAKLEE UNTUK IBU BERSALIN DAN BERPANTANG PERSAMAAN IKAN HARUAN

Tahukah ibu-ibu semua mengapa kita digalakkan makan ikan haruan selepas bersalin? Ikan Haruan dan Zinc Complex Shaklee ,apakah persamaannya?

IKAN haruan secara umumnya diketahui akan fungsi dan keberkesanannya dalam mengubati luka-luka dalaman terutama kepada wanita selepas bersalin. Sejak turun temurun lagi amalan perubatan menggunakan ikan haruan telah digunakan untuk membantu menyembuhkan luka selain meredakan penyakit berkaitan kulit seperti radang, gatal-gatal dam sebagainya

Ikan haruan sememangnya menggalakkan penyembuhan luka ibu selepas bersalin.. Ini adalah kerana ikan haruan mengandungi Zinc tinggi.

kajian dari Prof. Abdul Manan dari UPM mendapati Kebaikan Haruan seperti berikut :

1-Sumber protein yang baik, kira-kira 60-70 peratus.

2-Lemak yang rendah iaitu sekitar 20%

3-Mengandungi sejumlah besar Vitamin A. Manakala kehadiran logam berat seperti kalsium, magnesium, tembaga, besi, mangan, nikel, plumbum dan zink adalah lebih rendah daripada paras toksik yang dibenarkan untuk badan manusia.

4-Mengandungi asid arakidonik yang tinggi, untuk memulakan proses darah menjadi beku dan untuk pertumbuhan sel baru
.
5-Mengandungi asid amino yang penting untuk menyembuhkan luka terutama glisin yang merupakan satu daripada komponen penting kolagen dalam kulit manusia untuk menyembuhkan luka.

6-Glisin merangkumi asid aspartik dan glutamik akan membentuk molikul protein yang penting untuk pertumbuhan semula dan penyembuhan.

KEBAIKAN   ZINC COMPLEX SHAKLEE UNTUK IBU BERSALIN DAN BERPANTANG

4) Zink

~Sangat penting bagi membaik pulih luka jahitan dan luka dalaman. Makanan yang kaya dengan zink ialah ikan haruan. Namun adalah agak sukar untuk mendapat dan memasak ikan haruan setiap hari, ditambah pula dengan harganya yang agak mahal.
  
~Pengambilan vitamin zink ini adalah tepat untuk ibu berpantang kerana zink dapat membantu mengatasi masalah "kedinginan" selepas bersalin dan pengambilan zink oleh ibu menyusu akan menjamin bayi membesar dengan optimum. Selain itu rambut ibu tidak mudah gugur dan luka bersalin akan cepat baik.

011-11233493

Sabtu, 1 November 2014

OmegaGuard™

Kod Produk:10236 (90 capsules)
 
 

Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak omega 3 daripada ikan laut dalam. DHA dan EPA perlu diperoleh melalui pemakanan dan berkesan dalam mengurangkan keradangan serta menyokong fungsi sistem saraf dan mata.

Shaklee OmegaGuard ialah suplemen pemakanan yang mengandungi minyak ikan. Satu sajian OmegaGuard membekalkan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 
 
 01111233493

Search