Isnin, 17 Jun 2013

makanan GMO..apa itu GMO?

Pernah tak kita ambil tahu apa itu GMO? Nampak macam tak penting kan? GMO atau GMOs ni sebenarnya “ Genetically Modified Organism” atau dalam bahasa melayunya Organisma Pengubahsuaian Genetik. Ia juga dipanggil sebagai “ Genetic Engineering” (GE).


Teknologi GE ini menggabungkan DNA dari spesis berlainan, menghasilkan kombinasi tanaman, haiwan, bakteria dan genetic viral yang tidak stabil yang tidak boleh berlaku dalam sifat semulajadi sesuatu unsur.


Salah satu masalah utama dalam teknologi ini (GE) adalah ketika proses memasukkan genetik ke dalam DNA makanan/tanaman itu. Saintis masih buntu halatuju genetik tersebut. Perkara ini boleh mengangu fungsi-fungsi genetik lain yang boleh menyebabkan toksin dan alahan dalam makanan/tanaman tersebut.

Tragedi Tryptophan
Satu bentuk genetik suplemen makanan L-tryptophan, yang menyebabkan kematian 37 orang dan melumpuhkan beberapa ribu lebih pada tahun 1989.

Kentang GM membahayakan tikus
Pada lewat 1990an, Arpad Pusztai, Ph.D., ahli biologi molekul, menjalankan kajian mengenai kentang yang diubahsuai secara genetik untuk Rowett Institut Penyelidikan di Scotland. Pusztai menjalankan ujikaji pemberian kentang yang diubahsuai itu pada tikus dan mendapati bahawa kentang itu merosakkan usus, organ-organ lain, dan sistem imun.

Jagung GM menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang tikus

Satu kajian yang dijalankan oleh saintis Perancis dan disiarkan dalam Arkib Pencemaran Alam Sekitar dan Toksikologi, mendapati gejala keracunan dan kerosakan hati dan buah pinggang pada tikus yang makan jagung GM.

Soya GM meningkatkan kematian pada tikus dan mengurangkan kesuburan tikus belanda

Satu kajian 2006 yang dikendalikan oleh Irina Ermikova Negara Rusia Akademi Sains menemui bahawa lebih separuh daripada bayi daripada ibu tikus makan soya GM meninggal dunia dalam tempoh tiga minggu. Dalam satu lagi kajian saintis Rusia mendapati bahawa tikus belanda yang makan soya GM telah hilang keupayaan mereka untuk membiak dengan generasi ketiga. Anak tikus belanda juga mengalami pertumbuhan yang lebih perlahan dan kadar kematian tinggi

Jagung GM membahayakan serangga akuatik
A 2007 published study by Indiana University environmental science professor found that GM corn produced increased mortality and reduced growth in caddisflies, aquatic insects that are a food resource for higher organisms like fish and amphibians. Satu kajian 2007 yang diterbitkan oleh professor sains alam sekitar Universiti Indiana mendapati bahawa jagung GM menghasilkan peningkatan dalam kematian dan pertumbuhan terbantut dalam caddisflies, sejenis serangga akuatik yang merupakan sumber makanan bagi organism akuatik yang lebih besar seperti ikan dan amfibia.

Jagung GM mengancam jagung asli di Mexico
Dalam artikel yang disiarkan dalam majalah Nature, 2001, University of California di Berkeley, penyelidik Ignacio Chapela dan David Quist menyifatkan bagaimana gen daripada jagung GM boleh mencemarkan variasi gen jagung asli di Oaxaca, Mexico. Hasil penemuan itu amat menyedihkan kerana pencemaran telah ditemui beribu-ribu batu dari penanaman jagung GM dan kerana ia mengancam pusat kepelbagaian biologi untuk jagung
Soya GM mewujudkan “gulma super”

Penggunaan meluas herbisid glifosat yang digunakan dengan bertoleransi herbisid jagung GM, kacang soya, canola, dan kapas telah membawa kepada penciptaan rumpai tahan herbisid infesting berjuta-juta ekar tanah ladang di seluruh Amerika Syarikat.

Tanaman GM meningkatkan penggunaan racun perosak
Tanaman diubah secara genetik meningkat penggunaan racun rumpai sehingga mencecah 383 juta paun di Amerika Syarikat 1996-2008, menurut laporan oleh Pusat Organik.

Nak tahu lebih lanjut tentang GMO?
http://www.non-gmoreport.com/whatisnon-gmo.php
http://www.nongmoproject.org/





ESP Shaklee salah satu produk soya NON-GMO..Boleh baca di sini tentang ESP Shaklee. Dulu pun saya tak berani nak ambil mana-mana produk soya sebab banyak terbaca pasal keburukan soya. Bila dah jumpa dengan ESP Shaklee, ada Nampak pasal NON-GMO…dari situ saya buat bacaan dan kajian.. Kesan-kesan keburukan soya banyak persamaan dengan kesan produk-produk GMO.


Sumber: Kioskvitamin

Jumaat, 14 Jun 2013

ALFALFA SHAKLEE 1001 PENAWAR UNTUK LELAKI DAN WANITA

Hari ni saya rasa sungguh gembira apabila pendapat feedback dari pelanggan yang telah makan alfalfa iaitu Pn. Liza Latif...Pn Liza sedang menyusukan anak berusia 5bulan.. Pada mulanya beli trial Pack Alfalfa untuk banyakan susu.. Alhamdulillah selepas makan Rezeki anak air susunya banyak.. Si suaminya pula sakit - sakit badan, sakit kaki... Alhamdulillah lepas consume Alfalfa sakit-sakit badan dan kaki hilang.. Alfalfa mempunyai 1001 penawar penyakit InsyaAllah..

Pn. Liza telah berkongsi cerita dengan rakan-rakan sekeliling keistimewaan Alfalfa Shaklee dan Pn Liza telah hubungi saya untuk pesanan Trial Pack Alfalfa untuk rakan-rakannya yang ada masalah kesihatan.. Bertambah gembira apabila baru 4 hari makan masalah sakit badan, tumit, letih hilang malah badan mereka ringan dan bertambah segar.. Mereka ni semua makan Alfalfa dengan suami sekali ok.. 

Antara khasiat Alfalfa Shaklee ialah: 


1.    Merawat masalah pencernaan
2.    Mengawal kadar kolestrol dalam darah
3.    Menghapuskan kolestrol buruk 'LDL' dari tubuh
4.    Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok
5.    Bagus untuk pesakit diabetes kerana mengurangkan paras gula dalam darah
6.    Mencegah edema - Pengumpulan air dalam badan
7.    Mengurangkan simptom menopous
8.    Merawat asthma dan lain-lain masalah pernafasan
9.    Merawat masalah sembelit.
10.  Menyahkan toksin dalam tubuh
11.  Mengurangkan kesakitan otot dan sendi
12.  Meningkatkan sistem pertahanan tubuh
13.  Membantu masalah penghadaman
14.  Membantu membanyakkan susu (milk booster)
15.  Mengurangkan masalah pundi kencing
16.  Mengurangkan masalah gastrik dan gangguan hati
17.  Meningkatkan kesihatan prostat
18.  Bertindak seperti kacip fatimah kepada wanita
19.  Menghangatkan hubungan suami isteri
20.  Membantu tingkatkan kesihatan lelaki

Jadi bagi yang masih belum try Alfalfa bertindaklah sekarang.. hubungi saya untuk pesanan dan info lanjut ok.. jangan malu dan jangan pula segan InsyaAllah saya bantu anda...


Isnin, 10 Jun 2013

URUTAN RANGSANG BAYI

Sentuhan dan belaian mempunyai kuasa magis kerana ia dapat mempengaruhi perkembangan positif terhadap emosi dan psikologi bayi yang diurut.
Amalan urutan dan sentuhan daripada ibu boleh menjadi perangsang kepada perkembangan psikologi dan tumbesaran bayi.
Urutan muncul sebagai rawatan alternatif terbaik memberi perlindungan awal bayi daripada jangkitan. Bahkan ia juga terapi berkesan membantu merangsang perkembangan bayi pra matang.
Kajian ke atas bayi pra matang yang diberikan urutan pada kepala, bahu, belakang badan, kaki dan tangan selama lima minit tiga kali sehari menunjukkan pertambahan berat badan antara 21 hingga 47 peratus seterusnya membolehkan mereka keluar dari hospital lebih awal.
 
Antara faedah yang diperoleh oleh bayi yang diurut adalah seperti berikut:
 
1. Membantu pembesaran fizikal bayi.
2. Menguatkan ketahanan tubuh badan.
3. Membina keyakinan diri.
4. Membantu bayi berasa tenang dan selesa.
5. Mengeratkan ikatan kasih sayang antara ibu dan ayah.
 
Sebelum memulakan urutan pada bayi pastikan anda berdua benar-benar bersedia untuk mengurut dan diurut.
 
Beberapa langkah berikut boleh digunakan sebagai panduan berguna.
 
a. Pastikan anda selesa dan tidak diganggu selama 15 minit. Mainkan muzik yang berentak perlahan untuk memberi ketenangan dan kedamaian kepada ibu dan bayi.
b. Pastikan keadaan bilik berhawa sederhana hangat sepanjang waktu mengurut. Bentangkan selimut atau kain yang lembut untuk membaringkan bayi.
c. Urutan paling sempurna dapat dilakukan jika bayi berkeadaan tidak berbaju dan berseluar, sebaik-baiknya selepas mandi.
d. Penggunaan minyak bayi yang lembut boleh mengurangkan geseran ke atas kulit bayi. Gosok kedua-dua belah tangan untuk memanaskan tangan sebelum menyentuh bayi. Sapukan minyak secukupnya di tangan supaya boleh mengurut dengan lebih mudah.
e. Mulakan dengan sentuhan yang lembut. Tambahkan tekanan secara perlahan-lahan apabila yakin bayi kelihatan selesa.
f. Pandang mata bayi, menyanyi atau bercakap dengannya sambil mengurut.
g. Seelok-eloknya masa mengurut adalah sama setiap hari agar bayi dapat merasainya sebagai satu rutin.
h. Disarankan bermula dari kepala hingga ke hujung kaki, kemudian baru beralih ke bahagian belakang kaki.
 
Sumber : Pa & Ma

Mitos VS Realiti

Tentu papa dan mama biasa diingatkan oleh orang tua-tua tentang pantang larang yang boleh dan tidak boleh dilakukan sejak mengandung hinggalah mempunyai anak.
Kadang kala pening kepala juga dibuatnya sama ada mahu mengikut atau sebaliknya tentang pantang larang tersebut terutama dalam bab membesarkan bayi.
Cuba kita lihat beberapa pantang larang yang biasa diberitahu oleh orang tua-tua tentang penjagaan bayi dan kanak-kanak dan buat perbandingan daripada sudut pandangan pakar perubatan.
1. Bayi baru lahir perlu dipakaikan barut agar tidak kembung atau rangka dada tidak terlalu menonjol khususnya bayi perempuan.
Penjelasan:Dinding perut bayi masih lagi lemah ketika usia ini. Oleh yang demikian, pastikan barut dipakai pada bahagian perut sahaja dan bukan terus ke dada kerana khuatir perkembangan organ dalaman anak tidak sukar untuk berkembang dengan cepat. Jangan diikat terlalu ketat kerana dikhuatiri bayi tidak selesa. Pemakaian barut boleh membantu mengelakkan tali pusat tidak luka akibat geseran. Barut dapat membantu memanaskan tubuh bayi.
2. Setelah tali pusat tercabut, pusat bayi harus ditindih dengan kepingan syiling atau logam agar pusat tidak menonjol keluar.
Penjelasan:Sebenarnya, kaedah ini tidak perlu dilakukan lebih-lebih lagi jika pusat bayi memang tidak menonjol. Namun, anda boleh mengikut panduan ini jika pusat bayi menonjol asalkan logam terbabit bersih dan disteril.
3. Bayi baru lahir harus dibedung agar kakinya tidak bengkok atau bersilang.
Penjelasan:Sebenarnya, membedung adalah untuk memberikan keselesaan kepada bayi ketika tidur. Sehingga anak berusia enam bulan, anak sering mengalami kejutan refleks. Jadi, jika dibedung, ketika berlaku kejutan refleks ini, bayi akan kurang merasa terkejut. Namun perlu diingat, bedung biasanya membuat peredaran darah anak terganggu. Ini membuatkan jantung terpaksa bekerja keras untuk mengepam darah. Akibatnya, anak akan kerap sakit terutama di bahagian dada khususnya di sekitar paru-paru atau rongga pernafasan.
4. Tidak elok memandikan bayi selepas jam 3 petang.
Penjelasan:Ibu sebenarnya bebas menentukan masa untuk memandikan bayi. Biasanya, pada bulan-bulan pertama, anak boleh dimandikan antara jam 9.30 hingga 10.00 pagi. Bila usia bayi meningkat, anda boleh memandikan anak antara jam 8.00 hingga 10.00 pagi. Manakala, pada waktu petangnya pula, bergantung pada suhu ketika itu. Paling penting jangan mandikan anak setelah diberi susu kerana selepas minum biasanya anak akan mengantuk dan mahu tidur.
5. Tangan dan kaki bayi tidak perlu selalu ditutup dengan sarung kaki dan tangan.
Penjelasan:Sebenarnya tiada masalah jika tangan dan kaki anak disarungkan terutama ketika suhu dingin. Pemakaian sarung tangan juga perlu untuk mengelakkan berlaku calar akibat terkena kuku. Jika di luar rumah, sebaiknya bayi tidak perlu dipakaikan sarung tangan kerana pemakaian sarung tangan akan membatasi perkembangan deria rasanya.
6. Kuku bayi tidak boleh dipotong sebelum usianya 40 hari.
Penjelasan:Larangan ini mungkin disebabkan khuatir akan melukan kulit jari tangan dan kaki anak. Saiz kuku yang kecil dan nipis memang menyukarkan anda memotong kuku si kecil. Namun, jika dilakukan secara berhati-hati dan menggunakan peralatan yang khusus, kemalangan mungkin dapat dielakkan. Jadi, sebenarnya memotong kuku bayi tidak perlu menunggu sehingga usianya 40 hari asalkan berhati-hati.
7. Anak tidak boleh didukung dengan kaki dikangkangkan kerana khuatir akan terkangkang.
Penjelasan:Tidak benar sama sekali. Tidak menjadi hal jika anak didukung dengan cara ini asalkan kepala dan punggungnya diampu agar tidak jatuh ke belakang. Kaki anak kangkang mungkin disebabkan oleh genetik yang diterima daripada ibu atau ayah.

PENJAGAAN BAYI BARU LAHIR



Bayi yang baru lahir amat sensitif terhadap persekitarannya. Sesetengah bayi memerlukan penjagaan rapi selepas dilahirkan terutamanya bagi yang dilahirkan pramatang. Bayi pramatang memerlukan penjagaan khusus untuk memastikannya membesar seperti bayi normal. Kebiasaannya, ada beberapa perkara yang anda perlu ketahui tentang penjagaan bayi baru lahir.
Ketika baru dilahirkan, sistem tubuh bayi anda masih belum berfungsi dengan sempurna. Dia memerlukan tempoh beberapa minggu untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru setelah kira-kira 40 minggu berada di dalam kandungan.
Jangan terkejut jika kaki dan tangan bayi anda berasa sejuk semasa anda memegangnya. Hal ini berlaku kerana sistem peredaran darahnya belum sempurna. Warna kulit bayi anda juga akan berubah dari masa ke semasa. Ketahuilah bahawa kebanyakan kulit bayi baru lahir akan mengalami kekeringan dan pengelupasan. Ini adalah proses semula jadi dan terjadi kerana kandungan minyak yang dihasilkan oleh kulit bayi belum stabil.
Pada masa yang sama, bulu-bulu halus yang ada pada tubuh bayi anda akan gugur sedikit demi sedikit. Anda juga akan dapat melihat tompok-tompok merah seperti ruam pada hidung dan beberapa bahagian lain pada tubuh yang lain. Jangan bimbang kerana kesemua ini akan hilang apabila bayi anda semakin membesar.
Selain itu, pusat bayi baru lahir perlu dijaga rapi. Cuci tunggul pusat bayi anda dengan air dan pastikannya selalu bersih dan kering. Tali pusat tersebut akan tertanggal dengan sendirinya selepas lapan ke 12 hari kelahirannya. Adalah menjadi kebiasaan sekiranya tali pusat tersebut berdarah atau berbau sedikit.
Lazimnya, bayi baru lahir akan turun berat badannya selepas tiga atau empat hari dilahirkan. Walau bagaimanapun, bayi anda akan mendapat kembali berat badan asalnya selepas dua minggu dilahirkan. Pastikan juga bayi anda mendapat suntikan imunisasi seperti yang disyorkan doktor pediatrik untuk mengelakkan penyakit berbahaya. Ketika ini juga, doktor pediatrik anda akan merekodkan perkembangan fizikal dan mental bayi anda seperti berat badan, tinggi dan pergerakan yang sepatutnya bayi anda lakukan.
Kepada ibu bapa baru, setelah mengetahui perkara-perkara asas tentang bayi baru lahir anda, janganlah takut untuk memegang atau membelainya. Bayi amat suka disentuh dan dibelai. Namun, anda haruslah berhati-hati agar tidak mencederakannya. Jangan panik jika bayi anda menangis. Carilah punca mengapa dia menangis. Biasanya bayi menangis kerana dia lapar, lampinnya basah, dia rasa mengantuk atau rasa tidak selesa. Ketika bersama bayi, eloklah anda berbual-bual, senyum dan bermain-main dengannya untuk merangsang deria anak dan membangkitkan rasa kasih sayang antara anda berdua.
 
Tip Penjagaan Bayi Baru Lahir
  • Mandikan bayi anda dengan air suam untuk mengelakkan bayi sejuk.
  • Selepas mandi, lapkan tubuh bayi termasuk tali pusatnya hingga kering. Sapukan tali pusat bayi anda dengan ubat yang diberikan doktor.
  • Jika anda memakaikan bayi anda dengan lampin pakai buang, hendaklah sentiasa menukar lampin pakai buang bayi tersebut. Jangan biarkan bayi anda memakai lampin yang basah terlalu lama bagi mengelakkan bayi mengalami kerengsaan dan terkena ruam lampin.
  • Selepas itu, pakaikan bayi anda pakaian yang sesuai dan selesa.
  • Setiap kali selepas menyusukan bayi anda, sendawakannya bagi mengelakkan dia kembung atau muntah.
Sumber Majalah PA & MA

Ahad, 9 Jun 2013

Permata Hati Ibu Sayang: PROMOSI SEMPENA KETIBAAN RAMADHAN.. MEALSHAKE + ES...

Permata Hati Ibu Sayang: PROMOSI SEMPENA KETIBAAN RAMADHAN.. MEALSHAKE + ES...: BULAN ni saya buat dua PROMOSI ok.. Promosi 1) ESP+ MealShake Shaklee dan Promosi  & 2 ) Mealshake + Omega Guard.... tujuan promosi is...

CARATOMAX SHAKLEE MEMELIHARA KESIHATAN MATA

Hari ni adalah hari kedua telan caratomax untuk kesihatan mata.. Alhamdulillah setakat hari ni takde lagi healing crisis.. Temujajanji dengan Dr. Pakar Mata bulan Ogos 2013.. harap2 ada perubahan..



Kenapa saya ambil Caratomax Shaklee?

Masalah rabun yang semakin meningkat.. Semasa mengandungkan Nur Zafirah.. doktor Pakar O & G hospital selayang telah merujuk saya ke Klinik Pakar mata ikutan saya GDM with Insulin.. 8 bulan selepas bersalin doktor telah mengesahkan bahawa mata saya takde effect diabetis tapi suspek glukoma.. suspek je ok.. bulan 8 ni sekali lagi temujanji susulan so lebih baik makan vitamin mata sekarang sekurang2 nya mana tau kuasa Allah power mata boleh turunkan.. tak cuba mana tau.. lagi pun mata sangat pentingkan.. so Saya pilih CARATOMAX SHAKLEE untuk memelihara kesihatan mata saya..

Kebaikan Caratomax Shaklee..
Bagi yang mengalami masalah rabun mata seperti saya jom makan Caratomax Shaklee.. 


hubungi saya

PROMOSI SEMPENA KETIBAAN RAMADHAN.. MEALSHAKE + ESP & MEALSHAKE + OMEGA GUARD SEPANJANG JUN 2013

BULAN ni saya buat dua PROMOSI ok.. Promosi 1) ESP+ MealShake Shaklee dan Promosi  & 2 ) Mealshake + Omega Guard.... tujuan promosi istimewa sempena ketibaan bulan Ramadhan supaya Ibu dan anak Sihat dan bertenaga sepanjang hari...sangat sesuai diminum sepanjang berpuasa sunat rejab, syaaban dan menunaikan ibadah puasa di bulan ramadhan.. Protin soya dapat membantu menutralkan asid dalam perut so bantu pesakit gastrik seperti saya lebih sihat Semasa berpuasa.. bagi ibu yang menyusu bonus energy semasa berpuasa.. harga murah sempena ketibaan Ramadhan.. 

OPTION 1:  MEALSHAKE + ESP







OPTION 2:  MEALSHAKE + OMEGAGUARD


Jadi.. apa tunggu lagi dapatkan la sekarang sebagai persediaan ketibaan bulan ramadhan. Saya Ramadhan yang lepas sedang Menyusukan anak.. masalah susu Alhamdulillah macam biasa 4-6 oz setiap sesi.. Rahsianya tentulah Perfomence Drink+ ESP + Set Penyusuan Shaklee.. so anda bagaimana? Jom buat stok untuk puasa sementara harga tengah murah ni..hubungi saya 

Isnin, 3 Jun 2013

MEALSHAKE HARGA RUNTUH SEPANJANG JUN 2013...PRODUK SANGAT LARIS DI SHAKLEE.. GRAB SEKARANG SEBELUM KEHABISAN STOK..



Mealshakes sesuai bagi yang nak tambah berat badan,tak boleh nak telan vitamin bentuk pil dan sangat sesuai juga bagi anak-anak yang kurang selera makan,kurang fokus,kerap sangat demam,selsema..














Kenapa Mealshake?

Hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga:
• Sarapan segera yang berkhasiat
• Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli
• Hidangan segera untuk para atlet
• Kudapan menarik pada bila-bila masa
• Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium

Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.

Hubungi saya untuk harga istimewa...dapatkan mealshake sekarang ok.. jangan tunggu esok lusa.. grab sementara ada stok OK!!!

Izad Daud 0196020620
Shaklee Independent Distributo

Jumaat, 24 Mei 2013

Daun Mandian Herba /Sauna khas untuk ibu-ibu sedang berpantang




Daun yang telah melaui proses pengeringan tanpa menjejaskan mutu dan khasiatnya. Boleh digunakan oleh sesiapa sahaja dan disimpan untuk digunakan pada bila-bila masa yang diperlukan.

Berfungsi seperti daun-daun herba yang segar yang dipetik oleh orang-orang kampung di sekeliling rumah.

Digunakan sebagai bahan campuran untuk mandian bagi memberi kesegaran, keharuman dan aroma terapi pada tubuh badan yang kelesuan.

Sesuai untuk semua terutama ibu-ibu yang bersalin bagi mengembalikan kecergasan dan memulihkan tenaga secara semulajadi. Boleh menggunakan teknik air rebusan atau pengewapan (sauna)

BAHAN-BAHAN

Daun Lempuyang, Daun Jerangau, Daun Lengkuas, Daun Bonglai, Daun Serai Wangi, Daun Serai Biasa, Daun Jambu Batu, Daun Jambu Air, Daun Mengkudu, Daun Inai, Daun Tanduk Rusa, Daun Kunyit, Daun Kunyit Teras, Daun Kantan, Daun Sirih, Daun Halia, Daun Dedap, Pokok Tetulang, Daun Temulawak, Daun Bunga Melur, Daun Limau Purut, Daun Pegaga, Daun Temu Kunci.

HARGA

RM25 + POS RM9 (W.M)/RM19 (E.M)
SAIZ: 12X18
BERAT: 400G

HUBUNGI SAYA 0196020620

Ahad, 19 Mei 2013

PENYUSUAN PERTAMA SELEPAS KELAHIRAN



Panduan Bagi Ibu-Ibu yang memilih Penyusuan Susu Ibu selepas kelahiran

Selepas sahaja bersalin, letakkan bayi anda ke dada atau di atas perut anda, bersentuhan kulit ke kulit. Bayi sebenarnya sangat peka terhadap persekitarannya selepas dilahirkan, dan mereka juga selalunya lapar. Penyusuan pertamanya boleh diberi dalam masa 30 minit hingga sejam selepas dilahirkan. Susu manusia yang awal memberi perlindungan yang baik terhadap sebarang jangkitan.

Susu ibu dapat membekalkan zat-zat makanan atau nutrien kepada bayi untuk mencegah paras gula yang rendah di dalam darah. Rasa awal susu yang dihisap itu akan merangsang bayi untuk menyusu dengan lebih baik pada masa akan datang.

Jika anda bersalin dengan normal, anda boleh menyusukan bayi di katil atau di atas kerusi dengan cara seperti berikut:
  •  Berbaring mengiring dengan bayi menghadap anda.
  • Dukung bayi dengan kepalanya berada di atas lengan anda. Sokong dengan lembut belakang badan dan punggung bayi.
  • Ketika menyusukan bayi dengan cara ini, pastikan keseluruhan tubuh bayi menghala ke badan anda dan bukan ke arah siling.
Jika anda melahirkan anak melalui pembedahan Caesarean, anda bolehlah menyusu seperti berikut:
  • Duduk dan letakkan satu atau dua biji bantal tambahan untuk menyokong bayi dan melindungi luka pembedahan anda.
  • Berbaring mengiring dengan bayi menghadap anda.
  • Gunakan teknik kedudukan mengiring dan pastikan anda sentiasa dalam keadaan selesa.
Jangan merasa malu untuk mendapatkan pertolongan semasa mula menyusu kali pertama. Anda perlu melalui beberapa sesi penyusuan sebelum dapat menguasai kemahiran ini.

Tinggal sebilik dengan bayi anda (Rooming-in)

Apabila bayi diletakkan bersama-sama anda dalam satu bilik selepas bersalin, ia memberikan banyak masa dan peluang untuk anda berlatih menyusukannya. Amalan tinggal bersama bayi ini telah terbukti boleh menyumbang kepada kejayaan sesuatu penyusuan. Jika anda menghadapi kesukaran, berjumpalah penasihat penyusuan atau jururawat. Semasa berada di hospital, anda perlu memaklumkan jururawat atau bidan supaya tidak memberi makanan lain (susu formula atau air) atau puting sedut kepada bayi anda. Susu formula dan air tidak perlu diberi. Ia boleh mengelirukan bayi kerana bayi sedang belajar menyusu susu ibunya.

Menyusu bayi lebih awal dan kerap

Bayi anda perlu disusukan sekurang-kurangnya setiap 2 hingga 3 jam. Menyusu bayi lebih awal dan kerap dapat menbantu melembutkan payu dara dan memudahkannya untuk dipegang. Ia juga membantu mengurang atau mencegah payu dara dari membengkak. Awasi tanda-tanda bayi lapar seperti bunyi menghisap atau pergerakan bibir, pergerakan mata yang cepat ketika tidur dan perubahan riak wajahnya.
Cuba ramalkan rasa lapar bayi anda melalui tanda-tanda ini. Menyusu berpandukan isyarat ini membantu menghasilkan lebih banyak susu. Lebih kerap bayi anda menyusu lebih banyak susu akan dihasilkan. Konsep asas penyusuan iaitu " SUPPLY & DEMAND ". Lebih kerap payudara di kosongkan maka lebih banyak susu dihasilkan". Melalui konsep ini signal akan dihantar ke otak untuk menghasilkan lebih bayak susu kerana adanya permintaan dari bayi anda.

Bagaimana saya perlu menjaga payudara saya semasa menyusukan bayi?

Menjelang hari ketiga atau keempat penyusuan , susu anda akan bertukar dari kolostrum kepada susu yang kelihatan seperti susu skim. Payudara akan bertukar dari lembut kepada pejal. Jika puting meleleh, gunakan pad atau sapu tangan yang bersih, masukkan ke dalam coli untuk menyerap susu yang meleleh. Pastikan ia ditukar selalu. Jangan menggunakan pad plastik kerana ia menghalang peredaran udara di sekeliling puting. Semasa menyusu, lapkan puting. Ini akan mengurangkan rasa gatal dan kerengsaan. Anda boleh perah sedikit kolostrum dan sapukannya ke puting atau gunakan susu atau lanolin untuk mengelaknya dari kekeringan.

Melekap

Menyentuh puting anda ke tengah bibir bayi akan merangsang bayi untuk membuka mulutnya dengan luas. Apabila keadaan ini berlaku, cepat-cepat tarik bayi terus ke puting dan areola anda. Ingat bahawa apabila bayi telah melekap pada payudara anda, puting dan sebahagian besar kawasan areola sepatutnya berada di dalam mulutnya. Bibir dan gusi bayi seharusnya berada di sekeliling areola dan bukannya di atas puting. Ini menunjukkan betapa pentingnya bayi membuka mulut dengan luas. Anda boleh membantu bayi untuk melekap bibirnya ke payudara anda. Letakkan jari penunjuk di bawah payu dara dan ibu jari di bahagian atas (di belakang areola). Pastikan kedudukan bayi anda betul-betul di paras payudara anda. Pastikan juga jari anda jauh dari areola supaya ia tidak menghalang bayi melekapkan mulutnya ke payudara. Kali pertama bayi menghisap anda akan terasa tarikan/sentakan pada payudara. Jika anda terasa sakit, seperti dicubit kemungkinan bayi salah melekap. Masukkan jari anda di penjuru mulut bayi untuk membuka lekapan, betulkan kedudukan bayi dan cuba sekali lagi. Ia mungkin memerlukan beberapa percubaan. Jika puting anda tidak luka atau bermasalah, penyusuan tidak sepatutnya menyakitkan. Jika sakit, pelekapan mulut bayi mungkin tidak betul dan anda perlu memperbetulkannya semula.




Kedudukan lekapan adalah sangat penting kerana ia:

• Memudahkan pengaliran susu
• Mengelak puting dari membengkak.
• Memuaskan kehendak bayi anda.
• Merangsang bekalan susu yang banyak.
• Menolong mencegah payu dara dari terlalu penuh (menjadi bengkak).



Bayi menggunakan bibir, gusi dan lidah untuk menghisap susu keluar dari payu dara. Proses ini dikenali sebagai penyusuan. Dengan hanya menghisap putting, susu tidak akan keluar sebaliknya ia boleh menyebabkan puting terasa sakit. Kebanyakan bayi akan menghisap dengan aktif sekali jika mereka lapar dan berada pada kedudukan yang betul.

Untuk beberapa minggu pertama selepas kelahiran sehingga mencapai umur 4 bulan, bayi yang diberi susu ibu tidak sepatutnya diberikan makanan lain (air, air gula, susu formula dan sebagainya) melainkan atas sebab-sebab perubatan. Bayi yang disusukan secara berkala dan dengan berkesan akan mendapat segala bekalan zat-zat makanan atau nutrien dan air dari susu ibunya. Sesetengah pengkaji mendakwa jika botol dan puting sedut diberikan kepada bayi ia boleh menyebabkan bayi kekeliruan puting dan ini mengganggu proses penyusuan susu ibu.





Khamis, 9 Mei 2013

APAKAH KOLIK?

Bayi kami yang berusia lima minggu asyik menangis dan meragam sahaja. Kami diberitahu bahawa ini ialah kolik tetapi tiada siapa boleh menasihatkan kami apa yang perlu kami lakukan untuk menenangkan dia dan juga kami!

Menjaga bayi baru lahir terutamanya bagi kelahiran pertama merupakan cabaran bagi mana-mana ibu bapa, tetapi jika bayi anda menghidapi kolik, ibu bapa baru akan berasa amat risau. Anda berasa susah hati bagi bayi anda, kecewa kerana anda tidak dapat membantunya, marah kerana anda sudah letih menenangkannya dan mudah menangis sebab kekurangan tidur. Ini mungkin bukan gambaran anda sebagai ibu bapa!

Sepertimana yang diberitahu kepada anda kolik ialah label bagi pola tangisan yang tidak dapat dijelaskan pada bayi berusia di bawah tiga tahun yang sihat dan cukup makan. Walaupun kebanyakan bayi kecil kerap menangis tanpa sebab, terutamanya pada waktu awal petang, bayi yang menghidapi kolik menangis dengan lebih kerap daripada yang lain dan adalah sukar atau mustahil untuk ditenangkan.

Tangisan bayi selalunya akan lebih kerap di antara usia enam hingga lapan minggu dan akan berkurangan apabila bayi berusia tiga bulan. Jika bayi anda baru lahir sihat tetapi menghidapi kolik, kehidupan anda bagi minggu-minggu berikutnya akan menjadi lebih sukar.

Anda akan mendengar banyak teori dan nasihat mengenai cara menghadapi bayi yang menghidapi kolik. Lambat laun bayi anda akan bebas daripada kolik, tetapi pada masa itu anda pasti sudah mencuba hampir semua cara untuk menenangkannya. Walau bagaimanapun, informasi mengenai punca kolik, jika berkaitan dengan bayi anda, boleh membantu anda melakukan apa yang sepatutnya. Berikut adalah beberapa punca yang mungkin:

• Sistem saraf pusat bayi anda masih tidak matang dan tidak stabil dan bayi anda belum bersedia untuk menghadapi stimulasi yang tidak dijangka. Bayi ini mungkin kurang menangis jika dia dibedung atau diangkat dalam anduh atau dibuai dalam buaian. Bayi anda mungkin akan tenang apabila anda memperdengarkannya dengan bunyian atau vibrasi berterusan yang menghalang stimulasi lain, seperti membawa dia berjalan dalam kereta atau meletakkannya berhampiran peralatan rumah yang berbunyi. Bayi anda mungkin akan tenang jika dia menghisap puting atau jarinya atau jika anda mengurutnya dengan perlahan atau membawanya keluar berjalan di luar rumah.

• Sistem gastrousus bayi anda mungkin belum lagi tidak matang. Anda mungkin sedar bahawa bayi anda berangin atau sakit terutamanya selepas menyusu atau sebelum buang air besar. Jika dia berangin atau perlu sendawa dengan banyak, pastikan dia tidak menghirup udara dari botol dan selalu sendawakannya walaupun dia memakan susu badan. Jika dia terlalu berangin, pakar pediatrik anda mungkin menyarankan rawatan antispasmodik seperti Dentinox atau Colimix.

• Bayi anda mungkin mengalami reaksi kecernaan atau alahan kepada susu yang diminumnya. Jika anda menyusui, anda boleh cuba menukar diet anda untuk melihat sama ada ini akan mengurangkan tangisan bayi anda. Anda tidak boleh mengambil makanan pedas atau bijiran serat tinggi, kekacang, brokoli dan kubis dan kafein. Sesetengah bayi akan lebih sihat jika ibu mereka tidak mengambil sebarang produk susu dalam diet mereka. (Jika anda mahu berbuat demikian, berbincanglah dengan doktor anda untuk memastikan diet anda masih mencukupi). Jika bayi anda minum susu formula, berbincang dengan doktor anda sebelum menukarkan jenis susu yang anda gunakan. Susukan bayi anda apabila dia lapar kerana sesetengah bayi akan menangis dan meragam kerana kelaparan jika ibu bapa mengikuti waktu makan yang berjadual.

• Bayi anda mungkin akan menjadi amat sensitif dan reaktif. Dia akan sukar ditenangkan kerana keperluan tidur dan makannya tidak menentu. Bayi yang sukar ditenangkan selalunya dilahirkan pra-matang beberapa minggu dan perlu menyesuaikan diri atau mungkin cuba untuk pulih dari kelahiran yang sukar.

Bayi anda mungkin akan terus sensitif walaupun dia sudah pulih dari kolik. Jika dia kerap menangis dan sukar ditenangkan, ini akan meletihkan anda. Jika tiada apa yang berjaya dilakukan, anda mungkin merasakan bahawa perasaan anda adalah puncanya. Anda perlu ingat bahawa kerisauan ibu bapa bukanlah punca kolik. Kolik boleh memberikan tekanan kepada ibu bapa dan ibu bapa yang stres akan dapati ianya lebih sukar untuk menenangkan bayi yang meragam.

Jika anda mula berasa tertekan, anda perlu meletakkan bayi anda sementara waktu supaya anda boleh menenangkan diri anda. Berehat akan membantu anda dan bayi anda. Anda boleh membawa bayi anda berjalan supaya anda berdua boleh mengambil udara segar. Lebih baik lagi, anda minta bantuan daripada suami atau rakan anda untuk menjaga bayi untuk sementara waktu. Ambillah masa panjang untuk berrelaks sambil atau baring dalam bilik yang tenang. Beberapa jam rehat akan memberikan anda tenaga untuk menjaga bayi anda semula.

Dijawab oleh Anna McGrail dan disemak semula oleh Dr Winston Yong Sin Chuen, bekas profesor madya di Universiti Kebangsaan Malaysia, dan kini seorang pakar pediatrik di sebuah hospital swasta di Lembah Klang

Ahad, 5 Mei 2013

HAND FOOT MOUNTH DISEASE ( HFMD)

Lama tak berkongsi cerita di blog ni.. pagi ini nak cerita dan kongsi sesuatu yang boleh menjadi panduan buat semua ibu bapa diluar sana berkaitan Penyakit HMFD.. kebetulan kedua-dua permata hati saya Muhammad Azim dan Nur Zafirah sedang mengalamai HMFD.. Jom  tambah ilmu tentang HMFD...

1.        Apa itu  Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut?

HFMD adalah penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus. Penyakit ini terdapat diseluruh dunia. Di negara yang beriklim 4 musim, penyakit ini sering terjadi pada musim panas. Di negara tropika, kejadian penyakit ini berlaku sepanjung tahun. Penyakit ini sering menyerang bayi dan kanak-kanak kecil. Penyakit ini biasanya tidak teruk dan akan sembuh dalam masa 5 – 7 hari. Namun kadangkala penyakit ini boleh menyebabkan penyakit serius jika menjejaskan jantung atau otak yang memungkinkan kematian.

2.        Apakah tanda-tanda HFMD.

HFMD ditandai oleh:
o   Demam – dimulai dengan demam ringan, rasa tidak sihat  dan hilang selera makan
o   Ruam dan blister (melepoh) di tapak tangan, tapak kaki dan kadang-kadang di punggung (nappy area), lutut dan siku; selepas 1-2 hari demam bermula.
o   Melepoh (blister) di bahagian dalam pipi/mulut; selepas 1 – 2 hari demam bermula.
o   Ulcer mulut yang sakit

3.        Adakah penyakit HFMD sama dengan Penyakit Kuku dan Mulut?

Walaupun namanya hampir sama tetapi penyakit Kuku dan Mulut adalah sama sekali penyakit yang lain dan disebabkan oleh virus yang berbeza, tiada kaitan dengan HFMD. Penyakit Kuku dan Mulut adalah penyakit yang menyerang lembu, kambing dan khinzir.

4.        Apakah penyebab HFMD?

Penyakit HFMD disebabkan oleh sekumpulan virus dalam kumpulan enterovirus. Virus yang paling sering menyebabkan HFMD adalah Coxsackievirus. Kadang-kadang HFMD disebabkan oleh Enterovirus 71. (Lain-lain virus dalam kumpulan enterovirus adalah poliovirus, coxsackievirus, echovirus dan lain-lain enterovirus)

5.        Adakah HFMD ini serius?

Lazimnya HFMD adalah penyakit ringan. HFMD yang disebabkan oleh Coxsackievirus menunjukkan gejala ringan dan pesakit akan sembuh tanpa rawatan. Jarang sekali jangkitan Coxsackievirus menyebabkan viral meningitis dan memerlukan kemasukan ke hospital. Jangkitan Enterovirus 71 (EV 71) boleh menyebabkan viral meningitis dan kadangkala gejala yang lebih serius seperti encephalitis atau kelumpuhan menyerupai poliomyelitis. Encephalitis yang disebabkan oleh EV 71 boleh menyebabkan kematian.

6.        Adakah HDMD ini mudah berjangkit?

HFMD mudah berjangkit (moderately contagious). Penyakit ini merebak dari seorang ke seorang melalui hubungan terus (direct contact) dengan cairan hidung, mulut, air liur, cairan dari blister atau najis pesakit HFMD. Pesakit HFMD boleh merebakkan jangkitan semasa minggu pertama penyakit. HFMD tidak menjangkiti binatang atau merebak dari binatang 

7.        Selepas terdedah kepada jangkitan, bilakan pesakit menunjukkan gejala?

Biasanya 3 hingga 7 hari selepas seseorang itu terdedah kepada jangkitan, pesakit akan mula menunjukkan gejala HFMD. Demam merupakan gejala pertama HFMD.

8.        Siapakah mereka yang berisiko terhadap HFMD?

Semua orang berisiko mendapat jangkitan, namun tidak semua orang akan jatuh sakit. Kanak-kanak berumur kurang 5 tahun lebih cenderung mendapat jangkitan dan menunjukkan gejala penyakit. Ini disebakan mereka dalam kumpulan umur ini masih belum lali (belum immune) terhadap penyakit ini. Jangkitan yang berlaku akan meninggalkan imuniti terhadap virus berkenaan. Namun individu boleh mendapat penyakit HFMD kali kedua/seterusnya jika dijangkiti virus HFMD yang lain.

9.        Apakah risiko yang akan dihadapi oleh ibu hamil jika terdedah kepada pesakit HFMD?

Semua orang berisiko mendapat jangkitan HFMD termasuk juga wanita hamil. Sehingga kini tiada bukti untuk mengaitkan jangkitan HFMD dengan masalah seperti keguguran, lahir tidak cukup bulan atau kecacatan. Namun bayi yang lahir dari ibu yang sedang dijangkiti sangat berisiko tinggi mendapat jangkitan HFMD.

10.     Bagaimana Diagnosa HFMD dibuat?

Diagnosa HFMD biasanya dibuat berdasarkan gejala klinikal. Ini kerana proses untuk mengenalpasti virus dari sampel pesakit akan mengambil masa 1 hingga 2 minggu.

11.     Bagaimana HFMD dirawat

Tiada terdapat rawatan khusus untuk HFMD. Semua pesakit dirawat secara simtomatik. Mereka yang mengalami gejala HFMD dinasihatkan mendapatkan perkhidmatan kesihatan. Doktor akan membuat keputusan bagi memasukkan pesakit ke hospital.

12.     Bolehkan HFMD ini dicegah?

Walaupun tiada vaksin khusus untuk HFMD, namun penyakit ini mudah dicegah.
o   Elakkan dari membawa kanak-kanak ke tempat sesak seperti sekolah, tadika, nurseri, taman permainan, pasar, pasaraya atau kenderaan awam sekiranya mereka mempunyai gejala.  
o   Amalkan kebersihan diri yang baik:-
§  Basuh tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, menukar lampin, membersihkan najis bayi dan sebelum menyediakan makanan.
§  Basuh tangan sebelum memegang anak kecil sekembali dari tempat kerja.
§  Galakkan anak selalu membasuh tangan terutama selepas bermain, ke tandas dan sebelum makan.
§  Tutup mulut dan hidung semasa bersin dan batuk.
§  Sentiasa menjaga kebersihan rumah dan persekitaran rumah.
§  Basuh alat permainan, kerusi, permukaan meja dan lantai dengan larutan cair yang mengandungi klorin (seperti Chlorox yang dicairkan) untuk mengelakkan dicemari oleh cairan tubuh yang mengandungi virus penyebab HFMD.

13.     HFMD di Nurseri/TASKA/TADIKA/Sekolah

§  Jika HFMD menjangkiti kanak-kanak yang menghadiri nurseri, tadika atau taska, adalah dinasihatkan mereka tidak dibenarkan ke institusi tersebut sehingga sembuh (lebih kurang 10 hari dari hari mula demam) bagi mengelak rebakan.
§  Amalan pencegahan seperti di atas perlu diamalkan setiap masa.
§  Penutupan premis selama 10 hari dari tarikh mula sakit pesakit terakhir boleh dilakukan sekiranya perlu. Sekiranya premis tersebut adalah sekolah, memadai menutup kelas yang terlibat kerana kanak-kanak yang lebih besar akan mengalami gejala yang ringan sahaja.

14.     Nasihat kepada orang ramai

Ibubapa dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat doktor sekiranya anak mereka mengalami gejala HFMD. Ibubapa patut berhati-hati terhadap perubahan didalam tingkah laku seperti mudah gelisah (irritation) dan mengantuk (sleepiness). Ibubapa harus segera membawa anak ke hospital dengan segera jika pesakit enggan makan dan minum, muntah berterusan atau kelihatan kurang sedar (drowsiness) 

Sumber : http://jknjohor.moh.gov.my
------------------------------------------------------------------------------

Bila doktor mengesahkan kedua-dua anak saya menghidap HFMD saya terus bergegas ke Shaklee Wangsa Maju untuk membeli Basic H. Basic H ni saya gunakan sebagai mandian anak-anak saya.. Alhamdulillah.. Suhu panas  baby saya terus turun dan tak demam. Ok sepanjang anak-anak saya mengalami HFMD ni saya telah menggunakan Basic H Shaklee sebagai mandian dan Krim Herba Bland Shaklee sebagai sapuan di tempat yang melepuh tu. Si abang memang terukla kaki tangan melepuh2 merah dan bila menggaru merebak ketempat lain.. Saya tetap mandikan dia dgn basic H untuk hilangkan gatal dan krim Herbal Blend sapu ditepat kudis2 tu.. Si baby pula setelah dimandikan dengan Basic H, alhamdulillah hanya kawasan lampin sahaja yang melepuh merah dan tidak merebak ke kaki dan tangan.. Sangat-sangat menakjubkan.. Saya sapu krim Herbal Blend di kawasan ruam dan melepuh merah tu pagi, petang dan malam.. saya tak gunakan krim yang klinik bekalkan sebab racun. risau anak garu n masuk tangan dalam mulut. Krim Herbal Blend ni organik so tak perlu risau.. Alhamdulillah demam suhu cepat turun, tak gatal dan bekas2 lepuh merah tu cepat baik..Syukur Alhamdulillah.. 


Bagi ibu-ibu yang perlukan bantuan saya jika mengalami HFMD so bolehla ikhtiar dengan Basic H dan Krim Herbal Blend Shaklee.. dan hubungi saya untuk maklumat lanjut ok..


 

Search