Khamis, 21 Februari 2013

Supplemen Shaklee untuk Ibu Hamil/Mengandung

 

Ibu hamil memerlukan nutrisi yang lebih tinggi dari orang lain, jadi tidak hairan jika ibu hamil diberikan suplemen. Ini bukan sahaja untuk kandungan tetapi juga mengelakkan risiko semasa kelahiran.



Supplemen untuk ibu mengandung/hamil


Apakah vitamin terbaik buat ibu hamil?
  1. Vitalea Iron Formula (multivitamin dan multimineral)
  2. B Complex (lengkap dengan asid folik)
  3. Vitamin C
  4. Ostematrix (kalsium magnesium)
  5. ESP/ Mealshake (sumber protein)
  6. Omega Guard
Secara ringkasnya, fungsi setiap vitamin adalah seperti berikut :


Vitalea with Iron Formula

~ Vitalea diformulasikan  dengan iron (zat besi) di mana ia adalah sangat penting bagi ibu hamil terutama jika ibu ada masalah masalah mudah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia adalah berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak.
~ Ia membantu tumbesaran bayi dalam kandungan.
~ Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi.


 

B Complex
~ B Complex Shaklee adalah unik kerana ianya lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan vitamin B.
~ Asid folik adalah sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya ‘spina bifida’.
~ Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari.
~ Adalah penting bagi memastikan keperluan asid folik adalah mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung sehinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.


Sustained Release Vitamin C
~ Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat.
~ Ia juga membantu dalam penghadaman zat. Di samping itu Vitamin C juga meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh (cth: flu).
~ 1 biji vitamin C Shaklee bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari?
~ Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.
~ Ia juga membantu mengurangkan efek stretch mark ketika hamil.


 Ostematrix (Kalsium)
~ Ibu hamil memerlukan 1000mg-1300mg kalsium sehari.
~ Ostematrix mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Dengan adanya vitamin D, kalsium dapat diserap dengan lebih baik oleh tubuh kita.
~ Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.
~ Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi.
~ Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu.
~ Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot (simpul biawak)
~ Menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.
~ Sekiranya ibu hamil mengalami masalah kekurangan kalsium, ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis pada usia tua.
~ Sangat sesuai bagi orang yang tidak suka minum susu.
~ Ia juga membantu mengelakkan komplikasi kepada ibu ketika meneran sewaktu bersalin. 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Quote from babyc
enter:
When you're pregnant, your developing baby needs calcium to build strong bones and teeth; to grow a healthy heart, nerves, and muscles; and to develop a normal heart rhythm and blood-clotting abilities. If you don't get enough calcium in your diet when you're pregnant, your baby will draw it from your bones, which may impair your own health later on. (
Baby Center)





ESP/Mealshake (Protein)
~ Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh.
~ Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak.
~ Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik.
~ Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit.
~ ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk.
~ Protein memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi.
~ Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah.
~ Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.






OmegaGuard (Omega 3)
~  Mengandungi DHA yang sangat penting untuk perkembangan otak.
~ DHA dan EPA dari OmegaGuard ini penting untuk pembentukan otak dan mata bayi.
~ Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan juga membantu badan ibu naik secara melampau.
~ Pengambilan Omega guard juga membantu mencantikkan kulit anda!




 Saya quote kepentingan Omega :

The benefits for baby are:
·         A better brain with higher intelligence
·         Good nervous system development
·         Better eyesight from retina formation
·         Fewer behavioral problems after birth
·         Better sleep patterns for a new born


Health benefits for mom include:
·         Less chance of developing pre-eclampsia
·         Protection against brain loss during pregnancy
·         Less chance of pre-term labor and cesarean
·         Much lower risk of postpartum depression
·         Greatly reduced incidence of breast cancer


DHA and EPA make up about 70% of a newborn baby’s brain, retina and nervous system. The only way a fetus can get these important omega 3 fatty acids is from mom. And the amount is dependent on how much she's getting in her pregnancy diet. (BellaOnline)
Istimewanya, penggunaannya boleh disambung semasa berpantang dan semasa menyusukan bayi. 


permatahatiibu@gmail.com
FB Pages : Permata Hati Ibu Sayang & Rahsia Kurus Sihat Cantik

Selasa, 19 Februari 2013

OMEGA GUARD SHAKLEE SEMEMANGNYA MINYAK IKAN TERBAIK YG KAYA DGN OMEGA-3..



Shaklee OmegaGuard (Fish Oil) mengandungi Omega-3 Fatty Acid yang dilengkapi dengan DHA serta EPA. Omega-3 adalah asid lemak perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh badan dan perlu diambil daripada diet harian.





Siapa yang perlukan omega?

(1) Ibu hamil
- Membantu perkembangan otak bayi dari dalam kandungan, mengawal kenaikan berat badan, mengurangkan kolestrol, mengurangkan risiko gila meroyan selepas bersalin, mengurangkan risiko melahirkan bayi pra matang.

(2) Ibu menyusu
- Membekalkan DHA utk prkmbangan otak bayi yg menyusui susu ibu, mmbntu pngurusan berat badan.

(3) Kanak-kanak
- Membantu perkembangan otak, menguatkan sistem imunisasi, mengurangkan gejala eczema & asma.

(4) Masalah berat badan
- Omega-3 meningkatkan hormone Leptine yang berfungsi mengawal selera makan , membantu membakar lemak dengan lebih cepat berbanding lecithin

(5) Pelbagai masalah kesihatan lain
- Sakit sendi, tinggi kolestrol, kesihatan jantung, batuk berkahak, strok dan banyak lagi..

Keistimewaan Omega Shaklee

Omega Guard Shaklee bukan sahaja melalui double molecular distillation, malah triple molecular distillation iaitu Peyulingan pemeringkatan 3 kali. Melalui proses Triple Molecular Distillation itu pastinya minyak ikan Omega Guard Shaklee lebih terjamin kebersihan dan tahap keselamatannya, malah lebih tinggi kepekatannya berbanding jenama lain. Kebanyakan minyak ikan juga mengandungi plumbum yang tidak elok untuk kesihatan dalam jangka masa panjang. Omega shaklee dari sumber ikan laut dalam dijamin bebas plumbum melalui klinikal test yang dijalankan.


                                         FB Pages : PermataHati Ibu Sayang & Rahsia Kurus Sihat Cantik

Sabtu, 16 Februari 2013

48 JAM OFFER  OMEGAGUARD&MEALSHAKE BERMULA HARI INI:  GRAB SEKARANG SEMENTARA TAWARAN HARGA RUNTUH..

48jam OFFER bermula sekarang. Bagus sangat ke OMEGA & MEALSHAKE ni? bagi saya ALHAMDULILLAH sangatla bagus untuk Suppliment anak2 saya.. Meh sini nak Share citer benar anak saya.. Berusia 3tahun, dari lahir - 2tahun pantang salah sikit mulalah demam, selsema, batuk berkahak, tak nak makan asyik nyusu je.. bab fokus, anak saya ni boleh dikatakan tidur je diam.. tersangat aktif, disebabkan saya try bagi Mealshakes fuh Alhamdulillah setelah 2bulan asyik lapar je perut dia, nasi dah mula makan, pandai minta makan.." Ibu Ajim Lapar. nak makan"  imunisasi pun dah ok, Selalu saya bagi Scott Imulsion start bg mealshake  saya stop Vit C Apaton & Scoot Imulsion.. saya tambah pula Omega untuk minda dan daya tumpuan, Alhamdulillah.. banyak perubahan. So bagi ibu-ibu yang punyai masalah seperti saya apa kata milikinya sekarang sementara OFFER berlangsung..


So tunggu apa lagi. Tempahlah sekarang k. Sebagai ibu kita berilah yang berkhasiat kepada anak-anak. Melshake dah lengkap dengan Vitamin-Vitamin yang sangat diperlukan tubuh anak untuk perkembangan yang sihat. Omega Guard membantu mencerdaskan minda anak2 dan tingkatkan daya tumpuan anak2 yang best sekeluarga boleh ambil Omega ni k..

PM/Inbox/SMS/CALL 0196020620
SID : 883550







permatahatiibu@gmail.com

buat tempahan sekarang..

Khamis, 14 Februari 2013


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengumuman!!!! Assalamualaikum buat peminat Vitamin C Shaklee...

Dimaklumkan vitamin C 500mg akan release pada April 2013 oleh itu pihak Shaklee telah mengeluarkan vitamin C 100mg yang mana sebotol mempunyai 300 biji limited edition sahaja. Kepada mereka yang keputusan vitamin untuk cantik ini bolehlah membuat pesanan kepada saya secepat mungkin.



Bagaimana cara makan?

Untuk orang dewasa setiap hari anda perlu ambil 
5 biji x 100mg = 500mg.
Untuk kanak-kanak 4 tahun ke atas anda perlu ambil sehari 1 biji x 100mg = 100mg


Keistimewaan vitamin C 100mg


Ianya agak manis dan lebih kecil untuk memudahkan kanak-kanak menelan dan boleh digigit begitu sahaja. Senangkan? Walaubagaimana pun, biasakan anak anda mengambil air masak at least 1 liter untuk penyerapan lebih berkesan. Mudah kan?

Fungsi vitamin C

1.  membentuk dan merangsang kolagen dan menghalang otot menjadi lembik jadi anda tidak nampak kedut dengan cepat

2.  perbaiki siptom pendarahan contoh gusi berdarah, mudah lebam, kecederaan yang lambat sembuh, kulit kering, ruam dan kasar


3.  tingkatkan sistem imun dgn membina sel darah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, bantu sel darah menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mengurangkan alergi hidung dan kulit, asma dan selsema


4.  mencantikkan kulit of coz...


5.  perbaiki insomnia, stress dan masalah berkaitan dengan mental


6.  mengekalkan kolestrol sihat, tekanan darah, mengekalkan kapilari yang sihat, menghalang pendarahan dalaman, skurvi, pendarahan, serebral dan sebagainya.




Cepat order sekarang... hubungi saya 
FB Pages: Permata Hati Ibu Sayang & Rahsia Sihat Kurus Cantik

* Produk ini tidak bertujuan untuk diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Selasa, 12 Februari 2013

26 Kelebihan Omega Guard Shaklee Untuk Semua Orang

Omega 3 adalah asid lemak penting yang mengandungi EPA dan DHA yang sangat penting untuk perkembangan memori dan menajamkan minda. Namun tubuh manusia tidak boleh menghasilkan EPA dan DHA ini dan kita perlu mendapatkan sumber EPA dan DHA dari sumber makanan dan juga supplement. 

Sumber EPA dan DHA yang terbaik adalah dari haiwan seperti ikan berbanding tumbuh-tumbuhan yang sukar ditukarkan oleh enzim tubuh.

Tahap enzim tubuh yang bagus dapat memproses kesemua EPA, DHA, ALA dan lain-lain yang lagi yang terkandung dalam Omega 3 dengan maksima. Tak guna juga kita ambil makanan yang tinggi kandunga DHA, EPA dan lain-lain kalau enzim tubuh tidak berfungsi dengan baik.

Jadi amat penting pastikan tubuh dalam keadaan sihat supaya kesemua zat dan nutrien dari makanan dapat diserap dengan baik.

SUMBER OMEGA 3


Kelebihan Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee

1. Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair 
    sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies)

2. Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik. 

3. Omega 3  dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari 
    ketumpatan minyak hati ikan.

4. Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu-
    satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 
    semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.

5. 1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA.

6. Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal 
    berteknologi terkini

7. Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengektrask 
    omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, 
    merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB.

26 Manfaat Omega 3 Dalam Omega Guard Shaklee

1.  Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
2.  Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
3.  Mencegah salur darah dari tersumbat
4.  Omega 3 dapat mengelakkan strok
5.  Mengekalkan tekanan normal darah
6.  Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
7.  Mengurangkan sakit kepala
8.  Merendahkan kolestrol
9.  Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
11. Mengawal masalah obesiti
12. Mengurangkan risiko penyakit jantung
13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan 
      otak janin
14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
16. Membantu menyihatkan paru-paru
17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE 
      (lupus erythematosus)
19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik 
23. Memelihara fungsi-fungsi sendi
24. Mencegah penyakit gout

Selain itu, Omega 3 yang tekandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak sepert:-

- Mencegah insomnia
- Mengurangkan tekanan emosi
- Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan
- Membantu memperbaiki masalah autism
- Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive
- Mengurangkan masalah schizophrenia
- Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak


Siapa Perlukan Omega 3 Untuk Menyokong Tahap Kesihatan?

1. Warga Emas
2. Pesakit Jantung
3. Wanita
4. Wanita yang telah melahirkan anak
5. Pesakit darah tinggi
6. Orang yang selalu lupa
7. Kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas
8. Pelajar
9. Ibu menyusu
10. Ibu Hamil
11. Orang yang mementingkan tahap kesihatan yang bagus




* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Hubungi saya, Pn. Izad Daud di 019-6020620 atau emel ke permatahatiibu@gmail.com untuk dapatkan harga (RM) setiap set dan sebarang tempahan.

Dapatkan juga konsutasi percuma apabila anda membeli produk shaklee dari saya pada bila-bila masa anda perlukannya!!.

OMEGAGUARD PROMOSI SEPANJANG FEBRUARI 2013

 
 
Malam ni saya nak berkongsi fakta dibwh.. Anda perlu mengambil Shaklee OmegaGuard sekiranya anda: 
  • Ibu hamil (perkembangan otak bayi dalam kandungan, kurangkan risiko lahir pramatang, dan mengurangkan alahan bayi slepas bayi dilahirkan)
  • Ibu menyusu (perkembangan otak bayi)
  • Kanak2 (Usia 0-6tahun adalah peringkat umur yg sangat kritikal dimana pertumbuhan otak yg yg pintar perlukan makanan yg kaya dgn asid lemak Omega 3, DHA dan EPA. dan bagus utk sistem imunisasi kanak2,asma,eczema)
  • Individu yang ingin mengawal berat badan (omega 3 meningkatkan hormone Leptine yg mengawal selera makan dan membakar lemak lebih cepat)
  • Individu yg ingin meningkatkan kepekaan , daya ingatan dan kecekapan kerja 
  • Lelaki yg mementingkan kesihatan - memelihara dari penyakit jantung, strok, obesiti, kencing manis dan byk lagi
  • Wanita yg mementingkan kecantikan (flawless skin) dan kesihatan (tulang dan sendi)
Shaklee OmegaGuard mengandungi Omega -3  yg kaya dgn DHA dan EPA. Omega 3 adalah asid lemak yg perlu tetapi badan kita tak dapat menghasilkannya maka ia perlu diambil dari diet harian
Kalau rasa anak ibu-ibu mudah demam, mudah mengantuk kat kelas, ada penyakit asma, alergy.. or nak anak pintar..,beli lah Omega ni untuk anak ibu-ibu....Kalau rasa bukan utk anak, sila lah beli utk diri sendiri. Omega ni bagus utk brain.. utk kulit yg cantik...utk kesihatan sendi dan mengawal kolestrol... .. Saya dah nampak dan rasa kesannya..Best sangat makan omega ni.. Selain untuk kecerdasan fikiran saya dan Si manja saya Nur Zafirah dan Muhammad A'zim, Omega ni juga membantu saya mengawal kolestrol dan berat badan saya.. Suka sangattt..

Sebab tu pembeli yg bijak,diorang ambil kesempatan ni.. grab promosi Buy 6 Free 1.. paling kurang pun 2botol untuk simpanan stok.. belilah sekarang sementara stok ada..
FB pages : Rahsia Kurus Sihat Cantik | Permata Hati Ibu Sayang
permatahatiibu@gmail.com

Khamis, 7 Februari 2013

KEPUTIHAN SEMASA HAMIL

Assalamualaikum dan selamat malam untuk semua.. 
lama dah tak berkongsi sesuatu untuk semua. Baiklah hari ni saya nak kongsikan sesuatu yang tidakk asing dengan wanita iaitu Keputihan.  Tapi malam ni saya nak share keputihan semasa hamil. Bahaya ke? tentu ramaikan ibu-ibu yang sedang menderitaiinya kan.. Jom baca coretan di bawah..Semoga dapat membantu
______________________________________

Bagaimana saya tahu jika saya mengalami keputihan?

Lelehan faraj yang lebih banyak daripada biasa adalah normal bagi wanita hamil. Lelehan yang sihat bersifat cair dan berwarna seperti susu. Tetapi jika anda mengalami keputihan:
  • lelehan itu menjadi pekat, berwarna putih seperti krim atau seperti keju kotej;
  • terdapat kegatalan, sakit atau warna kemerah-merahan di dalam atau sekeliling faraj atau punggung anda;
  • anda akan rasa sakit apabila bersama suami;
  • rasa sakit apabila membuang air kecil.

Bagaimanakah saya boleh mendapat keputihan?

Jangkitan pada bahagian faraj agak biasa berlaku semasa hamil. Keputihan diakibatkan oleh kulat mikroskopik atau yis yang dipanggil candida albicans. Kulat ini ada dalam badan setiap orang. Ia merupakan sebahagian daripada sistem penghadaman kita dan secara umumnya, bakteria dalam badan mengawalnya. Biasanya ia hidup dalam faraj tanpa memudaratkan dan anda mungkin tidak tahu ia berada dalam badan anda.

Namun ia menjadi satu masalah apabila terdapat ketidakseimbangan di antara jumlah kulat yis dan mikro-organisme lain dalam badan kita. Anda lebih berkemungkinan mengalami keputihan jika:
  • Anda hamil. Semasa hamil, faraj kita mengandungi gula yang tinggi yang dipanggil glikogen, dan ini menggalakkan pertumbuhan kulat.
  • Anda memakai pakaian yang ketat atau yang diperbuat daripada bahan sintetik, seperti seluar jeans atau seluar dalam daripada nilon. Pakaian seperti ini panas dan menghalang peredaran angin, lantas menggalakkan pertumbuhan keputihan.
  • Anda menggunakan mandian buih berwangian atau pelapik seluar dalam beraroma yang mungkin menyebabkan ketidakselesaan.
  • Anda mengambil antibiotik. Antibiotik boleh mengganggu keseimbangan di antara mikro-organisme baik dan jahat yang tinggal di dalam perut anda.
  • Anda mengalami kencing manis atau diabetes gestasi yang tidak dikawal dengan baik.
Walaupun keputihan tidak dikategorikan sebagai penyakit yang berjangkit melalui hubungan seksual, anda boleh mengalaminya jika pasangan anda mengalaminya.

Bilakah saya harus berjumpa doktor?

Jika anda rasa anda mengalami keputihan, beritahulah doktor anda. Jangan menderita dalam diam. Doktor anda mungkin akan memeriksa kawasan di sekitar faraj untuk mengenalpasti masalah sebenarnya. Jika beliau tidak pasti samada itu adalah keputihan, beliau akan mencadangkan ujian makmal dilakukan, di mana sedikit cairan akan diambil daripada faraj dan dihantar ke makmal.

Doktor anda mungkin akan mempriskripsikan ubat jenis pessari atau krim anti kulat yang sesuai digunakan pada tahap kehamilan anda. Anda mungkin memerlukan rawatan penuh selama tujuh hari untuk menghapuskan keputihan dengan sempurna. Walau bagaimanapun, jika anda dalam trimester pertama, doktor anda mungkin tidak mahu mempriskripsikan apa-apa setakat itu.

Jika anda diberikan ubat jenis pessari, anda juga mungkin diberi alat untuk memasukkan ubat itu ke dalam faraj. Jika ini berlaku, berhati-hati supaya tidak memebri tekanan kepada serviks, iaitu bahagian leher uterus (rahim) anda. Anda mungkin lebih suka memasukkannya dengan perlahan-lahan menggunakan jari sendiri.

Keputihan boleh jadi sukar untuk dihapuskan apabila anda hamil. Rawatan yang berkesan bagi wanita yang tidak hamil mungkin tidak berkesan pada anda. Bincanglah dengan doktor anda sebelum menggunakan apa-apa ubat yang boleh dibeli di pasaran. Ia bukan sahaja mahal, malah tidak semestinya berkesan dan mungkin tidak sesuai digunakan semasa hamil. Jangan ambil ubat yang anda harus telan untuk merawat keputihan. Kita masih belum tahu samada ianya selamat diambil ketika hamil.

Jika suami anda mempunyai simptom-simptom keputihan, dia juga perlu menerima rawatan. Jika tidak, ada kemungkinan anda akan dijangkiti lagi walaupun setelah anda menerima rawatan. 


Salam Sayang 
 
FB Pages : Permata Hati Ibu Sayang
                  Rahsia Kurus Sihat Cantik

Pentingnya Air untuk Ibu Hamil

Selamat malam semua... malam ni berkesempatan nak cerita betapa pentingnya air untuk wanita yang sedang hamil..

ibu hamil minum.jpg 
Lebih dari separuh tubuh orang dewasa terdiri dari air, sedangkan pada bayi kandungannya mencapai 75%. Air berfungsi sebagai sistem pendingain tubuh. Panas tubuh ditransfer ke permukaan kulit lalu menguap melalui keringat dan napas. Air berfungsi sebagai pelumas sambungan dendi, pelembut kulit, dan membua otot bergerak lambat. Air juga berfungsi mendistribusikan nutrisi ke seluruh sel dan membuang zat-zat sisa.

Peran air semakin penting fungsinya selama kehamilan. Apalagi ibu memiliki lebih banyak zat buangan dari dirinya dan bayi. Asupan air yang mencukupi akan memastikan janin didalam rahim menerima nutrisi yang terdapat didalam darah ibu hamil. Air juga bisa mencegah infeksi kandung kemih, yang biasa dialami ibu hamil. Jika anda cukup minum air seni akan jernih sehingga menurunkan resiko infeksi. Sembelit dan wasir selama kehamilan bisa dihentikan hanya dengan air. Semakin banyak air yang anda minum, semakin sedikit air yang disimpan dalam tubuh. Akibatnya bisa dehidrasi, yang paling dikhawatirkan dari dehidrasi selama kehamilan adalah toksemia yang mengancam keselamatan ibu dan janin. Toksemia adalah tekanan darah tinggi selama kehamilan yang meliputi eklampsia/preeklampsia atau kehamilan yang memicu hipertensi. 

Waspada dehidrasi pada trimester akhir karena dapat menimbulkan kontraksi yagn berujung pada kelahiran prematur.

Keperluan air tiap ibu hamil berbeda. Jika anda tidak terlalu aktif, cukup 10 gelas perhari, jika anda aktif minumlah 2 liter perhari.


Salam Sayang 


FB Pages : Permata Hati Ibu Sayang
                  Rahsia Kurus Sihat Cantik
 

Isnin, 21 Januari 2013

ALHAMDULILLAH.. BERJAYA BF, BERAT TURUN, KOLESTROL TURUN, KULIT , KUKU , RAMBUT SIHAT DENGAN SHAKLEE.

Assalamualaikum semua... semoga hari ini lebih baik dari semalam... harap semua sihat, cantik dan menawan.. Petang ni nak sharela pengalaman masuk 9 bulan menjadi pengguna Shaklee... Nak tau bagaimana saya mula terjebak menjadi pengguna shaklee?,,

Ok citernya gini... 24.4.12 saya telah melahirkan anak kedua Puteriku yang amat disayangai.. kehadirannya sangat2 dinantikan.. NUR ZAFIRAH... Alhamdulillah sepasang dah cahaya mata ku.. amanah Allah... start hamil kedua saya memang dah berazam untuk BF... Saya gagal menyusukan anak sulong saya Muhammad A'zim setelah menantikan kehadirannya dalam hidup saya dan suami selama 5 tahun...terasa terseksa naluri keibuan apabila azim tak nak DF.. letak je pada breast dia nangis... ditambahkan pula saya Inveted nipple n kecik.. saya sangkakan sebab keadaan nipple Azim tak nak DF.. saya terpaksa memerah.. setiap hari... setiap kali Azim nak menyusu.. badan sakit... tidur , rehat tak cukup.....dapat bagi susu perahan selama  40 hari jer.. susu dah kering...  banyak kesilapan saya... Gagalnya saya disebabkan kurangnya ilmu penyusuan bukan disebabkan keadaan nipple....sedih yang teramat sangat.. 

Susu saya mula merudum... so saya mula mencari sesuatu yang boleh banyakkan susu..saya telah diperkenalkan oleh Zura Betty tentang set Penyusuan Shaklee... saya bersetuju untuk mengambil SET BF 3M.Hari 30 hari berpantang bermulalah saya menjadi pengguna Shaklee..saya terus mengambil vitamin shaklee seperti yang dicadangkan oleh Zura..hasilkan nampak selepas 2 minggu penyusuan.. bermulalah perjalanan hidup yang baru.. Vitamin pertama yang saya mula makan OSTEMATRIX.. saya telan 4 biji sebelum tidor... Fuh... esok pagi2 perut memulas2.. pembuangan sangat lancar.. ( Opps.. lupa nak habaq.. selepas bersalin Zafirah saya mengalami sembelit yang kronik.. terpaksa bergantung ubat sembelit yang dibeli en.suami di farmasi) bayangkan sebulan saya derita masalah sembelit.. baru luka jahitan miss V nak ok..bila sembelit tak ke kembang semula.. lepas membuang.. Miss V sakit semula.. Lepas ambil Ostematrix n Alfalfa Alhamdulillah masalah Sembelit saya dah selesai..gembira tak terkata.. OSTEMATRIX  ni kesannya cepat.. badan saya cergas.


Masuk minggu kedua penggunaan SET BF 3M.. dengan jumlah pengambilan air kosong yang banyak dan makan nasi 4 kali sehari serta buat Power Pumping .. Alhamdulillah.. Susu mula banyak.. Breast asyik full je.. gembira tak terkata.. hanya Tuhan saja yang tahu.. Terima Kasih Ya Allah diatas RezekiMu.. saya DF Zafirah dengan hati berbunga-bunga gembira.. senyum tak lekang dibibir bila tengok Zafirah menyusu... Hahaha.. paling best  Zafirah asyik tersedak - sedak je.. tau kenapa?.. Air susu kuar laju.. ada sekali terlepas dari mulut Zafirah.. nah.. memancut2... macam paip bocor.. basah muka Zafirah, basah baju Zafirah.. kelam kabut saya cari tuala tutup nipple n lap Zafirah.. Lepas pada peristiwa tu setiap kali DF saya akan lapikkan tuala bawah leher Zafirah.. setiap kali DF jugaklah baju saya n seluar Zafirah basah lencun cz sebelah lagi Cik B.. susu menitis laju...jadi saya mula menyimpan stok... Set 3M memang BEST...

  SET 3M MILK BOOSTER YANG SAYA AMALKAN

Saya perasan setelah makan vitamin shaklee Miss V saya dah tak sakit, luka jahitan dah kering, rahim pun dah ok.. tak rasa rengat-rengat.. badan sihat, tak stress lagi.. kalo dak stress dek kelakuan Si azim dok usik baby Zafirah.. Nyepah barang.. berperang dengan Azim... (yela baru 2tahun lebih kan.. memang tengah lasak.. dah la tu cemburu orang tak pedulikannya..).. Selama tu jugak hari2 saya bertenaga.. malam tido kol 1pg, bangun 6pagi.. kekadang siang tak tidur... rehat??? surelah tak cukupkan.. tapi saya masih punyai tenaga, segar bugar gitu sampaI ke petang... badan sangat ringan.. ( Saya memang tak ambil rempah ok.. badan tak tahan.. alahan pada rempah..)...

Saya diuji lagi.. 52hari berpantang saya diarah untuk berkursus.. Kursus Induksi Umum.. selama 7hari di Hotel Sri malaysia Sepang..Hari pertama berkursus sangat - sangat huru hara dibuatnya.. jadual kursus memang padat.. saya berkira2 waktu pam.. huhuhu...Napa lak Huru hara??? mana taknyer saya DF Zafirah 2jam sekali... so setiap 2jam jugaklah Cik B full.. penuh sepenuhnya... baju basah...tang situ je... hahaha...alhamdulillah urusetia bagi kelonggaran pada ibu yang BF..Hari kedua dah tak tahan sangat bengkak susu saya saya suruh mak datang bawak Zafirah... terlepas rindu yang teramat sangat... Zafirah tak mium byk sangat guna botol.. malam menangis je cari nenen... Sian Zafirah.. rasa berbunga riang lihat Zafirah DF.. sangat-sangat gelojoh... kosong sebelah Cik B, tukar Sebelah lagi... tak mau lepas nenen... terus tertidur ... waktu berpisah Tuhan  je tahu perasaan saya saat itu... mengalir air mata deras terpaksa berpisah dengan Zafirah...( tetiba Mengalir pulak air mata ni terkenang memori ketika itu..).. tiap kali pam teringatkan Zafirah..hanya baju dan kain napkin dicium untuk melepaskan rindu dihati.. air mata mengalir setiap kali sesi perahan...

Pernah sekali pakai baju korporat biru muda plain... rehat 10.30 pagi tak sempat memerah kol  1.00 ptg baru berpeluang memerah.. tak perasan baju basah bertompok tang dua-dua cik B jer... Hahaha... abis kelas baru perasan... terus fikir.. dorang perasan ke ye???lantaklah kalau nampak. 
nasib baik ada geng  dengan Ummu Aishah..banyak belajar dari aishah.simpan susu.. " akak simpan susu kat kitchen je.. peti ais dalam bilik tak sejuk sangat.. nanti susu rosak.." bagitau Aishah. mula2 malu nak soh budak lelaki tu simpankan.. bila dah hari2.. saya sampai je kat situ.. dia lak tanyer " akak nak simpan susu ye.. saya tolong simpankan".. fuh.. terasa bangga tatkala itu..  selama berkursus saya dan Aishah saling mengadu... badan bisa2.. Cik B asyik bengkak je.  Aishah nak demam.. begitu juga saya.. terpaksa telan panadol. ( sweet memory) thanks Aishah...


Balik rumah..Zafirah xnak DF.... ku kuatkan semangat, cekalkan hati dan berdoa... Alhamdulillah lama pujuk.. baru nak nenen... Cerita tak terhenti disitu.. keesokan harinya saya tak boleh bangun.. badan panas, bisa n sakit-sakit.. tak terdaya untuk bangun..telan panadol.. DF zafirah Cik B kiri terasa sakit sesangat.. sebelah kanan ok je.. bila pam keluar cecair pekat bewarna kuning.. mula cuak.. tak kan nanah.. try google... dan cari persamaan.. terjumpa MASITIS... tanda-tanda tu ada pada saya( breast rasa panas n kemerah-merahan dan bengkak).. terus p jumpa doktor.. doktor bagi kurang bengkak,antibiotik n panadol..saya just DF sebelah kanan je.. kiri pam n buang susu tu coz risau ada bakteria...start dari itu saya terus ambil Lecithin Shaklee.. selama 4hari tak DF sebelah kiri.. Susu drop.. pam dapat 0.5 oz je.. berbanding sebelah kanan 5oz..saya tak putus asa.. saya wat Power pumping.. lepas DF Zafirah saya pam.. Alhamdulillah kuantiti meningkat...


Lepas ambil lecithin terasa lebih teruja dengan Shaklee. bila timbang.. MACAM TAK PERCAYA berat turun sebanyak 12kg ( setelah 4bulan penggunaan) Alhamdulillah. saya dah boleh pakai baju masa bertunang   dan anak dara dulu... Lecithin+Alfalfa+ESP SANGAT BERKESAN .. penurunan yang saya telah impi-impikan selama beberapa tahun.. makan control ke? percaya atau tak memang saya tak kontrol makan.. pagi nasi, tgh hari nasi,ptg nasi, mlm nasi.. lapo je perut ni.. semua saya bedal.. Selain tu kulit muka pun halus..



Sehingga hari ini saya masih setia mengamalkan Vitamin Shaklee untuk membantu penyusuan dan mengekalkan kesihatan di tahap yang optimum..buktinya pada tanggal 5 November 2013, saya telah menerima keputusan darah dan tahap kolestrol saya turun 5, diabetis terkawal tak perlu ubat..buah pinggang ok, jantung sihat.. So sekarang saya tambah pula pengambilan Omega Guard untuk kesihatan Jantung, Kolestrol n Meningkatkan kecerdasan minda.. Saya share omega dengan Mak saya dan Azim..
alhamdulillah setelah sebulan ibu saya makan omega bacaan Darah tinggi & kolestrol turun. Saya berikan anak saya Azim omega untuk kecerdasan minda dan imunisasi coz Azim kerap sangat selsema dan cirit birit. 




 So bagi yang tercari-cari supplimen.. saya cadangkan Shaklee Pilihan terbaik.. (Saya nak tegaskan disini KONSEP ASAS PENYUSUAN " SUPPLY & DEMAND" LEBIH BANYAK PERMINTAAN LEBIH BANYAK SUSU DIHASILKAN ) alhamdulillah saya berjaya menyusuka Zafirah 9 bulan..Semoga perjalanan penyusuan dipermudahkan sehingga Zafirah 2 tahun.. Sepanjang 9 bulan makan vitamin shaklee Alhamdulillah.. zafirah tak pernah lagi demam, batok just sedikit Flu.. tu pun seketika..

Bagi ibu-ibu yang sedang hamil, berpantang dan menyusukan bayi.. cubalah SET KEHAMILAN, SET BERPANTANG DAN SET PENYUSUAN SHAKLEE.. Pelaburan sangat berbaloi dengan bonus kesihatan yang kita perolehi.. IBU SIHAT, BABY SIHAT, SEMUA SIHAT..



Saya Pengedar Shaklee Anda : 883550
Pertanyaan dan pesanan
Pn Izad Daud| 0196020620
COD area : Batu Caves, Selayang, Rawang, Hulu Selangor..
Penghantaran Seluruh Mlaysia
FB : Izad Daud
FB Pages | Permata Hati Ibu Sayang & Rahsia Kurus Sihat Cantik





Khamis, 3 Januari 2013

Pengalaman Lia bersama anaknya Irfan yg mengidap asma sejak berusia 5 bulan, kini Irfan dah 5tahun..

Lama dah tak update blog ni.. dah bersawang - sawang.. hari ni nak share pengalaman seorang ibu , Puan Lia yang dah kini jadi salah seorang sahabat baik juga merangkap bisnes partner saya ni. ..dipetik dari blognya
_________________________________________________

"...Malam ni saya nak share pengalaman kami sendiri setelah anak kami, Irfan, sudah 5 bulan lebih mengambil Mealshake. Tak tahu nak mula kat mana sebab terlalu banyak ingin dikongsikan bersama..inshaALLAH, saya cuba yang terbaik..dan memang sebagai seorang ibu, saya mahu berikan yang terbaik untuk anak-anak (walaupun baru sorang je sekarang ni..hehe..). Anak saya telah di-diagnose as asthma since his 5 months old..awal bukan? Memang sejarah keluarga kami ada yang semput (ni kata org dulu2.., org moden cakap asma..hehe..), dan masa saya mengandungkan Irfan masa bulan ke-5 tu saya selalu semput..(banyaknya no 5..ade chemistry ni..hehe...) banyak kali ulang alik hospital untuk amik neb..after deliver, AlhamduLILLAH saya ok, tapi Irfan mula batuk2, nafas berbunyi dan seangkatannya..Kami bawa ke hospital (boleh dikatakan kerap jugak..) untuk bg neb kat Irfan..terus doctor referkan pada paedeatrician untuk tindakan selanjutnya..

Lalu bermulalah episode Irfan folo-up di hospital setiap 3 bulan sekali. Irfan terpaksa pakai inhaler kerana paru-parunya premature lagi kata paed..so, sejak umur 5 bulan tu start lar kemana-mana kami pergi mesti bawak inhaler Irfan..as if like nyawa Irfan kat situ..kami cubamacam-macam ikhtiar..tradisional, moden, islam..macam-macam supplement..oh ya! Kami bawa Irfan ke Darus Syifa’ dan ustaz disitu syorkan ke pakar kanak-kanak (masa ni mmg dah refer ke hospital putrajaya dah..) untuk sedut kahak2 dia yang clog kat paru2 dia..tapi, hospital tak galakkan buat camtu sebab boleh lukakan tekak dan paru2 dia .. boleh dikatakan kalau Irfan missed inhaler dia, minggu tu dia start batuk2 dan mulalah ulang alik hospital..sehingga last year 2010, 2 kali admitted di hospital sebab Irfan dapat pneumonia..cuti saya semua habis..semua unpaid leave..! tapi takpe, saya berkorban untuk Irfan..saya kena kuat semangat demi anak saya..!

Foto Saya
Kalau nak cerita bab supplement, macam2 kami dah cuba..in-fact saya rasa saya lagi terer dari doctor pakar tu bila cerita bab2 asthma, bronchitis, neb..bla..bla..bla..hehe..banyak saya baca thru emails, webs, akhbar..sampai kalau orang tanya siap bg jawapan..konfiden je..aiceh..! sehinggalah saya cuba produk Shaklee ni..sebab kat pasaran lain saya rasa agak susah nak jumpa supplement utk anak yang ada masalah macam Irfan ni..yess..there are lot of choices of vitamin c out there, but he is allergic to artificial colourings and preservatives..hhmm..susah kan?? So, saya dapati Shaklee Mealshake, bentuk serbuk, no colours, no preservatives, dan mudah nak bagi Irfan, bancuh dalam susu dia sahaja..So, I try..surprisingly he liked it..but after a week consume, Irfan demam 3 hari berturut2..risau saya, tapi teruskan jugak bagi mealshake tu .. AlhamduLILLAH, lepas 3 hari, dia active, kuat makan, main macam biasa..saya terkejut..! sebab selalunya kalau baru lepas baik demam, Irfan mesti tak lalu makan, letih dan lepak je taknak buat ape2 aktiviti..

Camne Irfan harini? Sangat aktif, makan banyak, susu pun banyak (6tin Isomil sebulan yea..kopak kak limah ni haa...hehe..tapi takpe demi anak jangan berkira, asalkan Irfan sihat..).. Kalau dulu trigger method Irfan which leads him to asthma attack is flu..sekarang ni tidak lagi..kena flu pun steady je occayy..hehe..dah kurang demam dan batuk..sihat dan cergas..disebabkan itu saya confident dengan produk2 Shaklee dan menambahkan supplemen Chewable Vitamin C untuk fights flu and colds dan Omega utk mengurangkan iritasi bila dia batuk asthma tu..kalau dengar bunyi batuk Irfan ibarat org kata macam bunyi mercun.! kesian bila dia batuk especially bila kena attack tu..tapi sebenarnya, saya tak bagi Irfan kesemuanya sekaligus, tapi saya selang2kan ..tak bagi hari2..Saya juga ada bertanyakan pada paed (fyi, Irfan still continue folo-up di HPJ 3 months once) tentang supplemen yang saya bagi ni, paed tu cakap, “bagus bagi dia supplement, sebab tak semua makanan yang dia makan akan diserap, kadang2 dia memilih makankan..jadinya supplemen adalah satu cara utk menampung mana yang kurang..kalau dia boleh makan supplemen tu u teruskan bagi ..” ini doctor pakar cakap yea, bukan saya..Lega saya dengarnya..dan saya terus beri rangkaian supplemen ni kepada Irfan sehingga hari ini..dan sekarang ni Irfan pakai 1 shj inhaler (sblm ni 2 inhaler) dan doctor nak tengok progress dia next 3 months..and hope that he will be free from inhaler usage later..
_______________



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
___________________________________________


Izad Daud Shaklee Independent Distributor [ID No : 883550]
019-6020620|permatahatiibu@gmail.com

Search