Isnin, 24 Disember 2012

DOA YANG TERTANGGUH

Apabila Permintaanmu Tidak Termakbul
 
Dah lama kita meminta. Dah lama kita berdoa. Bukan setakat berhari-hari. Terkadang berbulan-bulan. Bahkan sehingga bertahun-tahun.Tapi sehingga hari ini, permintaan kita tak kunjung tiba bayangnya.
Entah berapa titis air mata yang bercucuran. Setiap kali tangan diangkat selepas solat, saat itu juga hati sebak. Meminta dengan penuh pengharapan.

Letih, penat, lelah dalam berdoa.
Hingga ada antara kita yang berputusa asa untuk berdoa.
Hingga ada antara kita yang mula mempersoal,

"Ya Allah, bila Kau mahu makbulkan doa ku? Ya Allah, kenapa Kau belum makbulkan doa ku? Ya Allah, apa silapku sehingga doa ku masih belum Kau makbulkan? Ya Allah, apakah kerana dosa-dosa silamku? Ya Allah, tak terimakah Engkau akan taubatku?"

Minda penuh persoalan. Penuh tanda tanya. Tapi entah pada siapa soalan perlu dilontarkan, untuk mendapatkan jawapan.

Saat bila mana persoalan memenuhi ruang fikiran, bibit-bibit prasangka mungkin akan mula terbit.
Bukankah kitab Allah tertulis,

"Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu"
(Surah Ghafir ayat 60)

Tapi... kenapa doaku masih belum dimakbulkan? Bukankah Allah tak pernah memungkiri janjiNya? Habis tu, KENAPA? Kita mula mempersoalkan sedangkan kita lupa memuhasabah diri. Lupakah kita pesan baginda SAW? 

"Sentiasa doa dimustajabkan untuk seorang hamba Allah selagi mana dia tidak berdoa untuk membuat sesuatu dosa, atau memutuskan silaturrahim, selagi dia tidak tergopah-gapah. Ditanya kepada baginda : Apa itu tergopoh-gapah ? Sabda baginda : Apabila dia berkata: Aku telah pun berdoa! Aku telah pun berdoa! Tetapi aku tidak nampak pun dimustajabkan untukku, lalu dia berhenti ketika itu dan meninggalkan doa."
(Hadis Riwayat Muslim)


Gopoh gapah

Benar. Kita gelojoh. Tamak. Gopoh. Meminta sesuatu yang dirasakan baik untuk kita, sedangkan sebenarnya Allahlah yang tahu apa yang terbaik buat kita. Apa, bila, di mana. Dia yang Maha Mengetahui.
Bila hati kita penuh persoalan, kita sebenarnya terlupa pada satu perkara. Keyakinan! Ya, Keyakinan yang padu kepada Allah SWT tanpa sedikitpun terselit rasa prasangka.
Keyakinan bahawa doa kita PASTI akan dimakbulkan Allah. KEYAKINAN yang sebenarnya merupakan piawaian KEIMANAN kita.

"Berdoalah kamu kepada Allah dalam keadaan kamu yakin dengan kemustajabannya. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari jantung hati yang lalai dan alpa"
(Hadis Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani)

TRUST in His timing,
RELY on His promises,
WAIT for His answers,
BELIEVE in His miracles,
REJOICE in His goodness,
RELAX in His presence.


Jika hati masih tertanya-tanya. Jika hati masih ragu-ragu.

When in despair turn to DU'A
When in need of regular guidance turn to PRAYER
When in need of understanding turn to ALLAH

 
Dengarlah Doamu

Bila mengharapkan sesuatu, kita berdoa. Berdoa dan terus berdoa. Menyebut dan terus menyebut.
Hingga terlupa satu perkara.

Mendengar doa sendiri.

"Ya Allah, jika ini yang terbaik, permudahkanlah urusanku. Perkenankanlah permintaanku. Berilah yang terbaik untukku. Berilah petunjukMu padaku."

Ingatlah, kita meminta apa yang kita rasakan terbaik dengan memohon ALLAH TUNJUKKAN JALAN. MEMOHON ALLAH MEMBERI PANDUAN. Dan jawapan Allah? Mungkin dalam bentuk memperkenankan doa kita seperti yang diminta ATAU mungkin Allah menangguhkannya atau memberikan "hadiah" lain yang jauh lebih baik buat kita. Tapi itulah yang TERBAIK untuk kita.

"Allah would never rejected our du'a, but He may REDIRECT it to the correct path towards our definite fate"- Anonymous

Teruslah Berdoa

Bila mana Allah masih memberikan kekuatan kepada kita untuk berdoa, teruslah berdoa. Mintalah pertolongan daripada Allah untuk kurniakan kesabaran pada kita dalam berdoa. Untuk mengurniakan keikhlasan kepada kita dalam berdoa. Untuk terus mendidik jiwa kita menjadi hamba yang hanya bergantung harap semata-mata kepada Allah.

Apa yang diberikan sebenarnya lebih banyak daripada apa yang kita inginkan.
Nikmat yang telah Allah beri, jarang kita syukuri. Nikmat yang belum dimiliki, itulah yang sering kita ingini... Namun tidak salah untuk terus meminta... tetapi pintalah dengan hati yang bersyukur. Allah tidak akan gerakkan hati kita untuk berdoa, jika DIA tidak ingin memakbulkan doa itu. Justeru, kemampuan hati kita untuk berdoa... itulah yang terlebih dahulu perlu kita syukuri!

"Syukur... kerana dikurniakan hati yang masih mampu bersyukur". Ustaz Pahrol Mohamad Juoi

Moga hari esok kita bangkit dengan jiwa penuh syukur kerana masih diberi kekuatan untuk berdoa. 

Alhamdulillah 'ala kulli hal.  Dan satu hari nanti, apabila permintaan kita dimakbulkan, pandanglah sejenak ke belakang. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

" ... Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya"
(Surah ali-Imran ayat 9)

"I am not worried about whether my du'a will be responded to, but rather I am worried about whether I will be able to make du'a or not. So if I have been guided (by Allah) to make du'a, then (I know) that the response will come with it." - Saidina Umar Ibnu Al-Khattab

Berdoalah, kerana Allah sentiasa mendengar. Allah berfirman yang bermaksud;

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir. Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka mendapat petunjuk "
(Surah al-Baqarah ayat 186)


- Artikel iluvislam.com

KHASIAT SUSU IBU

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan atas kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan kepada Aku-lah tempat kembalimu." (Surah Luqman, ayat 14)

Air susu ibu ialah satu sebatian tiada tandingan yang diciptakan oleh Allah demi memenuhi keperluan nutrisi bayi dan melindunginya daripada sebarang jangkitan. Keseimbangan makanan berkhasiat dalam air susu ibu adalah pada kadar yang tepat dan bersesuaian dengan tubuh bayi yang belum matang.
Pada masa yang sama, air susu ibu juga kaya dengan nutrien yang mempercepat pertumbuhan sel-sel otak dan perkembangan sistem saraf. Makanan buatan untuk bayi yang disediakan dengan bantuan teknologi masa kini tidak dapat menggantikan makanan ajaib ini.

Memantapkan Sistem Imunisasi
Senarai manfaat air susu ibu kepada bayi bertambah setiap hari. Kajian menunjukkan bahawa bayi-bayi yang diberi minum air susu ibu terlindung daripada penyakit berkaitan sistem pernafasan dan penghadaman. Ini kerana antibodi-antibodi yang terdapat di dalam air susu ibu menyediakan satu perlindungan langsung daripada jangkitan. Sifat anti-infeksi lain air susu ibu adalah menyediakan satu persekitaran sesuai untuk bakteria "bermanfaat" yang dipanggil sebagai "flora normal" sekaligus menangkis serangan bakteria, virus dan parasit berbahaya. Tambahan pula, didapati bahawa terdapat beberapa unsur di dalam air susu ibu yang mengawal sistem imunisasi terhadap penyakit berjangkit dan membolehkannya berfungsi dengan lebih teratur.

Kaya Dengan Nutrisi
Oleh kerana air susu ibu telah direka secara khusus, ia merupakan makanan yang paling mudah dihadam oleh bayi. Selain kaya dengan nutrisi, ia juga mudah dihadam oleh sistem penghadaman bayi yang sensitif. Memandangkan bayi menggunakan sedikit sahaja tenaga untuk mencerna air susu ibu, maka tenaga selebihnya dapat disalurkan untuk fungsi tubuh yang lain, pertumbuhan dan perkembangan organ.
Air susu ibu yang mempunyai bayi pra-matang mengandungi tahap zat lemak, protein, natrium, klorida dan besi yang lebih tinggi untuk menampung keperluan bayi. Ianya telah dibuktikan bahawa fungsi mata bayi pra-matang yang diberi minum air susu ibu adalah lebih baik dan lebih cemerlang dalam ujian kecerdasan. Tambahan pula, mereka turut memiliki banyak kelebihan lain.

Omega-3
Kandungan minyak omega-3 asid alfa linoleat menjadikan air susu ibu penting untuk perkembangan bayi. Selain menjadi sebatian penting untuk otak dan retina manusia, ia juga amat mustahak bagi bayi-bayi yang baru dilahirkan. Omega-3 secara khusus penting sepanjang masa kehamilan dan peringkat awal usia bayi demi perkembangan otak dan saraf yang normal. Ramai saintis menegaskan kepentingan air susu ibu terutamanya sebagai satu sumber omega-3 semulajadi dan sempurna.

Mengurangkan Risiko Sakit Jantung
Selain daripada itu, kajian yang dilakukan oleh sekumpulan saintis Universiti Bristol, United Kingdom mendapati bahawa antara kebaikan jangka panjang air susu ibu adalah kesan positifnya terhadap tekanan darah, yang mana ia dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Kumpulan penyelidik tersebut menyimpulkan bahawa sifat perlindungan yang terdapat di dalam air susu ibu disebabkan oleh kandungan nutrisinya. Menurut hasil kajiannya yang diterbitkan dalam jurnal perubatan Circulation, bayi yang diberi minum air susu ibu kurang berisiko menghidap penyakit jantung.

Kehadiran rantaian panjang asid lemak poli tidak tepu (polyunsaturated fatty acids) dalam air susu ibu (untuk mencegah pengerasan arteri) dan hakikat bahawa bayi yang diberi minum air susu ibu menggunakan sedikit natrium (berkait rapat dengan tekanan darah) serta tidak mengalami pertambahan berat badan berlebihan merupakan antara cara air susu ibu memberi manfaat kepada jantung.

Sebagai tambahan, satu pasukan diketuai oleh Dr. Lisa Martin, dari Pusat Perubatan Hospital Kanak-kanak Cincinnati di Amerika, telah menemui kadar kandungan hormon protein (adiponectin) yang tinggi dalam air susu ibu.

Kandungan adiponectin yang tinggi dalam darah dikaitkan dengan kurangnya risiko serangan jantung. Tahap adiponectin yang rendah ditemui pada orang yang mengalami kegemukan dan berisiko tinggi mengalami serangan penyakit jantung. Maka disepakati bahawa bayi yang diberi air susu ibu mempunyai risiko kegemukan yang rendah dengan kehadiran hormon ini.

Tambahan pula, mereka juga menemui sejenis hormon yang dipanggil sebagai leptin dalam air susu ibu yang mempunyai peranan utama dalam metabolisme lemak. Leptin dipercayai berfungsi menyampaikan isyarat kepada otak bahawa terdapat lemak pada tubuh. Berdasarkan pendedahan Dr. Martin, hormon-hormon yang diserap semasa peringkat bayi melalui air susu ibu dapat menurunkan risiko pelbagai penyakit seperti obesiti, diabetes tahap dua dan daya tahan insulin, serta penyakit jantung koronari.


Fakta tentang "Makanan Tersegar"
Fakta-fakta tentang air susu ibu tidak tamat di sini. Sumbangannya terhadap kesihatan bayi berkembang mengikut fasa pertumbuhan bayi dan kandungannya berubah demi memenuhi keperluan nutrisi bayi mengikut peringkat-peringkat tertentu. Unsur gula dan lemak dalam air susu ibu, yang sentiasa tersedia dan pada suhu yang sesuai, memainkan peranan penting dalam perkembangan otak. Tambahan pula, elemen lain seperti kalsium turut memberi sumbangan dalam perkembangan tulang-tulang bayi.
Meskipun dinamakan susu, namun sebahagian besar sebatian ajaib ini sebenarnya terdiri daripada air. Ini merupakan ciri terpenting kerana selain daripada makanan, bayi juga memerlukan cairan dalam bentuk air. Kebersihan sepenuhnya tidak mungkin didapati dalam air atau bahan makanan selain daripada air susu ibu. Namun air susu ibu yang merangkumi 90% air dan tidak kurang, memenuhi keperluan air bayi dalam cara yang paling bersih dan sihat.

Susu Ibu dan Kecerdasan
Kajian saintifik membuktikan bahawa pembangunan kognitif di kalangan bayi-bayi yang diberi air susu ibu adalah lebih hebat berbanding bayi lain. Satu analisis perbandingan berkaitan dengan bayi yang diberi air susu ibu dan bayi yang diberi susu formula oleh James W. Anderson—seorang pakar dari Universiti Kentucky—mendapati bahawa minda bayi yang diberi minum air susu ibu adalah lima kali lebih tinggi berbanding dengan bayi lain. Hasil daripada kajian ini, didapati bahawa kecerdasan diperoleh daripada air susu ibu sehingga enam bulan, dan bayi yang disusui kurang daripada lapan minggu tidak menunjukkan sebarang kesan dari segi kecerdasan minda.

Benarkah Air Susu Ibu Menentang Kanser?
Hasil daripada kesemua kajian yang dijalankan, terbukti bahawa air susu ibu, yang ratusan penulisan mengenainya telah diterbitkan, melindungi bayi daripada kanser. Hakikat ini telah diketahui meskipun mekanismenya belum difahami sepenuhnya. Sewaktu sebuah protein dari air susu ibu membunuh sel-sel tumor yang dibiakkan dalam makmal tanpa merosakkan sebarang sel sihat, para pengkaji menyatakan bahawa satu potensi yang hebat telah ditemui.

Catharina Svanborg, seorang profesor imunologi klinikal Universiti Lund di Sweden, ialah ketua kumpulan peneliti yang menemui rahsia ajaib air susu ibu ini. Pasukan tersebut menerangkan keupayaan air susu ibu dalam menyediakan perlindungan terhadap pelbagai bentuk kanser sebagai satu penemuan yang menakjubkan.

Pada mulanya, para peneliti mengkaji sel-sel lendir usus yang diambil daripada bayi-bayi yang bari dilahirkan dengan air susu ibu. Mereka mendapati bahawa penyakit pneumonia yang diakibatkan oleh bakteria Pneumococcus dapat dihentikan dengan berkesan oleh air susu ibu. Bahkan bayi yang diberi air susu ibu amat kurang mengalami masalah pendengaran berbanding bayi yang diberi minum susu formula dan risiko jangkitan penyakit pernafasan yang terlalu rendah.

Selepas beberapa siri penyelidikan, didapati bahawa air susu ibu juga memberi perlindungan terhadap kanser. Setelah menunjukkan bahawa kanser limfa di kalangan kanak-kanak yang diberi susu formula semasa fasa kanak-kanak berlaku sembilan kali ganda, mereka menyedari bahawa hasil yang sama juga berlaku untuk pelbagai jenis kanser yang lain.

Berdasarkan keputusan tersebut, air susu ibu berupaya mengenal pasti sel-sel kanser secara tepat lalu memusnahkannya. Zat bernama alpha-lac (alphalactalbumin) yang banyak di dalam air susu ibu menjejak dan membunuh sel-sel kanser. Alpha-lac dihasilkan oleh sejenis protein yang membantu pengeluaran gula laktosa dalam air susu ibu.

Rahmat Tiada Bandingan Ini adalah Satu Anugerah dari Allah
Satu lagi ciri menakjubkan air susu ibu adalah hakikat bahawa ia amat bermanfaat untuk diberi kepada bayi selama dua tahun terawal.

Maklumat penting yang hanya diketahui oleh sains baru-baru ini, telah dinyatakan oleh Allah 14 kurun yang lalu melalui ayat: 
"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang menyempurnakan penyusuan itu; ..." (Surah Al-Baqarah, ayat 233)
Si ibu tidak merancang untuk menghasilkan air susu ibu, sumber khasiat terbaik untuk bayi tidak berdaya yang memerlukan makanan dalam kandungannya, serta tidak menentukan tahap pelbagai nutrisi di dalamnya. Allah Yang Maha Kuasa, Yang Maha Mengetahui keperluan setiap makhluk dan mengasihi mereka, Yang menciptakan air susu ibu untuk bayi di dalam tubuh si ibu.


Sabtu, 8 Disember 2012

OsteMatrix™

Tulang merupakan struktur penting di dalam tubuh manusia.  Ia merupakan kerangka yang menyokong berat badan dan organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan ginjal serta membolehkan kita menggerakkan otot-otot dan tubuh secara bebas.  Mengekalkan kesihatan tulang secara optima adalah penting bagi mendapatkan kesihatan optima menyeluruh.

Lebih daripada Sekadar Kalsium

OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.  Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Rabu, 14 November 2012

PERISTIWA BERSEJARAH DI BULAN MUHARAM

Bulan Muharam merupakan bulan keberkatan dan rahmat kerana bermula
dari bulan inilah berlakunya segala kejadian alam ini. Bulan Muharam
juga merupakan bulan yang penuh sejarah, di mana banyak peristiwa
yang berlaku sebagai menunjukkan kekuasaan dan kasih sayang Allah
kepada makhluk-nya.

Pada bulan ini juga, Allah mengurniakan mujizat kepada Nabi-Nabi-nya
sebagai penghormatan kepada mereka dan juga limpah kurnianya yang
terbesar iaitu ampunan dan keredhaan bagi hambanya. Sebagai tanda
kesyukuran kepadanya, maka hamba-hambanya mempersembahkan ibadah
mereka (antara mereka dengan Allah) sebagai hadiah kepada Allah,
namun dengan itu, masih belum dapat lagi membalas kurniaan Allah yang
sungguh bernilai.

Said bin Jubair dari Ibnu Abbas r.a berkata: Ketika Nabi saw baru
berhijrah ke Madinah, maka mereka dapati kaum Yahudi berpuasa pada
hari Asyura (10 Muharam). Maka mereka pun bertanya kepada kaum Yahudi
tentang puasa mereka itu. Mereka menjawab, "Hari ini Allah
memenangkan Musa dan Bani Israel terhadap Firaun dan kaumnya, maka
kami berpuasa sebagai mengagungkan hari ini. Maka sabda Nabi saw:

"Kami lebih layak mengikuti jejak langkah Musa dari kamu."

Maka Nabi saw pun menyuruh para sahabat agar berpuasa. Antara lain
kelebihan 10 Muharam ialah barangsiapa yang melapangkan rezeki pada
keluarganya, maka Allah akan meluaskan rezekinya sepanjang tahun ini.
Terdapat juga sebuah hadis meriwayatkan, "Barangsiapa yang berpuasa
pada hari Asyura, maka dapat menebus dosa satu tahun." Maksud hadis
ini ialah hari yang kesepuluh Muharam (Asyura) merupakan hari dan
bulan kemuliaan kerana pada sesiapa yang berpuasa pada hari inilah,
Allah membersihkan dan menebus dosa-dosa mereka yang lampau.

Bulan Muharam merupakan satu-satunya bulan yang teristimewa kerana
banyak peristiwa yang bersejarah berlaku pada bulan ini disamping
ganjaran pahala yang besar kepada sesiapa yang beribadah pada bulan
ini sepertimana terdapat dalam satu hadis.

"Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam), maka Allah akan
memberi kepadanya pahala sepuluh ribu malaikat dan juga akan diberi
pahala sepuluh ribu orang berhaji dan berumrah dan sepuluh ribu orang
mati syahid. Dan sesiapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari
Asyura, maka Allah akan menaikkan dengan tiap anak rambut satu
darjat. Sesiapa yang memberi buka puasa pada semua umat Muhammad saw
dan mengenyangkan perut mereka."

Sahabat pun bertanya, "Ya Rasulullah, Allah telah melebihkan hari
Asyura, dan menjadikan bukit dari lain-lain hari." Jawab
Rasulullah, "benar, Allah telah menjadikan langit dan bumi pada hari
Asyura, dan menjadikan bukit-bukit pada hari Asyura dan menjadikan
laut pada hari Asyura dan menjadikan Loh Mahfuz dan Qalam pada hari
Asyura dan juga menjadikan Adam dan Hawa pada hari Asyura, dan
menjadikan syurga dan neraka serta memasukkan Adam ke syurga pada
hari Asyura, dan Allah menyelamatkannya dari api pada hari Asyura dan
menyembuhkan dari bala pada Nabi Ayub. Pada hari Asyura juga Allah
memberi taubat kepada Adam dan diampunkan dosa Nabi Daud, juga
kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Asyura dan kiamat akan
terjadi pada hari Asyura."

Maka pada hari itu ( 10 Muharam) Nabi Adam dan Nabi Nuh a.s berpuasa
kerana bersyukur kepada Allah kerana hari itu merupakan hari taubat
mereka diterima oleh Allah setelah beratus-ratus tahun lamanya
memohon keampunan.



Pada hari itu juga, hari pembebasan bagi orang-orang Islam yang telah
sekian lama dikongkong oleh Firaun, di mana hari itu mereka
diselamatkan dari kejahatan dan kezaliman Firaun yang selama ini
mengancam agama dan menggugat iman mereka. Dengan tenggelamnya
Firaun, Haman, Qarun dan istana mereka bererti berakhirlah sudah
kezaliman musuh-musuh Allah buat masa itu. Terselamatlah tentera Nabi
Musa dari musuh dengan mukjizat yang Allah berikan, maka mereka
berpuasa kerana kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah swt.

Banyak peristiwa bersejarah yang berlaku pada 10 Muharam ini, di mana
pada hari inilah, Allah telah memuliakan Nabi-Nabi dengan sepuluh
kehormatan.

1. Setelah beratus-ratus tahun meminta ampun dan taubat pada
Allah, maka pada hari yang bersejarah 10 Muharam inilah, Allah telah
menerima taubat Nabi Adam. Ini adalah satu penghormatan kepada Nabi
Adam a.s.



2. Pada 10 Muharam juga, Nabi Idris a.s telah di bawa ke
langit, sebagai tanda Allah menaikkan darjat baginda.



3. Pada 10 Muharam, tarikh berlabuhnya perahu Nabi Nuh a.s
kerana banjir yang melanda seluruh alam di mana hanya ada 40 keluarga
termasuk manusia binatang sahaja yang terselamat dari banjir
tersebut. Kita merupakan cucu-cicit antara 40 keluarga tadi. Ini
merupakan penghormatan kepada Nabi Nuh a.s kerana 40 keluarga ini
sahaja yang terselamat dan dipilih oleh Allah. Selain dari itu,
mereka adalah orang-orang yang engkar pada Nabi Nuh a.s.



4. Nabi Ibrahim dilahirkan pada 10 Muharam dan diangkat sebagai
Khalilullah (kekasih Allah) dan juga hari di mana baginda
diselamatkan dari api yang dinyalakan oleh Namrud. Nabi Ibrahim
diberi penghormatan dengan Allah memerintahkan kepada api supaya
menjadi sejuk dan tidak membakar Nabi Ibrahim. Maka terselamatlah
Nabi Ibrahim dari angkara kekejaman Namrud.



5. Pada 10 Muharam ini juga Allah menerima taubat Nabi Daud
kerana Nabi Daud merampas isteri orang walaupun bagainda sendiri
sudah ada 99 orang isteri, masih lagi ingin isteri orang. Oleh kerana
Nabi Daud telah membuatkan si suami rasa kecil hati, maka Allah
turunkan dua malaikat menyamar sebagai manusia untuk menegur dan
menyindir atas perbuatan Nabi Daud itu. Dengan itu sedarlah Nabi Daud
atas perbuatannya dan memohon ampun pada Allah. Sebagai penghormatan
kepada Nabi Daud a.s maka Allah mengampunkan baginda pada 10 Muharam.



6. Pada 10 Muharam ini juga, Allah mengangkat Nabi Isa ke
langit, di mana Allah telah menukarkan Nabi Isa dengan Yahuza. Ini
merupakan satu penghormatan kepada Nabi Isa daripada kekejaman kaum
Bani Israil.



7. Allah juga telah menyelamatkan Nabi Musa pada 10 Muharam
daripada kekejaman Firaun dengan mengurniakan mukjizat iaitu tongkat
yang dapat menjadi ular besar yang memakan semua ular-ular ahli sihir
dan menjadikan laut terbelah untuk dilalui oleh tentera Nabi Musa dan
terkambus semula apabila dilalui oleh Firaun dan tenteranya. Maka
tenggelamlah mereka di Laut Merah. Mukjizat yang dikurniakan Allah
kepada Nabi Musa ini merupakan satu penghormatan kepada Nabi Musa a.s



8. Allah juga telah menenggelamkan Firaun, Haman dan Qarun
serta kesemua harta-harta Qarun dalam bumi kerana kezaliman mereka.
10 Muharam, merupakan berakhirnya kekejaman Firaun buat masa itu.



9. Allah juga telah mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan
setelah berada selama 40 hari di dalamnya. Allah telah memberikan
hukuman secara tidak langsung kepada Nabi Yunus dengan cara ikan Nun
menelannya. Dan pada 10 Muharam ini, Allah mengurniakan penghormatan
kepada baginda dengan mengampun dan mengeluarkannya dari perut ikan
Nun.



10. Allah juga telah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman a.s pada
10 Muharam sebagai penghormatan kepada baginda.



Dengan itu, mereka berpuasa dan beribadah kepada Allah sebagai
tanda kesyukuran kepada Allah swt. Nabi saw telah bersabda dengan
maksudnya:



"Saya dahulu telah menyuruh kamu berpuasa sebagai perintah
wajib puasa Asyura, tetapi kini terserahlah kepada sesiapa yang suka
berpuasa, maka dibolehkan berpuasa dan sesiapa yang tidak sukar boleh
meninggalkannya."



Begitulah sabda Rasulullah di mana puasa pada hari Asyura ini
sangat-sangat dituntut. Kalau tidak memberatkan umat baginda, maka
diwajibkan. Oleh kerana takut memberatkan umatnya, maka hukumnya
adalah sunat.



Sumber mykhilafah1924

Jumaat, 9 November 2012

Kelebihan Kolagen Powder Shaklee berbanding dgn kolagen lain,

 sumber: website Shaklee :
  • Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.
  • Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.
  • Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja. [1box mengandungi 15 uncang]







Pn. Izad Daud|019-6020620
permatahatiibu@gmail.com
SHAKLEE ID: 883550

Khamis, 8 November 2012

~ Kawal Kencing Manis Dengan "Sugar Control Set" By Shaklee ~


 



Penyakit kencing manis semakin menular di kalangan ramai orang tetapi ramai yang tidak sedar mereka mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapatkannya. Menurut Persatuan Diabetes Malaysia, sebanyak 1.2 juta rakyat Malaysia menghidapi penyakit kencing manis. Penyakit kencing manis membawa kepada :
 
  • Penyakit Jantung
  • Penyakit Buah Pinggang
  • Luka Lambat Sembuh
  • Hilang Fungsi Saraf
 
Sedikit Info Mengenai Kencing Manis - dipetik dari http://pmr.penerangan.gov.my/
 
 
Antara Tanda-Tanda Kencing Manis :
 
  • Sering Dahaga
  • Sering Lapar
  • Kerap Membuang Air Kecil
  • Lemah Badan
  • Penurunan Berat Badan Yang Cepat
  • Penglihatan Semakin Kabur
  • Pening Kepala
  • Luka Lambat Sembuh
  • Masalah Seksual
  • Jangkitan Vagina
 
 
 Golongan Berisiko Tinggi :
 
  • Mempunyai Keturunan Yang Menghidap Kencing Manis
  • Mempunyai Berat Badan Yang Tinggi
  • Pernah Menghidapi Radang Pankreas
  • Wanita Yang Pernah Menghidapi Kencing Manis Ketika Hamil
 
Cara Mencegah Kencing Manis :
 
  • Perubahan Cara Hidup
  • Pemakanan
  • Senaman
  • Penjagaan Berat Badan
  • Pemeriksaan Diri Sendiri
  • Pemeriksaan Oleh Doktor Secara Tahunan
  • Pengambilan Ubat
 
Shaklee juga ada mengesyorkan beberapa jenis Vitamin di dalam set yang dikenali sebagai "Sugar Control Set" iaitu :

Sumber Syuhada Wahi

 Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut, Jadual Makan, Konsultasi Percuma dsb....
 
Jangan Lupa Hubungi Saya Ya.....

Pn. Izad Daud : 019-6020620
FB : Izad Daud & Permata Hati Ibu Sayang
emel :permatahatiibu@gmail.com

** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

TEDTIMONI: GLA COMPLEX

 
 
Sy nak share sejak ambil GLA complex dlm sebulan, period saya kembali normal up to 6-7days!amazing!rasa mcm zaman remaje dulu2..kalau dulu beli pad, pakai 2-3 keping je, pastu dh pakai panty liner..never cross my mind that abnormal period may be the cause to infertility..so sy pun cube la SET KESUBURAN ngan SET SKIN BOOSTER..rasenye dah setahun jugak sy period 2-3hari..kadang2 tu sehari je...rugi pad...tp still maintain 28/29cyle period..fuh..mmg betulla, GLA ni mmg pil betulkan hormon wanita..6-7 days, kawan2..lama tu..last sy period camtu masa zaman buat degree dulu kot..syukur sgt dpt tau ada produk yg bleh betulkan hormon sy..so tak perlu berbelanja lebih utk ke klinik..sy dan suami masih tgh berusaha utk dptkan zuriat, hampir setahun kawen, blom ade rezeki lagi..umur dah 29tahun..tua dah..mohon jasa baik rakan2 muslimin muslimat dpt doakan zuriat yg soleh dan solehah utk kami berdua..segala yg buruk dari saya, yg baik dari Allah..insya Allah..and one more thing,kulit sy dah kurang jerawat, jeragat, berseri2, kulit badan lg cerah dr biasa, rambut kurang gugur (zinc complex) dan sy susah nak selsema dan demam..and ada lagi..ya Allah byknye khasiat vitamin shaklee ni..alfalfa mmg kurangkan keputihan +masalah 'kering' ketika bersama takde lagi.. peace ya'all.. ;-)

SET BERPANTANG: NORMAL/CEASERIAN

Vita-Lea (Multivitamin)
Fungsi-fungsi:
Penambah Tenaga Segera>>   memberi tenaga, melegakan keletihan dan lesu, menguatkan memori
Pelengkap Nutrisi>>   mengandungi 30 nutrisi lengkap harian. kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting disebabkan amalan pemakanan tak seimbang semasa berpantang.
Elemen penting pada Sel Tubuh>>   menyediakan asas nutrisi, pertumbuhan sel baru, otot, kulit, kuku, hormon
Metabolisma>>   sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan.
B-Complex
Fungsi-fungsi:
Menukar makanan kpd Tenaga>>-   membantu proses penghadaman,menukar lemak, karbo dan protein kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan dan lesu.
Melawan Tekanan>>   memastikan kesihatan fungsi saraf, meredakan sakit kepala, kemurungan dan iinsomnia.
Rambut beruban/gugur>>   memabiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban.
Detoksifikasi>>   meredakan alahan
Mencegah anemia(kekurangan sel darah merah)>>  membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi, mencegah sakit kepala, pening, letih, migrain, muntah2.
Vita C
Fungsi-fungsi:
Membentuk Kolagen>> mengembalikan semula keanjalan kulit kita setelah melahirkan baby.
Sistem Imun>>  meningkatkan sistem imunisasi kita, jika ibu yg menyusukan anak, Vita C juga berguna utk menguatkan sistem imun baby dan sukar demam
Mencantikkan Kulit>>   kulit nampak lebih cerah, melambatkan penuaan, menyekat pembentukan pigment. Pigment penyebab utama terjadinya jeragat.
Mengekalkan Kolestrol Sihat>> mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, skurvi
Memperbaiki Simtom pendarahan>> mengurangkan gusi berdarah, luka lambat sembuh, kulit kering, kusam,kasar
Zinc
Fungsi-fungsi:
Sembuh Luka>>  mempercepat penyembuhan luka dalaman dan luaran akibat pembedahan, memperbaiki alergi, bintik kulit.
Ovulasi Wanita>>  membantu pengucupan uterus dan mengembalikan daya ketahanannya
Penyakit Diabetis>>  membantu pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin.
Mengakttifkan 200 jenis enzim>>  penting utk memelihara metabolisma pada gigi dan pertumbuhan fizikal remaja.
rsa

kalsium
lawaskan pghadaman dan cergas kan badan


Boleh add on 
Alfafa -  (fungsi spt kacip fatima bgi ketat / buang toksik/milkbooster / resdung)
ESP -     (milk booster dan cantikkan kulit dari parut2)
Lecithin -  (bakar lemak klu nak kurus)
Vit E -  (Kecantikan kulit / anti aging / antioksida)


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
PM saya untuk dapatkan harga diskaun dan konsultansi percuma.
019-6020620|permatahatiibu@gmail.com
Pn Izad Daud
Shaklee ID :883550

Rabu, 7 November 2012

Single or Married..it doesnt matter..kekal cantik dengan LIMA

Salah satu dari beribu resolusi checklist utk kekal cantiknya .. adalah dgn mengamalkan pemakanan tambahan .. banyak sangat vitamin..perlu ambil dari A ke Z ke?.... Hmm...Bagi saya jika anda seorang wanita yg prihatin dengan kesihatan dan kecantikan ..pastikan yang 5 ini jangan ditinggalkan...


  1. Protein Soya yang berkualiti tinggi...Berkualiti disini bermaksud protin tu mengandungi 9 asid amino perlu..sebab jika tak seimbang dan kurang salah satu asid amino perlu..protin tu jadi tak lengkap dan tidak dapat digunakan dgn berkesan oleh badan.Tahukah anda kekurangan protin yang berpanjangan boleh menjurus kepada penyakit seperti anemia(kurang darah),buah pinggang,sakit berkaitan hati,kolestrol tinggi,tekanan darah rendah,paras gula rendah,sistem saraf yg tak stabil,luka lambat sembuh,mudah sakit,letih,lesu... ( Protein Shaklee (ESP) adalah non GMO soy : Ia dicuci dengan air, bukan dicuci dengan alkohol dan punya banyak khasiatnya.Shaklee menghasilkan ESP melalui proses pengewapan dengan suhu yang dikawal demi menjaga kualiti protien itu sendiri)
  2. Multivitamin yang lengkap dengan 12 vitamin ,7 galian dan zat besi.Bagaimana nak pilih vitamin berkualiti..rujuk disini...Fakta ringkas: Vitalea product pertama by Dr. forest C. shaklee.Ianya sangat penting utk pembentukan darah dan sel.Vitalea banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid@ beguk(penyakit tiroid ini terjadi kebiasaannya kerana kekurangan iodin)...more info baca di sini
  3. Vitamin E.. kerana akhir2 ini..dizaman moden ni..kita terdedah dengan serangan radikal bebas didalam bdn kita hasil dari pencemaran asap,gaya hidup yang kurang sihat.Vitamin E mengurangkan risiko sakit jantung, cancer,simptopm PMS dan menopause. Untuk memilih Vitamin E..pilihla yang mengandungi sekali selenium dan grapeseed extract didalamnya kerana ia akan meningkatkan keberkesanan fungsi Vitamin E. baca disini 7 rahsia vitamin E
  4. B-Complex yang lengkap kerana vitamin B amat2 perlu utk kekal bertenaga dan menghadapi stress. Vitamin B juga kritikal untuk anda yang ingin menumpukan perhatian,merawat kelesuan,depressi,berdebar2,gementar. Dan lagi satu...vitamin B mudah musnah jadi semestinya ia tidak cukup dari diet harian.. Apa2 pun pastikan yang Vitamin B anda mengandungi at least 100% of the Daily Value of Biotin.Rujuk di sini rahsia B Complex
  5. Sustained Release Vitamin C bersama2 bioflavonoid product. Penghasilan vitamin C berkurangan dengan meningkatnya umur kita dan mudah musnah akibat stress.
    .Vitamin C membantu meningkatkan tahap sistem pertahanan badan,kesihatan tulang, gusi, gigi serta juga struktur am badan,membantu memulihkan resdung dan bersin pada waktu pagi,membantu dalam proses pemulihan kudis dan luka,membina kolagen untuk kulit yang sihat,bertindak melindungi sel dlm serangan antioksidan,meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging....
    Pastikan Vitamin C pilihan anda.adalah jenis sustain released. bertindak mengikut pelepasan masa...
Jika solat 5 waktu adalah makanan rohani kita... maka 5 supplemen di atas adalah makanan jasmani(makanan tambahan) kita.... tak perlu gi inject2 botox/kolagen....


Sekian terima kasih....jumpa lagi di entry yang lain..InsyaAllah...akan saya kongsikan tips2 rutin kecantikan yang bertindak sebagai penyelamat nyawa anda.. life saving beauty... interesting..

Mahu mencuba vitamin Shaklee? Boleh sms kan kepada saya 019-6020620[ Pn. Izad Daud]
Sumber  MamaFaiz.com .

Search